Yakin *Based On True Story*

Assalammualaikum

Yakin ? Apa itu yakin ? Aku rasa semua tahu yakin tu
apa kan ? Pada yang tak tahu sila buka kamus dewan pustaka
atau kalau malas sangat google pun boleh .

Jujur aku cakap . Dulu aku bukannlah seorang yang berkeyakinan
tinggi . Aku tak yakin dengan diri aku , kalau orang pandang aku.
Aku mesti tunduk sebab aku rasa diri aku tidak cantik . Maklumlah
kulit aku ni hitam manis.Jadi aku rasa terpinggir sedikit bila tengok
orang lain kulit putih . Serious aku tak tipu kali ni .

Dulu aku pernah menangis sebab tak suka dengan kulit aku yang
lain dari yang ni sampai aku rasa benci sangat tengok muka aku .
Maklumlah selalu kena ejek dulu, ya memang perit apabila diejek.
Tapi Parent aku sentiasa ada disisi aku, mereka sentiasa bagitahu
aku yang aku sebenarnya cantik cuma orang tak sedar. Dan sedikit
demi sedikit aku tahu , aku tak perlu sedih. Rupa tak penting , yang
penting Hati .Itu yang aku belajar .

Aku mula mengorak langkah untuk mencari keyakinan diri aku sendiri.
Aku berdoa kepada Allah Swt supaya kuatkan diri aku apabila dihina
oleh orang lain . Bukan mudah ya kita nak senyum apabila orang hina
kita hodoh, buruk . BUKAN MUDAH . Bila orang hina aku , aku
senyum dan berkata di dalam hati " Tak apa, Ini semua Dugaan"
walaupun waktu itu air mata aku hampir2 sahaja hendak jatuh seperti
air terjun . Tapi aku tahu Allah Maha Besar , Maha Pemurah. Dia pasti
tolong aku dikala aku kesusahan .

Semakin hari aku semakin yakin . Dan aku berjumpa dengan rakan2 yang
boleh menerima diri aku. Aku gembira, sebab mereka tidak pandang pada
rupa sahaja. Aku gembira sebab mereka dapat menerima diri aku yang sebenar.
Disaat itu aku panjatkan kesyukuran kepadaNya kerana membantu aku
dalam menyakinkan diri aku untuk berkawan dengan orang dan temukan aku
dengan rakan2 yang membantu aku .

Aku kini berkeyakinan tinggi . Tapi tak terlalu tinggi . Al maklumlah, perjalanan
aku masih jauh . Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. aku
kini tidak mengendahkan kutukan dan hina dari orang . Kerna bagi aku ..

Kalau kita menghina rupa seseorang , bermakna kita
menghina Ciptaan Allah SWT.



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

10 Itik gebo-gebo:

Cendol berkata...

lorrhhh..siapa yg ejek rupa org lain tu perangai x matang..
Allah itu maha adil kan,
thats why,
SEMUA ORG SAMA DISISI ALLAH KECUALI ORG YG BERTAQWA .

manusia mmg mcm2..
betul kata kamu,yg penting hati mesti baik.hati baik Allah pn redha .
Utamakn pndangan Allah drp pndangan manusia.
Allah bless u :)

Dba Dealova berkata...

yang penting hati mesti cantik.itu yang kekal abadi.relaks je.Allah sentiasa ada untuk kita :)

wafiy suzly berkata...

sggah dri blog kr. keyakinan itu perlu utk terus hidup dgn gumbiraaa~ hahahhhh

Outbound di malang berkata...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

kay_are berkata...

hitam manis.. still ade manisnye tu.. ^^ susah2 guna fair and lovely.. ape pun.. ciptaan Tuhan sume indah2.. so yakin pada diri je

Tanpa Nama berkata...

ya , betul tuhh . kalau muak cntex , hati buruk , baex ta pa . ta molek jugaxx . :)

Pwincess berkata...

Hmm. rasa maca diri unmatured pulak. Dulu-dulu kalau ada yg ejek ee dah pergi sound dah. Kehkeh, tapi tu dulu time telebih confident. Sekrg tak dah. Peace =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/mid-year-exam-result.html

Rasya | nurulrasya.com berkata...

hitam kan manis.hewhewhew. den pun macam hang doe tapi kita kena fikir macam nilah hang tak patut risau sebab ada muka yang people standardize as ugly eg: dark skin.tapi hang patut risau kalau ada hati yang hodoh.

faham dak?

hahaha

Cik Kay Jue berkata...

orang yang suka ejek2 tu sebab mereka jelez sebenarnya sebab apa yang kita ada mereka xde.. :)

Liyaa Mf berkata...

Pernah rasa pengalaman yang sama. Takde la anggap hina. Tapi biasa la mulut manusia kan? Hehe.

Btw, jangan benci tgk muka sendiri ya? Terasa diri tak cantek mmg tak best. Tapi, kita jauh bernaseb baek drpd org2 yg tak sempurna saat lahirnya :D

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi