Yakin ? Apa itu yakin ? Aku rasa semua tahu yakin tu
apa kan ? Pada yang tak tahu sila buka kamus dewan pustaka
atau kalau malas sangat google pun boleh .
Jujur aku cakap . Dulu aku bukannlah seorang yang berkeyakinan
tinggi . Aku tak yakin dengan diri aku , kalau orang pandang aku.
Aku mesti tunduk sebab aku rasa diri aku tidak cantik . Maklumlah
kulit aku ni hitam manis.Jadi aku rasa terpinggir sedikit bila tengok
orang lain kulit putih . Serious aku tak tipu kali ni .
Dulu aku pernah menangis sebab tak suka dengan kulit aku yang
lain dari yang ni sampai aku rasa benci sangat tengok muka aku .
Maklumlah selalu kena ejek dulu, ya memang perit apabila diejek.
Tapi Parent aku sentiasa ada disisi aku, mereka sentiasa bagitahu
aku yang aku sebenarnya cantik cuma orang tak sedar. Dan sedikit
demi sedikit aku tahu , aku tak perlu sedih. Rupa tak penting , yang
penting Hati .Itu yang aku belajar .
Aku mula mengorak langkah untuk mencari keyakinan diri aku sendiri.
Aku berdoa kepada Allah Swt supaya kuatkan diri aku apabila dihina
oleh orang lain . Bukan mudah ya kita nak senyum apabila orang hina
kita hodoh, buruk . BUKAN MUDAH . Bila orang hina aku , aku
senyum dan berkata di dalam hati " Tak apa, Ini semua Dugaan"
walaupun waktu itu air mata aku hampir2 sahaja hendak jatuh seperti
air terjun . Tapi aku tahu Allah Maha Besar , Maha Pemurah. Dia pasti
tolong aku dikala aku kesusahan .
Semakin hari aku semakin yakin . Dan aku berjumpa dengan rakan2 yang
boleh menerima diri aku. Aku gembira, sebab mereka tidak pandang pada
rupa sahaja. Aku gembira sebab mereka dapat menerima diri aku yang sebenar.
Disaat itu aku panjatkan kesyukuran kepadaNya kerana membantu aku
dalam menyakinkan diri aku untuk berkawan dengan orang dan temukan aku
dengan rakan2 yang membantu aku .
Aku kini berkeyakinan tinggi . Tapi tak terlalu tinggi . Al maklumlah, perjalanan
aku masih jauh . Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. aku
kini tidak mengendahkan kutukan dan hina dari orang . Kerna bagi aku ..
Kalau kita menghina rupa seseorang , bermakna kita
menghina Ciptaan Allah SWT.