Cinta Photographer Part 40

Part 39

"Ap-apa maksud awak? Kahwin dengan awak tiba2?" tanya Aina dengan
riak wajah keliru. Amirul mengeluh. "Saya cuma tak nak awak terseksa lagi.
Awak tahu tak awak nampak menyedihkan sekarang ni? Cintakan orang yang
dah ada kekasih! Jadi saya fikir kalau saya lamar awak sekarang ni dan
awak jadi isteri saya yang sah.Saya mampu tunjukkan kepada awak yang saya
betul2 cintakan awak, dan buat awak cintakan saya sepenuh hati. Kalau awak
nak tahu, awak lah perempuan pertama saya confess cinta saya and lamar. Selama
ni saya playboy. Saya mainkan perasaan perempuan sesuka hati. Tapi sejak awak
hadir dalam hidup saya., saya mula belajar menghargai perasaan seseorang .." terang
Amirul dengan mata yang berair. Sedaya upaya dia cuba menahan daripada menangis.

Aina sudah pun mengalirkan air matanya apabila mendengar luahan hati Amirul itu.
Namun dia masih lagi tidak berkata apa2. Selama ni Amirul lah yang sentiasa berada
di sisi dia disaat dia memerlukan. Tapi kenapa dia boleh tidak sedar tentang perasaan
Amirul kepadanya. Dia merasakan seperti dia gunakan Amirul untuk kebahagiaan dia.
Dia betul2 rasa bersalah sekarang ni . "Kalau awak taknak tak apa lah..awak lupakan
je apa yang saya cakap tadi.." ucap Amirul dengan perlahan sebelum bangun dan
berjalan perlahan menuju ke pintu dengan hati yang terluka. 

"Saya sudi..." ucap Aina dengan perlahan sambil menundukkan kepalanya.Langkah
kaki Amirul terhenti apabila mendengar apa yang diucapkan oleh Aina itu. Dia
kemudian memandang kearah Aina dengan riak wajah tidak percaya. Aina
mengangkat kepalanya sambil tersenyum manis. "Saya rasa..dah tiba masanya
saya lupakan Zain sepenuhnya. Dan cintakan bakal suami saya" ucap Aina. Amirul
masih lagi terkedu. Dia kemudian berjalan perlahan menuju ke arah Aina.

"Aina..are you sure? Saya tak paksa awak tau. Saya nak awak terima saya dengan
ikhlas" kata Amirul sambil memandang wajah Aina . Aina mengangguk sambil tersenyum.
"'Saya mungkin tak cintakan awak sekarang ni..tapi saya dah nekad nak lupakan Zain.
So..saya akan berusaha untuk mencintai awak,and awak pun kenalah usaha nak pikat
hati saya" kata Aina sambil tersenyum mesra. Amirul tersenyum lega, air matanya
mengalir kerana terlampau gembira . "Terima kasih Aina.terima kasih. Saya janji saya
takkan sia2 kan peluang ni" ucap Amirul . Aina hanya tersenyum.

Dah tiba masanya aku lupakan kau Zain..

****
Beberapa hari kemudian. Di Malaysia

Aina meletakkan satu sampul surat di meja Zain membuatkan Zain memandang pelik
ke arah Aina. "Apa tu ?" tanya Zain . "Ni duit yang aku hutang dengan kau. Aku dah
selesai bayar hutang kau. So maknanya aku dah boleh berhenti kerja" kata Aina dengan
riak wajah tenang. Mata Zain membulat. "What?! No !" jerit Zain tiba2 membuatkan 
Aina mengerutkan dahinya. "Kenapa pulak ? Kita dah ada kontrak kan. So aku dah
tak ada apa2 kaitan dengan kau lagi. Kerja aku dah selesai. And aku akan pindah
tempat lain" kata Aina sambil memeluk tubuhnya. "No ! Tak boleh! Mana boleh
kau berhenti sesuka hati macam ni. And kenapa kau beria sangat nak berhenti?!"
tanya Zain dengan nada suara yang sedikit meninggi. Dia sendiri tidak pasti kenapa
dia marah apabila Aina mengambil keputusan untuk berhenti. 

"I will get married" terang Aina sambil memandang ke wajah Zain. Zain terkedu.
Dia mengenggam tangannya dengan kuat. "Dengan siapa?" tanya Zain dengan wajah
yang tegang. "Itu tak penting ya-" belum sempat Aina menghabiskan ayatnya Zain
sudah memotong. "Siapa lelaki tu !?" tengking Zain tiba2 membuatkan Aina terdiam.
Itu pertama kali Zain tengking kepadanya, dan hati Aina betul2 berasa sakit
sekarang ni. Dia masih belum habis sepenuhnya melupakan Zain. Dan apabila
Zain menengking kearahnya, ia betul2 buatkan Aina terasa. Air mata Aina mula
mengalir kerana terlampau terkejut dan terluka dengan apa yang dilakukan oleh Zain.
Zain tersedar tentang kesalahannya apabila melihat Aina sedang menangis. 

"Sorry..Aina aku minta maaf ..aku tak sengaja" ucap Zain sambil berjalan kearah
Aina. Aina dengan pantas menjauhkan diri daripada Zain. "Stop..aku taknak
dengar apa2..aku akan berhenti dari kerja dan itu muktamad.Aku akan keluar
dari rumah tu secepat mungkin and kunci aku tinggalkan kat Marina kau jangan
risau. Aku pergi dulu" kata Aina sambil mengesat air matanya dan berjalan laju
keluar dari studio Zain itu. 

***
 Aina berjalan pantas meninggalkan bangunan studio Zain itu. Itu akan menjadi
kali terakhir dia akan menjejakkan kakinya disitu. Hatinya betul2 sakit apabila
ditengking oleh Zain tadi. Dan dia sendiri tidak tahu kenapa dia terlampau bodoh
kerana menangis di hadapan Zain.

Sedang dia berjalan untuk menahan teksi. Tiba2 ada kereta Mercedes hitam berhenti
di hadapannya. Dua orang lelaki badan tegap memakai suit keluar dari kereta dan
menuju ke arah Aina."Maaf cik. Cik kena ikut kami" ucap salah seorang lelaki
itu . Aina tidak sempat buat apa2 apabila kedua dua tangannya di pegang dan
kepalanya di pakaikan sesuatu yang menutup pandangannya.

Dengan sekelip mata Aina dibawa masuk kedalam kereta bersama lelaki itu tanpa
mengetahui arah tujunya.

To Be Continue
Cerita ni dah nak habis ! Yeay! Amirul akan kahwin dengan Aina? Trust me.. Im having a problem
with this story. And i dont have any idea what did i just write. Im sorry .


 
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

2 Itik gebo-gebo:

mylovesweetheart berkata...

what????amirul kwin ngan aina!!!
no!!!cepat lh smbung cite nie...
pls...pls..pls....
sy x sbar dah nie..---->PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN....

Unknown berkata...

Naaaa..suspended betullah....


x0x0 ^___^

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi