SAYA TAHU SAYA BERSALAH .

Assalammualaikum !

Fuuuuhh Fuuuh *Tiup Blog* bukan sebab dah lama
tak update okay . Tapi sebab tadi aku tertumpahkan
serbuk kopi dekat blog aku . Habis jadi hitam . Okay
aku merepek. Jangan layan .

Sebelum tu . Aku nak minta maaf sangat2 sebab dah lama tak
update blog aku . Disebabkan Exam dan Sakit otak aku ni aku
jadi malas nak update . Hal tentang exam ? Hurm . Jangan ditanya.

Hari Rabu ni InsyaAllah aku balik kampung aku di Perak. Im
Sooooooooo Excited ! Dah lama tak balik kampung. Aku
rindu gila dekat sedara mara aku . Kay tipu . Tak rindu pun
mwahahaha *Jahat* . Dan lagi sekali aku akan berhenti update blog
untuk sementara. Sedih tau , i baru je nak manja2 dengan uoollzzzz ~

Bila dibilang sudah lama rasanya aku tak buat Entry Sentap Menyentap
aku . Dekat Twitter aku kemain hebat aku perli orang *Cough* .
Tak apalah nanti ada masa , aku akan update seperti sediakala.
Okay semua jangan menangis rindukan saya. saya tahu saya famous.
*Cakap Seorang Diri* *Menangis*




Rasanya dah lama aku tak blogwalking kat blog orang . Serious
JUTAAN TERIMA KASIH kepada sesiapa yang sudi singgah
di blog aku yang tak seberapa ni . Sangat2 hargai. InsyaAllah
bila ada masa yang banyak aku akan balas kunjungan korang
semua. Rindu wei nak baca post2 korang yang awesoomee tu ~


Oh ya Jangan Lupa Undi Zizan Razak didalam SuperSpontan Dengan
Menaip SS ZIZAN dan hantar ke 32888 atau untuk undian pukal
SS20 ZIZAN dan hantar ke 32888 .

MAKE SURE KORANG UNDI ! AHAHA #TeamZizanRazak
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 37

Tengok Part sebelumnya disidebar.
Part 36 <-- tekan untuk membaca.

Memandangkan hari ini hari sabtu , Elisha,Delaila dan Huda
mengajak Nazmi, Haziq dan Faizal berjumpa ditaman untuk
membincangkan hal Danish dan Sofea ."Lambatnya diorang
ni " ngadu Huda sambil makan keropok yang dibeli pada
mulanya untuk dimakan bersama sama mereka tetapi kerana
mereka lambat datang sudah separuh keropok itu diratah oleh
gadis2 sunti itu .

"Assalammualaikum !" jerit 3 jejaka jambu itu . Delaila yang
sedang minum air mineral itu tersedak kerana terkejut dengar
jeritan itu. Huda pula menepuk nepuk belakang delaila yang
tersedak itu ."Hoi , perlu ke menjerit ?" marah Elisha sambil
membaling botol mineral yang kosong kearah mereka .

"Tak jawab dosa woi" kata Haziq sambil ketawa . "Waalaikumsalam"
jawab Delaila, Elisha dan huda serentak . Selepas puas ketawa ,
mereka lantas duduk didalam satu bulatan ."Baiklah mari kita mulakan
bacaan yassin" lawak Haziq ."Banyaklah kau haziq. Sudah jangan main2
dahlah datang lambat" marah Delaila  yang berada dihadapannya itu .
"Alah maaflah bukan sengaja , Nazmi ni hah berdandan mengalahkan
perempuan" gurau haziq . " Eh aku pula yang kena" kata Nazmi dengan
nada tidak puas hati . Faizal menggelengkan kepala , "Sudah kita datang
sini nak bincangkan hal kawan kita kan" tegurnya .

Dengan tiba2 keadaan menjadi senyap . Semua orang mula terfikir
hal Danish dan Sofea . "So apa yang korang bertiga nak dari kami?"
tanya Nazmi . "Kitaorang nak tahu , Danish ada bagitahu apa2 tak
tentang Sofea atau Alisa dekat korang?" tanya Elisha . "Danish ada
cerita dekat aku hal tentang Sofea, kenapa?" kata Nazmi.
Elisha , Huda dan Delaila mula menceritakan semuanya tentang apa
yang mereka dengar dari mulut sofea. Nazmi berkerut dahi apabila
mendengar cerita itu , seperti ada yang tidak kena dengan apa yang
didengarinya itu .

"Setahu aku Danish ikhlas sukakan Sofea. Dia takda pula cerita nak
kenakan Sofea semua tu . Lagipun aku tengok Danish kemain sedih
bila Sofea tolak cinta dia" kata Nazmi . "Then kenapa Alisa bagitahu
yang Danish nak main2 kan Sofea ?" tanya Huda . "Korang tak tahu
ke yang Alisa tu sukakan Danish ?" tanya Haziq . 7 orang rakannya
yang lain terdiam sambil memandang wajah haziq dengan riak muka
yang pelik . " Suka??" tanya Delaila . " Ya suka. Kenapa? takkan
tak tahu kot?" tanya Haziq . Semua orang menggeleng kepala.

"Betul ke ni Haziq ? Kau pasti ke ?" tanya Faizal meminta kepastian.
"Betul lah , buat apa nak tipu . Member si Alisa tu bagitahu aku" jawab
Haziq . "Jadi dah jelaslah sekarang . Baru aku faham apa yang terjadi
sekarang ni" kata Elisha sambil tersenyum . " Faham apa?" tanya Delaila
yang sedikit lembab itu .  Elisha tersenyum . " Alisa sukakan Danish,
tapi dia tahu yang danish tak sukakan dia tetapi sukakan Sofea. Dan dia
juga tahu yang Sofea menyukai Danish . Jadi untuk elakkan mereka
bersama , Alisa buat cerita yang buruk2 tentang Danish kepada Sofea
dengan harapan diorang takkan bersama" terang Elisha panjang lebar .
"Ooh" serentak mereka semua menyebut .

"Then Fuad tu apa cerita ?" tanya Delaila . "Fuad tu kita bagi kumpulan
lelaki yang siasat ye " kata Huda sambil tersenyum . " Apahal kitaorang
pula?" tanya Haziq tidak puas hati . " Sebab korang lelaki , senang nak
dekat dengan dia" jawab Huda . "Baiklah tentang Fuad biar kitaorang
yang settlekan cara lelaki " kata Faizal .  "Oh ya then kalau kita dah
tahu cerita yang sebenar , macam mana nak bagitahu dekat Sofea
dan Danish ?" tanya Nazmi . "Sabarlah . kita tunggu masa yang sesuai"
jawab Elisha.

To Be Continued


Cerita ni dah nak habis . Tapi aku je yang lambat update -.- Maaf .
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Hard Day .

Assalammualaikum .

Fuhh sudah berapa hari ya aku tak update blog aku ni ? 1..2..3.. ah
malas aku nak mengira. Cukup lah masa exam Mathematic hari tu aku
nyawa nyawa ikan menjawabnya . Sejarah pula ? Pffftt aku memang
suka dengan sejarah , tapi aku expert objective sahaja  . Masuk paper
2 hamik kau blur terus .

Time peperiksaan ni aku memang jarang online . Kay ulangan .
Jarang online guna LAPTOP. Aku guna Handphone murah aku
je. *Cough* kay handphone aku rosak tu handphone mak aku
aku pinjam . *Cough Darah*

Waktu peperiksaan dijalankan , mengantuk gila wa cakap lu *ayat gangstar dah
keluar puiih* . Aku cikgu belum bagi kertas aku dah tidur dulu . Kemudian 
kalau aku dah nak siap , aku akan biarkan 2-3 soalan kosong untuk dibuat
pada saat-saat akhir . Motifnya ? sebab aku taknak cikgu check paper
aku . Seraaaam woooooh~


Then aku bila dah tak dapat jawab . Apalagi tidur. Malas aku nak berhentam
pulas memikirkan jawapan tu -.- Lagi2 masa paper Mathematic . Memang
banyak kosong wa cakap lu . 


Lepastu bila aku dah dapat ilham nak jawab soalan peperiksaan tiba2


Vrooooom Vrooom , Ting ! Ting ! Ting ! Debuuushhh Debuusshh! 


Tahu tak bunyi apa ? Apa bunyi pontianak mengilai ? bukan . bunyi
orang tengah buat pembinaan dekat sebelah . Wooh serious aku cakap
aku frusst gila. Lori tu kemain kecik dan lembab , tapi bunyi dia macam
Dinasour tak makan setahun . 


Oh ya pasal Cerpen Cinta Remaja Part 37 . Nanti aku update. Sekarang
tengah periksa bagilah otak aku rehat . Ecewah .


Baiklah sampai disini sahaja entry aku . Jangan harapkan aku untuk
update lagi selepas ini. Ecewah . takdelah . Kalau exam dah habis
InsyaAllah aku update banyak2 . Ceh macam ada orang baca. 




Rakyat palestin tak dapat exam macam kita. Tak dapat bergembira
seperti kita. Doakan mereka. 




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Hanya Entry Merapu .

Assalammualaikum

Besok exam mathematic. Ya subjek yang paling aku anti seumur hidup
aku . Setiap kali aku cuba untuk mengira gunakan kalkulator mesti keluar

"Syntax Error"
"Math Error" .

Duh. Aku tak tahu apa masalah aku ni . Cukup menyampah dengan kira kira.
Apa yang cikgu ajar masuk langsung taknak masuk kat telinga kanan aku ni.
Dengki betul saja lahtu nak suruh aku stress memanjang.

Lepastu nanti ada exam Addmath . Woooh ~ aku sure bersih je kertas
aku nanti . Sebab aku lupa segala benda formula tu semua. Heh aku ni
suka sangat cari nahas tau . Entah apa yang aku fikir pun tak tahu lah .
Mungkin sebab aku banyak sangat ketawa, jadi ilmu semua beratur keluar
dari otak aku yang sediakala kosong ni .

Dah lah tu , kalau time exam tu masa dia berjam jam . Sakit punggung aku
dibuatnya . Kalau tidur pun sekejap sekejap bangun . Lepastu tudung senget
senget . Heh . Tak apa style baru tu . LOL . Kay tak lawak kenapa taip LOL.

Sekarang ni kerja aku buka twitter je . Lepastu merapu meraban . Blog
pun aku buka tapi otak aku blank . Jadi aku tak update lah . Oh ya
pasal cerpen Cinta Remaja tu . Nanti lah aku update. Aku tak sihat
ni *cough* . Otak aku yang tak sihat . Ehehehe .

Oh ya nak tengok aku merapu dan melayan perasaan meh follow
twitter aku TWITTER AKU. KAU ADA? tekan jelah jangan banyak
tanya . Heh .

Okay dah . Aku tak tahu nak merapu apa lagi dekat sini . Jangan marah
aku sebab aku dah bazirkan masa korang . Aku dah tulis awal2 dekat
tajuk kan yang ni entry merapu . Yang pergi baca kenapa? Hahaha

Doakan aku dapat jawab Paper exam ! 
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Remaja . Part 36

Tengok Part sebelumnya di Sidebar
Part 35 <-- tekan untuk baca .

Setelah tamat waktu rehat , pelajar2 bergegas untuk masuk ke kelas.
"Sofea aku nak cakap dengan kau kejap" kata Huda . Sofea yang
sedang duduk ditempatnya itu memandang wajah huda dengan riak
muka pelik . "Apa ? cakap jelah dekat sini" balas Sofea . "Tak nak,
sini tak privacy . Lagipun ni pasal hal kau dan danish " kata Huda
dengan wajah serious . Langsung tidak ada senyuman diwajahnya .
Sofea terdiam , lalu dengan segera dia bangun dari tempatnya dan
keluar dari kelas . Huda hanya mengekorinya dari belakang .

"Delaila !" jerit Haziq . Delaila yang sedang berbual dengan Elisha terkejut
mendengar jeritan Haziq itu . " Apa dia haziq ? " tanya delaila . Haziq
mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu diberikan kepada Delaila .
"Apa ni ? " tanya delaila dengan wajahnya pelik . "Tu origami yang aku
buat untuk kau lah " balas Haziq . " Oh tahu lah origami tapi kenapa bagi
aku?" tanya Delaila lagi . " Saja" balas Haziq lalu berlalu pergi . "Macam2
lah dia ni" ngomel Delaila seorang diri sambil tersenyum . "Haih dapat hadiah
nampak" usik Elisha . "Hadiah ? hahah ni cuma origami jelah . Kau ni merepek
je" balas Delaila sambil ketawa .

"Hah , kau nak cakap apa huda?" tanya Sofea sambil menyandarkan badannya
ke dinding . "Kau ada masalah dengan Danish ke sofea ? " tanya Huda .
Sofea terdiam . "Sofea ? Dengar tak ? "  " Aku dengar lah " jawab sofea.
Sofea mengeluh . Dia sedar dia tidak patut merahsiakan perkara ini lagi , dia
perlu ceritakan pada rakannya . Sofea menceritakan segalanya yang berlaku
antara dia dan danish , dia juga menceritakan hal Alisa dan Fuad .

**********************************************************
Di rumah Huda.
Huda , Delaila dan Elisha duduk termenung memikirkan sesuatu .
Masing2 mendiamkan diri , pening memikirkan masalah rakan
mereka itu . Selepas tamat waktu persekolahan tadi , huda
mengajak mereka kerumahnya untuk bincangkan hal Sofea.
Sofea pula tidak diberitahu tentang perjumpaan itu sebab itu sofea
tidak berada disini .

"Tapi takkan lah Danish nak buat Sofea macam tu" kata Delaila
memecahkan kesunyian di bilik ."Itulah yang aku pelik , aku rasa
Alisa saja lah nak jarakkan mereka berdua" syak Elisha."Tapi
kenapa pula Alisa nak jarakkan mereka berdua? Apa motif
dia?" balas Huda. Delaila dan Elisha terdiam .

"Oh ya pasal fuad pula" kata Huda dengan tiba2 . "Kenapa dengan
fuad?" tanya Elisha . "Kau tak rasa pelik ke fuad tu tiba2 boleh suka
Sofea?" kata Huda . "Peliklah juga , tapi ni tentang perasaan kan.
Siapa2 pun boleh tersuka orang tu dengan jangka masa yang pendek"
balas Delaila . Elisha mengangguk . "Aku rasa kita kena siasat lah
perkara ni " kata Huda . "Tapi macam mana? kita kena dengar dari mulut
Danish juga kan, masalahnya nak ke danish cerita kat kitaorang?" balas
Delaila . "Kita minta tolong Nazmi, Haziq dan Faizal !" kata Elisha .

To Be Continued
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi