DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION |
Eiman
dan Alya berkawan sejak dari sekolah
menengah lagi. Memandangkan mereka mempunyai minat yang sama , mereka telah
memohon jurusan yang sama untuk masuk ke Universiti. Di universiti hubungan mereka
semakin lama semakin erat. Di dalam hubungan
mereka ada satu perjanjian yang mereka perlu patuh untuk
sepanjang masa , mereka dilarang untuk jatuh cinta di antara satu sama lain
untuk mengelakkan hubungan kawan mereka terputus.
Kelihatan
Alya sedang berlari di koridor sebelum keluar ke arah taman yang luas. Di situ
kelihatan pelajar-pelajar sedang berjalan dan berbual sesama sendiri. Ada
beberapa pelajar sedang duduk di bawah pokok untuk belajar atau berehat . Alya
berhenti sekejap di tengah taman itu lalu mula memandang sekeliling mencari
seseorang. Apabila dia berjaya menangkap kedudukan orang yang dia cari itu dia
mula tersenyum dan berjalan ke arahnya.
“Emaaan
!” panggil Alya sambil mengusap kepala Eirman dengan kasar . Eirman menjeling
ke arah Alya apabila rambutnya diusap kasar . “Stop it ! Rosak lah rambut aku!
Buruk nanti” rungut Eirman. Alya tersengih melihat telatah kawannya itu. Dia
kemudian duduk di sebelah Eirman. “Eleh bukan handsome pun kau! Tak ada beza
pun kalau aku rosakkan” usik Alya sambil mengeluarkan roti dari dalam begnya.
Eirman mencebik lalu kembali semula melakukan aktiviti yang dia lakukan sebelum
Alya datang mengganggu, iaitu aktiviti membaca buku.
Alya
memandang ke arah Eirman yang kembali membaca buku itu . Matanya dijulingkan ke
atas. “Mphtak hambis hambis vacha bufu”
kata Alya dengan mulut yang penuh , beberapa cebis roti terkeluar dari
mulutnya. Eirman mengerutkan dahinya melihat perangai tidak senonoh Alya itu.
“Euw kau ni telan dulu baru cakap boleh tak?” marah Eirman. Alya menelan roti
di mulutnya lalu tersengih sebelum memasamkan semula mukanya. “Janganlah baca
buku je, makan lah sekali kau ni” marah Alya. Eirman mengeluh . “Tak boleh . Minggu depan
aku ada test . Kau tahu kan aku ni macam mana bila exam dah dekat” kata Eirman
sambil memandang ke arah bukunya. Tiba-tiba bukunya ditarik dan roti sardin
diletakkan di atas pehanya. “Aku tahu . Sebab tu aku paksa kau makan sekarang
ni. Stop baca and start eating” arah Alya sambil meletakkan buku Eirman di
tempat yang jauh darinya.
“Hey
!” marah Eirman tapi dia tak mampu buat apa-apa bila Alya mula memandangnya
dengan pandangan tajam. Dengan keadaan terpaksa Eirman membuka balutan roti
sardin itu sebelum mula makan. Saat itu baru dia sedar yang dia sebenarnya
lapar. Alya tersenyum melihat gelagat Eirman itu. “Kalau aku takda nanti aku
taktau lah macam mana hidup kau nanti. Entah makan ke tak” kata Alya tiba-tiba.
Eirman berhenti makan apabila mendengar kata-kata Alya itu, memandangkan Eirman
sekarang ni seorang yatim piatu . Alya lah yang selama ini menjaga dia dan
memastikan hidupnya sentiasa teratur.
“Janganlah
cakap macam tu... anyway suatu hari nanti turn aku pulak yang jaga kau so
jangan risau” kata Eirman. Alya memandang pelik ke arah Eirman. “Eee budak
lembik macam kau nak jaga aku? No way. Better aku mintak Fahrin Ahmad yang jaga
aku, badan sado” usik Alya. Eirman membeliakkan matanya . “What?! Hey aku sado
okay ! Nak aku buka baju ni ke?! Nak!? Nak!?” kata Eirman sambil mengacah untuk
membuka bajunya. “ Euw no ! Stop” kata Alya sambil ketawa besar dan menolak
badan Eirman. Gelak tawa mereka berdua kedengaran kuat di taman itu membuatkan
beberapa orang pelajar memandang pelik ke arah mereka. Hubungan mereka
sememangnya ada naik turun , setiap hari ada sahaja perkara yang buatkan mereka
bergaduh . Namun disebabkan itu lah hubungan mereka masih lagi utuh sehingga
hari ini .
_
Semuanya
berubah apabila Alya terlibat dalam kemalangan menyebabkan dia koma . Alya juga
lumpuh pada bahagian kakinya. Eirman memandang ke arah Alya yang sedang
terbaring di atas katil hospital. Sudah dekat 3 bulan Alya terlantar di katil.
Eirman dan ibu Alya ,Puan Aminah bergilir-gilir menjaga Alya di hospital.
Eirman mengeluh apabila fikirannya melayang ke insiden yang menyebabkan Alya
menjadi begini.
Ia
berlaku sewaktu Alya hendak pulang ke rumahnya sewaktu cuti sem . Dalam
perjalanan pulang ke rumah , teksi yang dinaikinya telah dilanggar oleh lori
membuatkan teksi itu terpusing beberapa kali. Dalam keadaan sedar tak sedar ,
kaki Alya telah tersepit dengan pintu yang remuk . Selepas itu Alya langsung
tidak sedarkan diri. Lamunan Eirman terhenti apabila bunyi pintu dibuka
kedengaran , kelihatan Puan Aminah masuk dengan senyuman sayu di bibirnya.
“Makcik” panggil Eirman sambil tersenyum dan mula bangun dari kerusi untuk
memberikan tempat duduk itu kepada ibu Alya. “Eman dah makan ke? Ni makcik bawa
makanan untuk kamu” kata Puan Aminah sambil memberikan bekal kepada Eirman .
“Belum. Terima kasih. Susah-susah je cik” kata Eirman sambil mengambil bekal
itu. Puan Aminah kemudian duduk di kerusi dan mula memegang tangan anaknya yang
sejuk itu. “Takpalah Eman..kamu tu dah macam anak makcik dah..ni kamu tolong
jaga Alya pun makcik dah bersyukur” kata
Puan Aminah dengan perlahan. Eirman tersenyum lalu memandang ke arah Alya.
“Doktor kata luka-luka dia kebanyakan dah sembuh. Cuma..entahlah kenapa dia
masih tak sedarkan diri” kata Eirman. Puan Aminah mengangguk dan mula mengusap
kepala anaknya. “Makcik sebenarnya takut fikirkan apa yang akan jadi lepas dia
bangun nanti..” katanya dengan nada sebak. Eirman memandang ke bawah. Tangannya
digenggam kuat. “Makcik takut dia tak boleh terima hakikat dengan keadaan badan
dia sekarang ni” sambung Puan Aminah lagi kali ini air mata mula mengalir di
pipinya.
Eirman
menarik nafas panjang sebelum dihembuskan dengan perlahan . “Makcik jangan
risau..saya akan jaga dia sampai saya mati. Saya janji” kata Eirman. Puan
Aminah memandang ke arah Eirman sebelum tersenyum kecil. “Kamu berdua ni
kadang-kadang nampak macam kekasih lah..makcik tak faham kenapa kamu berdua
buat perjanjian pelik tu” katanya sambil ketawa kecil. Eirman memandang ke arah
Puan Aminah dengan reaksi terkejut. “Makcik tahu?!” tanya dia. Puan Aminah
ketawa sebelum mengangguk. “Alya mana pernah berahsia dengan makcik. Mestilah
makcik tahu” katanya. Eirman menggaru kepalanya sambil cuba menahan malu.
Mereka berdua diam untuk seketika sebelum Puan Aminah memulakan semula bicara.
“Kamu masih lagi berpegang pada janji tu ke?” tanya Puan Aminah. Eirman
mengangguk. “Kalau macam tu.. macam mana kamu nak jaga Alya sampai mati? Lambat
laun kamu akan berkahwin dengan orang yang kamu cinta..mesti kamu kena bagi
perhatian lebih pada isteri kamu” kata Puan Aminah.
Eirman
mengerutkan dahinya. “Tak.. walaupun saya jatuh cinta dekat perempuan lain.
Saya tetap akan kekalkan hubungan kami berdua. Saya tak akan tinggalkan kawan
saya” terang Eirman dengan bersungguh-sungguh. Puan Aminah memandang lama wajah
Eirman sebelum tersenyum. “Baiklah kalau kamu cakap macam tu” katanya perlahan
sebelum kembali memandang wajah anaknya dan mengusap tangan anaknya berkali
kali. Eirman memandang wajah Puan Aminah kemudian matanya dialihkan kepada
Alya. Dia yakin dia tak akan mungkir janji.
_
Seminggu
kemudian
Eirman
sedang duduk di kerusi sambil membaca buku . Tiba-tiba dia terdengar suara
seseorang menyebut “Ibu..” . Eirman memandang ke arah Alya dan terkejut melihat
Alya sedang mengerutkan dahi dan mula meronta-ronta. Eirman memegang bahu Alya
sebelum menggoyangkannya sedikit . “Alya? Alya?” panggil Eirman. Alya semakin
kuat meronta , kerana panik Eirman mula menjerit memanggil jururawat di
hospital itu. “Nurse ! Doktor !” jerit Eirman. Kelihatan doktor dan jururawat
mula masuk menuju ke Alya. Alya kemudian dengan tiba-tiba membuka matanya
dengan besar, matanya memandang tepat ke arah Eirman . Eirman terdiam kaku
melihat Alya. Salah seorang jururawat
mula meminta Eirman untuk keluar dari bilik. Eirman akur dan mula berjalan
keluar dari bilik itu. Pandangan Alya masih tetap ke arah Eirman sebelum dia
keluar . Dengan tangan yang mengigil Eirman mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia
mula mendail nombor Puan Aminah, telefon kemudian diletakkan di telinganya. “Hello
? Makcik? Alya…dia dah sedar” kata Eirman . “Ya Allah..Alhamdullilah. Makcik
pergi sana sekarang !” kata Puan Aminah dengan nada teruja . Eirman mengangguk
walaupun dia tahu Puan Aminah tidak akan nampak. Panggilan itu kemudian
dimatikan.
Eirman
bersandar di dinding sambil melepaskan nafas lega. Doktor dan jururawat mula
keluar dari bilik. Doktor itu berjalan ke arah Eirman dengan wajah yang tegang.
“Eirman?” panggil doktor itu . Disebabkan Eirman setiap hari datang ke hospital
, dia sudah pun dikenali oleh semua jururawat dan doktor di sini. “Ya Doktor ?
Macam mana dengan Alya?” tanya Eirman dengan penuh kerisauan. “Dia seperti yang
awak tahu..dah pun sedar dari koma. Keadaan dia pun sudah stabil..tapi..reaksi
dia lepas tahu pasal kaki dia..” kata doktor itu sebelum terhenti dan memandang
ke arah Eirman . Faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh doktor itu. Eirman
mengangguk dan hatinya mula terasa berat. “Hanya awak dan ibu dia yang mampu
tolong Alya sekarang ni..” kata doktor itu. Eirman hanya mendiamkan diri sambil
tertunduk. Doktor itu kemudian menepuk bahunya sebelum berjalan pergi. Eirman
kemudian menarik nafas sedalam nya sebelum menghembus dengan perlahan. Dia
membuka pintu bilik itu dan melihat Alya yang sedang termenung memandang ke
arah tingkap di luar.
“Alya?”
panggil Eirman dengan perlahan. Alya langsung tidak memberi reaksi. Eirman
masuk sebelum menutup pintu itu dengan perlahan. Dia kemudian berjalan perlahan
ke arah Alya , jantungnya berdegup dengan kencang. “Alya? Ni aku Eman” kata
Eirman lagi dengan nada perlahan. Alya kemudian mengalihkan pandangannya ke
arah Eirman dengan perlahan. Hati Eirman terasa sakit melihat wajah Alya yang
sudah hilang harapan. Air mata mengalir di pipi Alya sebelum Alya mula menangis
dengan kuat . “Er..Erman…k-kaki aku” tangis Alya dalam keadaan tersedu-sedu.
Eirman menggenggam tangannya dengan kuat menahan perasaan sedih di dalam
hatinya. Dia kemudian berjalan ke arah Alya dan mula memaut kepala Alya dengan
perlahan sebelum dibawa kepada dadanya. Rambut Alya dibelai perlahan , bajunya
basah kerana air mata Alya tetapi dia tidak kisah. Kerana kawan dia sangat
perlukan dia sekarang ni. Tangisan Alya semakin kuat apabila kepalanya dibelai
. “Macam mana aku nak hidup lepas ni?! Mak aku siapa nak jaga kalau aku ni
cacat” kata Alya. Eirman melepaskan pelukannya dan mula memandang ke arah Alya.
“Aku akan bantu kau..aku janji aku akan sentiasa di sisi kau” ucap Eirman
kepada Alya.
_
Satu
tahun kemudian , Alya kembali menyambung pelajarannya semula setelah baik
daripada kemurungan dan berjaya dipujuk oleh ibu dan pensyarah untuk menyambung
pelajaran. Manakala Eirman sudah pun menghabiskan pelajarannya. Setiap hari
Eirman akan membantu Alya dengan menolak kerusi rodanya ke setiap kelas yang
Alya perlu hadir walaupun Alya beberapa kali sudah beritahu dia boleh berdikari
sendiri. Eirman terbangun dari tidurnya apabila mendengar suara riuh pelajar mula
kedengaran. Dia membuat keputusan untuk tunggu Alya di dalam kelas sahaja
dengan duduk di bahagian paling belakang. Disebabkan dia sudah belajar dengan
apa yang Alya belajar sekarang dia menjadi bosan lalu tertidur di dalam kelas.
Alya menoleh ke belakang dan tersenyum melihat wajah mamai Eirman . Eirman
berdiri dan mula berjalan ke arah Alya. Kerusi roda itu kemudian ditolak jauh
dari meja . “Best tidur?” usik Alya. Eirman tersenyum. “Best. Kalau time dulu
mana aku boleh tidur dalam kelas. Mesti kena marah dengan lecture” jawab
Eirman. Alya ketawa kecil mendengar jawapan Eirman. Dia melihat ramai pelajar
memandang ke arahnya. Alya mula mengeluh. Eirman yang perasan tentang perubahan
mood Alya mula mengusap kepalanya dengan perlahan. “Ignore diorang semua
weh..kalau kau nak tahu gosip yang kita berdua ni pasangan muda yang berkahwin
dan mula tersebar” kata Eirman. Mata Alya membulat sebelum dia menjerit
“What?!” . Eirman menahan dirinya daripada tersenyum. “Euw! Sangat geli okay?
Apa merapu sangat diorang ni” marah Alya sambil memeluk badannya. “Sweet lah.
Suami yang setiap hari teman isteri dia pergi kelas. Semua orang melting bila
tengok kita tau” usik Eirman lagi. “Yelah..teman isteri yang cacat” kata Alya
dengan nada sedih. Eirman terhenti berjalan dan menolak kerusi roda itu.
Dahinya dikerutkan dan wajahnya menjadi tegang. Dia kemudian berjalan ke
hadapan Alya dan mula melutut untuk memandang Alya tepat di wajahnya. Alya mula
panik apabila perasan yang Eirman telah berhenti di tengah-tengah taman dan
ramai pelajar mula memandang ke arah mereka.
“Hey.
Pandang aku” arah Eirman dengan tegas membuatkan Alya akur dan memandang ke
arah Eirman. “Berapa kali aku nak pesan? Jangan sesekali gelarkan diri kau
cacat” kata Eirman. Alya menundukkan kepalanya. “Betul lah aku cakap kan..kau
tengok lah aku ni” kata Alya sambil menunjuk ke arah kakinya. Eirman mengangkat jarinya lalu diletakkan di
bawah dagu Alya memaksa Alya untuk memandang ke arahnya. “ Aku tak kisah semua
tu..bagi aku kau tetap kawan aku yang dulu dan tetap istimewa di mata aku”
katanya membuatkan wajah Alya tiba-tiba menjadi merah padam. Kedengaran
beberapa pelajar perempuan “Auww sweetnya” di tepinya. Alya menjeling ke arah
pelajar itu membuatkan mereka dengan pantas beredar. “Sibuk je” gumam Alya
sambil memuncungkan mulutnya. Eirman ketawa lalu kembali bangun dan mula
menolak kerusi roda itu semula.
“Kalaulah
diorang tahu pasal janji kita takleh bercinta antara satu sama lain mesti takda
gosip murahan ni” ngomel Alya. Eirman menggenggam pemegang kerusi roda itu
dengan kuat lalu mengukir senyuman. “Kalaulah..”
_
Alya
menolak tayar kerusi rodanya untuk menuju ke ruang tamu. Dia kemudian membuka
televisyen dan mula menonton drama di TV itu. Puan Aminah yang baru keluar dari
dapur tersenyum melihat anaknya di ruang tamu. “Hari ni tak keluar ke? Selalu
kalau cuti panjang je mesti keluar dengan Eman tu” usik Puan Aminah. Alya
memandang ke arah ibunya dengan wajah muram. “Entah si Eman tu. Langsung tak
contact Alya seminggu ni” rungutnya . Puan Aminah mengerutkan dahinya. “Mesej
pun tak ada?” tanya Puan Aminah. Alya menggelengkan kepalanya. Entah kenapa
hatinya terasa sakit memikirkan Eirman . “Dia busy kot..dengan life dia.
Biarlah dia bu, mana tahu dia dah bosan nak layan Alya ni” kata Alya. Puan
Aminah mengeluh apabila melihat anaknya mula merajuk dan terasa hati dengan
Eirman. “Tak baiklah kamu ni..takkan lah dia nak tinggal satu-satunya kawan
baik dia ni” pujuk Puan Aminah. Alya hanya mendiamkan diri.
Keesokkan
harinya Alya menerima panggilan telefon daripada Eirman. Tanpa dia sedari
senyuman lebar mula terukir di bibirnya apabila melihat nama Eirman tentera di
skrin telefon bimbitnya. “Hello? Eman !” ucap Alya dengan nada teruja. “Hai
Alya..” jawab Eirman tanpa nada teruja. Alya mengerutkan dahinya mendengar nada
suara Eirman. “Eman ! Mana kau pergi hah?! Dekat seminggu kau tak contact aku
pun !” marah Alya namun sebaliknya dalam hati dia gembira apabila dapat mendengar
suara Eirman. “Aku..err..aku busy. Sorry lah” kata Eirman dengan nada serba
salah. “Busy sangat ke? Kau ni janganlah selalu overtime kalau kerja ! Rehat
lah kekadang” marah Alya lagi. “Em alah-” kata-kata Eirman terpotong apabila
kedengaran sayup suara perempuan lain sedang memanggil Eirman . “Eman? Sapa
tu??” tanya Alya. “Sorry..err nanti aku explain kat kau. Aku call lain kali ya
! Bye” kata Eirman lalu mematikan panggilan.
Alya
mengerutkan dahinya dengan telatah pelik Eirman itu. Perasaan sedih mula timbul
apabila dia sedar yang dia hanya dapat bercakap untuk tempoh masa yang sekejap
sahaja dengan Eriman.
_
“Aku
dah ada girlfriend” kata Eirman sewaktu dia datang melawat Alya. Mereka
sekarang sedang berada di taman belakang rumah Alya. Alya terdiam selepas
mendengar apa yang diucapkan oleh Eirman. Dia sepatutnya berasa gembira apabila
kawannya dah punya kekasih. Tapi entah kenapa mulutnya berat hendak buka untuk
mengucap tahniah. “Alya?” panggil Eirman. Alya tersedar dari lamunannya dan
mengukirkan senyuman. “Tahniah” kata Alya sambil mengenggam tangannya.
_
Sejak
dari itu Eirman semakin kurang datang melawat Alya. Dia masih lagi menolong
Alya pergi balik ke kelas namun sampai itu sahaja hubungan mereka. Selepas
Eirman menghantar Alya balik , dia terus pergi semula di sisi kekasihnya. Alya
berasa sedih memikirkan Eirman bersama dengan orang lain. Dia tidak mahu
pentingkan diri tetapi dia tidak dapat mengelak daripada terasa kehilangan
Eirman disisinya.
“Eman..jom
stay rumah aku kita tengok movie dengan ibu malam ni sambil makan pizza macam
dulu-dulu” ajak Alya . Eirman memandang ke arah Alya dengan riak wajah
ragu-ragu sebelum mengangguk. “Okay” katanya. Malam itu Alya , Puan Aminah dan
Eirman sedang duduk di hadapan televisyen sambil menonton The Minions semuanya
atas permintaan Alya sendiri. Sekali sekala mereka ketawa melihat telatah
Minions. Pizza di atas meja sudah pun habis dimakan oleh mereka bertiga.
Selesai
menonton televisyen Eirman meminta diri untuk pulang ke rumah. Alya dan Eirman
sedang berdiri di hadapan pintu , kedua dua mereka tersenyum memandang satu
sama lain. “Thanks for today Eman” ucap Alya. Eirman tersenyum sambil
mengangguk . “Sama-sama . Lagipun aku rindu nak luangkan masa dengan kau and
makcik” kata Eirman . Alya tersengih. “Dahtu kau tak habis-habis dengan awek
kau je memang lah” kata Alya. Senyuman Eirman tiba-tiba terhenti apabila topik
itu disebut. Alya yang perasan tentang itu mula berasa bersalah. “Oh.. sorry”
kata Alya.
“Takpa..sorry
lah kalau aku jarang dengan kau sebelum ni..aku..”
“Takpa
Eman..aku faham” potong Alya sambil tersenyum ke arah Eirman. Eirman memandang
ke arah Alya dengan wajah yang penuh serba salah. Dia kemudian mengusap kepala
Alya perlahan sebelum tersenyum kecil . “Bye..” ucap nya dengan perlahan lalu
berjalan keluar dari rumah. Pintu rumah itu kemudian ditutup. Alya yang masih
lagi berada di situ meletakkan satu tangannya di kepala tempat Eirman
mengusapnya dan satu lagi di dadanya. Kepalanya ditunduk. Air mata mula
mengalir di pipinya. “Bodohlah aku. Kan kita dah janji…” katanya dengan
perlahan. Puan Aminah yang dari tadi sembunyi di tepi dinding untuk melihat apa
yang dilakukan oleh mereka berdua itu mula memandang sayu ke arah anaknya.
_
Eirman
memandang ke arah Puan Aminah yang berada di hadapannya. Pagi tadi dia mendapat
panggilan darinya untuk datang berjumpa di kedai makan. “Um makcik nak jumpa
saya sebab apa?” tanya Eirman. Puan Aminah mengeluh lalu meletakkan cawan the
di meja sebelum memandang tepat ke arah Eirman. “Pasal Alya” jawabnya. Eirman
mengerutkan dahinya. “Kenapa dengan Alya ? Dia ada sakit apa-apa ke?” tanya
Eirman dengan wajah risau. “She love you” kata Puan Aminah tiba-tiba membuatkan
Eirman terdiam. “Huh?” hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Jantungnya mula
berdegung kencang. “And makcik tahu kamu pun cintakan dia” kata Puan Aminah
lagi membuatkan wajah Eirman menjadi merah padam.
Eirman
kemudian menundukkan kepalanya. “Mana ada makcik..tak mungkin lah” katanya
namun jantungnya tidak henti-henti berdegup laju . “Ni semua sebab janji tu
kan?” tanya Puan Aminah lagi. Eirman mendiamkan diri sambil mengangguk. “Kamu
dah besar kan? Janji tu pun sebenarnya tak masuk akal! Ni soal perasaan !
Apa-apa boleh jadi. So sekarang ni disebabkan janji tu kamu berdua dah tersekat”
marah Eirman. Eirman menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Tapi..kitaorang tak
nak nanti kalau apa-apa jadi time bercinta , hubungan kawan kitaorang terputus”
kata Eirman.
Puan
Aminah menggelengkan kepalanya. Pening melayan perasaan orang muda sekarang ini
. “Belum bercinta lagi kamu dah fikir bukan-bukan ! Kalau kamu betul-betul
cintakan dia mesti kamu akan usaha buat yang terbaik. Gaduh tu perkara biasa!
Makcik pun selalu gaduh dulu dengan arwah suami makcik” katanya yang tiba-tiba
sayu teringatkan arwah suaminya.
“Dah
tu..saya nak buat apa sekarang ni?” tanya Eirman dengan wajah keliru dan
muncung apabila dimarahi oleh Puan Aminah. “Ajak Alya keluar esok ! Confess
dekat dia! And awek kamu tu, makcik tahu kamu cuma berpura-pura ja! Penat dah
makcik tengok perangai kamu berdua ni” kata Puan Aminah. Eirman hanya
mengangguk .
_
Alya
menjerit keriangan melihat kecantikkan pemandangan di hadapannya. Entah kenapa
tiba-tiba harini Eirman ajak dia pergi keluar naik ke bukit. Agak semput juga
Eirman untuk menolak Alya sepanjang jalan sampai Alya menjadi serba salah dan
meminta untuk berhenti dan pergi ke tempat lain sahaja. Eirman hanya tersenyum
dan kembali menolak Alya menuju ke puncak bukit.
Eirman
tersenyum melihat wajah gembira Alya yang sedang melihat pemandangan itu. Dia
kemudian mengeluarkan sekuntum bunga dari beg galasnya dan berjalan menuju ke
arah Alya. Bunga itu disorokkan di belakang seluarnya sebelum dia melutut di
hadapan Alya. Alya memandang pelik ke arah Eirman yang sedang tersengih memandangnya.
“Hai”
ucap Eirman dengan lembut.
“Hai?
Err kau kenapa?” tanya Alya dengan nada pelik.
“Saja.
Nak tengok muka kau yang comel ni” puji Eirman. Dia tersenyum melihat wajah Alya menjadi merah.
“Err..thanks?” jawab Alya sambil cuba untuk mengalihkan pandangan ke arah lain.
Eirman kemudian mula berwajah serius. “Em Alya? Kau ingat lagi tak janji kita
dulu?” tanya Eirman . Alya terdiam sejenak sebelum mengangguk . “Kalau aku nak
mungkir janji tu boleh tak?” tanya Eirman lagi. Dia kemudian merenung wajah
Alya untuk melihat reaksinya. Alya memandang ke arah dengan reaksi terkejut dan
keliru. “Maksud kau?” tanya Alya dengan perlahan.
“Kalau
aku kata yang aku cintakan kau..kau terima tak?” tanya Eirman dengan perasaan
takut. Alya terdiam sebelum dia menundukkan kepalanya. Eirman mengerutkan
dahinya melihat reaksi Alya. “Eirman..kau tahu kan aku ni ca-“ belum sempat
Alya menghabiskan ayatnya dahinya dijentik kuat. “Auw!” ngaduh Alya sambil
memegang dahinya. Dia kemudian menjeling ke arah Eirman yang sedang tersengih
itu. “Kan aku dah cakap jangan sebut perkataan tu. Degil lagi” marah Eirman
namun mulutnya masih lagi tersengih. Alya memuncungkan mulutnya sambil
memandang ke bawah. Tiba-tiba sekuntum bunga ros muncul di hadapannya.
“Kau
tetap nampak istimewa di mata aku” kata Eirman. Alya mengangkat kepalanya dan
memandang ke arah Eirman yang sedang tersenyum itu. Matanya kemudian mula
berair. Dia mengambil bunga ros itu sambil tersenyum. “ Hey kau ambik bunga tu
tanpa jawab soalan aku” rungut Eirman tiba-tiba. Alya ketawa lalu dia tersenyum
ke arah Eirman.
“Of
course lah aku cintakan kau. Budak lembik”
The
End
8 Itik gebo-gebo:
Alamak, dah terjatuh cinta la...acaner ni?? hehehehhe...nice..
saya rapat dgn sorang laki ni. bff sejak darjah 1 tau! hihi. lepastu ada certain year weols macam tak kawan. naik form 1 kawan balik. bila kawan balik start jeles bila dia dgn perempuan lain. and now, em maafla he's my bf T^T ahahahah
wah...sweet lah citer dia...ada terharu jugak baca sampai habis...huhuhuu..nti next time nak baca lg update terbaru k..thanks..hihihi
@Siti fironika thanks sudi baca ^^
@Syadiya Khairul untungnyaaa xD
@sedutzone ahahaha thanks ^^
Suweetttt.....ting tong punya janji... hehhehehe... akak pulak pernah ckp kat bff akak yang kami just gonna be bff forever...(sebenarnya nak lari sbb dia baik sgt, suweet + hensem ala ala flower boy yg maskulin and everthing u need, he got it...he's too perfect for me) tak layak jer dgn dia.. and u know what..until now.. he still single. and still stay by my side as bff ONLY... siapa ckp girl tk boleh ada bff lelaki...hehhee..
sob sob.. akak doakan dia jmpa jodoh yg baik. ^____^
xoxo :)
Catat Ulasan