DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION |
Siti menghempaskan badannya ke
atas katil dengan kuat. Geram. Dia geram dengan keluarganya yang membuat
keputusan untuk kahwinkan dia. Dia tidak kisah kalau kena kahwin atas pilihan
keluarga, tapi kenapa mesti keluarganya memilih seseorang yang dia benci sejak
dia kecil lagi .
Kenapa mesti keluarganya memilih
anak kawan baik mereka Asyraf atau lebih dikenali sebagai Si Pembuli . Sejak
dari kecik keluarga Siti dengan Asyraf memang rapat. Siti dan Asyraf lahir pada
hari yang sama. Dan membesar pun sama2 kerana ibu mereka sememangnya suka
melawat satu sama lain . Bergosip lah agaknya.
Dan sejak dari kecik juga Asyraf
lah yang selalu membulinya. Setiap hari, nonstop. Rambut Siti ditarik, bajunya
kena tumpah susu, kepala teddy bearnya tercabut gara2 Asyraf mengguntingnya.
And disebabkan oleh itu lah Siti membenci lelaki yang bernama Asyraf.
Dan sekarang, Siti kena
menghadapi realiti yang dia bakal berkahwin dengan seorang Pembuli !
**
Setelah selesai diijab kabul dan
majlis telah pun selesai. Siti dan Asyraf menuju ke rumah baru mereka. Sampai
sahaja di sana, Siti keluar dari kereta dan mengambil beg rodanya untuk di bawa
masuk kedalam. Namun tindakannya terhenti apabila Asyraf tiba2 sahaja
menghalangnya di hadapan.
"Boleh ketepi tak ?"
tanya Siti dengan nada meluat. Asyraf hanya memandangnya dengan wajah selamba
sambil berkata " Tak" . Siti mengeluh . Apa lah nasib ada suami macam
ni. Siti kemudian cuba untuk ketepi dan jalan untuk melepasinya namun terhenti
sekali lagi apabila tangannya di tarik. "Tunggu kejap" kata Asyraf.
Siti hanya menjulingkan matanya keatas melihat tingkah laku Asyraf. Asyraf
kemudian mengeluarkan begnya lalu di hulurkan kepada Siti. Siti terdiam dan
memandang Asyraf dengan riak wajah keliru.
"Kau isteri kena dengar
cakap aku. Nah bawa beg ni masuk kedalam" kata Asyraf lalu dia berlalu
pergi masuk ke rumah dengan wajah selamba membiarkan Siti yang sedang berdiri
kaku di luar kerana terkejut .
***
Sekarang sudah pukul 10 malam,
Siti yang berasa mengantuk itu mula mendaki tangga untuk masuk ke bilik
tidurnya yang dikongsi bersama Asyraf. Pada mulanya Siti tidak mahu tidur
bersama si pembuli itu. Tapi disebabkan si pembuli tu dah mula gunakan
"Aku suami kau. Kena dengar cakap" nak taknak Siti terpaksa mendengar
arahan.
Dia juga sengaja masuk tidur
lambat dan membiarkan Asyraf tidur dahulu sebelum dia. Sampai sahaja di depan
pintu, Siti memulas tombol pintu dan matanya membulat.
Pintunya dikunci !
Siti kemudian mengetuk pintu itu
beberapa kali. "Asyraf! kau suruh aku tidur sini tapi kenapa kau kunci
pintu" marah Siti. Namun tiada jawapan yang diterima. Dia dah tidur kot
bisik hati Siti . Dia baru sahaja merancang untuk tidur di bilik lain tapi
terhenti apabila terdengar suara dari dalam.
"Sila nyatakan password
sebelum masuk" kata Asyraf di dalam bilik. Mata Siti membulat.
"Woi. Aku mengantuk ni .
Apa benda password pula ni" rungut Siti.
"Access denied" kata
Asyraf. Siti memuncungkan mulutnya sambil mengeluh.
"Um..Mohd Asyraf?"
kata Siti cuba meneka.
"Access denied"
"Siti comel?"
"Double Access Denied"
Siti membuat lagak hendak menumbuk pintu itu apabila mendengar jawapan si
pembuli.
"Asyraf si pembuli ?"
dia mencuba lagi.
"Acces Denied. And hey mana
ada aku pembuli" rungut Asyraf.
Siti mengeluh apabila segala
benda yang dia katakan semuanya tidak diterima. "Sudahlah, aku pergi tidur
kat bilik lain lagi senang" kata Siti lalu memusingkan badannya untuk
berjalan.
Siti tersentak apabila tiba2
sahaja badannya ditarik masuk kedalam bilik. Dan posisinya sekarang ni dia
sedang tersandar di pintu bilik dan Asyraf sedang memerangkapnya di hadapan.
Wajah mereka terlampau dekat sehingga membuatkan wajah Siti membahang. Dia baru
sedar yang suaminya itu handsome sebenarnya.
Asyraf kemudian mendekatkan
wajahnya ke telinga Siti membuatkan Siti mula berdebar dengan situasi itu .
"Password dia. I Love
You" bisik Asyraf. Siti terdiam.
End
Did i just write
this cheesy story? um..
10 Itik gebo-gebo:
kita suka !! ehhehehe
eh , sweet la pulak .. buat la novel !
:)
mesti laku ..
@Elvy Nellysha Alhamdullilah . Terima kasih :) ehehe tak sure lagi nak buat ke tak. Maybe buat sequel je.
Woah, dah lama tak dtg sini dah ada cerita baru. Bolehlah, cheesy sgt ahaha
part password dia I love you. ahahaha.
so sweet.
kalau da nikah semua jadi shuweet ,,hhe ,, best la .. :D buatla novel ..
Aigoo..best cita akak..sambungannya ada tak?
best!
Adik suka baca cerpen akak , chaiyokk akak , adik sentiasa sokong akak . *muahciked*
Pendek sangat 💁
Buat lah novel!!
Catat Ulasan