Memaparkan catatan dengan label Life of Dalila Samsudin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Life of Dalila Samsudin. Papar semua catatan

Mass Communication UiTM Publishing Experience

Hi there, its been awhile.

I know you probably wondering where the heck did i go, did i just forget about this blog. Yes. I did forget about it for years? Months? I don't even know. I never really check. The last post that i did is about my excitement getting a Bachelor in Mass Communication in UiTM. My first choice during UPU, is this course since i have always been exciting about writing and publication. Therefore i choose Publishing or (Penerbitan) as my first choice during the interview. I fight for my right to be in this course even though the interviewers want to put me in different course due to my previous diploma course which is Creative Writing in Film Theater and Animation (FiTA). 

I'm gonna said this again, i could not remember if i already advice you about this or not but if you want that particular course and confident that could ace this shistss then fight for it. Give a solid reason as why they should choose you, it doesnt really matter if you do not know some of the basic knowledge etc, that can be learn, but for you to be happy with what you want for your future, you have to put your foot down and said

 "I want this course, therefore you should choose me"   

with a proper reason and manner of course. Like what i did during the interviews. 

Enough of the chit chat.

I know some of you found this blog because you guys search for this particular subject or course after you have got your UPU results. No worries if you got Publishing instead of Broadcast or others. 

I'm gonna write in Malay and hopefully it got less rojaks bahasa because its been awhile since i write in Malay due to my ongoing assessment and assignment in English lmao. 

Also, I already in Semester 5! Wow.

Orait. Jadi pada sesiapa yang dapat masuk ke Penerbitan di Mass Communication, UiTM Shah Alam, tahniah! This is a really "easy" course for me. Kalau kita betul-betul suka and usaha mesti kita akan score punya. 

Pasal lecturer? Jangan risau semua Publishing punya lecturer sangat-sangat baik. Ni bukan untuk bodek tapi memang realiti. Mereka lah yang paling mudah di dekati dan peramah dengan pelajar. Kalau ada masalah, just find them for help. 

Furthermore, subject publishing ni sangat mudah untuk kita faham pelajaran dia semua sebab dia sangat dekat dengan kehidupan kita yang dah pun familiar dengan industri buku. Tapi tak bermakna tak ada subjek yang tak susah. Ada je subjek yang mampu buat kau sakit jiwa contoh macam Statistik, yes kami ada statistik ye dalam course ni. Itu pada mulanya nampak lah susah and sakit jantung and otak juga nak faham matematik bagi seorang manusia yang jarang-jarang lulus matematik. Tapi, alhamdullilah final result i got solid A. I should be proud about that. One of my achievement. 

Kesimpulannya, publishing ni tak sebosan nama dia ye rakan-rakan, adik-adik semua. Dia sangat-sangat menyeronokkan lagi-lagi bila kau terlibat dengan event yang dianjurkan and kalau korang tak ada buat hal maka bahagia lah semester korang semua. 

Sampai disini sahaja post aku kali ni, this is just an update about my life at the moment. I do not know when will i update again, hopefully bila aku dapat sambung master? or bila aku dapat kerja yang aku suka? or maybe tetiba aku kahwin? Kita tak tahu apa future kita right. Doakan aku berjaya habiskan degree life aku dengan cemerlang. Aku harap post ni ada dapat memberi satu nafas lega kepada sesiapa yang memerlukan sebab tak ramai tahu tentang course Publishing ni kan. Selalu dengar broadcast je dan aku tahu korang nervous nak masuk dunia baru dalam degree. 

Goodluck! Wish me luck too!

Semoga Dalila dapat ANC. Amin. 





Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Road To Degree or Road To Adulthood?

Hai Assalammualaikum !

Since aku dah pun secara rasminya tamat diploma. Aku kena fikir sama ada nak sambung kerja ataupun sambung belajar. Hati aku kata untuk sambung belajar. Tapi ada beberapa masalah yang dihadapi oleh aku sekarang ni.


  1. Aku terlepas penerapan. Hahaha. (Kes suka melambat-lambat)
  2. Aku still fikir nak masuk jurusan apa. (Sigh)
  3. Aku fikir nak kerja dulu part time dekat mana-mana tempat untuk cari duit sikit.
  4. Berbalik kepada point 2 dan 3.
Okay.

The thing is, aku diploma in Penulisan Artistic. Ini memang impian aku. Ingat lagi post entry aku time aku cerita betapa happy nya aku bila dapat jurusan ni? Ni hah entry dia Untuk Budak SPM. Awak semua boleh tekan untuk baca entry yang sangat bermotivasi tu. Cough.

To be honest, benda yang aku cerita pasal aku lambat buat keputusan untuk buat apa semua tu jadi balik untuk degree. Aku ni ada masalah over thinking, paranoid, low self confidence dan semua yang berkaitan. Yes aku tahu, menjadi penulis dah memang impian aku sejak aku mula menulis di blog ni. Tapi bermacam jenis perkara negatif mula masuk ke dalam kepala otak aku, contohnya : 

Aku duduk di Johor Bahru dan mostly kerja yang aku impikan ada di Kuala Lumpur. Kalau aku nak kerja di sana aku terpaksa tinggalkan rumah dan duduk di sana. I bet my whole life my parent will not agree to this. Aku nak pi jejauh pun diorang dah panik ini kan pula nak menetap kat sana terus. Faktor aku ni perempuan pun dah menyumbang besar kepada permasalahan ni.

Kejap kenapa ayat macam buat esei bahasa melayu. 

Okay itu satu. Lagi satu, 

Aku tak tahu nak ambil bidang apa untuk degree. Penulisan memang lah dah jadi impian aku untuk aku belajar. Dan aku dah pun berjaya capai hasrat aku nak belajar penulisan. Aku rasa nak masuk dalam bidang editor, ada sebahagian dari otak aku nak masuk bidang bisnes dan ada juga nak ambil bahagian pengurusan maklumat. 

Ya Allah, punya lah serabut kepala aku fikirkan benda ni. Rasa nya aku kena start balik buat tips yang aku bagi dekat hangpa semua kan. 

Take a deep breath.

Sebelum habis diploma haritu aku kononnya dah nekad nak ambil jurusan Mass Communication. Macam biasa lah. Otak ni start over thinking dan mula nak fikir macam-macam. Itu yang aku tak mohon penerapan tu. Fikir punya fikir, sampai terlepas penerapan.

Tapi aku faham. Mungkin ada sebab terlepas penerapan. Lebih baik aku ambil masa nak fikir masuk jurusan mana daripada aku tersilap masuk jurusan yang aku tak minat. Bukan aku tak mahu sambung Penulisan. Aku cuma nak rasa pengalaman belajar benda baru.

Aku teringat first semester aku masuk diploma, ada lecture yang beritahu tak salah kalau lepas diploma nak tukar jurusan. Cari pengalaman dan ilmu. Kerja tu lain cerita. Lecture penulisan aku tu rasanya diploma dalam bisnes ke apa entah aku lupa. Jauh dari penulisan. Tapi dia kata pengalaman belajar benda baru tu yang buat dia berjaya sampai sekarang.

So sebab tu lah aku nak cari jurusan lain. Nak cuba cabar diri sendiri ambil jurusan yang lain dari penulisan. Bukan sebab nak ikut lecture tu je, tapi sebab aku nak belajar benda yang mungkin selama ni aku minat dan ada bakat tapi tak pernah sedar. Tak salah kan nak cuba benda baru. 

Mungkin sekarang aku still tak ada idea nak ambil apa. Tapi aku yakin nanti sampai masa, aku dapat buat keputusan dan aku harap aku tak tersilap langkah. 

Aku kena berhenti fikir negatif pasal hal tak dapat kerja since rezeki ada di mana-mana dan aku kena percaya dengan haluan yang diberikan pada aku. 

By the way..

Aku terfikir nak masuk dalam jurusan Pengurusan Maklumat, dah banyak kali nama jurusan tu masuk dalam kepala otak aku selain Maskom. Blegh. I hate making decision kalau bab sambung belajar ni. Dari zaman SPM ! hahahaha. 

SPM berjalan lagi ke sekarang? Goodluck!

Nanti aku akan update mana aku nak masuk ya. InsyaAllah. 


NOTA PENTING   NOTA PENTING  NOTA PENTING

DISEBABKAN DAH LAMA HIATUS. Aku banyak lupa link blog korang yang selalu jenguk blog aku. So, aku based on link yang korang letak kat shoutbox ataupun komen. Mostly, komen yang aku akan singgah selalu. Kalau selalu komen, memang aku akan selalu singgah blog diorang and komen entry diorang.

Masalah dia sekarang, adik EAT.MAKE.READ yang selalu komen kat cerita kita, kita minta maaf sebab tak ingat nama blog awak sebab dah lama tak buka blog dan laptop format so bookmark semua hilang. Tapi kita tahu awak selalu singgah blog kita dan komen. So, time nak singgah balik blog awak, macam biasa kita tekan profile. Tapi tak dapat tengok /insert crying face/ sebab awak private. So please tinggal link sini kalau awak baca entry ni ya? Saya nak save balik link awak. Terima kasih selalu komen blog kita. Nak balas balik jasa komen, tapi tak ingat link blog. Ampun ! Dah try semua cara nak cari link blog awak tapi gagal . Gigih kan? This is how i am hahaha. Kalau nampak orang komen kat entry or cerita aku mesti akan cuba sedaya upaya balas balik dengan komen entry diorang or singgah setiap kali buat blogwalking. So harap awak baca tau sis <3

Gais kalau singgah sini make sure tinggal link di komen atau shoutbox ! Kalau tak aku serba salah tak singgah balik. Thank youuu <3

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Kembali ke Pangkal Jalan.

Hai Assalammualaikum.

Tajuk entry kali ni adalah untuk clickbait sahaja. Pengaruh Pewdiepie hahahahaha.

Lama tak update blog. I dont know ada lagi ke tak yang baca blog aku. Kalau ada, terima kasih. Rasanya dah berbulan aku tak update blog kan? Cerita baru pun tak ada. Semua sebab aku sibuk dengan final semester aku dalam Diploma Writing Artistic. 15 November haritu baru je aku dapat result dan Alhamdullilah dapat graduate dengan Dekan for the second time ! Yuhuu.

I know, baru dua kali dekan dalam lima sem aku dah kecoh kan? Tapi bagi aku sebenarnya tak kisah sangat dekan sebelum ni. Asalkan kekal pointer 3 ke atas. Seboleh mungkin nak elak dapat bawah 3. Dan Alhamdullilah selama lima semester ni aku dapat 3 ke atas walapun selama 3 semester aku dapat pointer semua sipi-sipi nak dekan. Dia punya geram tu lain macam hahaha.

Untuk yang kali terakhir ni, aku happy sikit dapat dekan sebab dari awal semester lima aku dah niat nak dekan. Tak macam masa semester dua, time tu aku tak fikir nak dekan pun. Tetiba je dapat, rezeki aku untuk semester tu. Anyway, Alhamdullilah niat nak dekan ditunaikan atas usaha diri ni yang tak tidur siang malam buat assignment dan ulangkaji sehari sebelum exam hahahaha.

Tak. Aku bukan jenis yang duduk belajar seminggu sebelum exam. Aku jenis yang belajar 3 hari sebelum exam baru start buka buku. Disebabkan aku jenis pelupa dan mudah terganggu dengan perkara lagha. Kah .

Anyway, tak kisah lah siapa pun yang baca blog aku ni. Terima kasih. Aku tetap akan post cerita dekat sini. Kalau aku ada idea baru. Aku tak kisah ada orang baca ke tak, asalkan aku dapat teruskan minat aku dalam menulis.

Sampai di sini saja. Terima kasih!

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

KAFEIDOSCOPE [ BUKU PERTAMA]








HAI GUYS!

Baiklah sesiapa yang sudah mengikuti perkembangan aku di instagram [ @Dxjinki] , facebook [ Dalila Samsudin] atau di mana-mana sahaja. Anda pasti akan tahu bahawa baru-baru ini aku dan 9 orang coursemate aku baru sahaja menerbitkan sebuah buku kompilasi cerpen kami.

Buku KAFEIDOSCOPE merupakan buku yang mempunyai 10 jenis cerita pendek ataupun cerpen di mana semuanya berlaku di satu tempat iaitu KAFE. Pelbagai jenis genre dan jalan cerita yang terdapat di dalam buku ini dan ianya di hasilkan sendiri oleh para pelajar penulisan kreatif !

Sebagai penulis baru, saya Dalila Samsudin mengharapkan sokongan dan doa daripada anda semua untuk menyokong buku pertama kami. Tak lupa juga ingin berterima kasih kepada SJ CREATIVE kerana sudi membantu kami dalam menerbitkan sebuah buku.

Tajuk cerita aku di dalam buku ini adalah  HANYA KITA . Mengisahkan tentang KISHA, boss di sebuah syarikat yang berdekatan dengan sebuah cafe baru. Sewaktu kali pertama Kisha menjejakkan kaki di kafe itu , satu insiden berlaku membuatkan dia mengenali seorang pekerja lelaki misteri yang tidak banyak bercakap. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh dapatkan buku ini dengan harga  RM15 including postage ! Harga diskaun memandangkan ini percubaan pertama aku hee.

Buku KAFEIDOSCOPE akan berada di kedai-kedai insyaAllah pada bulan 3 .

Mahu tempah?  Email di Dalilasamsudin@gmail.com atau lawat saya di facebook page Dalila Samsudin Blog 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Penulis Skrip Jari Kaku

Hi guys. Assalammualaikum.

Its been awhile right ? Oh yeah.. i know. Ada yang tengah tunggu sambungan ABS.  Maaf . Maaf sangat-sangat sebab i know i wont give up with that story . Hehe . Aku tetap akan sambung tapi bila i dont know maybe dalam bulan ni ? Since cuti semester aku semakin menghampiri.

Satu ja aku risau sebenarnya. Aku risau aku tak mampu menulis macam dulu lagi or gaya penulisan aku berubah. Semua ni disebabkan oleh course yang aku tengah belajar sekarang ni. Bila setiap hari setiap minggu kau diperlukan menulis skrip dan review sapa ja yang tak kaku nak tulis ayat novel yang berbunga-bunga.

Mungkin tak ramai yang tahu , dalam menulis skrip ni kita tak boleh tulis ayat berbunga-bunga sangat. Kita kena straight to the point.
Contoh ayat novel " Dalila memandang ke arah tingkap , angin lembut masuk menuju ke arahnya membuatkan rambutnya terusik, senyuman mula terukir dibibirnya" (Sumpah aku taktau apa benda ayat awkward ni) but ni dari segi Skrip pula " Dalila memandang ke arah tingkap. Dia tersenyum seorang diri" .

Done.

Tu jelah. Kita just kena tulis ACTION without futher explanation . Lagi satu masalah aku ialah sem tiga kali ni aku banyak buat review daripada menulis skrip. It cant be help since sem 3 ni banyak kepada analisis skrip dan filem. Dan disebabkan itu juga lah aku tak habis-habis menonton filem sampai nek muak. Aku rasa kesian dekat filem yang jadi mangsa review aku sebab at the end aku jadi benci kat filem tu and banyak pula cari kesalahan filem. Jadi tak best. Duh.

So guys. I hope u guys faham dengan situasi yang aku alami sekarang ni. Aku bukan tinggalkan dunia blog ni. Tak . Tak pernah. Sebab blog ni sentiasa ada dalam minda aku . Bila aku dapat idea, benda pertama aku terfikir "Oh kan elok kalau aku sempat buat cerita ni kat blog" Hmm.. Blog ni daripada zero dia terus jadi hero pada aku (LOL)

Sesiapa yang pernah ikut aku dari zaman jahiliah dulu , mesti tahu macam mana bentuk and cara penulisan blog aku dulu. Sumpah lawak. Anyway blablabla Maze Runner yang kedua best btw. Siapa dah tengok hehe.

BTW aku tengah dalam usaha buat novel SUAMIKU PEMBULI  gaisss

Terima kasih snagat-sangat pada yang sudi tekan LIKE di fanpage saya :) 

Edit : Hai ABS PART 10 ALREADY FINISH YEAY. WAIT FOR IT


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi