Pada pukul 6 pagi, kelihatan Aina seorang diri sedang duduk bersila
di hadapan pintu rumah Zain dengan wajah yang masam. Sesekali
dia melihat kearah jam Gshocknya sambil mengeluh. Huh..lambatnya
dia ni rungut Aina di dalam hati. Dia kemudian bangun dan menekan
loceng rumah Zain. Namun langsung tiada jawapan dari dalam. Dahi
Aina berkerut.
Tadi kata tengah bersiap.. ni dah setengah jam aku tunggu. Biar
betul dia ni bisik hati Aina sambil mengetuk pintu rumah Zain beberapa
kali. Bila Aina mesej Zain, pasti akan dapat jawapan yang sama
Kesimpulannya, Aina hanya mampu duduk di hadapan rumah Zain,Tengah bersiap . Tunggu kejap
menunggu dia keluar namun masih tidak muncul2. Baru sahaja Aina
hendak menjerit di hadapan rumah Zain, telefonnya berbunyi.
Panggilan daripada Artis Kerek
Aina menekan punat Answer
"Hello! Kau bila nak keluar! Tau tak kita dah lambat! Nanti marina marah
lah!" jerit Aina .
"......."
"Hello ? Woi pekak ke?" tanya Aina lagi. Apabila pertanyaan dia tak dijawab.
"Kau kat mana?" tanya Zain dengan nada serious. Dahi Aina berkerut.
"Kat depan rumah kau lah. Kan kau suruh aku tunggu" kata Aina.
"Oh.. ye ke? Takda..aku saja nak cakap kat kau ni yang aku sebenarnya
dah lama sampai kat tempat shooting. So datang lah sini cepat. Bye" kata Zain
lalu mematikan panggilannya. Aina tercengang. "W-wait..w-what? Zain!!"
jerit Aina ditelefon namun malangnya panggilan sudahpun terputus.
****************************************************
Di tempat shooting .
Kelihatan Zain sedang terduduk di lantai sambil memegang perutnya
menahan ketawa. Pandangan pelik daripada rakan sekerjanya langsung
tidak dihiraukan . "Ahahahahahahahaha padan muka dia" kata Zain
sambil ketawa terbahak bahak . Marina hanya mengelengkan kepalanya
melihat perangai bossnya itu. "Tak baiklah Zain buat macam tu dekat Aina"
marah Marina. Zain kemudian bangun dari tempatnya sambil mengelap
air matanya yang keluar dek kerana terlalu banyak sangat ketawa.
"Biar padan muka dia. Semalam kenakan aku lagi" kata Zain sambil menepuk
nepuk seluarnya yang ada sedikit kotor kerana duduk di lantai .Marina mengeluh.
Sehari kalau Zain dan Aina ni tak bergaduh tak sah. Ada je yang tak kena.
"Habis sekarang ni macam mana Aina nak datang tempat shooting ni?" tanya
Marina. Zain terdiam sebentar. "Alah.. dia kan ada kereta sendiri" kata Zain
sambil duduk dikerusinya dan mula membaca skrip. Sekelip mata perangainya
berubah kepada serious.Marina hanya mampu mengeluh. Apa lah nasib Aina
dan dia dapat boss macam ni. Sejak Aina datang, perangai Zain ni makin menjadi
jadi.
**************************************************************
Di hadapan rumah Zain.
Aina menendang pintu rumah Zain beberapa kali untuk melepaskan
kemarahannya. Tak guna punya artis kerek! Sanggup biar aku tunggu
sini lama! jerit hati Aina sambil menendang pintu Zain buat kali terakhir.
Dia kemudian merasakan handphonenya berdering menandakan ada mesej
masuk. Aina membuka mesej itu dan serta merta kemarahannya muncul
kembali
Aina menghentak hentak kakinya sambil menjerit didalam hati. Geram denganWoi. Datang cepat. Kalau tak aku potong gaji wahai Minah kedekut
perangai bossnya itu . Aina kemudian duduk semula di hadapan rumah Zain
seperti memikirkan sesuatu. Mata Aina kemudian tertumpu kepada kasut hitam
milik Zain. Aina tersenyum sinis. Kau tunggu Zain...balik ni kau dapat hadiah
daripada aku
To be continue
Hadiah apa agaknya ya ~
3 Itik gebo-gebo:
xsabar tunggu sambungan.. :)
nice one dear. hihi
@Liza Licha Alhamdullilah ^^ terima kasih sudi baca
Wahh..makin best nih...gaduh..jgn tak gaduh...
Catat Ulasan