Isma dan Aqram sudah lama
bercinta sejak dari sekolah menengah. Mereka
sememangnya pasangan bahagia dan
bercadang untuk berkahwin dalam
masa yang terdekat ini. Namun
semuanya berubah apabila ada perkara
yang menghalang mereka daripada
melangsungkan perkahwinan mereka.
"Papa nak kamu kahwin
dengan Sally hujung bulan ni" ucap Dato Bahaman
kepada Aqram di ruang tamu rumah
mereka. Aqram mengerutkan dahinya.
"Siapa Sally? And Aqram kan
nak kahwin dengan Isma" ucap Aqram sambil
cuba untuk menahan sabar. Dato
Bahaman mengeluh sambil meletakkan surat
khabar yang dibacanya di atas meja.
"Maaf. Papa tahu kamu dengan isma dah
lama bercinta. Tapi syarikat
kita tengah mengalami masalah dan dengan kamu berkahwin
dengan Sally. Kamu dapat
selamatkan syarikat kita daripada bankrupt" terang Dato
Bahaman sambil memandang kearah
wajah anak tunggalnya dengan penuh harapan.
Aqram memandang wajah ayahnya
dengan riak wajah tidak percaya. "What
are you talking about? No way
Aqram akan tinggalkan Isma hanya kerana syarikat
bodoh tu!" amuk Aqram .
" Mohd Aqram ! Jaga mulut kamu tu! Kamu tahu tak
syarikat tu datuk kamu dengan
papa dah berhempas pulas bangunkan syarikat tu.
Takkan lah kamu nak tengok
syarikat tu hancur macam tu je?!" marah Dato Bahaman
namun nada suaranya masih lagi
dikawal. Aqram meraup wajahnya. "Aqram tahu
papa...tapi takkan takda cara
lain?" tanya Aqram dengan penuh harapan. Dato
Bahaman menggeleng kepalanya.
"Itu je caranya. Ayah Sally dah berjanji nak
bantu kita kalau kita kahwinkan
Sally dengan kamu" ucap Dato Bahaman.
Dia tahu bertapa sayangnya Aqram
terhadap Isma. Namun dia tak mampu buat
apa2. Buat masa ini hanya itu
sahaja jalan penyelesaiannya.
"Aqram nak jumpa dengan Sally dulu papa"
***
Isma melihat pemandangan
beberapa keluarga yang keluar beriadah di taman
bersama sama dengan anak mereka.
Perasaan terujanya datang apabila
memikirkan yang suatu hari nanti
dia dan Aqram akan berada di dalam
situasi tersebut tidak lama
lagi. Dia datang ke taman itu setelah mendapat
panggilan daripada Aqram yang
mahu berjumpa dengannya .
"Assalammualaikum" ucap seseorang di belakang Isma. Isma menoleh kebelakang
dan melihat Aqram sedang berdiri
di belakangnya. Isma melemparkan senyuman
kearahnya namun Aqram hanya
memandangnya dengan reaksi kosong. Isma
dapat merasakan ada sesuatu yang
tidak kena dengan Aqram namun dia cuba
untuk menolak tepi perasaan itu.
"Waalaikumsalam. Aqram duduk lah sini.Awak
nak bincang pasal apa je?"
tanya Isma sambil tersenyum . Aqram masih lagi
berdiri kaku disitu dengan
reaksi kosong seperti tiada perasaan.
"Kita putus" ucap Aqram tanpa memandang wajah Isma. Isma terdiam.Jantungnya
berdegup kencang mendengar
perkataan itu. "T-tapi..kenapa tiba2?" tanya Isma
sambil bangun di hadapan Aqram
dengan reaksi terkejut. Aqram memandang
kearah Isma dengan wajah yang
tegang. "Sebab aku dah bosan dengan kau.
Aku muak tengok muka kau, aku
dah jumpa orang yang lagi sesuai dengan
aku berbanding kau" ucap
Aqram dengan kasar. Isma terkedu. Tangannya
digenggam kuat.
"A-awak bergurau kan?
Tolong cakap awak bergurau t-" belum sempat isma
menghabiskan ayatnya Aqram sudah
memotong. "Aku tak gurau lah lembab!!"
tengking Aqram tiba2 membuatkan
Isma tersentak. Air matanya mula bertakung
dimata. Hatinya bagaikan disiat
apabila ditengking oleh Aqram. "Kenapa baru
sekarang...kenapa awak bagitahu
semua ni waktu kita akan berkahwin tak
lama lagi..kenapa?" tanya
Isma dengan nada perlahan. Wajahnya ditunduk untuk
menghalang Aqram daripada
melihatnya menangis. "Sebab aku dah jumpa seseorang
yang lebih cantik dan sempurna
daripada kau" ucap Aqram dengan sinis. Isma memejam
matanya sambil mengigit bibir.
Menahan diri daripada menangis dengan teresak esak.
"Aku pergi dulu. Lepas ni
jangan jumpa aku lagi. Jangan muncul di hadapan aku
lagi and kau anggap je aku ni
tak wujud di dunia ni " ucap Aqram lalu
berjalan pergi meninggalkan Isma
sendirian. Hilang sahaja kelibat Aqram, Isma
terjatuh di lantai sambil
menangis. Dia sudah tidak kisah apa orang lain hendak
cakap tentang dia sekarang ni .
Yang dia tahu dia betul2 terluka apabila diperlakukan
sebegitu rupa oleh orang yang
dicintainya. Isma mengenggam tangan lalu diletakkan
di bahagian hatinya sambil
menangis. Dia betul2 terkejut. "Macam mana aku nak
anggap kau tak pernah wujuh
sedangkan kaulah orang yang sentiasa wujud di hati
aku sekarang ni" ucap Isma
sambil menangis di lantai.
Aqram berjalan pantas meninggalkan Isma sambil mengenggam tangannya dengan
kuat. Dia masuk ke dalam
keretanya dan menghentak stereng kereta itu dengan kuat
beberapa kali melepaskan marah.
Setelah penat memukul, dia meletakkan kepalanya
di stereng itu. Air matanya
mengalir apabila mengingati perkataan kasar yang disebutnya
kepada Isma sebentar tadi. Itu
sahaja yang perlu dia lakukan untuk mengelakkan Isma
daripada kembali kepadanya..dan
untuk melindungi Isma.
Flashback (Sebelum Aqram berjumpa dengan Isma)
Aqram berjalan pantas ke dalam restaurant yang dia telah berjanji dengan Sally
untuk berjumpa. Sampai disana
dia dapat melihat seorang perempuan berambut
perang dan berpakaian ketat
sedang duduk di kerusi sambil memandang telefonnya.
Aqram mengerutkan dahinya
apabila melihat pakaian dan gaya tidak senonoh perempuan
itu . Dia kemudian berjalan
kearah perempuan itu . "Oh ! Hai Aqram ! Sampai pun u kat
sini. Lama tau i tunggu"
ucap Sally dengan manja. Aqram hanya berdiam diri lalu duduk
dikerusi berhadapan dengan
Sally. "You nak makan apa? Oh i-" belum sempat Sally
menghabiskan ayatnya Aqram sudah
memotong. "Kenapa kau setuju nak kahwin dengan
aku?" tanya Aqram sambil
memandang tajam kearah Sally. Sally tersenyum sinis."I
ingatkan u datang sini nak
kenal2 dengan i lebih rapat lagi. Rupanya nak cakap pasal
betina hodoh tu" kata Sally
dengan sinis. Aqram menghentak meja dengan kuat sambil
memandang tajam kearah Sally.
"Kau jangan berani nak hina Isma macam tu! Kau tak
sedar ke kau tu yang betina.
Pakaian ketat suka clubbing tiap2 malam. Ayah kau tu nak
kau kahwin dengan aku sebab nak
jaga maruah dia dapat anak tak guna macam kau!
Kau jangan ingat aku akan setuju
kahwin dengan kau! Betina tak sedar diri" marah Aqram
sambil menahan geram.
Dia kemudian bangun untuk
berjalan pergi. Namun terhenti apabila mendengar apa yang
dikatakan oleh Sally. "Kau
akan kahwin dengan aku. Aku akan pastikan tu. Kalau tidak,
aku akan musnahkan hidup betina
hodoh tu dan pastikan dia sengsara. Aku ada duit,
dan aku mampu buatkan dia hidup
tanpa ada satu pun pekerjaan. Dan ayahnya yang
sedang sakit tu, aku boleh buang
dia dari hospital itu kerana tidak mampu bayar bil
hospital. Jadi..mana pilihan
kau. Kahwin dengan aku atau biarkan hidup betina itu
sengsara?"ucap Sally sambil
memeluk tubuhnya dengan senyuman sinis. Aqram
mengenggam tangannya dengan kuat
menahan amarah. "Oh..kalau aku nampak kau
jumpa lagi dengan betina tu..kau
tahu lah nasib yang dia akan timpa" sambung Sally lagi.
***
Keesokkan harinya Isma datang ke
syarikat Aqram untuk berbincang dengannya
hal berkaitan semalam. Dia
berasa tidak percaya dengan apa yang dikatakan
oleh Aqram dan dia perlukan
penjelasan. Mungkin waktu tu Aqram stress dan
lakukan itu tanpa sengaja. Itu
yang Isma percaya pada saat ini . Isma berjalan
masuk ke pejabat itu tanpa
masalah. Kerana selalunya dia akan datang ke pejabat
untuk menghantar makanan kepada
Aqram. Jadi semua pekerja disitu kenal dengannya.
Isma mengentuk pintu beberapa
kali sebelum memulas tombol pintu bilik pejabat Aqram
lalu masuk ke dalam.
Dari situ dia melihat Aqram
sedang menunduk memandang file2 kerja yang berteraburan
di atas meja dengan wajah
serious. "Siti..awak nak-" Aqram mengangkat kepalanya dan
terkejut melihat Isma sedang
berdiri dihadapannya. Dia sangkakan yang mengentuk
pintunya tadi itu secretarynya
Siti. Matanya membulat melihat wajah Isma namun dia
dengan pantas mengubah wajahnya
kepada marah."Kau buat apa kat sini? Keluar sebelum
aku panggil guard halau
kau" arah Aqram dengan tegas sebelum tunduk memandang file.
"Aqram..saya tahu awak tak
maksudkan apa yang awak cakap semalam. Awak ada masalah
kan? apa kata kita selesaikan
dengan cara baik. Tak perlu putus hubungan. Please
aqram.."pujuk Isma sambil
memandang kearah Aqram dengan penuh harapan.Aqram
mengenggam tangannya. "Tak
ada apa yang perlu dibincangkan sekarang ni. Lebih baik
kau pergi sekarang"kata
Aqram masih lagi tidak memandang kearah Isma. Isma menahan
dirinya daripada
menangis."Awak ..awak dah janji kan? Awak janji akan kahwin dengan
saya! Awak kata awak akan
tunaikan janji tu! Kenapa awak mungkir janji tu !" marah Isma
dengan air matanya mengalir.Aqram
masih lagi menundukkan diri, tidak mahu Isma nampak
yang dia sedang menahan diri
daripada menangis. Telefonnya tiba2 berbunyi tanda ada
seseorang yang mesej. Aqram
membuka mesej itu dan matanya membulat.
Aku tahu isma ada di pejabat
kau. Halau dia
atau dia akan sengsara -Sally-
Isma masih lagi menangis sambil
memandang kearah Aqram. Dia kemudian berjalan
mendekati Aqram.
"Aqram..please tell me..awak ada masalah apa? Kita boleh selesaikan
cara baik kan?Saya tahu awak
masihkan cintakan saya" kata Isma dengan perlahan.Aqram
dengan tiba2 mengangkat kepala
dan memandang kearah Isma dengan pandangan tajam.
"Aku benci kau ! Dan aku
akan selamanya benci pada kau ! Perempuan hodoh! Keluar
dari sini aku taknak tengok kau
jejak kaki kat sini lagi ! Guard !!" tengking Aqram
membuatkan Isma tersentak dan
berdiri kaku. Beberapa minit kemudian security datang
dan membawa Isma yang masih
dalam keadaan terkejut itu keluar dari bangunan syarikat
Aqram.
"Kenapa kau buat aku macam
ni Aqram... " ucap Isma dengan perlahan sebelum
penglihatannya mula bertukar
menjadi hitam.
To be Continue
Last chapter next
day. Just pray my laptop
and wifi will be
fine by tomorrow.
2 Itik gebo-gebo:
Ikram jahat! -..-
sally ! kejam nya kau . huh -,- kesian isma
Catat Ulasan