Aku Bukan Stalker Part 7
Hilman berjalan dengan gembira menuju ke library untuk belajar
dengan Mika. Sejak Aiman mengaku yang dia sukakan Balqis, Hilman tak habis2
mengusik dia dan pada masa yang sama cuba untuk dapatkan maklumat tentang
Balqis demi kawannya. Hilman masuk ke library dan melihat sekeliling tempat
untuk mencari Mika. Dia melihat ditempat biasa yang mereka duduk, namun disitu
hanya ada seorang perempuan yang dia tak kenali tengah duduk sendirian. Hilman
mengecilkan matanya mencari perempuan yang memakai cermin mata besar di dalam
library namun seorang pun tidak ada. "Mana dia ni..takkan lambat
pulak" bisik Hilman seorang diri dengan masih lagi berdiri di tempat
berdekatan dengan kaunter pinjam buku. Sedang dia termenung tiba2 ada seseorang
mencuit bahunya.
Hilman menoleh dan terdiam apabila melihat wajah Mika tanpa
memakai cermin mata. Dia rasakan jantungnya berhenti sebentar apabila dapat
melihat mata Mika tanpa dilindung oleh cermin mata. Hilman hanya mampu
ternganga, langsung tidak sedar Mika sedang bercakap dengan dia. "Hilman?
Hilman ! Awak kenapa diri sini?! Jom lah duduk sana" bisik Mika sambil
mengoncang sedikit bahu Hilman untuk sedarkan dia."Cantiknya mata
awak..." Hilman yang masih lagi dalam keadaan terkedu itu secara tak
sengaja membisikkan ayat itu. Setelah tersedar apa yang di katakan itu wajah
Hilman menjadi merah padam dan dia mula panik. Mika juga terkedu apabila
mendengar apa yang dikatakan oleh Hilman."A-ah. M-maaf saya tak sengaja
cakap kuat2. T-tapi mata awak memang cantik Ha Ha" kata Hilman dengan
janggal sambil mengosok belakang lehernya. Wajahnya membahang. Hilman
mengangkat mukanya untuk melihat reaksi Mika yang dari tadi mendiamkan diri.
Dan matanya membulat apabila dia melihat wajah Mika yang putih itu menjadi merah
padam. "E-eh?! Awak okay tak?! Muka awak merah! Awak demam ke?!" ucap
Hilman dengan panik. Pandangan jelik pelajar yang berada di library langsung
tidak dihiraukan. Mika tersedar lalu menundukkan kepalanya.
"Ehem..err..s-saya
o-okay. Jom lah k-kita belajar" ucap Mika dalam keadaan tergagap dengan
wajah yang masih lagi merah padam. Hilman menganggukkan kepalanya lalu
mengikuti Mika dari belakang menuju ke meja belajar mereka.
Beberapa minit mereka berdua mula belajar dan sedaya upaya
mengelakkan dari berlakunya eye contact sesama mereka. Sedang Hilman sibuk
menjawab soalan tiba2 ada suara memanggil nama Mika di belakangnya..suara yang
sangat dia benci dan kenali.
"Mika saya nak cakap dengan awak kejap.." ucap Irfan
lalu berjalan kearah Mika. Hilman mengangkat kepala dan dahinya berkerut
melihat wajah Mika tiba2 sahaja menjadi pucat. "Hilman, saya pinjam Mika
kejap ye. Ada hal penting nak bincang" ucap Irfan sambil memandang ke arah
Hilman. Hilman hanya mengangguk kepala, keliru melihat perangai Irfan tiba2 menjadi
serious. Irfan dan Mika kemudian mula berjalan dan masuk ke tempat rak-rak
buku. Mereka memilih tempat yang paling jauh dan terselindung untuk berbincang.Dan disebabkan
Hilman ni seorang yang mempunyai sifat ingin tahunya kuat, secara senyap Hilman
mengekori mereka dan bersembunyi di sebalik rak buku tak jauh dari tempat
mereka berdua berada.
Hilman melutut di lantai dan mengintip mereka berdua di celah2
buku. Walaupun dia tahu ini salah namun dia tetap hendak tahu apa yang mereka
berdua bincangkan.
"Mika, mana cermin mata awak?"tanya Irfan dengan nada
yang sedikit tegang.Hilman mengerutkan dahinya. Takkanlah sebab tu je dia nak
bercakap sembunyi2 macam ni. Namun fikirannya terganggu apabila Mika mula
menjawab "O-oh,saya t-terjatuh tadi.So cermin tu p-patah" kata Mika
dengan nada yang sedikit gelisah."Mika...tell me.Please.Saya tahu awak tak
jatuh" kata Irfan. Hilman mengerutkan dahinya mendengar apa yang dikatakan
oleh Irfan. Dia kemudian mendengar Mika mengeluh."T-tadi ada sekumpulan
lelaki tu pijak cermin mata saya..sebab saya tak sengaja terlanggar
mereka..s-so masa saya terjatuh tu cermin mata saya tercampak.Diorang marah
then pijak cermin mata saya,tapi diorang tak dapat buat apa2 selain tu sebab
kebetulan ada cikgu jalan kat koridor tu so diorang lari..a-wak tak payah lah
risau.."terang Mika dengan perlahan.
Darah Hilman membuak mendengar pengakuan Mika. "Ya Allah..Mika..kenapa tak bagitahu saya awal2?! Berapa kali saya nak bagitahu awak? Apa saya nak cakap dekat parent awak nanti?" ngeluh Irfan sambil memicit dahinya. Mika hanya menundukkan kepalanya. "Please jangan bagitahu parent saya..." bisik Mika. Irfan mengeluh sekali lagi. "Okay..ni last. Lepasni saya taknak rahsiakan lagi" ucap Irfan. Hilman mengerutkan dahinya namun belum sempat dia habis berfikir dia tersedar yang perbualan mereka hendak habis. Dengan pantas dia merangkak keluar dari situ tanpa menghiraukan pandangan pelik orang lain. Ada beberapa pelajar yang kebetulan lalu di tempat dia merangkak dengan senang hati menukar arah perjalanan mereka kerana tidak mahu terlibat dengan aktiviti pelik Hilman itu. Hilman kemudian duduk di kerusi dan mula berlakon seperti dia sedang membuat kerja. Walhal dalam fikirannya masih berfikir tentang pembuli dan hubungan Irfan dan Mika. Sah. Mereka berdua dah lama kenal. Tapi sejak bila dan apa hubungan mereka berdua?
***
Aiman sedang meneliti satu
persatu buku yang berada di rak kedai itu, apabila dia terdengar bunyi riuh di
luar kedai. Aiman menoleh dan melihat ramai orang ramai berkumpul di luar. Aiman
kemudian berjalan keluar dari kedai untuk melihat apa yang berlaku dan matanya
membulat melihat situasi disitu.
Kelihatan seorang perempuan rambut panjang yang diikat kemas
dibelakang sedang memijak badan seorang lelaki di yang terbaring di tanah.
"Berani kau nak ragut beg aku ya !?" tengking perempuan itu sambil
menendang lelaki itu. Lelaki yang meniarap di tanah itu hanya mampu mengaduh
kesakitan sahaja apabila di pijak sebegitu rupa. Aiman mengecilkan matanya
sedikit untuk melihat wajah perempuan itu yang sedang menunduk, dan apabila
perempuan mengangkat kepala Aiman secara tidak sengaja tersedak di situ.
Balqis. Perempuan yang selama ni dia cari akhirnya muncul juga di
hadapannya. Setelah beberapa jam berada disitu untuk Balqis menyelesaikan masalah
yang berlaku sehingga polis datang. Aiman mengekori Balqis dari belakang untuk
mengetahui dimana rumah Balqis. Pada waktu itu, Aiman betul2 rasa yang dia
telah berjangkit dengan Hilman dalam hal menjadi Stalker ni.
Aiman mengekori perlahan pergerakan Balqis sehinggalah dia hilang
dari pandangan dan sudah masuk ke rumah. Disitu Aiman dengan pantas
mengeluarkan phone dan mencatat alamat rumah Balqis itu kedalam phone.
"Yes ! Balqis dah balik ! And aku dah tahu rumah dia !" jerit Aiman
didalam hati sambil melompat seorang diri di hadapan rumah Balqis.
***
Hilman melihat Mika sudah keluar dari library sebelum menolak
badan Irfan masuk ke bahagian rak buku. Irfan mengangkat kening apabila ditarik
oleh Hilman. "Eh. Kenapa ni?" tanya Irfan dengan wajah keliru. Hilman
membuka mulut untuk bercakap sebelum menutupnya semula, wajahnya membahang bila
memikirkan soalan yang akan dia tanya sebentar lagi. "Err..S-saya nak
tanya. Apa hubungan awak dengan Mika?" tanya Hilman dengan penuh tanda
tanya. Hilman kemudian melihat Irfan tersenyum, dan dia tidak pasti sama ada
itu senyuman sinis atau senyuman manis yang dia berikan.
"Dia bakal isteri saya..." jawab Irfan dengan selamba.
Hilman mengangguk kepalanya "Oh.....Eh? WHAT?!" jerit Hilman dengan
mata yang membulat. Langsung tidak endah yang mereka sekarang berada di dalam
library. Irfan mengangkat bahunya sambil tersenyum. "What? Betul lah
kenapa?" tanya Irfan. Hilman mula menjadi panik . "T-tapi kita kan
masih bersekolah lagi?! SPM pun belum lagi? Mana kau tahu yang dia bakal isteri
kau?!" hilang sudah bahasa sopannya apabila dia mula panik. Irfan ketawa
kecil. "Yup, tapi kami berdua ni memang akan disatukan bila besar. Sebab
datuk kami berdua dah berjanji akan kahwinkan cucu mereka,dan cucu mereka tu
ialah kami. So..kiranya ini arranged marriage" terang Irfan. "Zaman
dah moden pun masih nak main hal arranged marriage ke? Macam mana dengan
pilihan anak diorang sendiri, takkan tak fikir" guman Hilman dengan wajah
berkerut. Irfan yang terdengar itu ketawa besar. "Jangan risau lah, sebab
saya sukakan Mika. Jadi saya tak kisah pasal arranged marriage ni. Oh saya kena
pergi dulu. Bye" kata Irfan sambil menepuk bahu Hilman dan berjalan pergi
meninggalkan Hilman yang sedang membatu mendengar apa yang diucapkan oleh
Irfan.
"Irfan suka Mika..?" gumam Hilman lalu menghentak
kepalanya di rak buku. Sekali lagi, pelajar yang sama secara tidak sengaja
berada di tempat kejadian dan mula menjauhkan dirinya sekali lagi. Di dalam
hati dia terfikir kenapa nasibnya malang hari ni bertembung dengan lelaki pelik
di library.
***
Aiman berlari ke pintu rumahnya apabila mendengar loceng berbunyi.
Setelah dia membuka pintu, dia melihat Hilman sedang berdiri di hadapan
rumahnya dengan kedua dua tangannya penuh dengan barang di dalam plastik. Aiman
menyengetkan kepalanya keliru. "Okay..kau nak apa datang sini hari Ahad
macam ni tiba2?" tanya Aiman. Hilman tersengih lalu berjalan masuk ke
dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Aiman mengangkat keningnya lalu menutup
pintu dan mengekori Hilman ke dapur. Sampai disana dia melihat Hilman
mengeluarkan bahan2 masakan di atas meja.
"W-wait?! Apa kau nak buat ni?" tanya Aiman dengan panik
apabila melihat Hilman dengan selamba menggeledah alatan dapur di rumahnya.
"Aku nak buat kek coklat untuk Mika" kata Hilman sambil memandang
wajah Aiman dengan riak wajah tidak bersalah. Aiman ternganga. "What?!
Tapi apahal kau nak buat kat rumah aku?!" tanya Aiman. "First,sebab
parent kau tak ada kat rumah. Second, sebab rumah kau banyak alatan untuk buat
kek. Kan mak kau suka baking cake. So senang sikit aku buat kat sini" kata
Hilman sambil menyusun barang di kaunter dapur . Aiman mengeluh sambil memicit
dahinya. "Ugh..apa2 jelah. Yang penting kau kemas lepas dah habis buat
okay?" arah Aiman sambil duduk di meja dapur dan memandang kearah Hilman
yang membelakanginya. Hilman mengangguk tanpa memandang kearah Aiman.
"Oh..apasal tiba2 nak buat kek dekat Mika ni?" tanya
Aiman sambil bermain dengan bahan untuk buat kek di meja itu. Hilman memusing
sambil memegang mangkuk besar bersama whisker dan duduk di hadapan Aiman.
"Um..pasal aku nak pastikan Irfan dan Mika tak bersama? And pasal Mika
suka kek coklat?" kata Hilman lalu mengeluarkan tepung dari beg plastik
dan meneliti paket tepung itu. Aiman mengerutkan dahinya. "Irfan and Mika
bersama? Maksud kau?" Hilman meletakkan mangkuk itu di atas meja lalu
bersandar di kerusi. "Diorang berdua tu terlibat dalam arranged marriage.
So..bila dah habis belajar, kerja semua diorang akan dikahwinkan" terang
Hilman dengan wajah yang sunggul. Mata Aiman membulat. "Woah..Zaman moden
macam ni pun ada lagi kes perkahwinan terancang ni rasa macam kita ni dalam
drama melayu pulak" kata Aiman . Hilman hanya mengeluh. Setelah beberapa
minit mereka mendiamkan diri Aiman tiba2 bertanya
"Err..kau tau ke macam mana nak buat kek ni ?"
"Tak" jawab Hilman dengan selamba
"Okay. Then macam mana kau nak buat?" tanya Aiman.
Hilman kemudian tersengih sambil memandang kearah Aiman. Aiman mula berasa
tidak sedap hati melihat pandangan Hilman itu. "Kau lah yang kena google
and tolong aku " kata Hilman. Aiman mengeluh sambil menepuk dahinya.
"Nasib lah kau ni kawan aku..kalau tak aku dah halau kau keluar"
rungut Aiman lalu mengeluarkan handphonenya untuk mencari resipi. "Kau nak
buat kek apa tadi?" tanya Aiman . "Kek Coklat Moist" jawab
Hilman.
"Okay. Dah jumpa. Jom kita buat cepat. Aku lapar"
"Woi.Aku buat ni untuk Mika bukan kau"
"Ni dapur aku..sukahati aku lah"
To Be Continue
Hey ! Finally aku update kan. Oh yes 1 Jun ni aku akan ke Uitm Puncak Perdana and maybe lepastu jarang update.Jangan risau,aku tetap akan habiskan cerita ni cuma mungkin bukan dalam masa terdekat. Maaf eceh. Ada ke yang baca ahaha And oh,kalau korang perasan, nanti kan font cerita aku ni berubah jadi besar sedikit. Oh well aku tak tahu macam mana nak dapat font lama pakai laptop baru ni. Sekali lagi terima kasih sudi baca. Jangan risau Aku Bukan Stalker takkan dibiarkan tergantung begitu sahaja.
2 Itik gebo-gebo:
huwaaaaa rindu akak Dalila! huwaaa ><
Maaf maaf dah lama tak singgah siniii ><
Akak goodluck! Hwaiting! Jaga diri leklOk , sentiasa senyum :D heee
This chapter ahah i can imagine it. Kesian Hilman yet kelakarnyaa diaa haha xD
Rindunya nak baca...lama akak tak onine..blog pun ah bersawang...in shaa Allah..akan kmbali dalam maa terdekat...
x0x0 ^______^
Catat Ulasan