Sebab Pelajar BENCI Hari Terbuka !!

Assalammualaikum!

Waduh Waduh sekarang ni sudah pertengahan tahun .
Exam midyear pun dah habis . Jadi seperti biasa, Sekolah
mesti akan anjurkan HARI TERBUKA <-- kasi effect sikit .


Aku percaya dan aku faham ramai pelajar akan bencikan
hari ini . Mana taknya , waktu ini lah dimana Ibubapa kita
akan berjumpa dengan Guru kita. Dan guru pula akan bercerita
panjang tentang perangai dan markah ujian kita . Kalau markah
kita Gempak bolehlah kita buat muka belagak . Tapi kalau hancur?
Hah kau tunggulah masa untuk dipancung .

Time guru kita tunjukkan markah kita , mulalah tak tentu
arah . Dan masa tu mesti ibubapa kita akan pandang kita dengan
pandang maut. Waktu tu rasa nak terjun bangunan pun ada juga .
Memang cuak habis . And then kalau kita ni seorang yang nakal
dikelas . Lagilah masak wa cakap lu . Habis segala perangai buruk
kita dia cerita kat parent kita. Waktu tu kita dapat nampak wajah
ibubapa kita makin merah menyala tunggu masa nak meletup keluar
asap.

Kau tunggu balik ni !

Aku rasa kita semua sebagai pelajar kena bersiap sedia
dengan ancaman gempa bumi . Eh . Sediakan kapas ditelinga
takut2 berdarah kena marah dengan parent . Pffffft .

Ini semua bergantung pada result dan cikgu korang lah . Kalau
cikgu korang tu baik hati , mesti dia bagitahu baik2 pasal korang
kan ? Tapi tang result tu , tak dapat den nak tolong . Pasal result 
aku kali ni pun cukup2 makan je. Memang minta baling kelaut lah
nampaknya~

Siapalah yang pergi wujudkan Hari Terbuka ni -.-


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

7 Itik gebo-gebo:

Liza Razak berkata...

teringat zaman sekolah saya dulu..benci gile hari terbuka ni

Nurul Nadiah Karim berkata...

haha,setuju setuju !
tapi,setiap yg diwujudkan tu pasti ada hikmahnya yg tersendiri kann?keep on fighting to achive an excellence result!

Cik Kay Jue berkata...

hehehe apa2 pun good luck.. hehe..

SunnyFunny berkata...

haaa . kita sama dek . wisou gylerr .
mmg kena kaww kaww nan parents nunty . haha :D

Syakilla kebebeh berkata...

hahahah rindu juga dengan hari terbuka ni..

kay_are berkata...

tibe2 rindu lak ngan hari terbuka ni.. time result best.. memang balik umah ade r adiah menanti.. best2.. ^^

Fatihah berkata...

haha. Rindu time bila mak ayah datang sekolah ni. Btw, Goodluck :D

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi