Lagu Bawaku Pergi - Zizan & Kaka Diharamkan ?

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Baiklah hari ni aku nak 'cerita' pasal kontroversi  Lagu
Bawaku Pergi tu . Bagi aku serious TAK LOGIK bila
lagu tu diharamkan . Eh kenapa lagu lagu barat yang berunsur lucah
semua tu tak nak haramkan ? Kenapa mesti lagu orang melayu kita
sendiri kita nak haramkan ? Sangat TAK ADIL .


Berikut adalah kenyataan Malique :

Kata Malique, pada tahun 1998, beliau menulis lagu Pergi Jauh untuk isterinya. Lagu itu berkisar kisah mereka yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali, Indonesia. Kemudian, pada tahun 2012 pula, beliau menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. Lagu ini berkisar mengenai kehidupannya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ.
Pada asalnya, lagu Bawaku Pergi adalah lagu Ella berkolaborasi dengan saya, tetapi diberikan kepada Kaka dan Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang niat lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan daripada pihak berkuasa yang telah menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang lain. 
Rasanya memang patut si Malique tu menuntut keadilan . Tak adil lah untuk dia kalau tiba2 je lagu dia diharamkan tanpa disoal or dibicarakan . Mana hak dia sebagai penerbit lagu tu ?
Dan ini pula komen Zizan 
ZIZAN RAJA LAWAK atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut. Katanya: “Saya minya maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.” Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpurpada Rabu lepas.
Kosmo!: Zizan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Boleh komen?
ZIZAN: Saya rasa orang Malaysia tidaklah sebodoh itu untuk lari dari rumah hanya kerana mendengar sebuah lagu. Kalau awak sendiri dengar lagu ini, adakah ia akan pengaruhi awak untuk lari dari rumah?
Pihak yang mendakwa lagu ini sebegitu (mendorong remaja lari dari rumah dengan kekasih) bermula dengan persoalan yang telah menjadi satu kenyataan. Akhirnya kenyataan itulah yang dikeluarkan.
Mungkin itu yang menjadi masalahnya. Mungkin ada orang yang cuba menjatuhkan atau mungkin ada orang yang sekadar bertanya tentang impak lagu ini. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini boleh tercetus dengan apa cara sekali pun.
Zizan rasa mungkin ada masalah pada lirik Bawaku Pergi?
Pada saya tidak timbul sebarang masalah kerana semasa kami mencipta lagu itu. Ia dicipta dengan ikhlas untuk pendengar rasa enjoy dan fun. Bukan kami ingin susahkan sesiapa dan lagu ini juga telah ditapis sebelum disiarkan di radio. Jadi ia tidak salah.
Jika mahu dikatakan, orang Malaysia memang begitu. Banyak produksi TV atau filem, sebagai contoh, filem KL Drift, tiada pula orang ramai membuat drift sesuka hati di atas jalan raya selepas menonton filem itu.
Kenapa kerana hanya lagu ini mahu digembar-gemburkan berkait dengan isu menggalakkan remaja lari dari rumah dengan kekasih. Lagu itu pun hanya kebetulan sahaja. Pada saya, janganlah doakan perkara buruk pada karya yang baik dan cuba untuk jatuhkan orang.
Jadi adakah Zizan rasa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zizan? Ini kerana bukan semua orang suka dan minat pada seseorang artis itu. Ada juga yang tidak menyukai Zizan.
Sudah semestinya. Perkara itu tidak mustahil bagi saya. Mungkin perkara itu datang dari saya juga. Orang tidak suka atau suka, perkara yang memang tidak boleh hilang. Kita hidup di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Ada yang suka dan tidak. Ada kontranya. Bagi saya perkara itu memang akan wujud.
Mungkin awak ada nasihat atau apa-apa kata untuk orang yang suka membuat tuduhan sebegitu?
Saya tiada apa-apa yang mahu dikata kepada mereka. Masing-masing ada pendapat dan kita tidak boleh mengubah pemikiran orang. Pada saya, tidak mengapa dan saya akan menjawab apa yang mampu saya jawab sahaja.
Artikel daripada : Kosmo! Online
Betul cakap zizan tu . Takkan lah orang Malaysia ni bodoh sangat sampai dengar lagu je dah boleh fikir nak larikan diri ? Come on . Kalau betul lah , dah lama kot aku lari dari rumah sebab aku tiap2 hari dengar lagu tu . Aku rasa kalau ada yang lari pun maybe sebab tekanan di rumah tu . Bukan sebab lagu .
Aku peminat Zizan Razak . Jangan memain tau =P
Jom ramai2 dengar lagu Bawaku Pergi --> Bawaku Pergi 
Aku sokong Malique (Y) Anda bagaimana ?

credit : Ammboi.com 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

ADA MASALAH . BUNUH DIRI JELAH !!! .

Assalammualaikum !
Salam Satu Malaysia !

Hoyeaah ~ Hari ni aku rajinnya nak update . Maklumlah idea aku dah
puas bercuti dengan London tu . kihkihkih . Kay aku merepek makan kerepek.
Hari ni aku nak membincangkan mengenai BUNUH DIRI  . Tahu apa
itu bunuh diri ? Tahu ? Bagus .

Zaman sekarang ni macam boleh berlaku . Yelah akhir zaman kan .. sudah
jauh dari zaman Rasullulah kita dulu .. Zaman sekarang , putus cinta je
BUNUH DIRI , Gagal UPSR/PMR/SPM/STPM saja BUNUH DIRI .
Ada masalah sedikit  , BUNUH DIRI . Ya Allah . Apalah yang nak
jadi . Bukannya Bunuh diri tu boleh selesaikan masalah pun .Bukannya
lepas bunuh diri kita result peperiksaan kita akan berubah . Banyak
lagi cara lain untuk selesaikan masalah . Bukannya dengan bunuh diri .


” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .

Ertinya: “Ada seorang lelaki  sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya,dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.
Ringkasan Hadith Seorang alim lagi saleh, zahid dan ahli ibadat iaitu al-Hasan al-Basri meriwayatkan dari Jundub bin Abbdullah al-Bajli r.a., beliau menceritakan hadith ini dalam masjid Kufah dengan katanya; “Bahawa Nabi s.a.w. telah menceritakan kepada sahabatnya mengenai seorang lelaki dari umat yang lalu telah luka,  dia tidak sabar menanggung kesakitan dan putus asa terhadap rahmat Allah Ta`ala dan kesembuhan dariNya, disamping   tidak mengharap keredaan Allah kerana lemah imannya dan kurang keyakinan   hatinya terhadap Allah, lalu memotong tangannya,  keluarlah darah tidak henti- henti sehingga dia mati. Allah berfirman; “Hambaku ini merasai lambat untuk mendapat rahmat  dan kesembuhan dariKu dan tidak mampu menangggung ujianKu, lalu segera bertindak terhadap dirinya dengan melakukan satu jenayah, iaitu membunuh diri, dia menyangka dengan perbuatan demikian untuk memindekkan ajalnya,  oleh itu  Aku haramkan dirinya untuk memasuki syurga, siapa yang diharamkan masuk kedalam syurga maka tempatnya ialah nereka”.
"Maka Aku haramkan kepadanya untuk memasuki syurga"  Ya Allah betapa besarnya dosa membunuh diri ini . Jadi sebelum anda hendak bunuh diri tu fikir2 kan lah semula . Ya . Memang kadang2 kita rasa macam dah tak ada guna untuk kita hidup lagi kalau tak habis2 ditimpa masalah . Tapi ingatlah , anda bukan sendirian . Allah sentiasa ada , sentiasa setia untuk mendengar masalah kita . Bunuh diri ni ada macam2 cara , ada yang terjun bangunan tinggi Pavilion , ada yang tikam pisau di perut , ada yang minum racun . Eh tunggu dulu,ada tak nak bunuh diri dengan suruh lembu langgar kita ? .  
Hadis Abu Hurairah r.a Katanya :
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya
.
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

Haaa , dah baca ? Takut ? Kalau takut janganlah buat . Harap lepas ni tak ada lagi kes bunuh diri . Hargailah nyawa kita.
BUNUH DIRI TAK AKAN MENYELESAIKAN MASALAH . BERDOALAH KEPADA YANG MAHA ESA



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi