Oh Ibu Mertuaku

Assalammualaikum !
Salam Ramadhan .

Hari ni kan aku tiba2 terfikirkan sesuatu perkara yang
buatkan aku terfikir dari sebelum puasa sehingga
sekarang. Apa ke lama benor aku fikir .

Ini bermula apabila aku dan kawan aku sedang duduk
berbual kosong . Tiba2 kawan aku terpegang tapak tangan
aku, then disitu bermulalah perbualan kami tentang Ibu Mertua
dan Tapak Tangan .

Kawan aku tanya kenapa tapak tangan aku lembut , dan dia
cakap aku ni mesti jarang buat kerja2 rumah semua. And i was
like.. what the fish ? -.- Aku buat lah. Dah tangan aku taknak
kasar nak buat macam mana . Then kawan aku ada mention
yang Bakal Mak Mertua kita nanti akan check tapak tangan
kita lembut atau tak . And kalau lembut tu maknanya kena reject
ah sebab jarang buat kerja2 rumah .

Itu buatkan aku terfikir , oh kalau begitu kesianlah kat orang macam
aku ni . Nak kata tak pernah basuh pinggan semua tu , aku tiap2
hari kena . Tapi tangan aku tetap lembut juga .Dan aku terfikir,
Kenapa perlu check tapak tangan bakal menantu ? Mana lah tahu
bakal menantu kita tu suka pakai losyen ke apa ke sebab tu lah
tangan dia tak kasar .

Perlu ke nak check tapak tangan bagai ? Kita duduk sehari dengan
bakal menantu kita tu dulu , then tengok dia buat ke tak semua
kerja2 rumah . Baru lah okey . Ini hanya kerana tapak tangan
yang lembut kena reject . Ahahaha . Rasa macam kelakar je.

Kalau ya pun bakal menantu kita tu tak tahu buat semua benda2 tu
kita boleh ajar kan ?.  Kalau betul lah cerita hal tapak tangan ni,
taubat aku takmao ibu mertua lagu tu . Cerewet . Eh? Ahaha.

Wahai bakal ibu mertuaku , tolonglah . Jangan check tapak
tangan saya. Ahahahah.


*Aku dengar2 dulu bakal mak mertua akan tengok kaki bakal
menantu , untuk apa hah ?*


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Matluthfi New Video ! [Om Nom nom nom]

Assalammualaikum .
Salam Ramadhan.

Ya. Aku tahu . sekali imbas , tajuk video dia macam
bahasa Thailand. Tapi , kita hiraukan apa maksud tajuk
tu .

Video kali ni betul2 bagi impak pada orang ramai agaknya.
Sebab siapa yang pernah kena tu , dia tahu lah . Kan ?

Time bulan puasa ni , mesti ada perempuan yang puasa
sebab nak kuruskan badan . Kan ? Tipulah kalau tak.
Tak salah kalau kita nak kuruskan badan , tapi seeloknya
kita puasa kerana Allah . Bukan sebab nak kurus je . Okay?

Macam melalut je ayat aku . Maklumlah aku update ni
time pukul 1.30 pagi . 

Okay now, lets enjoy.


Petang Hang kurus, Malam hang gemuk
Terima Hakikat. 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Mana Benda Tu ?!

Assalammualaikum
Salam Ramadhan

Aku tahu korang semua mesti pernah menghadapi
masalah Barang hilang . bukan 'Barang' yang
penjenayah selalu sebut tu .

Dekat rumah aku . Always . terjadi kejadian hilang
barang , Handphone , Remote Control, Baju , Seluar,
Sikat, Etc . Senang cerita semua benda yang dipanggil
benda hilang . Kadang2 makanan pun boleh hilang . Hah
yang tu mesti kerja Hantu Raya yang dah setahun tak makan.

Actually barang tu tak kemana pun . Cuma kita je yang
lupa. Al maklumlah , melayu mudah lupa. Sebab tu formula
mathematik semua Cina je yang ingat. Eh apa kena mengena?


Kemudian bila dah tak jumpa tu , mula si ayah tanya si ibu , si ibu
tanya si along, si along tanya si akak , si akak tanya si adik . Yang
si adik ni tak tahu nak tanya siapa terpaksa tanya pada diri sendiri .
Dengan itu bermulalah pencarian harta karun di rumah sendiri .

Serious aku cakap , aku tak suka cari barang yang hilang ni melainkan
barang tu aku betul2 nak gunakan . Ahah . Nampak bertapa pemalasnya
aku . Aku ni kadang2 guna prinsip 'Bukan aku yang hilangkan , aku
tak perlu cari' Ekekekek . PEMALAS


Cuba bayangkan kalau dekat dunia ni kita ada kuasa , kita hanya perlu
sebab nama benda tu , then POOF ! benda tu terpangpang depan mata
kita. Hah . Indahnya dunia. Tapi nanti makin malas lah manusia. Aha.
sekarang pun dah malas ~~


Bila dah hilangkan sila mengaku . Jangan buat2 tak tahu
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Matluthfi New Video ! [Lampu Tandas Rosak]

Assalammualaikum
Salam Ramadhan .

*Drum roll* <-- betui ke eja ?

Yeay mempersembahkan The New Video By Matluhtfi !

Okay seriously , dont judge a book by its cover . Tajuk
dia tu ada maksud tersirat . Jangan hang sangka dia cerita
pasal Lampu tandas dia rosak sepanjang masa . 

Ya memang ramai orang yang suka menilai dahulu sebelum
melakukannya . Kita patut lebih terbuka. Jangan hanya 
ada sedikit kekurangan disitu , kita melarang seseorang
untuk mengetahuinya apa sebenarnya yang kurang . 

Okay apa aku melalut . Dah pi tengok .

p/s : Please doakan abang aku. Dia terlibat dalam
kemalangan :'(


Enjoy :)

Ilmu itu sifatnya mencerahkan. kalau makin belajar makin gelap,
itu namanya ilmu hitam.

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Pengisytiharan Ramadhan Al Mubarak

Assalammualaikum
Go Pakcik Go! .. lol 

Seperti yang semua sudah sedia maklum 1 ramadhan jatuh pada
21 Julai 2012 . Yeay ! i know , everyone getting excited right?
Only one more day left. Wuuuuh . Semoga kita semua dapat
meraikan Ramadhan dengan penuh keberkatan . Amin .


Entry kemain pendek . Ekekekeke .

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 40

Part 39 <-- tekan untuk baca

"So apa macam ? Korang dapat apa je tadi ?"tanya Delaila tidak
sabar."Relaks lah kau ni. Kot ye pun bagilah kitaorang duduk
dulu" kata Haziq lalu duduk di kerusi kantin itu . Danish dan
Sofea sudah pun balik, dan mereka langsung tidak mengetahui
tentang rancangan ini .

Fuad pun menceritakan apa yang dia, Haziq dan Nazmi dengar
sewaktu rehat tadi . Bulat mata Delaila, Elisha dan Huda apabila
mendengarnya . "Serious?!!" tanya Delaila untuk kepastian .
Mereka mengangguk . Untuk beberapa saat mereka berenam
terdiam sebentar .Fikirkan perkara yang buatkan mereka runsing
setiap hari .

Kemudian Elisha mula berbicara " Okay . Now, tiba masa untuk kita
selesaikan semuanya" yang lain semuanya memandang Elisha dengan
wajah pelik . "selesaikan apa?" tanya Delaila sedikit lembab untuk
menangkap apa yang dimaksudkan Elisha . "Delaila...kau ni kan..
cuba cepat sikit pickup" ngeluh Haziq . Delaila mencebik . 

"Selesaikan hal Danish dan Sofea lah. Okay . Here's the plan" kata
Elisha. Kelima lima yang lain mendekatkan diri untuk mendengar
rancangan Elisha .

-----------------------------------------------------------------
Keesokkan Harinya , 

"Yo Fuad ! Ada hal kitaorang nak settle dengan kau" jerit haziq
lalu menarik Fuad ke tepi dinding . "Eh apahal korang ni?!" tanya
Fuad cemas ." Relaks lah , kitaorang bukan nak jual dadah" kata
Nazmi sambil menepuk bahu Fuad yang kelihatan cemas itu .

Sementara itu , 
"Sofea ! rehat nanti kita lepak kat belakang sekolah tau , jangan
risau kita ada dua orang pengawas sebagai backup" kata Delaila
sambil menuding jari ke arah Elisha dan Huda . "Banyaklah kau
backup" kata Huda. Sofea hanya senyum lalu menggangguk.

----------------------------------------------------------------

"U nak apa jumpa I kat belakang sekolah time2 rehat macam ni?"
tanya Alisa . Fuad berdiri sandar di dinding . "Eh you pekak ke?
i tanya ni!" marah Alisa. "Pasal Sofea dan Danish" bicara
Fuad dengan wajah yang serious ."Oh pasal diorang, kenapa?
U nak ikut balik ke rancangan I nak pisahkan diorang?" kata
Alisa sedikit teruja. Fuad mengangguk perlahan. "Bagus, sekarang
lagi senanglah I nak pisahkan diorang. You pun mengoratlah lagi
si Sofea tu . Biar diorang makin jauh" kata Alisa. Fuad hanya
mendiamkan diri . 

Sedang Alisa rancak bercakap . Tiba2 muncul Danish dari belakang
bersama Faizal, Nazmi dan Haziq. "Oh , macam tu . Jadi kau lah
yang rancang semua ni ?" kata Danish tanpa ada sedikit senyuman
di bibirnya . Alisa pucat. Fuad berjalan dan berdiri di sebelah Faizal
lalu berkata "Sorry . Aku dah tak nak buat kerja ni lagi"."Fuad!How
could you !" marah Alisa . Alisa kemudiannya berpaling untuk lari
dari situ,  tetapi laluannya dihalang oleh Sofea, Elisha , Huda dan
Delaila yang dari tadi mencuri curi dengar . Wajah alisa semakin
pucat . "Sorry . Awak dah kalah" kata Delaila sambil membuat
gaya gedik . Sofea hanya mendiamkan diri . Dia memandang Danish
yang masih lagi berwajah serious itu . Ada sedikit rasa bersalah
dalam diri dia kerana melukakan hati Danish .








Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Di Kala Bulan Puasa .

Assalammualaikum ~

Okey lagi 9 or 8 days lagi untuk bulan Puasa. Im sure ramai yang
tak sabar2 nak puasa kan ? Ehe samalah titew ~ *Kita* .
Mesti semua orang dah tak sabar nak pergi ke Bazaar Ramadhan
dimana waktu tu nafsu kita *menggelegak* mahukan semua makanan
yang ada disitu *Syaitan kena ikat* . Alah mengaku sajalah , anda semua
mesti pernah beli banyak2 makanan lepastu time berbuka makan sikit je
dah kenyang. Tahu sangat . Hahaha .

Time puasa ni lah kita dapat tambahkan amal ibadah kita with solat terawih
semua tu . Kan ? And that moment bila kita tak sabar2 menunggu azan maghrib
berkumandang , sampaikan ada yang duduk di depan Tv, di depan Radio atau
di depan meja makan <-- ini aku. And then sebelum tu kita tolong mak kita
hidangkan makanan untuk makan bersama keluarga. time ni lah kita dapat
makan bersama sama keluarga kita, dapat baca doa sama2  . Ehe.

Menu buka puasa yang paling aku suka Mee Bandung. Ya Allah memang
tu favourite aku . Bila nak buka puasa kalau boleh hari-hari aku nak suruh
mak aku masak tu . Time bukan bulan puasa tak ada pula aku suruh .
Maklumlah time2 macam ni lah kita nak bermanja dengan mak kita dengan
suruh masak masakkan kegemaran kita kaaaan ? =P lepastu mesti ada part
di mana masakan kita tak cukup GARAM . Ahahaha biasalah orang puasa
bak kata mak aku .

Kalau pi Bazaar Ramadhan tak sah kalau kita tak beli bermacam macam jenis
kuih kan ? Murtabak , kuih segala jenis kuih *aku tak hafal nama kuih*

Sumber ihsan dari Google. Lol

Kemudian MOST IMPORTANT sekali bagi aku , kena ada air tembikai.
Seriously aku memang sukakan tembikai , jadi kalau buka sebijik tembikai,
air tembikai pun jadi lah bagi aku .
Sumber ihsan dari Google.

Tiba2 aku teringat waktu aku kecil2 dulu , aku pernah curi2 minum air
kat paip . Lol sorry mom. Ahahahha . Alah masa tu i tak matang lagi tau.
Ecewah ayat nak cover.  Tapi sekarang taubat tak buat dah pasal air
paip tak sedap pun. Eh ? 

Oh ya dulu2 juga aku suka sangat main Mercun POP POP dan Bunga Api . Serious
kalau nampak je orang jual aku menangis2 nak benda ni . Pasal benda ni tak bahaya.


Dua2 gambar ihsan dari Google.

Tapi sekarang ni kalau nak main pun kena cover2 . Pasal nanti ternampak
sangat aku kebudak budakkan ahahaha. Serious rindu nak main benda alah
ni. 


Mercun bola. Bagi peminat fanatik bola janganlah sampai nak
main mercun bola ni woi . Bahaya . Kot2 lah hangpa lembap sangat
dah pi nyalakan api lepastu lupa nak baling , sia sia kau raya pakai
satu tangan . Tapi Kalau nak baling kat Israel boleh aja. Ahahaha .


Okey lah sekian sahaja Entry Di kala Bulan Mengambang Puasa aku ni .
Semoga terhibur .

Puasa hang dah ganti belum woooooooooooooi ~~~ ?


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Lack Of Idea

Assalammualaikum ~

Yaaay Akhirnya aku update juga blog aku ni .AKHIRNYA.
Cerpen Cinta Remaja pun aku dah update , Tekan Sini !
Maaflah kalau aku dah jarang blogwalking , update semua tu.
Laptop buat hal , aku online pakai handphone je selalu . Tu pun
online Twitter je . Ekekekeke  Follow Here .

Lagi satu . aku sekarang ni kekurangan idea nak update blog.
Sejak balik dari Langkawi hari tu . Aku jadi blur nak update
benda hape . Maklumlah aku ni manusia biasa , otak tak genius
mana. Ecewah ayat nak bodek ke hapo ni .

Oh ya sekarang pun aku tak faham apa kena dengan Google Chrome
aku ni . Kadang2 bila aku buka blog2 orang dia tunjuk gambar robot
apa benda entah . Fedup weyh wa cakap lu . Eh sorry ayat gangstar aku
dah keluar. Eheheheh *tundukmalu*

Oh ya bulan puasa dah dekat . Aku terfikir nak buat segmen tentang puasa
agak2 ada ke orang nak join ? Tak ada hadiah lah . Sebab segmen je
kan . Heh . Aku takut je takda orang join . Al maklumlah pengaruh aku ni
tak kuat . Eh ? cakap macam aku ni ahli politik je ahahha. Kay gurau.


SEDANG MENUNGGU VIDEO TERBARU MATLUTHFI .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 39

Tengok Part sebelumnya disidebar
Part 38 <--- tekan untuk baca

Delaila kemudian menoleh untuk melihat siapa yang
mencuitnya tadi . " Kau termenungkan apa tu delaila?"
tanya Elisha sambil duduk disebelahnya . "Tak ada apa2
lah" jawab Delaila sambil tersenyum .

"Eh dah lama aku tak nampak kau berbual dengan syahrul kan?"
kata Elisha sambil memandang kearah Delaila. Delaila terdiam
sebentar. "Entahlah . Aku pun tak tahu kenapa dengan dia.Aku
tegur dia. Dia diam je" kata Delaila. "Kau ada buat silap dengan
dia ke?" tanya Elisha . Delaila menggeleng kepala.

************************************************
Alisa menahan geram . Dia tidak sangka Fuad sanggup pergi
dari situ dan biarkan dia keseorangan . Lantas dia segera bangun
dan keluar dari perpustakaan itu . Faizal, Nazmi dan Haziq masih
lagi tergamam dengan apa yang didengari oleh mereka sebentar
tadi .

"Wei kau dengar tak apa yang aku dengar?" tanya Haziq meminta
kepastian . " Dengar.Jadi selama ni Alisa dengan Fuad berkerjasama
nak kenakan Sofea dan Danish" kata Nazmi . Faizal hanya mendiamkan
diri memikirkan apa yang didengarinya tadi . Sedang mereka bertiga
berbincang , tiba2 Danish yang baru masuk ke perpustakaan menegur
mereka.

"Wei korang pergi mana? Dari tadi aku cari korang tau!" marah danish.
Haziq, Faizal dan Nazmi terkejut mendengar suara Danish yang tiba2
saja muncul itu . Belum sempat Faizal hendak menjawab pertanyaan
Danish . Loceng rehat sudah pun berbunyi . "Hah loceng dah berbunyi
kitaorang nak masuk kelas lah" kata Haziq untuk sembunyikan perkara
sebenar . Lantas mereka bertiga bangun dan berjalan untuk keluar dari
perpustakaan . Danish masih lagi berdiri disitu , pelik melihat perangai
rakan2 nya itu . " Hoi danish , kenapa tercegat lagi tu ? Jomlah" jerit
Haziq tanpa menghiraukan jelingan pengawas pusat sumber disitu .
Danish tersedar lalu berjalan bersama2 mereka .

Di Kelas , faizal senyum kearah Elisha, Delaila dan Huda sambil membuat
'thumbs up' tanda semuanya dalam keadaan okey. Mereka bertiga tersenyum
lega . Takut juga mereka kalau rahsia mereka itu bocor . Apa yang pasti lepas
balik sekolah nanti mereka akan berjumpa untuk tahu apa yang terjadi .

To Be Continued
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi