Kisah Cinta .


Assalammualaikum


Kadang2 kita tak sedar jodoh kita sentiasa berada di hadapan kita.
Kadang2 kita tak sedar orang yang berada di depan kita tu lah
cinta sejati kita .

Indahnya hidup ini apabila kita bertemu cinta sejati . Aku ? Aku
masih lagi belum bertemu . Lagipun aku masih remaja . Masih
banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari . Aku percaya , Allah
sudahpun menentukan jodoh aku , Allah juga sudah menentukan
kisah cinta aku sendiri . Manusia hanya mampu memilih . Tetapi
Allah menentukan . Ya .. kita boleh pilih siapa saja yang kita suka,
tapi kalau dia itu bukan milik kita . Suatu hari nanti dia akan pergi jua.
Dan kita pula akan ditemukan dengan orang yang benar2 sesuai
dengan kita .


Jodoh , pertemuan di tangan Allah . Kisah cinta kita , semuanya rahsia
Allah . Bagaimana kita bertemu jodoh kita , bagaimana dugaan kita
bersama jodoh kita . semuanya telah Allah tentukan .

Betapa indahnya cinta ini . Dimana kita dapat bersama dengan orang
yang memahami kita , orang yang sentiasa berada disisi kita ketika
susah dan senang , orang yang sentiasa menyayangi kita ..

Aku pernah jatuh cinta . Malah aku pernah dikecewakan . Tapi
aku tetap bangun , dan yakin dengan ketentuan Allah .Aku
yakin , apa yang berlaku ada hikmahnya .

Tapi yang pasti . Jangan kita mencintai seseorang itu lebih dari kita
menyintai Allah Swt .


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Kecelaruan Maklumat *Matluthfi Video*

Assalammualaikum
Salam Satu Malaysia .

Wait .. Aku terfikir sesuatu . Aku tulis "Salam Satu Malaysia" , but
im wondering , ada ke bangsa Cina , India dan Lain2 baca blog
aku ni ? Kalau baca pun , diorang faham ke ? . Err . Okay .

Baiklah hari ni aku malas SEDIKIT nak update panjang lebar
sebab apa yang aku nak Update ada disiarkan di video Matluthfi.
Semoga anda semua yang pernah buat tu TERASA . Kihkihkih .



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 35

Tengok Part Sebelumnya Disidebar
Part 34 <-- Tekan sini untuk membaca


Di kantin Huda dan Delaila duduk berdua ni bangku belakang kantin.
"Wei kenapa Sofea tak ikut kita?" tanya Huda sambil menyuap
keropok lekor itu kedalam mulutnya . Delaila hanya mengangkat
bahu sambil menghirup air . Setelah air itu habis diminumnya ,
Delaila bangkit untuk meletak cawan itu di besen yang disediakan
untuk cawan and pinggan kotor . Sedang dia berjalan tiba2 dia terlihat
kelibat seorang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan bersama-
sama di tingkat atas . " Sofea?"

Sofea dan Fuad berjalan beriringan untuk turun ke bawah . Sepanjang
perjalanan itu Sofea hanya mendiamkan diri sahaja . Tidak tahu hendak
cakap apa. "Sofea awak okey tak ? diam je ? " tanya Fuad . " Okey
mana ada apa2" balas Sofea sambil tersenyum .

Fuad berhenti sebentar , lalu memandang Sofea . "Sofea, jadi macam mana?"
tanya Fuad dengan wajah yang penuh harapan . Sofea berdebar melihat
wajah Fuad itu , fikiran dia bercelaru . Dia masih tidak dapat membuat
keputusan . Sofea menarik nafasnya lalu menghembuskannya dengan perlahan.
" Fuad .. saya mengaku yang saya sukakan awak .. tapi saya rasa perasaan
suka saya ni tak lebih dari suka sebagai kawan .. Maaf ." kata Sofea . Fuad
terdiam.Ada riak hampa diwajahnya . "Tak apalah, dah kalau orang tak suka
nak buat macam mana kan" balas Fuad sambil tersenyum tawar . "awak
marah ke?"tanya Sofea . " Tak marah kecewa je " jawab Fuad sambil
memuncungkan mulutnya . " Maaflah .." kata Sofea sambil menundukkan
wajahnya.Fuad ketawa . " Tak apalah saya faham , tengoklah saya akan
berusaha buat awak sukakan saya" kata Fuad sambil mengenyitkan matanya .
Sofea thanya mendiamkan diri .

Danish duduk di bawah pokok besar yang berada di belakang sekolahnya itu.
Fikirannya ligat berfikir .. apakah benar Sofea dan Fuad sudah menjadi kekasih.
Nazmi yang kebetulan lalu disitu terlihat Danish seorang diri disitu . Pelik melihat
wajah rakannya yang muram itu , dia berjalan pantas kearah Danish .

"Danish kau okey ke ?" tegur Nazmi . Danish terkejut lantas memandang wajah
Nazmi yang berada di hadapannya . " Aku okey . Janganlah risau" jawab
Danish sambil tersenyum tawar . Nazmi memandang wajah muram Danish
itu , lalu duduk disebelahnya . " Come on Danish , kita dah lama kenal .
Aku tahulah kau tengah ada masalah sekarang ni" ujar Nazmi . Danish
mengeluh. "Pasal Sofea kan ?" tanya Nazmi lagi . Danish mengangguk
perlahan .  Kali ini Nazmi pula yang mengeluh .

"Danish , kalau kau sayangkan seseorang tu , kau kenalah berusaha untuk
dapatkan dia , Jangan pernah putus asa " kata Nazmi sambil memegang
bahu rakannya itu . "Thanks Nazmi . Tapi bukan tu je masalah dia.."
kata Danish . "Maksud kau ? Kau ada masalah apa lagi?" balas Nazmi.
"Alisa.." kata Danish . "Alisa? kenapa dengan dia?" balas Nazmi .
Danish mengeluh panjang . Dia tahu dia tak patut rahsiakan perkara
ini lagi . Jadi dia fikir ada baiknya dia kongsikan perkara ini dengan
rakannya .

To Be Continued 


Maaf lambat update . Laptop tersekat memanjang .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Warkah .

Assalammualaikum.

Awak.. dah 2 tahun kita tak bertegur kan ? Semuanya bermula kerana
kebodohan saya sendiri .. saya bodoh kerana cari gaduh dengan awak.
Hanya kerana cemburu . saya gaduh dengan awak .

Sejak hari tu saya dan awak dah tak bertegur lagi . Siang malam saya
menangis . Sebab saya tak sangka sekelip mata sahaja saya kehilangan
awak , disebabkan tindakan bodoh saya .

Awak .. ingat tak . Masa form 2 .. saya mula2 tak suka sangat awak
sama kelas dengan saya . Sebab awak nakal , awak suka buli saya
sejak dari sekolah rendah lagi .Lagi malang bagi saya masa tu ,
awak duduk dekat depan saya .Tiap2 hari saya kena kacau dengan
awak . Tanpa kita sedar..hubungan kita makin rapat . Kan awak ? .
Awak dengan saya dah macam adik beradik , awak selalu buat
saya tersenyum .

Awak selalu pakai beg sekolah saya , sebab awak cakap beg saya
cantik padahal beg saya ada terkoyak masa tu . Orang selalu ingat
kita ni bercinta , walaupun kitaorang cuma kawan karib je. Saya
ingat lagi masa tu saya pakai keychain teddy smiley . Awak suka
sangat dekat keychain tu kan ? Awak selalu main2 dengan benda tu ..
sampai lah suatu hari tu .. keychain saya tali dia tercabut .. time
tu saya sedih sangat sebab tu keychain kegemaran saya ..

Awak pun ambil keychain saya , awak cakap awak nak repairkan
untuk saya kan ? dengan syarat saya bagi awak pegang keychain
tu . Pada mulanya saya tak percaya yang awak akan repair keychain
buruk tu . Kemudian satu hari tu , saya berjalan dengan kawan saya.
Saya terserempak dengan awak .. saya nampak.. keychain .. ya
itu keychain saya .. saya pasti sangat . Masa saya nampak tu , saya
sendiri terkejut .. tak sangka .. awak sanggup jahit semula keychain tu.
Time tu ayah saya dah sampai , saya sempat pandang wajah awak ..
awak tersenyum .. saya pun tersenyum . Saya gembira awak . Gembira
sangat ..

Saya sedar.. yang saya dah mula sukakan awak . Tapi saya tahu awak
sukakan saya tak lebih dari seorang rakan .. Sebab masa tu awak sedang
bercinta dengan orang lain .. saya sedar saya tidak patut menganggu hubungan
awak ..Tapi setiap hari hubungan kita semakin rapat .. awak semakin mesra
dengan saya .. sampaikan saya rasa awak layan saya lebih dari seorang
rakan ..

Kemudian ada suatu hari tu , saya tak ingat tarikh dia bila . Saya msg dengan
awak .. saya cakap dekat awak saya hendak bagitahu awak sesuatu ..
Awak pun tanyalah apa dia . Kemudian saya cakap saya SUKAKAN AWAK.
Tapi saya tahu jawapan awak apa.Jadi saya cakap dekat awak ,awak tak perlu
cakap apa2 . Sebab saya takut ..takut saya tak boleh terima jawapan awak
tu .. lagipun awak masih lagi bercinta dengan seseorang . Saya tak mahu jadi
orang ketiga ..

Keesokkan harinya .. saya nak masuk ke kelas . Saya nampak awak pandang
saya . Time tu saya rasa malu sangat awak , saya jadi tak tentu arah . Awak
pula ketawa tengok saya macam tu . Dalam kelas saya langsung tak tegur
awak sebab malu .. tapi awak .. awak tetap tegur saya .. seperti tak ada apa2
berlaku .. mungkin .. mungkin awak nak elakkan saya dari bersedih kan ?
Saya gembira sebab awak masih lagi layan saya seperti biasa. Malah semakin
hari semakin mesra hubungan awak dengan saya .

Saya ingat lagi .. masa birthday awak . Awak happy sangat sebab dapat free
call kan ? Haha . Awak tak habis2 call saya . Baru beberapa minit awak letak
telefon awak dah call balik . Time tu saya ketawa je tengok gelagat awak .

Tahun 2011 . Saya dengan awak dah tak sama kelas . Serious saya sedih
sangat.Hubungan kita masih lagi rapat masa tu . Awak dah pun putus
dengan gadis tu .Saya tak tahu sama ada saya patut gembira atau sedih
untuk awak ..

Bulan 2 . Saya dengar yang awak dah jatuh cinta pada seseorang .. seseorang
yang rapat dengan saya . Patah hati saya awak . Saya tak sangka awak boleh
jatuh cinta dekat kawansaya sendiri .. Saya selalu nampak awak berjumpa
dengan kawan saya. Kawan saya tu tak tahu yang saya suka sangat dekat
awak.Sebab saya tak pernah bagitahu dia . Jadi saya tak salahkan dia ..

Sampailah suatu hari tu , saya nampak awak masuk kelas saya . Saya
nampak awak berjumpa kawan saya . Waktu itu saya cemburu sangat
awak, awak nampak saya kemudian awak tegur saya. Jujur saya cakap,
saya tak sengaja nak tengking awak . Saya tak sengaja nak marah2 awak
dengan tiba2 . Maafkan saya awak .. saya betul2 tak sengaja ..

Tahun 2012 . Awal tahun . Kita masih lagi tak bertegur . Saya gembira
dengar yang awak dapat masuk kelas yang baik . Kebetulan pula,saya
nak pindah kelas ke kelas awak . Tapi .. semuanya terlambat . Saya dapat
tahu yang awak nak pindah ke sekolah lain . Last day awak dekat sekolah
tu , saya terfikir nak ucapkan selamat tinggal pada awak . Tapi bila awak
lalu depan saya je , saya gugup . Tak tahu nak cakap apa . sebab saya
risau awak masih marahkan saya .. Saya masih ingat pandangan awak
pada saya waktu tu .. saya menangis awak ..

Lagi buatkan saya pilu hati .. bila saya dapat tahu yang awak ada masalah.
Masalah yang saya rasa tak perlu disebutkan disini .. saya simpati pada
awak.Saya benci dekat diri saya ni , sebab bila awak kesedihan saya tak
dapat berada disisi awak sepertimana awak berada di sisi saya waktu
dahulu .. Maafkan saya awak.

Kini .. awak masih lagi segar diingatan saya .. tiap hari saya doakan masalah
awak itu selesai . Dan awak dapat tersenyum riang seperti dulu . Saya harap
sangat saya dapat berada disisi awak sekarang ni .. supaya saya dapat
kuatkan semangat awak .. supaya saya dapat buat awak ketawa ..

Sejauh mana pun awak berada . Saya akan sentiasa fikirkan awak . Sebab
awak lah kawan yang paling saya sayang sekali . Saya rindukan awak ..

Saya harap awak baca warkah saya ini ..

Wassalam.

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Oh Kaki Mengampu !

Assalammualaikum
Salam satu malaysia.

Sudah lama aku tak update blog ni kan ? Dek kerana busy
dengan kawad dan juga kekurangan idea. Kau bayangkan
aku dah kecut perut pasal ingatkan selasa minggu lepas
dah lawan . Tapi last2 ditunda  . Memang . menang sakit
hati . Then pagi tadi Barcelona kalah . Haih frust aku .

Okay stop cerita pasal tu . Dah lama aku tak update blog
untuk entry Sentap Menyentap kan ? Untuk Cerpen pun
sama . Terus tergendala semua tu . Haih .

Baiklah untuk entry hari ini aku nak cerita pasal kaki ampu.
You what kaki ampu ? Tak ? Alah yang tak habis2 membodek
orang tak henti2 tu lah . Dah macam apa aku tengok .

Contoh terdekat lah , Si A ni popular di sekolah , then Si B
ni cuba nak jadi popular macam si A . Kemudian bila si B
ni jumpa or bebual dengan Si A , mula lah dia puji- puji
dia bermanis mulut dengan si A tu . Dengan tujuan hendak
menumpang populariti A tu . Yang si A tu pun kembang
semangkuk hidung dia bila dipuji bagai .

Hah nampak tak permainan dia ? nampak ? Zaman sekarang  ni
terlalu ramai orang yang kuat mengampu . Tak kira di mana sahaja,
di ofis , di sekolah , di tandas , di dalam rumah semua ada lah .
Susah juga kita nak percaya yang mana satu bercakap benar
and mana satu cuba nak mempergunakan kita .

Oh come on ah budak2 kaki mengampu ni . Tak rasa kesian
kat diri sendiri ke ? Hang dok puji2 orang tu macam orang
takda maruah . Haih -.-

Dah sampai sini jelah aku update . Nanti aku tulis panjang2 laptop
aku mesti tersekat . Sebab tu lah cerpen aku asyik tergendala je.

Eh Eh Terasa ? Sila Buat Gaya Matluthfi . Aduh Terasaa ~

Dekat laman sosial selalu sangat ada Kaki mengampu . Tak caya?
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Happy Birthday Zizan Razak !


Assalammualaikum !
Salam satu Malaysia ! 

Hoyeaah Hoyeah ~ *Chicken Dance*
Happy Birthday kepada Mohd Razizan bin Abd Razak.
Lahir pada 15 April 1984  Dungun Terengganu .
Soooo maknanya ni birthday dia yang ke 28 tahun lah . Wah
jauh beza dengan aku . *Cough* . Kay .

Tak sangka dari mula2 tak terkenal and hanya mendapat
tempat kedua dalam rancangan Raja Lawak musim pertama.
Zizan berjaya naikkan nama dia sehingga menjadi terkenal
and digilai ramai *termasuk aku . *Cough*


Jozan . Kalaulah aku yang
ada dekat sebelah dia *Cough*


Walauapapun , Selamat Hari Jadi Zizan . Semoga zizan tidak lupa diri and
dipanjangkan umurnya . Amin . Semoga kahwin dengan aku. *Cough*. Kay.

Aku sakit sebab tu banyak kali batuk *cough*




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 34

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya
-Part 33- tekan untuk baca .

Fikiran sofea bercelaru . Hal yang berlaku tadi betul2 buatkan
dia tertekan . Dia sendiri bingung kenapa perlu dia marah sebegitu
rupa pada Danish . Ditambah lagi hal dia dengan Tengku Fuad yang
masih lagi belum selesai . Dia tidak tahu sama ada perlu terima atau
tidak Fuad itu . Dia tidak mahu Fuad berkecil hati .

"Weyh Haziq kertas bm aku mana?" tanya Nazmi . Haziq yang
sibuk membuat Origami menggunakan kertas itu kelihatan terkejut.
Haziq kemudian memandang kertas yang sudah ronyok itu dengan
mulut yang terbuka luas . "Weyh mana lah !" marah Nazmi sambil
menghulur tangannya . Haziq dengan wajah yang serba salah menghulurkan
kertas yang sudah ronyok itu kepada Nazmi . " Sorry aku ingat ni sampah
tadi" kata Haziq . " Haziq ! Bodohlah kau !" jerit Nazmi sambil memukul
bahu Haziq . "Sorry lah !" jerit Haziq . Faizal yang berada di hadapan
mereka hanya ketawa sahaja , Danish pula masih memasam kan mukannya.

Loceng waktu rehat telah pun berbunyi . " Delaila jom pergi kantin . Aku lapar
lah" kata Huda , "Jom. Eh tapi kau tak bertugas ke?" balas Delaila . "Tak
malas aku" jawab Huda dengan selambe nya . "Eh kejap !" kata Delaila lalu
berjalan pantas ke arah Sofea . " Sofea kau taknak pergi kantin dengan aku
ke?" tanya Delaila . "Takpelah , korang pergilah . Aku malas nak makan "
jawab Sofea lalu berlalu pergi . Elisha yang baru keluar dari kelas menyapa
Delaila "Woi rehat kau pergi mana?" tanya Elisha . "Pergi kantin dengan Huda,
nak ikut?" balas Delaila . " Tak nak lah aku pengawas yang berdisiplin kenalah
jaga rekod " kata Elisha sambil ketawa . " Perasan . Dah aku pergi dulu !"
ujar Delaila sambil melambai ke arah Elisha .

Sofea berjalan pantas kearah kelas 5 melodi yang berada di tingkat atas.
Danish pula mengekori Sofea dari belakang , tanpa dia sedari Alisa juga
mengekori dia . Kelihatan kelibat Tengku Fuad yang sedang berada di
hadapan pintu kelas . " Hai Fuad" tegur Sofea sambil tersenyum . Fuad
mengalihkan pandangnya ke arah Sofea sambil tersenyum " Hai Sofea!"
Danish hanya memerhatikan mereka dari jauh , sedang dia begitu tekun
memerhatikan mereka tiba2 sahaja dia rasa bahunya ditepuk oleh seseorang.

" Sweet kan diorang ? "  kata Alisa sambil tersenyum kearah Danish .
Danish tersentak lalu memandang Alisa , " Apa maksud kau ? Diorang
tu siapa?" tanya Danish berpura pura tidak tahu . "Sudahlah Danish , tak
payah nak berpura pura . Saya tahu awak tengah mengendap Sofea dan
Fuad kan?" kata Alisa . "Mana ada kau jangan sibuklah !" marah Danish
lalu dia pusing ke belakang untuk melihat semula Sofea dan Fuad. Tetapi
malangnya Sofea dan Fuad sudah pun tiada disitu . Danish mengeluh.

" Awak jeles ke Sofea jalan dengan Fuad?" tanya Alisa . Sengaja untuk
panaskan telinga Danish . " Bukan hal kau lah" jawab Danish . Alisa
tersenyum . " Hah . Apa2 jelah , tapi saya nak cakap dekat awak ni
yang Sofea dan Fuad sudah pun rasmi menjadi kekasih . Kesian awak
kan?" kata Alisa . Danish terdiam , mukannya merah menahan marah .
"Tak mungkin .." bisik hati Danish .

Danish kemudian berpaling dan berlalu pergi . Belum sempat dia hendak
melangkah , Alisa memegang tangannya . Danish tersentak lalu cepat2
menepis tangan Alisa ." Kau dah gila ke ?! kau tahu tak kita sekarang
ni ada dekat mana?! " marah Danish . "Saya kisah apa ! Saya sukakan
awak tapi awak buat saya macam ni!" balas Alisa dengan nada
suara yang tinggi . " Apa yang aku buat? Aku dah kata kat kau kan yang
aku tak suka kau . Terima jelah!" balas Danish . " No! saya tak akan
terima ! suatu hari nanti awak pasti akan suka saya ! saya yakin !"
kata Alisa lalu berlalu pergi.Danish mengeluh . Dia tidak tahu bagaimana
hendak nasihatkan Alisa lagi .

To Be Continued


Sorry lambat update . Busy dengan kawad . Selasa ni lawan . Urgh
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Tahniah Zizan Razak !

credit - tekan

Cop , cop . 
Aku JELES


Assalammualaikum!
Salam Satu Malaysia !

Hari ni aku penat nak fikir cerita pasal Cinta Remaja tu jadi
aku update lah pasal artis kesayangan aku ni . Ehem . Nampak
tak gambar dekat atas tu ? nampak tak yang zizan makin berisi?
Nampak tak ? ehem . dah jangan tengok lama2 nanti aku jeles.
Kay . Maafkan saya *Tunduk Hormat*

Semalam semua mesti tengok ABPH kan ? . Kay zizan dapat
anugerah Pengacara Paling Popular . Serious aku happy gila
dengar , bila tengok zizan menangis aku pun nak menangis
sama . Ada lah sikit keluar air mata aku sebab sedih tengok muka
zizan and paknil . Hahaha. Terharu tengok cara paknil bagi trofi
pada Zizan . Paknil memang seorang artis yang hebat :')

But aku agak sedih sebab zizan tak menang award Bintang Paling
Popular tu . Dah jangan buat aku menangis ! . Pi main jauh2 . 

Oh lupa , pada Johan . Tahniah sebab menang . JOZAN FOREVER

Zizan suami aku . Kay berangaaaaaaaaaaaaaan ~ Aku teringin nak 
jumpa zizan . 



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 33

Tengok Disidebar untuk Part sebelumnya
-Part 32- tekan untuk lihat .

Delaila berjalan kearah Sofea yang dari tadi monyok sahaja .
Habis mukannya berkedut seribu , kerana terlalu marah pada
Danish . "Sofea . Kau kenapa ?" tanya Delaila sambil menepuk
perlahan bahu sofea . Sofea sedikit tersentak apabila ditegur
delaila . "Tak ada apa2" balas sofea dengan perlahan .
Delaila mendiamkan diri dia seketika . Dia tahu Sofea perlukan
masa untuk menceritakan masalah dia dan danish .

Di Tandas Lelaki

"Arghhh!!" jerit danish sambil menumbuk pintu tandas itu . Mujur
pintu itu pintu tidak pecah kalau tidak sia- sia sahaja Danish kena
denda dengan pihak sekolah . Muka danish merah padam kerana
terlalu marah . Dia marah kerana sofea tiba2 sahaja bersikap dingin
pada dia , dia marah kerana dia terkasar bahasa pada sofea tadi ,
dan yang paling buat dia berasa kusut ialah dia terlihat adegan Tengku
fuad meluahkan perasaan kepada Sofea .

Tidak dapat digambarkan bertapa luluhnya hati Danish waktu itu .
Kalau ikutkan hati mahu saja dia tumbuk muka Fuad waktu itu .
Danish pergi ke sinki , dibiarkannya air yang keluar dari muncung
paip itu memenuhi sinki . Lalu dibasuhnya mukanya itu berulang
kali , Danish memandang cermin . "Aku tak boleh biarkan semua
ni berterusan" kata Danish seorang diri .

Waktu pembelajaran hari ini tidak seriang seperti dulu , selalunya
Danish lah yang paling riuh apabila waktu belajar . tapi sekarang ini
fikirannya sedang kusut . Dipandang sepi buku Bio di mejanya itu .
Cikgu dihadapan langsung tidak dihiraukannya .

Delaila pula seperti tunggul . Duduk disebelah Sofea memang
payah lagi2 bila Sofea itu sedang badmood . Delaila hendak
bertanya soalan pun terpaksa tanya Huda dan Elisha di hadapannya.
Delaila menggaru kepala , pening melihat situasi tegang yang berlaku
di kelasnya ini . Syahrul pula sedari tadi tak habis2 mencuri curi
pandang Delaila . Entah kenapa , hari ni dia rasa gemuruh sangat apabila
bertemu dan bercakap dengan delaila . Selalunya tidak begini . Matanya
pula tidak henti2 memandang Delaila dari jauh , semakin dihalang semakin
menjadi jadi pula .

"Apa kena lah dengan aku ni . Dari tadi asyik ingat Delaila je . Haih !"
rungut hati Syahrul


(To Be Continued)


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 32

Kelihatan syahrul duduk sendirian di biliknya . Buku ulangkaji
di hadapannya langsung tidak disentuh . Sudah dua hari Syahrul
tidak datang kesekolah sejak naik sekolah hari tu , kerana perlu
ikut ibunya pergi melawat makciknya di selangor . Rasa takut
mula menyelebungi dia tatkala dia teringat , yang dia akan bertemu
dengan Delaila . Entah kenapa . sejak kejadian di taman hari itu ,
perasaannya padanya Delaila mula berubah .

Syahrul memeluk tubuhnya , matanya memandang kearah siling .
Lalu dipejamkan matanya itu . Serta merta segala kejadian yang
berlaku di taman itu , tangisan delaila , kemarahan dia kepada
Haziq, waktu dia mengalirkan air mata scara tiba2 di hadapan
rakan haziq semuanya diimbas kembali . "Kenapa dengan aku
ni !" jerit hati Syahrul lalu menekup mukanya dengan kedua dua
tangannya .

Keesokkan Harinya.

Pelajar2 Sekolah Sri Muzika semuannya beratur untuk masuk ke kelas .
"Syahrul lama tak nampak awak" tegur Delaila sambil tersenyum manis.
Syahrul terkejut mendengar sapaan Delaila itu . Automatik jantungnya
berdegup kencang . "Eh kenapa dengan aku ni . tenang ! tenang"
bisik hati syahrul . "Ah yelah lama tak jumpa" kata Syahrul sambil tersenyum.

"Kenapa awak tak datang 2 hari ?" tanya Delaila . "Saya pergi melawat
makcik saya di selangor" balas syahrul . Delaila mengangguk . "Ah..
syahrul . Saya nak ucap terima kasih ya tentang hal di taman hari tu,
awak datang pujuk saya" kata Delaila sambil memandang Syahrul .
Syahrul memandang Delaila . Tanpa dia sedari mata mereka saling
bertemu . Waktu itu , Syahrul sudah pun menjadi tidak keruan .
"Aaah .. aah .. tak apalah .. kita kan kawan" jawab Syahrul sambil
tergagap gagap . Berkerut dahi delaila apabila melihat syahrul itu tiba2
sahaja jadi gagap . " Eh aku ni dah kenapa ! pandang dia pun dah berdebar
hati ni! " jerit hati Syahrul .

Sedang Syahrul dan Delaila berbual di kelas , haziq tiba2 datang kearah
mereka. " Hai Syahrul ! lama tak nampak kau . Hai Delaila" sapa Haziq
sambil tersenyum . Delaila tersenyum melihat Haziq lalu menjawab "Hai
haziq" . Syahrul melihat wajah Delaila yang nampak sungguh bahagia apabila
haziq berada disitu . Tiba2 sahaja hati dia menjadi sakit , di pukul2 dadanya
tanpa sebab . Seperti orang tercekik makanan pun ada. " Eh syahrul kau
kenapa ? sakit jantung ke ?" tanya Haziq . Syahrul tersedar dari lamunannya .

"Ah , tak ada apa2 saja je nak test aku ni kuat ke tak" jawab Syahrul dengan
spontannya . Walaupun dia tahu jawapan dia tu tersangat lah merepek dan
bodoh . Tapi nak buat macam mana  , dia sendiri tidak faham kenapa dengan
diri dia itu . Delaila dan Haziq tergelak mendengar jawapan Syahrul itu .

Sofea tergopoh gapah menaiki tangga , kerana dia sangkakan guru
biologinya yang garang itu sudah pun masuk ke kelas . Dia terlambat masuk
kelas semuanya gara2 cikgu Ain yang minta bantuan dia mengangkat barang
tadi . Nak tak nak kena buat juga . Langkahnya dipercepatkan apabila sampai
di koridor kelasnya . Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ,

"Auwww !!" jerit Sofea dan Danish . Jeritannya itu buatkan semua mata
pelajar tertumpu kearah mereka . Sofea dan Danish sudah pun memegang
dahi masing2 , sakit kerana terhantuk dengan kuat tadi . "Eh awak ni
buta ke?" marah Sofea . " Apa saya pulak ! awak lah , main melulu masuk
tak bagi salam" kata Danish sambil mengusap dahinya .

"Eh korang sudah lah tu , tak payah nak gaduh " kata Elisha untuk menenangkan
keadaan . Tidak pernah2 dia melihat Danish dan Sofea gaduh sampai terjerit-
jerit sebegitu rupa . "Ah sudahlah ! ketepi saya nak masuk !" marah Sofea.
Lalu berjalan pergi ke mejanya, mukannya merah padam kerana malu dan
marah. "Hish dah langgar orang tak reti minta maaf" marah danish
lalu berjalan laju pergi keluar dari kelas .

"Eh kenapa dengan diorang tu?" tanya Delaila kepada Haziq dan Syahrul sambil
menundingkan jari kearah mereka . "Entah" jawab Syahrul dan Haziq dengan
serentak .

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 31

Tengok Disidebar untuk part sebelumnya

"Betul lah , takkan aku nak main2 pulak" kata Danish . Nazmi terdiam
seketika . Fikirannya sedikit bercelaru . Masakan pula tiba2 sahaja
Danish jatuh cinta dengan Sofea . Dulu bila ditanya sama ada Danish
suka atau tidak pada Sofea , Danish tak mahu mengaku . Ah sudah
lah semua itu tidak penting lagi . Yang penting sekarang ini Danish
Sudah pun mengaku yang dia sukakan Sofea .

"Habis tu , Sofea cakap apa ?" tanya Nazmi .Danish mengeluh.
Nazmi setia menunggu Danish untuk mulakan bicara . "Dia tak
suka aku ." kata Danish dengan wajah yang muram . Itu sahaja
yang mampu dia jawab . "Tak mungkin ." kata Nazmi dengan nada
yang perlahan , nasib Danish tidak dengar . Nazmi mula syak sesuatu
kerana dia tahu  Sofea sukakan Danish . Jadi kenapa tiba2 sahaja Sofea
berubah hati ?.

Waktu Balik

Kelihatan seorang lelaki sedang menunggu seorang diri di tangga . Pelajar
lain sudah pun pulang kecuali dia  . Kerana menunggu seseorang . Seseorang
yang amat penting bagi dia .

"Assalammualaikum Fuad" sapa Sofea . Fuad tersedar dari lamunannya
sebentar tadi . "Waalaikumsalam Sofea" jawab Fuad dengan nada yang
manja . Sofea tersenyum . Namun senyumannya itu jelas tawar , kerana
hal dia dengan danish masih lagi belum selesai . "Maaflah sebab ajak
jumpa awak waktu macam ni"kata Fuad . "Tak apa, lagipun awak nak
apa jumpa? " jawab Sofea

"Sofea awak ingat tak pertama kali kita berjumpa dulu ?" tanya Fuad sambil
tersenyum . Sofea tiba2 ketawa,  lucu apabila teringat kainnya habis basah
kerana terkena air . Waktu itu memang geram Sofea dibuatnya . "Haha ingat
sangat kenapa ? " tanya Sofea .  Fuad tersenyum . "Saja tanya . Tapi .. awak
tahu tak kenapa saya ajak keluar selepas tu?" tanya Fuad lagi . Sofea
mengangguk."Tahu sebab awak nak minta maaf kan ?" tanya Sofea .
" Yup . and ada lagi satu sebab dia" kata Fuad sambil tersenyum .

"Apa dia?" tanya Sofea . "Saya suka awak. Sejak kali pertama kita berjumpa
hari tu . Sebab tu saya sengaja nak ajak awak keluar" kata Fuad . Sofea
terkejut mendengar kata2 Fuad itu , Seakan akan semuanya ini mimpi .
Dalam satu hari ada dua jejaka yang berterus terang dengan dia ? .
Seperti dalam drama pula .Lamunan sofea itu mula terhenti apabila Fuad
berdehem kerana pelik melihat Sofea yang terdiam dari tadi . " Ah maaf "
kata Sofea . Mukanya menjadi merah kerana malu .

"Jadi?" tanya Fuad . "Jadi apa?" tanya Sofea dengan wajah yang keliru . Fuad
ketawa kecil . Lucu melihat gadis yang disukainya itu . " Jadi awak suka atau
tak pada saya?" tanya Fuad sambil tersenyum . Sofea terdiam , fikirannya
bercelaru . Dia memang sukakan Fuad .. tapi .. hati dia seperti tidak
membenarkan dirinya menyukai Fuad . Seperti ada sesuatu yang menghalangnya.

"Boleh tak saya jawab nanti?" tanya Sofea sambil tersenyum manis . Dia
sengaja buat begitu kerana dia tahu fikiran dia masih lagi bercelaru . Wajah
Fuad bertukar masam . " Okeeeeylaaaah" jawab Fuad sambil muncungkan
mulutnya seperti kanak2.Sofea ketawa ."Awak ni janganlah merajuk . Jom
saya belanja Aiskrim" kata Sofea cuba untuk memujuk rakannya itu . Fuad
kembali tersenyum lalu pantas bangun dan berjalan menuruni tangga
membuatkan Sofea terpinga pinga . " Eh awak nak pergi mana tu?" jerit
Sofea . " Kata nak belanja Aiskrim ! Cepatlah !" jerit Fuad dari bawah.
Sofea ketawa melihat telatah rakannya itu . "Gelojoh betul " kata Sofea
lalu terus turun kebawah .

Sofea tidak sedar ada mata yang memerhatikan dia dari jauh ...

(To Be Continued)
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 30

Tengok kat sidebar kalau nak baca part sebelumnya

Faizal terdiam seketika mendengar kata2 Elisha itu . "Tak bagi bercinta?"
kata hati faizal . Lama juga faizal mendiamkan diri . Elisha sudah pun
mula gelisah melihat faizal yang diam secara tiba2 . Risau dia sekiranya
Faizal tiba2 sahaja hendak membenci dia . Faizal kemudian tersenyum
lalu berkata " Kalau macam tu , nak taknak kena lah ikut'

Elisha pelik melihat reaksi Faizal itu. Langsung tiada reaksi sedih atau
marah. Faizal perasan yang kekasihnya itu,mula berasa curiga dengan
reaksi yang diberikannya. Sebelum sempat elisha hendak membuka mulut
,faizal sudah pun mula berbicara 'awak janganlah salah sangka, saya tetap
sukakan awak. Cuma kita tak payahlah bercinta.Kawan pun dah cukup kan?'
Elisha terdiam seketika , didalam hatinya berasa lega kerana Faizal memahami
masalah yang dihadapinya . Lalu dilemparkan senyuman yang manis kepada
Faizal."Okey ! Lepas ni kita akan study sama2 ! No more cinta2 okey?"
kata Faizal.Elisha mengangguk dengan semangatnya .

Di Kelas
"Haziq" sapa  Delaila dari belakang . " Apa ?" tanya Haziq yang sedang sibuk
menyiapkan kerjanya . Delaila duduk di kerusi kosong yang bersebelahan
dengan Haziq itu sebelum mula berbicara . "Kenapa kau tak pernah bagitahu
aku yang kau couple balik dengan Amira?" tanya Delaila dengan wajah
serious . Haziq dengan tiba2 berwajah muram , ada reaksi bersalah di
wajahnya itu . Dia tahu dia tidak sepatutnya merahsiakan perkara itu dari
Delaila."Aku minta maaf, lagipun aku tak lama couple dengan dia . And
masa tu kau tengah sedih lagi sebab kehilangan kawan kau kan .." jawab
Haziq sambil tunduk.Delaila cuba untuk menenangkan diri dia .. dia menarik
nafas dia dengan panjang kemudian dihembus perlahan lahan . " boleh aku
tahu kenapa kau couple dengan dia balik and kenapa kau putus dengan dia
cepat sangat ?" tanya delaila . Haziq langsung tidak memandang Delaila . Dia
tidak mahu bagitahu punca dia putus dengan Amira ialah kerana dia .  " Tak
ada apa2 lah . Kau tak payah tahu okay . Sibuk je" kata Haziq sambil
menjelirkan lidahnya . Delaila mencebik . Geram melihat rakannya yang
tidak mahu menjawab pertanyaannya itu .

"Danish kau kenapa ? Cuba cerita kat aku . Dari tadi aku tengok kau masam
je"tanya Nazmi . Dia sememangnya tidak suka melihat rakan baiknya itu
bermasam muka. Danish hanya mengeluh , kata-kata terakhir Sofea tadi
masih lagi terngiang ngiang di fikirannya . "Tipu? siapa tipu?" tanya Danish
didalam hati . "Danish !"jerit Nazmi ditelinganya . " Sakitlah telinga aku kau
jerit ! . Nak apa??" tanya Danish sambil memegang telinganya . "Aku tanya
kau tak jawab , ingat kau dah pekak tadi" perli nazmi . "Sorrylah . Aku tengah
pening ni ." kata Danish dengan wajah yang masam mencuka  . " Pening ?
Kenapa?? kau demam ke ?" tanya Nazmi.Danish menggelengkan kepalanya
" Taklah .. Kau tahu tak ... tadi .. sebenarnya .. aku .. " kata danish dengan
gagapnya . " Sebenarnya apa ?!" jerit Nazmi seperti orang kurang siuman .
Dia sememangnya orang yang tidak reti bersabar .

"Kau boleh sabar tak ?" kata Danish sambil menjeling kearah Nazmi ." Hehe
sory"kata Nazmi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu ."Sebenarnya
tadi aku terus terang dengan Sofea yang aku suka dia" Kata danish dengan
lajunya membuatkan Nazmi sedikit terpinga pinga tidak dapat tangkap ayatnya
itu . " Kau apa tadi ? aku tak dengar ?" kata Nazmi . Danish mengeluh . " Tadi
.. Aku.. Terus Terang.. Dengan.. Sofea..yang .. aku .. suka .. dia . Faham ? "
kata Danish dengan lagak gaya seperti ibu yang mengajar anaknya untuk
bercakap.Dengan tidak sengaja Nazmi terjerit membuatkan semua pelajar
memandang mereka.Danish cepat cepat menekup mulut Nazmi untuk
mengelakkan Nazmi terlepas kata .

"Kau biar betul?!" tanya Nazmi .


(To Be Continued) 


Busy Kawad dan Kelas Tusyen di Sekolah . Maaf . Mungkin
lambat Update lagi .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi