Cinta Photographer Part 34

Part 33

Aina terdiam disaat Amirul selesai menyanyi. Tepukan gemuruh
diberikan kepada Amirul oleh pelanggan-pelanggan di restoran itu.
Amirul menunduk tanda terima kasih kepada semua pelanggan
disitu sambil tersenyum . Dia kemudian berjalan menuju ke arah Aina
yang sedang terkedu itu. 

"So.. awak tak nak tepuk tangan untuk saya ke?" usik Amirul sambil
berdiri di hadapan Aina. Aina tersedar lalu tersenyum malu di hadapan
Amirul. "Ah.. sorry. Saya terkejut sangat sampai lupa" terang Aina. Dia
kemudian tersenyum manis sambil menepuk tangannya dengan teruja.
"Wow. Pandai awak menyanyi. Saya tak sangka awak ada suara lunak
macam tu. Lagi hebat dari Zain" kata Aina sambil ketawa.

Amirul ketawa sambil kembali duduk di tempatnya. Sejurus itu makanan
yang mereka order sudah pun sampai dan mereka menikmati masa mereka
dengan makan dan berbual bersama sama.

Usai makan, mereka berdua berjalan bersama sama di taman yang
berdekatan untuk mengambil angin.

Okay.. Amirul.. kau boleh buat ni.. kau mesti boleh bisik hati Amirul
didalam hati sambil memandang kearah Aina yang sedang sibuk memandang
kearah pemandang bunga di taman.Amirul merasakan jantungnya hendak terkeluar.
Ish. Nak confess je pun. Aku ni kenapa! marah Amirul di dalam hati apabila
dia merasakan lidahnya jadi kelu setiap kali dia hendak memulakan bicara.

"Um.. Aina?" panggil Amirul perlahan. Aina memandang kearah Amirul dengan
wajah yang keliru."Yup. Kenapa?" tanya Aina. Amirul mengelap tapak tangannya
yang basah dek kerana gelisah di sisi seluarnya sebelum memulakan bicara.

"Err.. saya sebenarnya ada nak cakap sesuatu kat awak" kata Amirul sambil
mengenggam tangannya. Aina mengerutkan dahinya. "Apa? cakap jelah. Awak
ni macam2 lah" kata Aina sambil ketawa kecil. Amirul menelan air liurnya.

"Saya...Sebenarnyasukaawak" kata Amirul dengan nada laju . Aina menyengetkan
kepalanya apabila dia tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh Amirul.
"What? ulang balik ?" tanya Aina . Amirul menarik nafas panjang.

"Saya sebenarnya sukakan awak!" kata Amirul dengan kuat lalu menghembuskan
nafasnya yang ditahan dari tadi. Mata Aina membulat mendengar perkataan
yang keluar dari mulut Aina. jantungnya berdegup kencang. 

Untuk beberapa minit keadaan disitu senyap tanpa ada yang mahu
berbicara. Aina berdeham . "Um.. oh okay..sa-saya.." kata Aina dengan
tergagap. Dia betul2 tidak tahu hendak bagi jawapan apa. Sebab dia
hanya sukakan  Amirul tidak lebih dari seorang kawan. Amirul tersenyum
hiba sambil memandang ke arah Aina. "Awak..sukakan Zain lagi kan?"
tanya Amirul dengan nada perlahan. Aina menganggukkan kepalanya sambil
memandang kearah Amirul dengan wajah yang serba salah.

"Maaf.." kata Aina dengan ikhlas. "Takpa..Tapi..boleh tak saya
nak minta sesuatu dari awak?" kata Amirul. "Apa?" tanya Aina.
"Boleh tak awak beri saya peluang..dan cuba mencintai saya?" pinta Amirul
sambil memandang kearah Aina dengan penuh harapan. Aina terdiam.
"Saya cuma nak awak bahagia. Saya taknak awak terseksa tunggu Zain.
Lagipun dia kan tengah bersama dengan Liyana..tapi.. kalau awak taknak.."
belum sempat Amirul menghabiskan ayatnya Aina sudah memotong.

"Okay..saya akan cuba .." kata Aina sambil tersenyum kearah Amirul.
Amirul terkedu.


To Be Continue
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Antara Realiti Dan Mimpi

Nurul memeluk erat bantal yang berada disebelahnya itu. Namun dahinya
berkerut apabila dia merasakan ada degupan jantung di bantalnya itu.
Aik? bila masa bantal ada jantung ni bisik hati Nurul. Lalu dia membuka
matanya dengan perlahan dan terdiam apabila melihat ada seorang lelaki tidur
dihadapannya. Dan lelaki itulah yang dipeluknya.

"Aah !" jerit Nurul lalu menolak lelaki itu sehingga jatuh ke bawah katil.
Lelaki itu kemudian mendengus kerana tidurnya diganggu. "Awak ni
kenapa? sakitlah! Saya nak tidur pun tak boleh" rungut lelaki itu. Mata Nurul mula
berkaca, dia melihat sekeliling bilik. "Ini bukan bilik saya ni ! Saya kat mana?! Kenapa
awak tidur dengan saya? Awak siapa?! Awak rogol saya ke ?!" tanya Nurul bertalu
talu sambil menangis dan memeluk tubuhnya. Lelaki itu berwajah pucat. Dia kemudian
bangun dan berjalan kearah Nurul.

"Awak tak ingat saya ke?" tanya lelaki itu dengan riak wajah risau. Nurul mengelengkan
kepalanya sambil menangis. Lelaki itu kemudian berlari mengambil telefonnya dan
menelefon seseorang. Setelah selesai , dia duduk di sisi katil sambil memandang
kearah Nurul.

"Awak sure awak tak ingat saya?" tanya lelaki itu. Nurul mengangguk. Lelaki itu
kemudian mengeluh. "Saya suami awak . Saya rasa awak tak ingat sebab semalam
awak terhantuk kepala sewaktu jatuh lepastu terus pengsan" terang lelaki itu. "Oh,
and nama saya Zul, kalau awak tak ingat" sambung lelaki itu lagi. Dia kemudian
merapati Nurul untuk menenangkannya namun Nurul menghalangnya. "Stop. Macam
mana saya nak tahu yang awak ni tak tipu?" tanya Nurul sambil menjauhkan diri dari
Zul.

Zul mengeluh dan bangun dari situ. Dia kemudian berjalan menuju ke rak buku
dan mengeluarkan  sebuah album, lalu dia duduk semula di atas katil bersebelahan
Nurul. "Nah, ni album kahwin kita. Kalau awak tak percaya lagi saya boleh tunjuk
rakaman video time kita kahwin dulu" terang lelaki itu . Nurul kemudian melihat
satu persatu gambar kahwinnya itu . Kepalanya terasa berat apabila tiada satu pun
yang dia ingat . Kenapa aku tak ingat apa2 ni bisik hati Nurul. 

***
Nurul duduk di ruang tamu sambil memandang sekeliling rumah itu. Dinding dipenuhi
dengan gambar dia dan Zul. Sebentar tadi, doktor ada datang kerumahnya dan
membuat pemeriksaan. Katanya mungkin penyakit hilang ingatannya itu untuk sementara,
dan dia tidak perlu risau kerana ianya akan kembali sedikit demi sedikit. Mendengar sahaja
berita tentang itu, Zul dengan pantas memeluknya dan membisikkannya kata2 semangat.

"Nah, minum ni" kata Zul sambil menghulurkan  segelas jus oren kepada isterinya. Nurul
tersenyum lalu mencapai gelas itu. Zul kemudian duduk disebelah isterinya. "Jangan
risaulah,InsyaAllah nanti awak ingat balik" pujuk Zul. Nurul mendiamkan diri. "Awak..
macam mana saya kenal dengan awak? Last saya ingat waktu tu saya tengah drive
kereta. Then sedar2 saya dah ada dekat sini" terang Nurul. Zul tersenyum. "Saya kenal
awak waktu tu dekat cafe, awak lupa nak bawa dompet masa beli air. Then saya tolong
bayarkan. Sejak tu kita asyik berjumpa dan makin rapat" terang Zul. Nurul mengerutkan
dahinya. Dah macam dalam drama pulak bisik hati Nurul apabila mendengar cerita Zul.

***
 Seminggu sudah berlalu dan Nurul masih tidak mendapat memorinya, Zul pula
masih tidak berhenti untuk membantu Nurul mendapatkan memorinya. Sungguh Nurul
berasa bersyukur kerana Zul masih setia dengannya walaupun Nurul tidak pernah
ingat satu pun perkara tentang kisah cinta mereka.

Pada setiap malam, Nurul mesti akan mengalami mimpi ngeri. Dia akan mendengar
seseorang memanggilnya untuk bangun. Tapi apabila dia membuka mata, dia
hanya dapat melihat wajah Zul yang sedang tidur di sebelahnya dan suara yang
sedang memanggilnya itu pun hilang sekelip mata.

Setiap hari , Nurul merasakan dia semakin jatuh cinta pada suaminya itu.Walaupun
dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum ni,tapi apabila dia sentiasa bersama
dengan suaminya, dia tidak dapat mengelak daripada merasakan dirinya selamat
disisi suaminya.

Sehinggalah pada satu hari, Nurul dan Zul baring di katil bersama sama sebelum
tidur. Nurul memandang wajah Zul dengan senyuman manis begitu juga dengan
Zul. Zul kemudian mengucup dahinya sambil berkata "I love you" sebelum
melelapkan matanya. Nurul tersenyum dan tidur di dalam dakapan suaminya.

***
Nurul..bangun sayang..bangunlah..sampai bila kamu nak macam ni..

Nurul..bangun..kamu tak rindu dekat ibu ke?

Nurul membuka matanya dengan perlahan dan terkejut apabila melihat ibunya
sedang duduk di sisi katil dengan mata yang sembab seperti sedang menangis.
Dia melihat sekeliling bilik yang berwarna putih itu. Kepalanya terasa sakit.
"Ma? Mama buat apa kat sini? Nurul kat mana ni? Mana Zul?" tanya Nurul
dengan wajah keliru. Ibunya yang terdiam itu dengan pantas memeluk tubuh
Nurul dengan kuat. Membuatkan Nurul semakin terpinga pinga. Lalu ibunya
menekan butang untuk memanggil doktor.

Setelah doktor membuat pemeriksaan dan berlalu pergi Nurul memandang
kearah ibunya. "Ma.. apa jadi kat Nurul?" tanya Nurul. Ibunya tersenyum
hiba. "Kamu terlibat dalam kemalangan waktu drive.Dah sebulan kamu koma"
terang ibunya. Nurul terdiam."Habis ma.. mana Zul? Kenapa dia tak ada
kat sini?" tanya Nurul. Ibunya mengerutkan dahi.

"Siapa Zul? Kamu mana ada kawan nama Zul" kata ibunya.

Dan pada waktu itu..Nurul baru sedar yang sebenarnya kisah hidup dia dan
Zul itu hanyalah mimpi sewaktu dia sedang koma. Entah kenapa,Nurul merasakan
hatinya sakit memikirkan perkara itu .

***
Tiga bulan kemudian..

Nurul berjalan masuk ke cafe untuk membeli coffee. Namun setelah siap
diorder dihadapan kaunter. Nurul baru tersedar yang dia tertinggal dompetnya.
"Alamak..mana dompet aku ni. Takkan aku tak bawak kot" kata Nurul
seorang diri di depan kaunter itu sambil menggeledah begnya. Staf yang
menjaga kaunter itu hanya memandang Nurul dengan riak wajah bosan.

"Nah. Saya bayarkan untuk dia sekali" kata seorang lelaki sambil menghulurkan
duit kepada staf itu. Nurul memandang kearah lelaki itu, namun terdiam
apabila melihat wajahnya.

"Its okay. Saya belanja.Oh and nama saya Zul.Boleh kita berkenalan?" kata
lelaki itu sambil tersenyum mesra.

End
Im laughing right now. i dont know what did i just write.



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi