My Angel

Maya merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan seorang anak perempuan
berumur 5 tahun setelah bercerai dengan bekas suaminya sewaktu dia mengandung
2 minggu. Kehidupannya selepas itu memang susah, namun dengan bantuan dan
sokongan kawan-kawannya Maya dapat melalui kehidupan dengan baik.

"Mama ! Tengok Uncle Syah bagi gula2 ni!" jerit Mia anaknya dengan gembira
sambil menunjukkan lolipop besar di tangannya. Maya yang sedang duduk di bangku
taman tersenyum melihat telatah anaknya. "Lama dah tunggu?" tanya seorang lelaki
berkemeja menunjukkan yang dia baru balik dari office. Maya mendongak untuk melihat
kearah lelaki itu sambil tersenyum. "Takdalah lama sangat Syah..Macam mana kerja ?
Okay?"tanya Maya sambil memberi ruang kepada Syah untuk duduk. Syah kemudian
duduk di sebelah lalu meregangkan badannya. "Bolehlah..at least hari ni dapat kaut lagi
satu projek" kata Syah sambil tersenyum manis. Maya hanya mengangguk sambil
memandang kearah anaknya yang sedang bermain di buaian.

"Um..maya..awak tak rasa ke yang Mia tu perlu kenal siapa ayah kandung dia?" tanya
Syah dengan berhati hati. Badan Maya tiba2 menjadi tertekan. Tangannya digenggam
menahan marah. "Saya belum sedia lagi..lagipun saya tak rasa saya mampu berdepan
dengan Lokman buat masa ni" jawab Maya dengan perlahan. "Tapi..." belum sempat Syah
hendak berkata Maya sudah memotong ayatnya. " Sudahlah. Kita jangan cakap pasal
dia,nanti dah tiba masa yang sesuai saya bawa lah Mia pergi jumpa dia" jawab Maya.

***
Flashback.

Maya duduk diruang tamu dengan fikiran yang serabut. Siaran Tv yang terpampang
di hadapannya langsung tidak diendahkan. Dia tidak henti-henti memandang kearah
jam dinding yang sekarang ini menunjukkan pukul 1 pagi. Perasaan risau mula
menyelebungi dirinya apabila suaminya Lokman masih lagi tidak balik dari kerja.
Berpuluh kali dia sudah menelefon suaminya tapi satu pun tidak diangkat.

Lamunannya terhenti apabila pintu rumahnya terbuka. Dengan pantas dia bangun dari
sofa dan berjalan kearah pintu untuk menyambut suaminya.Sampai disana, kelihatan
suaminya dalam keadaan serabut, dengan kemeja terkeluar dari seluar dan rambut yang
kusut masai."Abang okay? Kenapa lambat sangat balik?" tanya Maya dengan nada
prihatin dan risau.Lokman hanya tersenyum tawar. "Banyak sangat kerja kat office.Sorry.
Kenapa awak tak tidur lagi?" tanya Lokman sambil tangannya dicium oleh Maya."Saya
tunggu abang balik. And abang lapar tak? Saya boleh panaskan lauk" tanya Maya.
Lokman menggelengkan kepalanya."Its okay. Abang dah makan kat luar.Dah jom tidur
my Angel~ abang penat" ucap Lokman sambil mencium dahi isterinya. 

Sewaktu Lokman mencium dahinya,Maya dapat rasakan dia bau perfume perempuan.
Dan sepertinya perfume itu bukan milik dia. Namun dia tidak mahu bersangka buruk
terhadap suaminya jadi dia hanya berdiam diri dan tersenyum kearah suaminya sambil
masuk ke dalam bilik.

Perkara ini terjadi sudah hampir 2 minggu. Maya ada rasa sedikit curiga. Tapi dia
tidak mahu bersangka buruk kepada suaminya. Mungkin memang betul suaminya
sibuk di office. Maklumlah suaminya baru sahaja dinaikkan pangkat. "Kau ni baik
sangatlah.."ngeluh Aisyah sambil menghirup ice coffee di sebuah cafe . Maya yang
duduk di hadapannya mengerutkan dahi. " What? Apa yang baik?" tanya Maya dengan
riak wajah keliru. Aisyah mengeluh melihat kawannya yang clueless itu.

"Takkan kau tak syak langsung bila laki kau balik lambat tiap2 hari. Then baju dia bau
perfume perempuan lain?" tanya Aisyah. Maya hanya mengangkat bahu. "Dia kan
kerja office. Kat office dia banyak perempuan. So normal lah kan" jawab Maya. Aisyah
merengus menahan sabar. "Hey. Kau kena hati2, buatnya si Lokman tu main kayu tiga
hah macam mana?" tanya Aisyah. Maya memuncungkan mulutnya mendengar apa yang
dikatakan oleh kawan baiknya itu. "Takkanlah...lagipun aku..um.." ucap Maya dengan
wajah yang sedikit merah. Aisyah mengangkat kening melihat kawannya tiba2 malu.
"Kau apa? Apahal kau ni tetiba malu?" tanya Aisyah. "Aku mengandung.." kata Maya
perlahan dengan muka yang merah. Aisyah ternganga sebelum bangun dan memeluk
kawannya itu . "Really?! Congrats weh ! Omg ! Aku akan jadi aunty tak lama lagi!"
kata Aisyah dengan teruja sambil memeluk badan Maya dengan kuat.

Dia kemudian kembali duduk ke tempatnya. "So Lokman tahu tak?" tanya Aisyah.
Maya menggelengkan kepalanya. "What? Then bila kau nak bagitahu dia?" tanya
Aisyah lagi. "Um..aku rancang nak bagitahu hari ni" jawab Maya sambil tersenyum
malu. Namun senyumannya terhenti apabila dia melihat pasangan yang masuk kedalam
cafe itu. Matanya membulat. Aisyah yang sedar perubahan wajah Maya itu menoleh
kebelakang dan terkejut apabila melihat Lokman sedang masuk ke cafe sambil memegang
tangan seorang perempuan . "Oh no.." bisik Aisyah sebelum memandang kearah Maya
yang sedang menahan diri daripada menangis itu. Aisyah dengan pantas bangun menarik
Maya keluar dari cafe tanpa disedari oleh Lokman yang sedang berada di counter itu.

Sepanjang pejalanan ke rumah Aisyah , Maya hanya berdiam diri. Dia tidak menangis
dan bercakap. Dia hanya duduk diam sambil termenung kearah luar. Aisyah mengeluh
sambil mengenggam stereng kereta dengan kuat. Tak guna kau lokman..sanggup
buat maya macam ni marah Aisyah didalam hati sambil mengenggam stereng kereta.

Sampai di rumah Aisyah, Aisyah bawa Maya masuk ke dalam bilik untuk berehat.
Maya hanya berdiam diri, dia seperti berada di alam lain. Aisyah memandang kearah
kawannya dengan penuh prihatin. "Maya...kalau kau nak menangis.Menangis lah
sampai puas. Jangan tahan.." pujuk Aisyah sambil duduk di sebelah Maya di atas katil.
Maya kemudian menekup mulutnya dan air matanya mula jatuh ke pipi. Dia mula
menangis teresak esak dengan mulut ditekup dan memeluk lututnya. Melihat kawannya
yang sedang terseksa itu, Aisyah terus memeluk Maya dengan kuat. Air matanya juga
jatuh bersama sama Maya. "Shush..shussh..Its okay..kau kuat..aku tahu kau kuat Maya"
kata Aisyah sambil cuba sedaya upaya untuk tahan daripada menangis.

"Kenapa...kenapa dia buat aku macam ni.." ucap Maya sambil menangis teresak esak.
Aisyah hanya memeluk kawannya sambil mengusap belakangnya. Maya kemudian
menangis sehingga dia tertidur di dalam dakapan kawannya. Aisyah membaringkan
Maya yang sedang lemah itu sebelum keluar dari bilik. Dia kemudian mengeluarkan
telefon untuk menelefon seseorang. Seseorang yang cintakan Maya sebelum Maya
berkahwin lagi.

"Hello..Syah.."

***
Lokman tersenyum sambil melambai kearah Syeri yang berada di dalam kereta
sebelum kereta itu meluncur laju pergi. Hilang sahaja kelibat Syeri dari pandangannya,
dia mengeluh panjang. Perasaan bersalah mula menyelebungi dirinya apabila dia
teringat akan isterinya di rumah. Namun dia tidak mampu buat apa2,dia perlu rapat
Syeri diatas arahan bossnya sendiri. Baru sahaja dia hendak melangkah berjalan
masuk kedalam bangunan syarikat tempatnya bekerja. Mukanya sudah ditumbuk oleh
seseorang membuatkan dia terjatuh ke lantai. "What the? Hoi kau kenapa?!" marah
Lokman apabila dia melihat siapa yang menumbuk mukanya.

Kelihatan Syah sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang bengis. Tangannya
digenggam kuat. Syah kemudian menarik kolar baju Lokman dengan kasar membuatkan
Lokman berdiri dalam keadaan terpaksa. "Kau ! Kau memang laki tak guna! Kau tipu
Maya ! Kalau aku tahu kau nak buat macam ni kat Maya, dari dulu lagi aku dah rampas
Maya dari kau !" tengking Syah sambil menumbuk wajah Lokman sekali lagi. Lokman
berwajah pucat apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Syah. "Sumpah aku menyesal
sebab mengalah bagi Maya dekat kau dulu! Kalau bukan sebab Maya cintakan kau dulu
dah lama aku ambil dia dari kau!" marah Syah sambil menendang badan Lokman. Lokman
hanya membiarkan apa yang dilakukan oleh Syah. Fikirannya hanya memikirkan Maya,
wajah kecewa Maya. "Aku taknak kau jumpa Maya lagi. Dia dah cukup terseksa sebab
kau" kata Syah sebelum berjalan pergi meninggalkan Lokman sendirian.

***
Lokman balik ke rumahnya dengan perasaan yang bercampur baur. Sampai di rumah dia,
dia melihat isterinya sedang sibuk mengemas barang masuk ke dalam beg. Hatinya sakit
melihat wajah isterinya yang sedang menangis itu. "Maya.." panggil Lokman dengan
perlahan.Maya langsung tidak menghiraukannya dan terus mengemas barang masuk ke
dalam beg.Lokman kemudian berjalan menghampirinya."Sayang-" belum sempat Lokman
menghabiskan ayatnya wajahnya ditampar kuat oleh Maya. "Jangan panggil saya sayang!
Saya benci awak!" marah Maya. Matanya merah akibat terlalu banyak menangis.
"Ceraikan saya." arah Maya dengan nada yang dingin. Mata Lokman membulat
mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya. Dia kemudian memeluk isterinya dengan
kuat. "No.Please jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak. Saya taknak kita berpisah"
pujuk Lokman sambil memeluk kuat Maya. Maya menolak kasar badan Lokman sambil
menjeling kearah suaminya."Penipu! Sama ada awak ceraikan saya sekarang atau saya
yang akan failkan perceraian" kata Maya sambil menangis.

"Saya tak nak dengar apa2 alasan dari awak lagi! Awak tak tahu apa perasaan saya bila
tunggu awak balik tiap2 hari. And bila awak dah balik saya bau perfume perempuan lain
dekat badan awak ! Awak ingat hati saya tak sakit ke?! Saya cuba bersangka baik! Orang
lain semua kata awak main kayu tiga ! Tapi saya pekakkan telinga! Saya percaya pada
awak!Apa yang saya dapat?! Imej awak dengan perempuan lain berpegangan tangan !
Awak ingat saya tak sakit ke ?! Saya benci awak! Saya menyesal percayakan awak!"
sambung Maya lagi sambil menangis teresak esak.Dia kemudian berjalan untuk mengambil
barangnya dan berjalan menuju ke pintu sebelum berhenti seketika. "Saya akan failkan
perceraian.Semoga awak bahagia dengan perempuan tu" kata Maya sebelum berjalan
keluar dari rumah. Lokman kemudian terduduk di lantai sambil menangis. 

To Be Continue
Oh wow..this is one heavy story. Wait for the Part II~




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Photographer Part 39

Part 38

"So..lepasni awak nak pergi mana?" tanya Zain kepada Liyana. Liyana
kemudian tersenyum manja. " Sayang, kita pergi dinner sama2 nanti
boleh?" tanya Liyana sambil membuat muka comel. Zain kemudian
berfikir sejenak . 

Namun baru sahaja dia hendak membuka mulut dia dapat rasakan
collar belakang jaketnya ditarik dengan kuat membuatkan Zain tertarik
kebelakang dan jatuh terlentang keatas salji dengan kuat. Kepalanya
terasa sakit akibat hentakkan secara tiba2 itu. "Zain !" jerit Liyana
sambil melutut disebelahnya. 

Zain mendengus menahan sakit sambil memandang ketepi untuk
memandang siapa yang menariknya itu dan matanya membulat
melihat wajah Ain yang sedang terbaring di sebelahnya itu dengan mata
tertutup. Zain dengan pantas bangun dan melutut di sebelah Aina.
Dia kemudian menampar perlahan pipi Aina untuk menyedarkannya.

"Wei ! Aina kau okay tak? Bangunlah" jerit Zain sambil menampar
pipi Aina. Namun Aina masih lagi tidak membuka matanya. Zain mula
panik. Dia kemudian mendukung Aina di belakangnya dengan bantuan
Liyana dan berlari pantas menuju ke resort untuk meminta bantuan
meninggalkan Liyana. Amirul yang baru sampai itu memandang Liyana
dengan riak wajah keliru .

"Eh, apa jadi ni ?" tanya Amirul kepada Liyana. Liyana kemudian menjeling
kearah Amirul . " Kau lahni ! Apahal tak jaga minah tu elok2" marah Liyana
sambil memeluk tubuhnya. "Aku pulak yang salah. Mana lah aku tahu nak
jadi macam ni" kata Amirul. Liyana mengeluh. "Sudah,jom ikut diorang"
kata Liyana sebelum mengangkat barang2 yang ditinggalkan Zain dan berjalan
menuju ke resort bersama sama dengan Amirul.

***
Aina membuka matanya dengan perlahan dan melihat sekeliling bilik itu.
Kepala dan bahunya terasa sakit akibat jatuh tadi. Namun dia tidak
kisah, asalkan dia dapat berhenti kan luncuran itu dengan menarik kolar
jaket Zain dan dia masih hidup itu pun dia sudah bersyukur.

"Dah bangun pun kau" Aina memandang kearah pintu bilik itu dan kelihatan
Zain sedang bersandar di pintu itu sambil memeluk tubuhnya.Wajahnya tegang
memandang kearah Aina. Aina menelan air liurnya sambil mengalihkan pandangannya
kearah lain. Zain kemudian berjalan kearah Aina dan duduk di kerusi yang berada
di sebelah katilnya.

Aina dengan mengetap bibirnya sambil menundukkan kepala. Tidak sanggup memandang
kearah mata Zain yang dipenuhi dengan kemarahan itu. "Aina. Pandang aku sekarang"
arah Zain. Aina mengangkat kepalanya dan memandang kearah Zain dengan perlahan.
Melihat kelakuan Aina yang sedikit takut itu , Zain mengeluh lalu mengusap kepala
Aina. "Kau ni..lain kali nak main ski tu jangan lah memandai nak meluncur sorang2.
Kalau jadi apa2 kan susah nanti" kata Zain sambil tersenyum kearah Aina. Aina
terdiam melihat sikap Zain yang berubah secara tiba2 itu.

"Oh..and ni hadiah kau sebab kau buat aku risau" kata Zain sebelum menjentik
dengan kuat kearah dahi Aina.

Dan kedengaran suara jeritan yang kuat dari Aina di dalam bilik itu membuatkan
orang yang lalu lalang disitu terkejut mendengar jeritan itu dan memandang pelik
kearah bilik itu.

***

Aina menutup wajahnya dengan selimut setelah selesai dari menangis. Kenapa
dia menangis? Well dah kalau kepala dia tengah sakit ditambah lagi dengan jentikan
maut dari Zain mahu tak retak kepala otak dia waktu itu. Zain pula hanya membiarkan
Aina menangis sambil membaca komik ver korea yang disediakan disitu walaupun
dia sendiri tidak faham apa kebenda yang dikatakan di situ.

Tiba2 pintu bilik itu terbuka dengan luas dan kelihatan Amirul dengan wajah yang
risau berlari kearah Aina. Aina mengeluarkan kepalanya dari selimut dan memandang
kearah Amirul dengan wajah yang sedih. Amirul dengan wajah yang risau menolak
Zain ketepi dan berdiri di sebelah Aina.Jelingan tajam yang diberikan Zain kearahnya
langsung tidak diendahkan "Aina awak okey? Kenapa awak pergi luncur dulu! Oh god!
kenapa dahi awak merah teruk ni ?!" kata Amirul dengan cemas sambil memandang kearah
dahi Aina yang merah itu . "Pergi lah tanya si beruk tu kenapa dahi saya merah"kata Aina
sambil menjeling kearah Zain yang masih lagi berwajah selamba.

Namun belum sempat Amirul hendak bertanya kepada Zain. Liyana sudah masuk
ke dalam bilik dengan senyuman manis. "Zain..jom kita pergi dinner?" kata Liyana
dengan suara manja dan berjalan menuju ke arah Zain . Dia kemudian melihat Aina
yang sedang baring di katil tu. "Oh. Hai Aina and Amirul" ucapnya lalu kembali 
memandang kearah Zain. Zain hanya mendiamkan diri dan bangun dari kerusi
lalu keluar dari bilik itu diikuti oleh Liyana

Pada waktu itu Aina merasakan hatinya betul2 sakit melihat situasi yang berada di
hadapannya itu. Amirul yang sedar perubahan riak wajah Aina mengeluh. "Aina.."
panggil Amirul perlahan untuk menyedarkan Aina. Aina memandang kearah Amirul.
"Stop..awak kena berhenti cintakan dia. Awak sendiri yang terseksa sekarang ni"
nasihat Amirul sambil memandang ke arah Aina dengan penuh prihatin. Mata Aina
mula berkaca, dia kemudian menundukkan kepalanya. 

"Aina..sudi tak awak kahwini saya?" ucap Amirul tiba2 membuatkan mata Aina
membulat.

To Be Continue 
Er...Okay. Patut tak Aina terima ?



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi