Seperti Air





DO NOT TAKE  MY  WORK WITHOUT PERMISSION

Amira memandang  jam di dinding . Pukul 12 pagi. Dia kemudian mengeluh dan mengalihkan semula pandangannya ke arah televisyen di hadapan. Siaran di televisyen semuanya  sudah tidak menyeronokkan. Matanya  mula menjadi  kuyu  kerana  mengantuk. Namun dia terpaksa menahan diri daripada tertidur. Tiba-tiba ada lampu cahaya di luar kelihatan menembusi tingkap rumahnya. Amira mengeluh lalu tersenyum kecil. 


Pintu rumah terbuka dan kelihatan seorang lelaki masuk dengan berpakaian kemeja putih . Beg sekolahnya dicampak ke lantai. Amira berlari menuju  ke arah  lelaki itu. “Abang? Abang  kenapa balik lambat? Nasib baik ayah tak balik kerja lagi tau” kata Amira dengan nada lembut. Lelaki itu menjeling ke arah Amira. “Kau apahal tak tidur lagi? Sibuk je pasal hal aku. Sukahati aku lah nak balik lambat ke apa” bentak lelaki itu sambil berjalan melepasi Amira. Amira  mengigit bibirnya . 

“Abang..abang  nak makan ke? Mira ada tinggal makanan sikit untuk abang” katanya lagi.  “ Tak payah . Aku dah makan. Pergi tidur” kata lelaki itu kemudian masuk ke dalam  biliknya. Meninggalkan Amira keseorangan di ruang tamu dalam kegelapan. Amira mengeluh lalu berjalan semula ke arah pintu dan mengambil beg sekolah abangnya yang berada di lantai. Dia kemudian meletakkan beg itu di atas kerusi rotan di rumah itu. Dia kemudian menutup televisyen sebelum masuk ke dalam bilik untuk tidur.


Asif mengeluh setelah menutup pintunya. Perasaan bersalah mula terbit di dalam hatinya namun dengan  cepat dia menghilangkan  perasaan  itu. “Tak. Perempuan tu dah bunuh mak . Jangan  harap aku akan maafkan dia” katanya seorang diri lalu menghempas badannya ke atas katil yang kelihatan buruk itu. Tunggu masa sahaja untuk katil itu roboh.

Kehidupan  Asif dan Amira bukanlah sekaya yang mereka harapkan. Ayah mereka bekerja sebagai polis bantuan dan sentiasa balik lambat. Sejak kematian ibu mereka, iaitu selepas melahirkan Amira . Ayahnya menjadi seorang yang pendiam dan sentiasa bekerja siang malam . Asif ditinggalkan seorang diri di rumah tanpa ada seorang pun peneman. Amira dijaga oleh jiran mereka sementara ayahnya pergi bekerja. Dan setiap hari juga Asif membenci kewujudan Amira. Sejak hadir nya Amira, kehidupan Asif menjadi teruk. Dia diabaikan dan kesunyian. 

Asif memejam  matanya dengan  kuat menahan daripada air mata keluar. “Asif rindu mak..” kata Asif.

Keesokkan harinya di Sekolah Menengah.

Amira berjalan di koridor bersama rakan baiknya Kiera . Sedang berjalan dia ternampak abangnya sedang berjalan dengan kumpulannya .  Amira berada di tingkatan 2 manakala abangnya pula di tingkatan 5.  Amira memandang ke arah abangnya di hadapan dan senyum kearahnya. Namun Asif hanya mengalihkan pandangan dan terus berjalan tanpa menghiraukan adiknya. Amira mengenggam bukunya dengan kuat. Perasaan sedih kembali .

“Tu abang  kau  kan? Kenapa dia selalu tak hiraukan kau?” tanya Kiera. Amira menarik nafas panjang sebelum tersenyum kecil ke arah Kiera. “Dia tak nampak aku kot.” katanya sebelum berjalan pergi meninggalkan Kiera yang kebingungan. 

__
Kelihatan Amira yang sedang berumur 4 tahun berlari ke arah abangnya Asif yang sedang bermain di luar rumah. “Abang!” jerit Amira dengan nada gembira sambil cuba peluk abangnya. Namun dengan tiba-tiba badan kecilnya ditolak kasar sehingga dia terjatuh duduk di tanah. Kelihatan abangnya memandangnya dengan penuh kebencian. “Jangan dekat dengan  aku  pembunuh! Aku benci kau!” katanya sebelum berjalan masuk ke dalam rumah.

Mata Amira bergenang melihat abangnya pergi meninggalkan dia kesakitan di luar. Dia takut melihat wajah abangnya yang memandangnya penuh kebencian. Kalau difikirkan balik, abangnya tidak pernah senyum. “Abang….” panggilnya dengan nada bisik sebelum menangis teresak esak. Dia takut dengan abang dia..dan dia tidak faham kenapa abangnya memanggilnya pembunuh.

Amira membuka  matanya dan bangun  dari katil. Peluh mula menitik dari dahinya. Nafasnya dihembuskan dengan kuat. Sungguh dia benci mimpi perkara yang pernah berlaku dulu kepada dia. Segala usaha dia untuk rapat dengan abangnya gagal. Abangnya membenci dia sejak dari kecil lagi. Dan kini semakin besar, Amira tahu kenapa abangnya membenci dia. Ibu mereka meninggal sewaktu lahirkan dia. Kadang kala Amira berharap dia tak pernah dilahirkan, supaya abang dia dapat hidup dengan penuh senyuman. Amira baring semula di atas katil dan memandang siling di atas.  Air mata mula menitik jatuh ke bantal. “Mak..apa mira perlu buat sekarang ni…abang  tengah  terseksa  sebab  Mira…kan bagus..ka-kalau mira tak lahir langsung kan mak…” katanya  sambil tangan kirinya mengelap air matanya yang laju mengalir.
_
Amira baru sahaja  keluar daripada tandas sekolah  dan berjalan  untuk ke kelas. Dia kemudian mendengar bunyi di sebalik tangga. Perasaan ingin tahunya membuatkan kakinya berjalan ke arah tangga itu, sampai di sana matanya membulat. Kelihatan abangnya sedang menumbuk seorang budak lelaki sehingga budak itu terjatuh di lantai. “Abang !” jerit Amira lalu berlari ke arah abangnya dan cuba untuk  memegang bahu Asif untuk menahannya daripada bertindak kasar lagi. Asif menepis tangan Amira dan menjeling tajam kearahnya. “Kalau kau bagitahu benda ni dekat ayah. Mampus kau aku kerjakan. Sudah! Pergi dari sini” ugut Asif. Dia kemudian berjalan sambil sempat menendang perut budak lelaki itu sebelum hilang dari pandangan. Amira mengeluh dan melutut di hadapan budak lelaki yang cedera itu. “Awak okay? Nak saya bawa awak ke bilik kesihatan ke?” tanya Amira lalu mengeluarkan sapu tangannya lalu diberikan kepada lelaki itu . Lelaki itu menggelengkan kepala sambil mengelap darah di mulutnya akibat daripada tumbukan Asif.

 “Takpa..terima kasih. Awak pergilah..saya okay” katanya dengan lemah. Amira kelihatan ragu-ragu untuk pergi tetapi pandangan  lelaki  itu yang  nekad menyuruhnya pergi membuatkan Amira bangun dan berlari ke kelas.
__
Malam itu Encik Rahman iaitu ayah kepada Amira dan Asif makan di rumah. Sangat jarang untuk dia makan di rumah akibat daripada kerjanya yang tak pernah sudah. Amira sudah semestinya suka apabila dapat makan bersama dengan ayahnya. Sedang mereka makan , pintu rumah dibuka dengan kasar dan kelihatan Asif masuk dengan wajah muram. “Asif! lambat balik?” tegur Encik Rahman dengan wajah tegang. Amira mendiamkan diri dan memerhati wajah abang dan ayahnya. Asif mengeluh dan mengusap kasar rambutnya. “Asif study dekat rumah kawan” kata Asif. Encik Rahman mengecilkan matanya memandang ke arah anak lelakinya itu. “Kamu study ke kamu pergi bergaduh? Ingat ayah tak tahu yang kamu tumbuk budak sekolah kamu tadi” tanya nya. Asif berdiri kaku sebelum memandang ke arah Amira yang memandangnya dengan wajah takut. “Ni mesti sebab perempuan ni kan !! Dia bagitahu ayah ! Weh kau ni mulut tak reti nak tutup ke hah?! Kerja menyusahkan aku!” tengking Asif tiba-tiba sambil memandang ke arah Amira dengan wajah bengis. Amira menggelengkan kepalanya berkali kali cuba untuk menafikan . Air mata mula mengalir di pipinya . “Asif !! Bahasa jaga sikit ! Dia adik kamu!!” marah Encik Rahman. Asif kemudian mengalihkan pandangan ke arah ayahnya dengan wajah merah padam. “Tak ! Dia bukan adik aku ! Sebab dia lah mak dah takda !! Dia pembunuh!” jerit Asif. “Asif!” tengking Encik Rahman sambil bangun dari kerusi dan menghentak meja  membuatkan Amira tersentak masih dalam keadaan menangis. Takut melihat ayah dan abangnya bergaduh.

“Apa!? Sebab perempuan ni lah kehidupan Asif jadi musnah! Mak tinggalkan Asif ! Lepastu Ayah pun tinggalkan Asif seorang diri ! Ayah langsung tak hiraukan Asif ! Asif sakit pun ayah tak nampak ! Yang ayah nampak Amira Amira Amira !! Asif ni bukan anak ayah ke ?! “ jerit Asif . Tanpa sedar air mata mula mengalir laju ke arah pipinya. Dia kemudian berjalan laju masuk ke dalam bilik . Pintu bilik ditutup dengan kuat. Encik Rahman terdiam mendengar semua yang dikatakan oleh anak lelakinya. Dia kemudian terduduk dan menangis. Selama ni dia tak sedar dia mengabaikan anak lelakinya. Dia mengaku sejak isterinya meninggal dia jadi tidak keruan dan takut. Amira yang masih kecil itu jadi tumpuan utama dia sebab dia tak mahu kehilangan ahli keluarga lagi..tapi tanpa sedar dia lupa yang Asif pun masih kecil masa tu..dia fikir Asif akan faham dengan situasi dia . Tapi dia silap dan inilah akibat dari kesilapan dia.

Amira bangun dan memeluk ayahnya. “Ayah..jangan nangis ..ni semua salah Mira…ka-kalaulah Mira tak lahir-“ namun Encik Rahman memotong katanya. “Tak. Mira jangan cakap macam tu…kelahiran mira merupakan satu keindahan bagi ayah dan arwah mak. Cuma ayah yang buat silap sebab perasaan takut ayah bila mak dah takda..maafkan ayah” katanya sambil menangis. Amira mengangguk sambil memeluk ayahnya dengan erat. 

__
 Asif terduduk sambil bersandar di pintu. Tangisannya semakin lama semakin kuat. Dia memeluk lututnya dan terus menangis.

Tiba-tiba ada seseorang memegang bahunya. Asif mengangkat kepalanya dan terkedu melihat ibunya sedang tersenyum di hadapan. “Ma-mak” panggil Asif perlahan sebelum mengangkat tangannya dan memegang pipi mak dia. “Ye..ni mak..” kata ibunya sambil tersenyum manis. Tanpa fikir panjang Asif memeluk erat badan ibunya. Terasa hangat. Perasaan yang sudah lama dia tidak rasa setelah kehilangan ibunya. “A-asif rindu mak. Kenapa mak pergi” katanya sambil tersedu sedu kerana menangis. Ibunya mengusap kepala anaknya dengan lembut. “Mak tak pernah pergi…mak sentiasa ada dekat sini” katanya sambil melepaskan pelukkan dan memegang dada Asif di mana terletaknya hati.  Ibunya kemudian memegang wajah Asif yang sedang menangis itu, lalu memerhati dengan wajah lembut. “Apa dah jadi dekat anak mak ni…dah tak kacak macam dulu” katanya sambil memuncungkan mulut . Asif ketawa kecil. Ibunya kemudian tersenyum melihat anak lelakinya tersenyum. “Hah..kan dah kacak dah bila Asif senyum..” katanya dengan lembut. Asif berhenti menangis dan memerhati wajah ibunya. Ibunya kelihatan muda, wajahnya putih dan nampak tenang. 

“Asif rindu mak..” kata Asif. “Mak tahu..” jawab ibunya sambil mengusap pipi anak lelakinya. Untuk beberapa minit mereka berdua duduk sambil berpelukkan . Melepaskan rindu. “Asif…maafkan Amira..” kata ibunya dengan tiba-tiba. Asif mengerutkan dahi. “Tak mahu..dia yang bunuh mak”  kata Asif.  “ Dia tak bersalah Asif..hidup mati ni ditangan Allah swt..Asif tahu tu kan? Kita tak boleh lari dari mati..” nasihat ibunya. Asif hanya mendiamkan diri dan memandang ke bawah. “Lagipun..mak bersyukur pilih Mira untuk hidup..ayah kamu pada mulanya nak pilih mak..tapi mak tak mahu..mak nak Mira lahir jugak..dia layak” kata ibunya. Asif memandang ke arah ibunya dengan wajah bingung. “Ma-maksud mak?” tanya Asif.  “Waktu mak mengandungkan Amira..kesihatan mak tak berapa baik. Dan semasa nak lahirkan tu..doktor minta pilih sama ada mak atau mira..ayah nak selamatkan mak..tapi mak tolak.. mak rasa Mira perlu diberi peluang untuk hidup..” terang ibunya.  Asif kemudian memeluk ibunya dengan kuat. “Maafkan ayah dan Mira,Asif…mereka tak bersalah. Tak ada siapa yang bersalah dalam hal ni..Mak tak mahu kamu terseksa lagi.. Mak,Ayah dan Mira semua sayangkan kamu” kata ibunya. Asif memejamkan matanya sambil mendengar kata-kata ibunya. 

Asif membuka matanya dan melihat biliknya kosong. Dia bangun dari hadapan pintu bilik itu setelah terlena sebentar kerana menangis. Namun dia tidak kisah, kerana dia dapat bermimpi berjumpa dengan ibunya. Asif mengeluh dan berjalan ke arah katilnya . Dia duduk di sisi katil dan mengusap mukanya. 

Dia kena ubah semula keadaan.
__
Amira duduk di dalam kelas sambil cuba untuk fokus dengan apa yang dicakapkan oleh cikgu di hadapan. Namun di fikirannya tak henti memikirkan abangnya yang langsung dia tidak jumpa sejak semalam. Pagi-pagi buta lagi abang dia dah keluar dari rumah, dan nak tak nak Amira kena tunggu di sekolah atau di rumah lepas sekolah untuk berjumpa dengannya. 

“Psst! Mira! Teman aku pi tandas. Aku tak tahan lah” bisik Kiera. Amira mengangguk dan mereka berdua mengangkat tangan untuk ke tandas . Sampai di tandas Amira hanya berdiri di koridor kerana malas hendak tunggu di tandas yang panas dan berbau itu. “Kau jangan tinggal aku tau Mira!” sempat Kiera beri pesanan sebelum pergi.  “Ya..” jawab Amira sambil menggelengkan kepalanya.  5 minit tunggu dan Kiera masih lagi tidak keluar. “Eh dia ni membuang ke pi cuci tandas” rungut Amira. “Um hi” tegur seseorang di belakangnya membuatkan dia tersentak dan dengan pantas menoleh. Kelihatan lelaki yang ditumbuk abangnya semalam berdiri di hadapannya. “Oh hi..” jawab Amira . Tiba-tiba dia berasa tidak selesa, ditambah dengan keadaan sekolah yang sunyi kerana waktu belajar sedang berlaku. Amira memerhati nametag di baju lelaki itu. Berdasarkan warna tag, hijau. Bermakna lelaki itu di tingkatan 5 dan nama lelaki itu Elias. Di sekolah mereka , setiap tingkatan akan diberikan tag yang berbeza warna untuk mengetahui mereka dari tingkatan mana.  Lelaki yang bernama Elias itu kemudian mengeluarkan sapu tangan lalu hulur kepada Amira. “Thanks untuk sapu tangan ni” katanya sambil tersenyum. Amira mengangguk lalu ingin mengambil sapu tangan itu, namun apa yang dia tidak sangka apabila tangannya ditarik kuat dan sapu tangan ditekup di hidungnya. Amira meronta sebelum pandangannya mula kabur dan menjadi hitam.
_

Kiera keluar dari tandas dengan wajah lega. Menyesal makan maggi memalam buta. Habis sakit perut dia. Dia kemudian melihat sekeliling koridor dan mencari Amira. “Mira?” panggil Kiera. Namun dia jawapan . Entah kenapa hati dia terasa sesuatu tidak kena. “Dia kat kelas kot” katanya cuba untuk tenangkan diri. Dia berjalan perlahan ke kelas sambil sesekali memandang sekeliling untuk mencari Amira. Sampai di kelas, sebelum masuk Kiera bersembunyi di sebalik pintu untuk melihat betul kah Amira sudah masuk ke kelas. Namun jantungnya berdegup kencang apabila melihat kerusi Amira masih lagi kosong. Dengan pantas Kiera berjalan ke arah lain dan cuba untuk mencari Amira di sekeliling sekolah. Setelah 10 minit , Amira masih lagi tidak kelihatan . Takut dan cemas Kiera berlari ke arah kelas di mana Asif berada. 

__
Asif mengeluh sambil memandang ke arah luar koridor kelas kerana bosan . Cikgu di hadapan tu tak habis-habis cerita pasal pengalaman dia pergi Gunung Ledang. Macamlah budak-budak semua kisah pasal benda tu. Matanya kemudian melihat seorang perempuan menghayunkan tangan di sebalik pintu . “Tu kawan Mira tu.. dah kenapa dia” tanya Asif seorang diri. Namun melihat gaya Kiera yang menghayun tangannya suruh keluar dengan muka cemas, Asif tanpa fikir panjang keluar dari kelas setelah meminta izin dari cikgu dengan alasan hendak ke tandas. 

Di luar dia ditarik oleh Kiera jauh dari kelas dan disebalik tembok sebelum Kiera memulakan bicara. “Asif. Saya tak jumpa Mira!” kata Kiera dengan nada cemas. Hatinya betul2 rasa tidak sedap. Asif mengerutkan dahinya. “Dia pergi mana?” tanya Asif dengan nada keliru. Masih tidak faham dengan situasi Kiera sekarang. Kiera kemudian menceritakan semua perkara yang berlaku dari mula sampai habis. Wajah Asif tiba-tiba menjadi tegang. Dia mula berasa tidak sedap hati. “Betul kau dah cari seluruh tempat?” tanya Asif lagi. Kiera mengangguk. “Tingkat 5 dah pergi?” tanya Asif kerana dia tahu tingkat 5 tempat makmal kosong yang jarang digunakan sekolah. Jadi itu tempat budak-budak sampah lepak. Kiera terkedu apabila teringat tentang tingkat 5. “Belum.” jawab Kiera. Asif kemudian tanpa fikir panjang berlari ke tingkat 5 sambil diekori Kiera. 

__
Amira membuka matanya dan wajahnya berkerut melihat dia berada di makmal lama sekolah mereka. Mulutnya di tutup dengan kain yang diikat ketat dan tangannya diikat di kerusi yang dia duduk. 

“Ah…dah bangun pun..lama saya tunggu” kata seseorang dari belakangnya. Peluh sejuk menitik di dahi Amira. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak faham apa yang berlaku sekarang ni. Yang dia ingat sebelum ni berlaku, dia bersama dengan Elias..Elias?

Kelihatan Elias berjalan di hadapannya dengan senyuman sinis. Dia kemudian memegang pipi Amira dengan lembut. “Saya ingat nak kejut je awak tadi..tapi awak nampak cantik time tidur. So saya biarkan jelah..lagipun waktu kelas abang awak masih belum tamat lagi..kita kena tunggu dia” kata Elias. Amira menjauhkan mukannya dari tangan Elias dengan wajah berkerut. “Tahu  tak  kenapa  abang awak belasah saya masa tu?” tanya Elias dengan perlahan sambil memerhati wajah Amira. Amira hanya memandang wajah Elias dengan riak takut. “Sebab saya kata dekat dia..saya nak awak” kata Elias sambil tersenyum .  Elias kemudian cuba untuk membuka tudung Amira namun Amira meronta-ronta membuatkan Elias naik marah. “Duduk diam ! Tak ada siapa yang dapat selamatkan kau !”  katanya lalu menampar Amira yang sedang menangis ketakutan itu. Abang tolong mira.. rayu hatinya.

__
Asif dan Kiera berjalan laju di koridor kosong itu dan melihat satu persatu bilik mencari Amira. Dengan tiba-tiba mereka mendengar bunyi bising di sebuah bilik makmal yang paling hujung. “Pergi panggil cikgu” arah Asif lalu berlari ke arah bilik itu. Kiera mengangguk lalu berlari ke bawah untuk memanggil cikgu datang. 

Sampai di hadapan bilik itu, Asif menendang kuat pintu sehingga ia terbuka. Apa yang dia lihat di depan matanya sekarang  betul-betul menaikkan kemarahan dia. Amira dalam keadaan  terikat dan  bajunya terkoyak sedikit, tudungnya berada di lantai . Wajah  Amira jelas telah ditampar dan sembab kerana menangis. Elias menjeling ke arah Asif yang berada di pintu itu. Belum sempat Elias membuka mulut, dia ditumbuk kuat oleh Asif  sehingga pengsan. Asif menumbuk beberapa kali di muka Elias yang tidak sedarkan diri di lantai itu sebelum pergi ke arah adiknya. Dia membuka tali di tangan dan kain di mulutnya adiknya. Amira pantas memeluk abangnya sambil menangis dengan kuat. 

Asif mengusap kepala adiknya, cuba untuk menenangkan adiknya yang trauma itu. “Shhs…abang dah selamatkan adik..adik selamat sekarang” pujuk Asif. Amira menangis lagi kuat apabila mendengar Asif memanggilnya adik buat pertama kali. Asif kemudian mengambil tudung adiknya yang kotor itu lalu disarungkan di kepala adiknya. Dia kemudian membuka baju sekolah lalu menutup badan adiknya. Mujur dia pakai baju dua lapis,dan kini tinggal tshirt biasa sahaja di badannya. 

Kiera dan cikgu sampai di tempat kejadian dan kemudian Amira dibawa ke hospital untuk diperiksa. Setelah kejadian itu, Elias dibuang sekolah dan diberikan hukuman . Kawasan tingkat 5 itu pula telah dihias semula dan menjadikannya kelas dan library baru supaya ia tidak dibiarkan kosong. Kamera CCTV juga diletakkan di seluruh tempat di sekolah. Kes ini keluar di berita dan surat khabar namun keluarga Amira enggan berjumpa dengan sebarang wartawan dan hanya memberi kerjasama kepada polis sahaja.
__
Beberapa hari kemudian.
Sabtu pagi. 

Asif  berjalan  ke arah dapur dengan wajah mengantuk . Dia kemudian tersenyum melihat adiknya sedang menghidangkan nasi goreng di meja. “Abang ! Bangun pun ! Ingat taknak bangun tadi” kata Amira . Asif hanya tersengih dan duduk di kerusi. Dia kemudian mencedok nasi goreng itu ke dalam pinggannya. Amira pun membuat perkara yang sama. Usai Asif membaca doa makan mereka berdua mula menjamu selera. Namun terhenti apabila pintu rumah dibuka dan kelihatan ayahnya masuk dengan senyuman besar. Asif mengerutkan dahinya. “Ayah tak pergi kerja ke?” tanya Asif. Encik Rahman menggelengkan kepalanya, masih lagi tersenyum.

“Packing barang . Minggu depan kita pindah Johor ! and duduk dekat rumah baru!” kata ayahnya dengan gembira. Mata Asif dan Amira membesar. “Biar betul ayah? Mana ayah dapat duit?” tanya Asif dengan selamba. Maklumlah kalau ditengokkan dengan keadaan rumah mereka sekarang ni..agak mustahil nak pindah. Encik Rahman ketawa lalu mengusap kepala anak lelakinya. “Kamu rasa selama ni ayah kerja siang malam semua tak dapat gaji ke? Mestilah ayah kumpul, ayah sebenarnya bukan kerja polis bantuan lagi. Ayah kerja dalam bisnes dengan kawan baik ayah lepastu ayah ambik kerja part time semua. And sekarang ekonomi keluarga kita dah stabil!” katanya. Asif dan Amira terdiam. “Ayah kenapa tak bagitahu kami yang ayah kerja part time semua. Kalau tak kitaorang boleh tolong” kata Amira. Encik Rahman menggeleng kepalanya. “Ayah tak mahu pelajaran kamu terganggu. And memandangkan kita dah stabil..ayah nak spent time dengan kamu berdua. Ayah tahu ayah banyak  abaikan kamu..tapi percayalah..ayah tetap sayangkan kamu berdua” kata Encik Rahman lalu mencium dahi Asif dan kemudian Amira. 

“Kita mulakan hidup baru”

Amira dan Asif tersenyum sambil mengangguk. 

Air yang dicincang tak akan putus..sama seperti hubungan antara kamu dan keluarga. 

Tamat


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2015/04/intanberlian-mega-giveaway-2015.html 

KLIK BANNER UNTUK JOIN :)

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

MASTER LIST DALILA SAMSUDIN

Hello everyone. You are welcome to my new Master List with exciting stories in there. 
Please have a look . Thank you very much

http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.my/p/blog-page.html



Please click here. Or you want to click  the one at the side bar. Sama ja dua-dua pfftt

Takda lagi benda alah ni


And Only this




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Wait? Aku berlakon ?!



Hai . Assalammualaikum .

First off all.. I just wanna said that university life Sucks   IF kau buat benda yang kau tak suka means kau pilih kursus yang kau tak minat. Masuk pun sebab kau nak masuk universiti daripada bergelimpangan di rumah atau kau nak elak PLKN. Or sebab kau buat assignment last minit and assignment tu perlukan berpuluh pages and your group member tak bagi kerjasama. tahi  sorry aku masih pahit tentang buat assignment dalam group jadi …okay stop.

Since aku selalu buat short story instead of cerita pengalaman universiti aku . So here I am nak kekonon feeling cerita pasal pengalaman aku di universiti . I dah habis sem 2 uolss. Cepat je masa berlalu. Okay. Since aku ambil jurusan Penulisan Artistik dekat UiTM. Banyak yang aku belajar , and ada yang aku tak expect pun kena belajar benda alah tu.

Kalau belajar buat skrip, buat report semua aku boleh faham lah. Tapi sampai kena berlakon, kena menyanyi ke buat video semua itu dah lari dari apa yang aku fikirkan sebelum ni. Still benda tu menyeronokkan . Serious tak tipu. 
 
Well look at that. I really wanna laugh right now. A big thank you to my friend Nisha sebab editkan poster One Act Drama kami. One Act Drama merupakan salah satu subjek kelas kami yang memerlukan kami untuk melakokan cerita yang kami buat tu. Jangka masa dia 15 minit maksimum or minimum aku tak hengat. 

Aku ingat lagi waktu pertama kali kami tubuhkan group untuk One Act Drama ni. And masa pemilihan actor. Oh seriously aku cuak gila masa tu. Dok berbincang siapa nak jadi watak anak derhaka semua pandang aku. Amboi. Katanya muka aku ni ada ciri-ciri orang jahat. And aku pun apa lagi, gelabah ah bila kena pilih.  Selama ni memang lah aku berangan nak jadi artis berlakon poyo-poyo depan kamera. Tapi tu angan kosong yang memang aku takmao dia jadi kenyataan. Serious ketaq lutut bila fikir skrip nak kena hafal then dalam skrip tu aku kena menangis tak hengat depan orang ramai. 

Then masa first rehearsal , aku kayu. Betul punya kayu. Sampai kawan aku yang jadi direktor tegur kenapa bahu aku keras gila bila jalan  pfft. Aku stress bila rasa aku tak mampu nak jiwai watak. Menangis pun aku tak boleh. Bak kata orang “Takda feel” . Aku sampai giveup and nak stop ambil watak utama. 

Then lepas dah buat latihan banyak kali. Dah hafal skrip, dah kena  basuh dengan budak teater yang sudi bantu. At last aku berjaya. Walaupun aku ada masalah dengan vokal, suara perlahan and cakap aku kurang jelas sebab aku memang jenis cakap tak jelas. Mak aku pun nek pening dengan aku.
Lepastu aku dah takda masalah dah untuk menangis . Sebab bila kita dah faham and jiwai watak kita tu tak ada apa yang mustahil.

Okay sampai sini saja. Entah bila aku akan buat Entry santai macam ni . I don’t know. Maybe a new short story coming up or sambungan Aku Bukan Stalker? Maybe.

Please do support me .. read my short story . Tak  ini bukan untuk menagih populariti atau rating tapi untuk aku belajar. Its really short and tak meleweh sangat. So I hope korang sudikan diri, ikhlaskan diri anda membaca short story aku and kalau rasa nak tinggal komen pun boleh. Sebab I need someone untuk komen cerita aku biar buruk atau baik supaya aku dapat baiki. Nak kata aku punya cerita bosan? Silakan. Asalkan jangan kurang ajar bahasa. Nak kata cerita aku perlu tukar gaya bahasa or terlalu cliché? Silakan juga. Aku tak kisah . Nak kata cerita tu best pun tak apa. Aku tak kisah. Asalkan aku dapat belajar. 

Okay. Bye !

List Short Story semua di side bar. Have fun reading !

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi