Memaparkan catatan dengan label Masterlist. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masterlist. Papar semua catatan

Obsessive Love (Pembaca Matang)

Dilarang copy jalan cerita ini.


Amira memandang kosong ke arah siling di atas. Kipas yang berpusing laju memecahkan kesunyian di dalam biliknya. Air mata mula mengalir jatuh ke atas katil namun ia tidak diendahkan oleh Amira yang sedang baring di atas katil itu. Badannya terlampau sakit untuk bergerak. Lamunannya terhenti apabila telefonnya berbunyi di atas meja kecil sebelah katilnya. Amira mengeluh. Dengan perlahan dia mengangkat badannya dari katil dengan bantuan sikunya, dahinya berkerut menahan sakit. Amira menarik selimut yang ronyok kerana kejadian semalam itu lalu menutup badannya yang terdedah itu.

Amira kemudian mencapai telefon bimbitnya. Dilihatnya di screen telefon untuk melihat siapa yang menelefonnya. Amira mengeluh. Dia kemudian menekan butang answer dan telefon dihalakan ke telinganya.

"Hello..."

"Um..Hello. Amira? Kau okay ke? Kenapa suara kau serak?"

"A-Aku okay lah Siti.. kau nak apa call?"

"Mira...k-kau kena-."

"Siti. Kau nak apa? Cakap sekarang atau aku putuskan talian."

"Ah.. aku ingat nak minta kau datang  kedai. Gantikan aku kejap, tapi kau macam tak sihat je."

"Oh.. aku okay. Kejap lagi aku sampai."

Amira kemudian memutuskan talian tanpa menunggu jawapan daripada kawannya. Dia dengan perlahan bangun dan menuju ke tandas diselubungi selimut. Dia kemudian memandang ke arah cermin di bilik air dan melihat refleksinya di cermin. Matanya mula berair. Dia menggenggam tangannya dengan selimut.

Badannya penuh lebam. Bibirnya pun ada kesan darah akibat ditampar kuat. Mujur wajahnya okay dan tidak teruk seperti selalu. At least orang lain tak akan perasan apa yang terjadi kepada dia.

***
Amira masuk ke kedai bunga itu dengan berpakaian tebal untuk menyembunyikan segala rahsia yang terjadi. Hampir setiap hari dia begini jadi orang tidak banyak yang syak dengan cara pemakaiannya. "Amira ! Sampai pun kau!" jerit Siti sambil memeluk badan Amira. Amira mengetap bibir menahan sakit namun tetap senyum ke arah Siti apabila dia melepaskan pelukan.

Lepas sahaja dari pelukan itu Siti memandang wajah Amira dengan riak wajah yang prihatin dan risau. "Mira.. k-kau.. kau kena-" ayatnya dipotong sekali lagi oleh Amira. "Siti, kau punya shift sampai pukul berapa? Aku tak boleh balik lambat tau" kata Amira sambil berjalan ke counter. Siti mengeluh. “Pukul 5.." jawab Siti perlahan sambil memandang ke arah kawannya dengan penuh kerisauan.

***
Amira melihat jam tangannya, lagi beberapa minit shift nya akan tamat dan dia sudah boleh balik ke rumah. Rumah...fikir tentang itu membuatkan tangannya menggigil. Lamunannya terhenti apabila ada seseorang yang memanggil namanya. "Amira. Saya nak cakap dengan awak kejap" kata seorang lelaki di hadapannya. Amira memandang kosong ke arah lelaki itu lalu mengangguk dan mengekori lelaki itu ke belakang kedai.

Sampai di sana tiba2 tangan Amira ditarik dan lengan bajunya ditarik ke atas menampakkan tangannya yang penuh lebam. Genggaman di tangannya menjadi kuat. "Did he did this to you?" tanya lelaki itu dengan suara yang menahan marah. "Aryan.. please" rayu Amira sambil cuba untuk tarik tangannya dari genggaman kuat Aryan. "Answer me" arah Aryan dengan suara yang perlahan tapi penuh kemarahan. Amira mengetap bibirnya sambil memejamkan mata. Dia kemudian menganggukkan kepalanya. Genggaman di tangannya dilonggarkan.

"Kita kena report polis" kata Aryan. Amira memandang ke arah Aryan dengan riak wajah panik. "No! Please Aryan! Dia dah janji ni kali terakhir dia akan pukul saya" rayu Amira sambil menangis. "Dah berapa kali dia buat janji tu?! Tak pernah satu pun dia tunaikan!" marah Aryan. Amira menggeleng kepalanya berkali-kali sambil menangis. Dia kemudian menarik hujung baju Aryan dan memandang ke arah Aryan. "Please. Kita cuba bagi dia peluang. Saya yakin dia akan berubah.. tolong jangan report polis" rayu Amira dengan mata yang berair. Aryan mengeluh berat.

"Fine.. tapi hari ni biar saya hantar awak balik" kata Aryan. "What?! No.. tak apa saya boleh balik sendiri!" kata Amira sambil cuba untuk larikan diri namun gagal kerana Aryan sudah menarik lengannya. "Kalau awak tak setuju saya buat report polis sekarang juga" kata Aryan. Amira mengeluh. "Okay.." jawabnya perlahan.

***
"Be safe.." ucap Aryan sebelum memandu pergi meninggalkan Amira di depan rumahnya. Amira menarik nafas panjang dan masuk ke dalam rumahnya. Baru sahaja dia tutup pintu rumahnya tiba2 rambutnya ditarik kasar dari belakang. Amira menjerit. Dia tahu siapa empunya tangan itu. "Berani kau dekat dengan jantan tu lagi kan? Berapa kali kau nak aku kasi amaran dekat kau?" bisik lelaki itu di telinga Amira. Tangannya masih menarik kuat rambut Amira. Amira menangis. "M-maaf.. abang.. dia cuma hantarkan saya balik" jawab Amira sambil menangis. Badannya kemudian ditolak kasar sehingga dia terjatuh di atas lantai .

Lelaki itu kemudian menunduk dan menampar wajahnya dengan kuat. "Mula2 hantar kau! Lepas tu apa pulak?! Tidur dengan kau !? Perempuan murah!!" tengking lelaki itu sambil terus menampar wajah Amira berkali-kali sehingga dia puas. Setelah puas dia berhenti dari menampar. Dia kemudian mengusap perlahan wajah Amira yang merah dan basah kerana menangis. Amira memejamkan matanya dengan kuat apabila pipinya diusap, terasa pedih apabila ditampar beberapa kali.


"Sayang.. kan abang dah kata.. jangan dekat dengan mana2 lelaki.." kata lelaki itu dengan nada perlahan sambil terus mengusap pipi Amira. Amira kemudian menjeling ke arah lelaki itu. Namun menyesal apabila lelaki itu menampar nya sekali lagi sebelum mengambil tali dan mengikat tangan dan kaki Amira. Mata Amira membulat ketakutan. "A-abang! A-ampun bang.. tolong lepaskan Mira. m-mira janji tak jumpa dengan dia lagi!" raung Amira. Lelaki itu hanya tersenyum sinis sebelum mengeluarkan pisau poket . Dia kemudian menghiris perlahan lengan Amira membuatkan Amira menjerit kesakitan.

Lelaki itu kemudian menutup mulut Amira dengan kain. "Now..ini hukuman kau sebab rapat dengan lelaki lain" kata lelaki itu sebelum menghiris lagi pisau itu di tangan, kaki dan pipi Amira. Amira hanya mampu meraung dan menggigit kain di mulutnya untuk menahan sakit. Seluruh badannya penuh dengan luka dan darah. "Amira sayang.. awak tahu kan saya sayang kan awak? Saya tak suka awak cakap dengan orang lain selain saya...awak tahu.. saya cemburu tau tengok awak rapat dengan orang lain. Awak milik saya dan saya seorang sahaja" kata lelaki itu sambil bermain main dengan mata pisau itu di pipi Amira . Amira menggigil sambil menangis. Dia betul2 berharap ada seseorang yang membantu dia sekarang ini. Kerana ini lah kali pertama suaminya Fikri menggunakan pisau untuk menghukumnya. Selalunya dia hanya memukul dan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Amira memejamkan mata dan menggigit kain di mulutnya dengan kuat apabila mata pisau itu ditekan kuat di pipinya membuat ada darah mengalir. "So.. awak nak jumpa dengan dia lagi tak?" tanya Fikri sambil memandang tajam ke arah Amira. Amira menggelengkan kepalanya sambil menunduk. Tidak mahu memandang ke arah suaminya. Fikri mula naik angin, dia kemudian berjalan laju menuju ke dapur sebelum datang semula ke arah Amira dengan sebatang lilin yang menyala .

Mata Amira membulat apabila sedar apa yang hendak dilakukan oleh Fikri. Amira menggeleng kepalanya berkali-kali sambil cuba untuk menjauhkan dirinya dari Fikri. Namun gagal apabila kakinya ditarik kasar oleh Fikri. Fikri kemudian mengusap pipinya yang berdarah itu dengan senyuman sinis. "Now.. be a good girl will you? Stay still.." arah Fikri sebelum menghala lilin itu ke arah kaki Amira yang terdedah itu kerana pisau. Fikri menyengetkan sedikit lilin itu membuatkan air di lilin itu jatuh ke atas kaki Amira. Amira meraung menahan sakit dan panas di kakinya. Dia menendang kakinya cuba untuk melepaskan genggaman dari Fikri namun gagal kerana genggaman itu terlalu kuat.

Fikri kemudian mengulangi perbuatan itu beberapa kali di kaki dan tangan Amira. Setelah memadam lilin itu, Fikri mendekatkan diri ke arah Amira dan menghidu Amira di lehernya. "So.. apa kata kita mulakan hiburan kita sekarang ni" bisik Fikri sambil tangannya menuju ke arah baju Amira untuk mengoyakkannya. Namun terhenti apabila pintu rumahnya ditendang kuat.

Amira dan Fikri terkejut dan memandang ke arah pintu dengan mata yang membulat.
**
Amira dan Fikri melihat beberapa orang polis masuk ke dalam rumahnya sambil menghalakan pistol. Fikri dengan pantas memeluk Amira dari belakang sambil mengacu pisau poket itu di leher Amira. Amira mula panik dan cuba meronta namun gagal. "Polis! Encik letakkan pisau tu sekarang dan angkat tangan!" arah seorang polis sambil mengacukan pistol.

Fikri menguatkan pelukannya di belakang dan pisau itu ditekan di leher Amira. "Pergi! Atau aku bunuh dia ni!" marah Fikri. "Encik. Tolong letakkan pisau tu dan berundur ke belakang. Dengar arahan kami kalau tak mahu cedera" pujuk polis itu. Namun Fikri tidak mahu mendengar arahan polis itu dan cuba untuk berundur ke belakang sambil menarik badan Amira. Amira dapat rasakan ikatan kain di mulutnya sedikit longgar kerana banyak pergerakan di belakangnya. Amira kemudian menggeleng kepalanya untuk menjatuhkan kain itu. Setelah terjatuh Amira tersenyum lega seketika sebelum terkejut apabila pisau di lehernya kembali ditekan.

"Pergi! Jangan berani nak dekat dengan aku kalau tak aku cucuk pisau ni kat leher dia!" tengking Fikri. "Jangan buat tindakan bodoh encik . Menyerah kalah saja" arah polis itu sambil cuba untuk mendekatkan diri kepada Fikri dan Amira. "Fikri..." panggil Amira perlahan. Suaranya serak kerana terlalu banyak menjerit dan menangis. "Fikri.. tolong.. dengar arahan polis tu." pinta Amira sambil menangis. Pelukan di belakangnya semakin kuat. "No! Saya tak nak awak pergi dari hidup saya! Awak milik saya dan saya seorang saja! Saya sayangkan awak!" marah Fikri sambil menekan sedikit pisau itu di leher Amira. Amira menggigil menahan takut. "Fikri.. please. .listen to them..ini yang terbaik buat awak.." pujuk Amira lagi. Dia berharap dengan pujukan dia itu dapat melembutkan hati Fikri.

Tiba2 kedengaran bunyi pasu pecah yang kuat di belakang Amira dan kaca berterbangan .Namun Amira terlindung dari terkena kaca kerana badan Fikri yang berada di belakangnya. Pelukan di belakang Amira mula longgar dan badan Fikri jatuh ke lantai. Mata Amira membulat melihat suaminya terbaring di lantai dengan kepala yang berdarah.

"Encik Aryan! Kan saya dah kata jangan buat tindakan yang melulu macam tu!" marah seorang polis sambil menyimpan pistolnya di belakang. Polis yang lain menuju ke arah Fikri untuk menangkapnya. Amira memandang ke arah Aryan yang sedang tersenyum itu. "Sorry saya tak dapat tahan marah bila tengok dia tadi" kata Aryan sambil mengusap belakang lehernya. Dia kemudian berjalan terenjut-enjut ke arah Amira. "Ya Allah.. habis berdarah satu badan awak.. maaf saya lambat datang selamatkan awak" kata Aryan sambil memandang ke arah Amira dengan penuh prihatin. "Kenapa dengan kaki awak?" tanya Amira sambil memandang ke arah kaki Aryan. Aryan ketawa. "Oh. Saya tendang pintu belakang rumah awak. Tu yang sakit ni" katanya.

Amira kemudian memandang ke arah Aryan dengan senyuman manis. Senyuman yang penuh keikhlasan dan kesyukuran kerana akhirnya dia bebas.

***

Amira membuka matanya dan melihat sekeliling bilik. Dia berada di hospital. Dia sendiri tidak sedar bila dia pengsan. Amira cuba bangun dari katil namun ada tangan yang menghalangnya. "Baring. Awak perlu rehat" ucap Aryan di sisinya. Amira akur lalu baring . "Um..Aryan..Fikri..apa jadi pada dia?" tanya Amira perlahan sambil memandang ke arah Aryan. Baru sahaja Aryan hendak membuka mulut, pintu bilik wadnya terbuka dan kelihatan seorang doktor perempuan berjalan ke arahnya sambil tersenyum. "Hai Amira, macam mana rasa penat and sakit lagi ke?" tanya doktor itu. "Um.. okay lah cuma sakit sikit je" jawab Amira sambil membalas senyuman. Doktor itu mengangguk sambil menulis sesuatu di file. "Ah. Encik Aryan boleh tinggalkan kami berdua sekejap? Saya nak cakap sesuatu dengan Amira" kata Doktor itu. Aryan mengangguk lalu berjalan keluar dari bilik. Doktor itu kemudian duduk di sebelah Amira dengan senyuman manis.

"Nama saya Doktor Syilah..and saya ada perkara nak beritahu awak tentang Fikri" kata doktor Syilah. Amira mengangguk menyuruh doktor itu menyambung kata katanya. Doktor itu menarik nafas panjang sebelum memandang ke arah Amira. "Saya dapat tahu yang suami awak ada masalah mental. Dia tak gila, cuma dia ada masalah dalam mengenal pasti cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang" kata Doktor itu. Amira mengerutkan dahinya. "Saya dapat tahu yang sewaktu dia kecil, dia dan ibunya selalu didera oleh ayahnya. Dan setiap hari ayahnya akan memukulnya sambil berkata yang itulah tanda dia sayang kepada Fikri. Disebabkan itu, di minda Fikri telah di set yang dengan memukul semua itu adalah tanda dia sayang pada awak." sambung doktor itu lagi. "Tapi.. kenapa masa sebelum kahwin dia tak macam tu?" tanya Amira. "Itu sebab awak belum lagi jadi isteri dia. Bila awak dah sah menjadi isteri dia. Dia rasakan yang awak tu milik dia seorang sahaja. Sebab tu bila awak bercakap dengan mana2 lelaki lain dia akan marah dan minda dia menjadi tidak menentu. Dia obsess dan terlampau sayang pada awak sehingga dia tak mahu ada seorang pun yang mendekati awak. Dengan itu dia gunakan kekerasan untuk tunjukkan pada awak yang dia sayangkan pada awak" terang Doktor itu lagi.

Amira mendiamkan dirinya. Terkejut dengan informasi yang baru sahaja dia terima. "Um.. ada lagi satu perkara yang awak perlu tahu. And ini berkaitan dengan awak" kata Doktor itu. Amira memandang ke arah doktor itu. Perasaan tidak sedap hati mula timbul di dalam dirinya.

"Awak mengandung"

***
Fikri dimasukkan ke hospital untuk dirawat sebelum di penjara kerana cubaan membunuh dan mendera. Amira yang sedang mengandungkan anak Fikri telah pun bercerai dengan Fikri dan mula pindah jauh dari rumah asalnya. Dia mula membina kehidupan baru sebagai seorang ibu tunggal. Walaupun Aryan cuba untuk memikat hati Amira namun dia tetap menolak kerana dia hanya menganggap Aryan sebagai seorang kawan sahaja.

“Kenapa kau tak terus terang je dekat aku Mira?” tanya Siti sewaktu mereka berjumpa selepas dua minggu kejadian. Amira memandang ke arah lantai dengan lama. Tangannya mengusap perlahan perutnya itu.

“Bukan aku tak nak beritahu kau.. tapi aku takut. Dan aku sayangkan Fikri tu sangat sampai aku fikir yang dia akan berubah.” terang Amira dengan perasaan sebak. Siti mengusap bahu Amira dengan perlahan.  “Kita sebagai wanita kena saling bergantung di antara satu sama lain.. kalau kau ada masalah yang melibatkan nyawa kau , kau kena beritahu aku. Tak pun kau pergi pakar kaunseling ke apa yang boleh kau luahkan. Jangan biarkan lelaki ambil kesempatan ke atas diri kita. Lepas ni kalau kau ada apa-apa masalah, kau beritahu aku ataupun Aryan. Kita semua kan kawan dah lama.” nasihat Siti. Amira mengangguk sambil mengesat air mata yang telah jatuh ke pipinya. Badannya kemudian dipeluk oleh Siti.

Tamat
Yes tamat. Ni cerita yang dah lama ada kat draft since aku ragu-ragu nak post atau tidak. Aku terfikir pasal cerita ni sewaktu aku nampak kempen jangan dera wanita ke apabenda ntah. Baru sekarang teringat tentang cerita ni. So enjoy. And yes im back.


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Suamiku Pembuli [Ops Cemburu]



 Suprise? Untuk peminat Suamiku Pembuli .
 


DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION


Kehidupan Siti dan Asyraf sememangnya bahagia. Ditambah lagi dengan hadirnya 2 cahaya mata mereka Aiman dan Aina. Walaupun mereka berdua jelas mengikut perangai nakal Asyraf namun ada masanya mereka menjadi anak yang sweet dan caring .Terutama sekali pada ibu mereka, Siti.
Hari ni siti , membawa anaknya ke Tesco untuk membeli bahan dapur. Aiman dan Aina seperti biasa, mulut mereka sentiasa petah bercakap lagi-lagi bila nampak snek kegemaran mereka. Siti meletakkan mereka di dalam trolley untuk memudahkan kerjanya mencari bahan masak.
Beberapa minit kemudian, Siti melepaskan anaknya dari trolley untuk membiarkan mereka memilih sendiri snek yang mereka mahu sementara dia sedang memilih buah-buahan untuk dimakan waktu malam nanti. Sedang dia meneliti buah-buahan di situ, ada seseorang menegurnya daripada belakang.
“Um..Siti?”
Siti menoleh badannya ke arah belakang dan terkedu melihat lelaki itu. Arif.
Arif dan Siti merupakan sahabat karib sejak dari zaman sekolah lagi. Hubungan mereka terlalu rapat sehingga ramai menyangka yang mereka ni couple. Dan ada seorang manusia yang tidak menyukai Arif dia ialah Asyraf. Waktu sekolah pasti ada saja cara yang dilakukan Asyraf untuk membuli Arif. Dan disebabkan itulah Siti benci pada Asyraf. Siti juga pernah mempunyai perasaan suka pada Arif namun hubungan mereka terputus apabila Arif terpaksa belajar di luar negara demi menyambung bisnes ayahnya di sana.
“A-arif?! Lama tak nampak awak ! Awak apa khabar?!” ujar Siti dengan nada terkejut dan teruja. Jantungnya berdegup melihat Arif yang sekian lama berada di luar negara. Dari dahulu lagi Arif terkenal dengan wajah yang kacak dan senyuman yang manis. Arif melemparkan senyuman manisnya membuatkan wajah Siti sedikit merah. Sampai sekarang senyuman Arif mampu membuat Siti berasa malu. “Alhamdullilah saya okay. Awak..apa khabar? Buat apa sekarang?” tanya Arif.
Baru sahaja Siti hendak menjawab soalan itu. Jeritan si kembar kedengaran. “Mama !” jerit Aiman dan Aina lalu berlari dan memeluk kaki Siti. Air muka Arif berubah menjadi keliru melihat dua orang kembar itu. “Oh..awak dah kahwin? T-Tahniah! Who’s the lucky guy?” tanya Arif .Siti menggaru belakang kepalanya sebelum menjawab. “Um..a-asyraf” jawab Siti. Mata Arif membesar. “What!? Asyraf si pembuli tu?!” tanya Arif dengan suara yang kuat membuatkan tiga beranak itu tersentak. Siti mengangguk kepalanya. “Err..parent kami aturkan perkahwinan ni. So..tadaa!” ucap Siti sambil mendepa tangannya di kepala anaknya. Arif diam sejenak sebelum mula tersenyum. “So..korang bukan kahwin atas cinta lah..” gumam Arif . Siti mengerutkan dahinya. “Eh.B-bu- “ belum sempat dia habis kata Arif sudah memotong. “Okaylah! Saya kena pergi dulu. Jumpa lagi kay!” ucap Arif sambil mengenyitkan matanya dan melambai ke arah kembar lalu berlalu pergi meninggalkan Siti terpinga pinga .
Aiman menarik hujung baju Siti untuk mendapatkan perhatiannya. “Mama! Aiman tak suka kat pakcik tu!” rungut Aiman sambil memuncungkan mulutnya “Aina pun! Aina pun!” ujar Aina sambil mengangkat tangannya seperti budak yang mahu menjawab kuiz di sekolah. Siti tersedar daripada lamunannya dan mengerutkan dahi melihat si kembar. “Hey apa ni? Tak baik tau. Tu kawan mama, janganlah cakap bukan2” marah Siti dengan nada perlahan. Dia kemudian mendukung Aina dan memasukkannya ke dalam trolley, lalu mencium pipinya. Aiman yang enggan masuk ke dalam trolley hanya memuncungkan mulutnya dengan wajah masam. Melihat telatah anak lelakinya itu Siti tersenyum manis. Dia tahu apa yang difikirkan oleh anaknya. “Jom makan aiskrim!” kata Siti dengan teruja sambil mengusapkan kepala anaknya. Sekelip mata si kembar menjerit kegembiraan .
**
Asyraf baru sahaja pulang dari kerja, sampai sahaja di pintu rumah dia dapat melihat dua orang kembarnya sedang berlari ke arahnya. “Yeay ! Papa dah balik!” jerit si kembar sambil melompat ke arah Asyraf.  Asyraf memeluk kedua-dua anaknya itu . Dia kemudian memimpin anaknya di kedua-dua belah tangan sambil berjalan masuk ke rumah. “ Mama mana?” tanya Asyraf. “Mama kat dapur ! Mama kata nak masak ayam hari ni!” ujar Aiman sambil terloncat-loncat kegembiraan. Asyraf tersenyum kecil melihat telatah anaknya itu. “ Apa kata Aiman dengan Aina pi main kat ruang tamu. Papa nak jumpa mama kejap” kata Asyraf sambil mengenyitkan matanya ke arah Aiman, faham kehendak ayahnya Aiman memimpin Aina pergi bermain di ruang tamu. 
Asyraf berjalan ke dapur dan tersenyum melihat isterinya sedang memasak sambil memakai apron pink. Nampak comel. Dia kemudian berjalan perlahan di belakang isterinya sebelum memeluk tubuh badan kecil isterinya itu. Siti terkejut sebelum tersenyum kerana dia tahu itu suaminya melalui bau minyak wangi yang masih lagi terlekat di badan suaminya. Dia kemudian menoleh ke belakang dan tersenyum melihat suaminya sedang meletakkan dahi di bahunya. “Selamat pulang” ucap Siti lalu mencium hidung suaminya. Asyraf ketawa kecil apabila diperlakukan begitu. Siti kemudian kembali fokus dengan masakannya. “Bila nak siap? Saya lapar” rungut Asyraf sambil memuncungkan mulutnya. Siti mengangkat tangan kirinya lalu mengusap pipi suaminya. “Sabarlah. Kejap lagi. Apa kata awak pergi mandi dulu” kata Siti.
Asyraf kemudian mengeratkan pelukannya. “Jom sayang..” bisik Asyraf. Melihat perangai gatal suaminya sudah muncul, Siti mengangkat pisau yang berada di tangannya itu. “Apa dia sayang?” kata Siti sambil membuat senyuman tidak bersalah. Asyraf dengan pantas melepaskan pelukan apabila melihat pisau itu. “Err.. saya pergi mandi dulu ye” kata Asyraf lalu berjalan lalu keluar dari dapur. Siti ketawa melihat telatah suaminya itu sambil menggelengkan kepala.
**
Mereka sedang makan apabila Aiman tiba-tiba sahaja membuka cerita tentang kejadian di Tesco pagi tadi . Siti yang terlupa tentang perkara itu mula berasa kaku apabila mengesan aura dingin dari suaminya.

“Papa tahu tak ! Habis muka mama merah bila mama cakap dengan lelaki tu! mesti dia jahat kan papa?”

“Betul tu! Betul tu! Pastu kan dia kata papa kahwin dengan mama bukan atas dasar cinta. Cinta tu apa papa? Jajan ke?” 

“Cinta pun taktau! Tu laut ah ! Dasar laut dengan dasar cinta kan sama .Oh pastu kan papa! Pakcik tu kenyit kan mata dekat mama”

“Cinta tu laut? Oh camtu papa nanti cuti kita pi cinta lah eh? Nak main air !”

“Ish dia ni! Sibuk ja” 

Siti sekarang betul-betul rasa hendak seletep mulut anak kembarnya itu lalu kunci mereka di dalam bilik. Dia dapat rasakan bulu roma nya meremang sekarang ni. Matilah aku lepasni.. jerit hatinya.
**
Hari sudah lewat malam dan kedua kembar itu sudah pun masuk tidur. Siti sedang menyikat rambut sementara menunggu suaminya keluar dari tandas. Sejak makan malam tadi langsung suaminya tidak bercakap dengan dia dan hanya termenung seorang diri. Siti yang berasa serba salah itu mula memikirkan pelan untuk memujuk suaminya. 
Asyraf keluar dari tandas dan mula berjalan ke arah katil . “Abang?” panggil Siti dengan perlahan. Asyraf terhenti daripada berjalan ke arah katil. “Apa?” tanya Asyraf dengan nada dingin. Siti berjalan merapati Asyraf dan memeluk badan suaminya daripada belakang. “Siti minta maaf bang.. pasal hal di Tesco tu” ujar Siti dengan penuh ikhlas. Badan suaminya mula relaks dan tidak tegang. “Siapa lelaki tu?” tanya Asyraf. Siti melepaskan pelukannya dan mula rasa panik. “Err..Arif” jawabnya perlahan namun jawapan itu didengari jelas oleh Asyraf membuatkan dia memusing dan memandang ke arah Siti dengan pantas. “What?! Mamat tu!?” jerit Asyraf. Siti memalsukan senyuman dan mengangguk cuba untuk tenangkan suaminya. “Err ye..” jawabnya . Asyraf mula berwajah bengang , dia kemudian memegang kedua-dua belah bahu Siti dengan kuat.Mata Siti membesar apabila dipegang sebegitu, Asyraf kemudian merenung tajam ke arah Siti. “Awak suka dia ke?” tanya Asyraf dengan serius. Reaksi Siti berubah menjadi terkejut dan geli . “Apa?! Tak lah ! Merapu lah abang ni ! Eee dia kawan saya lah!” kata Siti dengan muka yang berkerut. Asyraf melepaskan pegangannya tapi wajahnya tetap tegang. “Dah tu kenapa Aiman cakap awak blushing jumpa dia?” tanya Asyraf. Siti menggaru kepalanya dan mula mengalihkan pandangan. “Em..awak tahu kan..Arif tu sejak dulu lagi dia handsome so.. saya tak dapat control muka saya dari blushing” terang Siti dengan serba salah.
Wajah Asyraf kemudian berubah menjadi sedih dan terluka ibarat kucing yang baru sahaja dibuang oleh tuannya. “Habis awak nak kata saya tak handsome lah?” tanya Asyraf dengan nada sedih. Siti dengan pantas memandang ke arah suaminya. “Eh ! Tak lah awak still lagi handsome. Jangan risau” pujuk Siti. Asyraf masih lagi memuncungkan mukanya seperti tidak percaya dengan jawapan Siti. Siti mengeluh dan mula menekup wajah Asyraf dengan kedua tangannya. Dia kemudian merapatkan wajahnya dan mula mencium kedua-dua pipi suaminya berkali-kali sehingga suaminya mula ketawa kecil. Siti kemudian berhenti dan memandang ke arah suaminya dengan senyuman lembut. “Walaupun saya tak suka awak dulu..tapi percaya lah sekarang ni awak lah yang paling saya cinta dunia dan akhirat” ucap Siti dengan lembut. Asyraf tersenyum lalu memeluk isterinya. “Dan awak pun akan jadi cinta saya dunia dan akhirat..” katanya sambil membelai rambut isterinya.
_
Siti mengeluh melihat suaminya dan anak kembar mereka sedang sibuk bermain dengan sayur kubis yang berada di rak sayur itu. Entah kenapa minggu ni Asyraf nekad hendak menemaninya ke Tesco untuk membeli barang dapur . Katanya hendak tolong cari barang dapur tapi hakikatnya main sayur dengan anaknya. Selesai membeli sayur dan daging , Siti menemani anak dan suaminya pergi ke bahagian mainan. Sedang mereka melihat barang-barang mainan , tiba-tiba ada suara menegurnya dari belakang.
“Assalamualaikum” ucap seseorang dari belakang. Siti menoleh dan terkejut melihat Arif berada di belakangnya dengan senyuman manis. “Waalaikumsalam” jawab Siti. Arif tersengih memandang ke arah Siti. “Seorang je ke?” tanya dia. Belum sempat Siti hendak menjawab ada suara yang bersuara . “Tak lah dengan famili” kata Asyraf  yang tiba-tiba sahaja muncul di tepi Siti. Arif dan Siti masing-masing terkejut. Asyraf kemudian memeluk pinggang Siti dengan erat dan memberikan senyuman palsu ke arah Arif. Arif yang kelihatan tidak selesai itu membalas senyuman sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Lama tak jumpa Asyraf” ucap Arif sambil bersalam dengan Asyraf. Dia menggigit bibirnya apabila Asyraf membalas salam itu dengan genggaman yang kuat. Mereka kemudian melepaskan tangan masing-masing. “Sayang.. jom balik . Anak-anak kita dah penat tu” kata Asyraf dengan lembut ke arah Siti . Siti yang terpinga-pinga itu hanya mengangguk dan mula melambai ke arah Arif. Arif hanya mampu tersenyum lalu mula berjalan ke arah lain. Hilang sahaja kelibat Arif , Asyraf melepaskan pelukannya dan mula berlari ke arah di mana Arif baru sahaja pergi. Dia kemudian membaling bola plastik tepat kena ke arah kepala Arif yang mengaduh kesakitan itu. Arif hanya mengeluh kerana dia tahu siapa dalang yang baling bola kepadanya itu. Langkah kakinya di lajukan.
“Hehehe padan muka” kata Asyraf seorang diri sambil berjalan semula ke arah isterinya yang hanya mampu ternganga melihat perangai suaminya. Siti kemudian mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Tak ubah langsung perangai buli dia ni…

Tamat. Kot. 

Mesti tak ada siapa yang expect ni kan..well sebenarnya aku pun. aku baru perasan benda ni ada kat draf and separuh dah siap hahahaha. Enjoy ! Still aku tengah usahakan versi novel punya. Lepas siapkan Aku Bukan Stalker.  

BUKU TERBITAN PERTAMA DARI DALILA SAMSUDIN. KLIK SAYA

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Aku Bukan Stalker Part 10

Part 9




"Kau buang tebiat apa pergi sekolah buat rambut belah tengah!!!"

Dan 10 minit dihabiskan dengan Aiman menarik Hilman ke dalam rumah lalu mencuci semula rambut Hilman yang entah berapa botol gel diletakkan . Dia kemudian mengeringkan rambut Hilman sepantas kilat dengan pengering rambut sebelum menarik semula Hilman keluar dari rumah kerana mereka sudah lambat.

"Wait! Rambut aku kenapa kau tak sikat!" 

"Rambut kau tu lembut semacam. Kalah perempuan! Takyah sikat pun takpa"

"T-tapi serabutlah!"

"Biarlah messy sikit. Baru nampak handsome, bukan skema"

__
Hilman berjalan ke kelas dengan riak wajah kelat. Dia tidak gemar dengan keadaan rambut dia sekarang ni semuanya kerana Aiman. Kononnya sahabat sejati dia. Namun Hilman sebenarnya tidak perasan yang ramai mata memandang dia sejak dia berjalan masuk ke sekolah lagi. Semuanya gara-gara style baru yang dibuat oleh Aiman terhadap Hilman.
Hilman duduk di tempat duduknya dan tiba-tiba seorang perempuan rakan sekelasnya datang menyinggah di tempat duduknya.
“Hai Hilman. Handsome hari ni” kata perempuan itu sambil mengerlipkan matanya beberapa kali untuk kelihatan comel. Hilman yang terkejut mendengar pujian itu tersengih sambil menggaru kepala . “Ehehehe thanks. Awak pun comel harini” kata Hilman dengan muka yang sedikit merah. Aiman yang duduk di sebelah menggelengkan kepala sebelum mengalih pandangan ke arah pintu kelas. Dia menjadi kaku apabila melihat seseorang yang dia kenal berdiri di depan pintu itu dengan wajah masam. “Erm..Hilman” panggil Aiman sambil menyiku kawannya yang masih lagi dibuai pujian pelajar perempuan kelas itu. Hilman mengalihkan pandangannya ke arah Aiman “Apa dia?” tanyanya. Aiman menunjuk ke arah pintu kelas menggunakan jarinya dengan wajah cuak. “Err..Mika kat pintu tu” . Serta-merta Hilman memandang ke arah pintu dan terkejut melihat Mika betul-betul berada di hadapan kelas dia. Wow first time dia datang kelas aku! jerit Hilman di dalam hati. Dia kemudian pantas bangun dan berjalan ke arah Mika yang masih lagi berwajah masam .
“Umm.. hai Mika? Awak buat apa kat sini? Cari saya ke?” tanya Hilman sambil tersenyum malu dan menggaru belakang lehernya. Mika mengangguk sahaja lalu menghulur kertas ke arah Hilman. “Buat ni” kata Mika ringkas sebelum berjalan pergi dengan pantas. Hilman mengerutkan dahinya melihat Mika yang tiba-tiba menjadi Extra Cold harini . “Bendera merah ke dia tu?” tanya Hilman seorang diri lalu berjalan duduk di sebelah Aiman dengan mulut muncung. Aiman merapatkan kerusinya dan bertanya “Mika nak apa tadi?” tanya Aiman dengan teruja. Hilman menunjukkan kertas latihan yang diberikan oleh Mika kepada Aiman. “Ni hah..” katanya dengan wajah sedih. Aiman mengerutkan dahinya melihat perangai rakannya. “Aik kau ni, dapat jumpa crush kau pun muka macam kena sembelit kenapa?” tanya Aiman. Hilman memandang ke arah Aiman . “Mika tu semacam je harini . Kenapa dia jadi sombong and tak senyum langsung macam mula-mula aku tegur dia. Kalau tak at least dia ada senyum sikit. Ni tidak, masam je muka. Dia tak suka rambut aku ke?” kata Hilman sambil bermain main dengan rambutnya. Kening Aiman ternaik . “Humm…dia bendera merah kot. Rambut kau okay je aku tengok. Lagipun ramai puji kan” kata Aiman. “Mungkin” kata Hilman .
__
“Banyak lah bendera merah ! Kau tengok dia tengah ketawa dengan Irfan tu!” jerit Hilman sambil menunding jari ke arah Mika dan Irfan yang  sedang  makan bersama-sama. Aiman yang mendengar  jeritan Hilman  dengan pantas menumbuk bahu Hilman dengan kuat. “Woi ! Perlu ke kau jerit benda macam tu kuat2 ?! Lembab!” marah Aiman apabila pelajar sekeliling terutama sekali perempuan mula memandang pelik ke arah mereka.  Aiman kemudian  menarik lengan  kawannya itu kemudian  berjalan  mendekati  pasangan di kantin itu.  Sebelum sampai Aiman berhenti dan memandang ke arah Hilman. “Okay now aku nak kau pergi duduk dekat tempat diorang tu then kau tegur Mika. Mana tahu pagi tadi dia bad  mood sebab mengantuk ke apa. Pergi!” arah Aiman lalu menolak Hilman ke arah meja mereka. Sampai di sana Hilman terus duduk di hadapan Irfan dan Mika sambil tersengih. “Err.. Hi Mika.. Irfan” tegur Hilman sambil melambai kecil . Aiman duduk di meja belakang mereka dan bertentangan dengan Hilman . Mika dengan tiba-tiba sahaja mengangkat buku di atas meja itu lalu di tegakkan  sehingga menutup wajahnya. Irfan  pula sedang  tersenyum  melihat kelakuan Mika sebelum beralih kepada Hilman. 
“Hai man !" tegurnya dengan ceria. Hilman melemparkan jelingan tajam kearahnya. "Hai" jawabnya dengan wajah muram sebelum tiba-tiba berubah menjadi ceria "Mika?" . Mika menurunkan sedikit buku hingga nampak matanya sahaja . "Hai" jawab Mika sebelum menutup semula wajahnya. Hilman memuncungkan mulutnya. Dia kemudian duduk di hadapan Mika. "Cantik rambut" tegur Irfan sambil tersenyum jahat , well jahat bagi Hilman walhal dia cuma tersenyum saja. "Thanks. Mika awak free tak lepas sekolah?" tanya Hilman terus kerana tidak mahu melayan Irfan sambil memandang ke arah Mika-maaf pembetulan- pandang ke arah buku di hadapan Mika. 

Mika menurunkan sedikit bukunya sekali lagi . Untuk beberapa minit matanya melilau seperti sedang berfikir. " Tak. Saya nak keluar dengan Irfan" kata Mika . Hilman membeliakkan matanya dan memandang kearah Irfan yang pada masa yang sama terbeliak memandang kearah Mika. "Eh?" tanya Irfan sambil memandang Mika . Mika mengerutkan dahinya . Mulutnya ditutup oleh buku membuatkan Hilman tidak tahu apa yang dia cakapkan. "Oh yelah. Lupa ! Hehe" kata Irfan dengan tiba-tiba sambil menggaru kepalanya. Hilman menjeling kearah Irfan . "Okay.. tapi esok boleh kan? Please?" kata Hilman sambil membuat muka sedih. Mika memandang wajah Hilman lama dan kelihatan Irfan ditepi cuba menahan ketawa . "O..okay" jawab Mika dengan perlahan. 

"Yes ! Thanks. Okay lah saya pergi dulu ya" kata Hilman sambil mengenyitkan mata ke arah Mika dan kemudian menjeling kearah Irfan. Dia kemudian pergi berjalan ke kelas sambil di ekori oleh Aiman."So macam mana? " tanya Aiman sambil berjalan di sebelah Hilman. Hilman tiba-tiba berhenti dan memandang wajah Aiman dengan wajah pucat. "Apahal kau?" tanya Aiman dengan wajah yang berkerut. 

"Esok aku ada date.." kata Hilman dengan muka panik dan pucat sebelum menarik kolar baju Aiman dengan . "Date ! Date dengan Mika!" katanya sambil menggoncang badan Aiman. Aiman yang menjadi rimas itu menarik tangan Hilman daripada mencengkam kolar bajunya. "Dah lah tu! Tahu lah date ! Rosak baju aku woi" marahnya sambil memukul tangan Hilman. Hilman melepaskan cengkamannya dan mula menarik rambutnya dengan kasar. "Apa aku nak buat ni" kata Hilman . Aiman menjulingkan matanya ke atas . Meluat melihat perangai kawannya itu. "Confess lah apa lagi. Bukan ke tu tujuan utama kau" katanya dengan selamba.

_

Aiman baring di atas katilnya sambil bermain dengan PSP . Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Aiman mula mengeluh dan mengusap rambutnya yang kusut dengan kasar. "Aish budak ni . Dah malam buta pun kacau aku lagi" rungut Aiman tetapi tangannya tetap mengcapai telefon bimbitnya dan membuka mesej WhatsApps yang dia terima.


Aimaaaan !!! Aku takut ! -H-

Aiman mengeluh. Beberapa saat kemudian telefonnya berbunyi lagi tetapi kali ini ianya panggilan telefon daripada Hilman. "Haih tak tidur lah nampaknya aku malam ni" katanya sebelum menekan butang Answer .

_

Keesokkan paginya

Macam biasa , Aiman akan tunggu Hilman di depan rumahnya . Kali ni Hilman tidak lewat seperti semalam malah dia sudah pun siap berpakaian kemas (still lagi kena pakai baju sekolah) tetapi kemas dan nampak baru. Rambutnya disikat seperti hari-hari yang lain dan tidak seperti semalam. Aiman mengangkat keningnya memandang Hilman atas bawah. "Um.. biasa je kau hari ni " kata Aiman dengan nada pelik. Hilman tersenyum. "Sebab hari ni aku first date dengan dia lepas sekolah . Then aku nak dia suka aku sebab diri aku bukan sebab rupa !" kata Hilman dengan penuh yakin . Aiman hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya. "Sukahati kau lah Hilman" kata Aiman sambil mula berjalan untuk ke sekolah. 

"Oh ya ! Mulai hari ni aku akan jadi matang ! and lebih maskulin daripada biasa!" kata Hilman sambil membuat gaya "Fighting" orang korea. Aiman memandang sekilas ke arah kawannya  "Habistu selama ni kau pondan ke?" gurau Aiman dengan selamba.  Hilman menjeling tajam ke arah kawannya. Aiman tersengih.

Mereka telah tiba di kawasan sekolah dan semestinya benda pertama yang Hilman buat ialah mencari Mika . Setelah berjaya mencari Mika dari jauh Hilman dengan pantas berjalan ke arah Mika meninggalkan Aiman keseorang . Aiman yang malas hendak ikut Hilman mula berjalan untuk masuk ke kelas. 

Hilman mendekati Mika dengan senyuman lebar ibarat badut di funfair membuatkan wajah Mika sedikit cuak melihat perangai Hilman yang terlalu hyper hari ini. "Selamat pagi Mika !" ucap Hilman sambil tersengih. Mika tersenyum kecil sambil memandang ke arah Hilman. "Pagi.." jawab Mika perlahan sebelum tunduk semula. Mereka sekarang berada di tepi koridor dan ramai pelajar lalu lalang untuk ke kelas masing-masing. "Oh ini untuk awak" kata Hilman lalu mengeluarkan gula-gula getah kepada Mika daripada poketnya. "Untuk elakkan daripada mengantuk kat kelas" katanya dengan suara yang dibuat macho sambil mengenyitkan mata ke arah Mika. 

Mika mengambil gula-gula itu dalam keadaan teragak-agak kerana dia masih pelik dengan perangai Hilman yang tiba-tiba sahaja berubah jadi pelik. Dia kemudian menyimpan gula-gula getah itu di poketnya. "Balik sekolah ni jangan lupa tau . Saya tunggu awak dekat pagar sekolah" kata Hilman lalu mengenyitkan matanya sekali lagi ke arah Mika . Dia kemudian melambai dan mula berjalan ke arah kelasnya. Mika hanya memandang ke arah Hilman , hilang sahaja kelibat Hilman di koridor itu pipinya mula menjadi merah padam. Dia kemudian berjalan laju masuk ke kelas.

10 minit kemudian di dalam kelas Hilman.

Aiman menjeling ke arah kawannya yang sedang nyenyak tidur berbantalkan buku tebal sejarah di mukanya. Siap berdengkur lagi.

"Aku yang tak dapat tidur semalam dia sedap je tidur kat kelas" rungut Aiman dengan suara perlahan lalu dia mengeluh dan mula tumpukan perhatian pada cikgu di hadapan. 


Bersambung

Um finally? Yeah..sorry. Banyak kali aku edit cerita ni kejap padam ke taip. Aku tak mahu sia-siakan cerita ni sebenarnya dengan buat chapter yang terlalu rushing. So...i guess ni bukan chapter final hehe


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi