Interview Mass Communication UiTM & Result UPU 2017

Hai hai hai Assalammualaikum. 

A quick post from me about my experience dalam Temuduga  Mass Communication. 
So.. aku akan avoid letak tarikh bila aku pergi temuduga sebab aku tak ingat. Hah. Yang aku ingat aku punya temuduga tu time bulan puasa. Okay so waktu hari temuduga tu, aku kena pergi ke UiTM kampus Johor. Nasib time permohonan UPU tu aku letak bahagian Selatan untuk temuduga.

Btw sebelum sambung cerita, yang aku mohon ni untuk Sarjana Muda. Since aku dulu Diploma in Creative Writing (Penulisan Artistik) di Puncak Perdana. If you guys have any question regarding those course untuk Diploma, you can ask me @Dxjinki for twitter or Dalila Samsudin Blog untuk Facebook. You can ask something about subjek ke apa ke pasal makanan mana best kat situ semua aku jawab hahahaha. Okay since aku terlepas penerapan, so aku mohon UPU jelah and kena hadap MDS balik (sigh).

Back to my previous story about temuduga UiTM. Okay sebelum korang baca blog aku adakah korang ada baca blog-blog lain yang cerita pengalaman dorang kena temuduga untuk Mass Communication ? Sebab korang nervous tak tahu soalan apa yang akan ditanya dan sebagainya? Ada? Seram tak dengan soalan yang dorang cerita kat korang tu? Seram? Sama lah. Aku jadi paranoid lepas baca blog-blog pengalaman temuduga ni sampai study macam-macam sebab cuak hahaha.

Jangan harapkan blog aku untuk seram macam tu okay? Sebab aku rasa aku insan paling bertuah. Aku gerak ke UiTM Johor pukul 7.30 pagi dari rumah then sampai pukul 8.15 pagi. Sekejap je kan, sebab dekat. Time tu aku dah nervous gila dah, tangan genggam buku-buku yang penuh dengan jawapan kepada soalan bocor waktu temuduga. 

Lepas sampai, aku terus baca notice board. Dekat situ ada senarai nama and nombor giliran semua orang. Lepastu dia letak nombor bilik untuk temuduga dan ujian bertulis. Aku dengan ayah aku pun naik lift pi bilik yang tentera. Tingkat satu je pun. Tapi nervous sangat nak jalan naik tangga. Sampai situ tengok ramai budak cantik flawless pakai baju kemas semua tengah tunggu. Pada yang jenis introvert and tak ada member sekepala mohon benda sama, dorang duduk dengan parent. Pada yang dah ada member, dorang duduk sekelompok. Ayah aku keluar berapa minit je dari lift, lepas salam cium semua dia turun hahahaha tinggal aku seorang. 

So time menunggu tu ada seorang perempuan ni asyik pandang aku je maybe sebab dia pun kena tinggal sorang-sorang macam aku and kami berdiri kat koridor sempit berhadapan satu sama lain. Ujian lisan tu 8.30. Aku tengok jam dah nak 8.30 tapi pintu bilik tak buka-buka. Then ada seorang lelaki tu aku assume dia lecture or pembantu situ dia suruh kitaorg duduk kat bilik kosong dulu untuk tunggu pemeriksa sampai. Time dalam bilik tu, perempuan yang usha aku tu minta izin nak duduk sebelah aku since budak lain semua dah ada member and kami berdua pemalu hahaha. Jadi kami berbual and berkongsi idea pasal apa soalan yang akan ditanya. 

Time skip 

Pemeriksa sampai dan edarkan kertas kecik yang ada soalan pada kami bersama dengan dua helai kertas jawapan. Satu helai tu untuk tulis jawapan. Lagi satu helai tu korang kena isi bahagian mana dalam Mass Communication yang korang nak masuk mengikut urutan daripada nombor 1 ( yang paling korang nak masuk ) kepada no 8 ( yang korang takmao masuk ). Contoh macam Publishing, Broadcast, Public Relation semua tu. Kalau tak tahu boleh google okay? 

So memandangkan dia tak suruh jawab lagi, aku tengok soalan tu. Sorry aku tak ingat sangat bentuk soalan dia. Tapi rasanya dia tanya fungsi media massa pada pembangunan negara kot. I think lah, sebab benda ni aku nervous sangat so lepas jawab terus lupa. Korang kena jawab berdasarkan had patah perkataan yang ditetapkan okay. Dalam 250 patah perkataan gitu. 

Time jawab tu aku mengigil teruk. Tulisan aku cakar ayam betul, and aku tak tahu apa aku merapu. So akhirnya bila sampai 200 patah perkataan aku giveup lol. Oh ya dalam pilihan bahagian masscom tu aku pilih Publishing nombor pertama then Broadcast kedua. Since aku prefer publishing more to shooting semua. 

Lepas jawab and hantar kertas jawapan pada pemeriksa.10 pagi gitu lah rasanya start temuduga. Mula-mula penemuduga tu panggil sorang-sorang. Since kami ramai, so kami dipecahkan kepada dua bilik. Lecture yang temuduga ada dua orang je. Seorang untuk bilik kami, sorang lain bilik sebelah. Dia punya tunggu tu Ya Allah lama betul. Dah lah line takda langsung kat bilik tu. Rasanya budak yang belajar situ mesti bijak-bijak sebab takleh main twitter time kuliah. 

Dalam pukul 12 tengahari tu, lecture start panggil dua orang. Dia tak panggil nama ikut no giliran tapi ikut siapa paling lambat hantar paper tu, dia lah yang dulu kena panggil. Nyesal aku hantar awal. Budak-budak yang dah kena interview tu semua mostly balik terus tanpa bagitahu tips lol. Sampai lah seorang budak perempuan ni dia bagitahu kawan dia. And aku duduk belakang group budak lelaki, dorang kepoh tanya so aku pun join kepoh tanya. Dia cakap lecture tu tanya kenapa pilih kos ni, then minta cerita pengalaman datang ke interview ni blablabla. Aku dah cuak sebab dia sorang je kena tanya banyak soalan. Aku kira seorang budak je dah 20 minit kena interview. 

Time Interview 

Selama ni korang baca post semua diorang cakap korang kena perkenalkan diri semua tu kan? (LAUGH) dengan aku langsung tak ada ! Aku masuk bagi salam, letak beg then dan sedia nak duduk sebab dia suruh. Lepas tu tetiba dia suruh ambik kertas yang ada nama aku. Kertas tu kira untuk lecture tu letak markah interview aku berapa semua. Then budak lelaki yang kena panggil sekali dengan aku tu pun duduk sebelah aku.

Kami duduk dekat satu meja lecture. So memang dekat gila lah dengan lecture tu. Tak ada duduk jauh macam dalam gambaran interview semua. Lecture tu start minta borang salinan yang di cop daripada kami. PERHATIAN. SEGALA SALINAN FOTOSTAT YANG DI MINTA KENA ADA COP PENGETUA/KETUA KAMPUNG/ ETC . Please jangan datang biar salinan tu kosong je. Sebab budak sebelah aku tu dia tak cop and lecture tu tegur kata tak ada harapan bagai. Aku rasa nak gosok bahu budak tu sebab kesian je tapi haram. 

Okay interview start. Dia sebenarnya gilir-gilir tanya aku dengan lelaki tu soalan. Tapi aku potong bab aku jelah.

Lecture : So what is your first choice in MassComm?

Me: I choose Publishing.

Lecture : You from Diploma? Diploma apa? ( Yup dia cakap bahasa melayu haha)

Me: Diploma Writing Artistic at Puncak Perdana.

Lecture : (muka terkejut) Writing? Then why did you choose Publishing and not Broadcast?

Me: (Aku membebel dalam bahasa Inggeris pasal minat aku dalam buku and pendapat aku pasal        cover buku kat malaysia ni)

Lecture : okay2. (Then dia start tanya kat laki tu kenapa pilih PR) 

Lepas budak tu jawab reason dia, lecture tu pandang kat aku balik.

Lecture : So.. you sure you tak nak masuk Broadcast? You know publishing is about books only right?

Time ni aku dah start panas dah hahahah rasa macam dia sengaja nak aku ubah minat ke broadcast.

Me: Yes sir. I'm sure with my decision. ( aku bebel pasal aku nak ubah teknologi penerbitan kat MY)

Lecture : (Angguk and senyum) Okay-okay good. I think we're done now. 

Aku dengan lelaki tu pelik. Sebab lelaki tu dapat satu soalan je. And aku punya soalan pun lebih pada benda basic. Tak ada kena tanya siapa penerbit terkenal ke apa ke. Then lecture tu start check-check dokumen. Aku syak dia dah lapar and dahaga sangat sebab puasa. Sebab dia start tanya soalan sama.

Lecture: So you from diploma? And you STPM? okay. (dia pandang aku) Are you sure you don't want to go into Broadcasting??

Ya Allah time ni aku tahan je daripada mengeluh kuat. Dia tanya lagi soalan tu dekat aku. Aku dah serba salah dah sebab lelaki tu tak kena tanya soalan pun. 

Me: Yes sir. I'm very sure. 

Dia angguk and baru dia dismiss kami berdua. Bila aku tengok jam, tak sampai 20 minit pun kitaorang kena soal pfft. 

_

So itulah pengalaman aku kena interview. Benda penting korang kena ingat

  1. Bawa pen untuk ujian essay
  2. Pastikan salinan korang yang korang fotostat tu ada cop. Please. Jangan sia-siakan semua ni
  3. Prepare. Walaupun tak tahu sama ada kena tanya soalan pelik or soalan serious. Be prepare. Sebab lain tempat lain lecture dia. Aku beruntung dapat yang baik. Kalau yang tegas? Haa
  4. Tidur awal. Jangan macam aku tidur 3 jam je lepastu ujian essay ke laut.
  5. SPEAK ENGLISH. English berterabur? TAKPA. Yang penting korang yakin. Semua lecture suka pelajar yang yakin. Percayalah. Aku kenal lecture yang strict gila tapi bila pelajar dia yakin, dia dengan mudah bagi markah banyak.

Okay tadi aku check result aku dan aku diterima masuk ke Sarjana Muda Komunikasi Massa in Publishing ( Penerbitan). Alhamdullilah. Tak sia-sia aku degil dengan lecture tu kata nak masuk Publishing hahahahah. By the way untuk Mass Communication ni ada reason tau dorang suruh isi borang yang pilihan korang tu. Sebab in case lah pilihan pertama aku Publishing tu dah penuh, dia akan masukkan korang ke bahagian lain yang kosong contoh macam PR ke apa ke. okay? So think wisely before tulis tu. 





Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

0 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi