Aiman berjalan dengan lemah longlai kearah kantin sekolahnya sambil diikuti oleh Hilman disebelah. Sampai sahaja di tempat duduk Aiman dengan pantas duduk dan membaringkan kepalanya diatas meja. "Hilman..belikan aku makanan. Aku tak laratlah" kata Aiman sambil memejamkan matanya. "Okay!" jawab Hilman dengan bersemangat sebelum pergi ke arah kaunter makanan. "Macam mana budak tu boleh semangat sangat hari ni.." ngeluh Aiman lalu mengangkat kepalanya dan meregangkan badan. Hilman kemudian sampai dengan membawa mee goreng bersama dengan air bandung lalu diletakkan di atas meja. Aiman mengerutkan dahinya. "Mana makanan kau?" tanya Aiman. Hilman tersengih lalu mengeluarkan roti dari dalam poketnya. "Aku diet. Makan roti je" kata Hilman lalu duduk dihadapan Aiman
Aiman mengerutkan dahinya. "Euw. Macam perempuanlah kau ni asyik jaga badan. Kau yakin ke kau ni lelaki? Meh sini aku nak check" kata Aiman sambil berlakon untuk pergi kearah Hilman. Mata Hilman membulat. "Hoi baik sikit ayat tu ! Aku tumbuk kau baru kau tau aku lelaki ke perempuan" kata Hilman sambil menjeling kearah Aiman. Aiman ketawa melihat kawannya lalu mula tunduk untuk menjamah mee goreng itu. "So..pasal Mika semalam..aku tak dapat tangkap semuanya kecuali yang kau dah dapat nombor dia..kau nak buat apa je dengan nombor dia?" tanya Aiman sambil menyuap mee ke dalam mulut.
Hilman mengerutkan dahinya untuk berfikir. "Hmm...aku nak tanya dia pasal soalan sejarah jelah kot. Tapi aku tak tau macam mana nak mulakan dulu" rungut Hilman. Aiman masih lagi menumpukan perhatian pada mee langsung tidak mengangkat muka kearah Hilman. "Apa susah. Kau mesej je lah macam ni, Hey saya Hilman si stalker awak selama 4 bulan! Saya nak tanya awak satu soalan boleh?" perli Aiman dengan selamba. Hilman mengecilkan matanya. "Aku bukan stalker lah ! Berapa kali aku nak cakap. And takkanlah aku nak cakap yang selama ni aku ikut dia balik rumah -" Amirul mengangkat kepalanya untuk memandang kearah Hilman, dan matanya membulat melihat sesuatu dibelakang Hilman yang masih sedang bercakap tu.
"And aku tengok maklumat peribadi dia secara senyap, lepastu aku-"
"Hil-.."
"Aku kadang2 ambik gambar dia waktu ada koko, and then-"
"Hilman"
"Yang aku selalu cakap dia tu ada mata yang cantik. Kau tahu kan mata dia tu bersinar bila-"
"Hilman !"
Hilman berhenti dari membebel apabila tiba2 sahaja Aiman menjerit namanya. Hilman mengerutkan dahinya apabila diganggu. "What? Aku tak habis cakap lagi ni" rungut Hilman. Namun Aiman hanya duduk membatu sambil memandang kearah belakang Hilman. Keliru. Hilman memusing kepalanya dan tersedak apabila melihat Mika sedang berdiri di belakang. Oh.My.God. itu saja yang berada di fikiran Hilman apabila melihat wajah serious Mika dibelakang.
Suasana menjadi janggal tiba2 apabila tiada seorang pun yang mulakan bercakap setelah lebih 2 minit. Aiman kemudian berdehem untuk menghilangkan perasaan janggal itu. "Ehem. Hai Mika..awak nak apa datang sini?" tanya Aiman sambil cuba untuk tersenyum. Hilman masih lagi membatu sambil memandang kearah Mika yang berada di belakangnya. Aiman terfikir, tidak sakit ke leher Hilman bila toleh macam tu dalam keadaan lama.
Mika memandang kearah Aiman dan kemudian kearah Hilman lalu tersenyum kecil. "Saya lupa nak bagi kertas soalan sejarah kat Hilman semalam. Nah" kata Mika sambil menghulur kearah Hilman. Namun Hilman masih lagi membatu. Mika menyengetkan kepalanya sambil mengerutkan dahinya kerana keliru dengan kelakuan Hilman. Aiman yang melihat kelakuan bodoh kawannya itu mula menepuk dahi sebelum bangun dan mengambil kertas itu dari tangan Mika. "Ha Ha Ha.. sorry. Hilman ni ada penyakit. Dia tak boleh orang tiba2 muncul kat belakang dia. Nanti dia kena sawan sampai tak boleh gerak" kata Aiman sambil cuba untuk ketawa namun gagal apabila ketawanya saling tak tumpah seperti robot. Mika mengerutkan dahinya sambil memandang kearah Aiman. "Oh..okay. Saya pergi dulu lah. Bye" kata Mika sambil tersenyum sebelum pusing dan mula berjalan meninggalkan dua orang lelaki malang itu. Aiman melepaskan nafas lega apabila melihat Mika sudah hilang dari pandangan.
Aiman kemudian menoleh kearah kawannya yang masih membatu itu. Dia menjulingkan matanya keatas sebelum menepuk belakang Hilman dengan kuat membuatkan Hilman tersedak dan bangun dari membatu. "Oh my god !! Malunya ! Mana dia?! Dia dah pergi ke?! Ah! Kau rasa dia dengar tak?! Oh god! mesti dia benci aku ! No ! Mesti dia nak report kat polis ! Oh god ! Macam mana kalau dia report?! Aku tak nak masuk juvana ! Tak nak ! Aiman tolong aku !" ucap Hilman dengan wajah panik sambil tangannya dilibas libas seperti ada lalat disekelilingnya. Aiman betul2 berharap supaya Hilman tertampar wajahnya sendiri dengan tangannya yang tidak henti melibas itu.
"Relaks. Aku rasa dia tak tahu siapa budak yang kita cakapkan tu" kata Aiman sambil menyambung makan mee gorengnya. Hilman kemudian menjatuhkan kepalanya di meja dengan kuat seperti orang yang pengsan secara tiba2. "Matilah aku..." rengek Hilman. Aiman mengeluh melihat kesengsaraan kawannya itu. "Jangan risaulah..lagipun minggu depan baru kau ada kelas dengan dia kan? Nasib seminggu sekali. Kalau tak malu je kena jumpa hari ni" kata Aiman. Hilman masih lagi dalam keadaan merengek seperti budak tak dapat gula2.
Aiman tiba2 tersenyum apabila dia mendapat satu idea. "Oh! Yelah. Ni lah jalan untuk kau start mula mesej dia" kata Aiman. Hilman mengangkat mukanya lalu memandang kearah Aiman. "Huh?" itu sahaja yang keluar dari mulutnya. "Malam ni, kau mesej kat dia kata kau minta maaf sebab sawan- err maksud aku sebab kau berkelakuan bod- i mean pelik ! Yes pelik." terang Aiman sambil tersenyum. Hilman mengerutkan dahinya sambil mengaru dagunya dengan jari telunjuk. "Hmm..bagus juga idea kau. Tapi lepas tu aku nak cakap apa lagi?" tanya Hilman. Aiman mengeluh. "Lepastu kau tanyalah pasal soalan2 sejarah ke apa. Ni hah, kan dia baru bagi soalan sejarah kat kau" kata Aiman sambil memberikan kertas itu kepada Hilman. Hilman mengambil kertas itu lalu membeleknya sambil tersenyum. "Oh ! Pandai jugak kau ni! Thanks !" kata Hilman sambil tersenyum lebar. Aiman tersenyum bangga. "Aku memang pandai daripada kau. Tak boleh buat apa dah" kata Aiman dengan selamba sebelum kembali menyuap mee kedalam mulut.
***
Hilman memandang kearah telefon bimbitnya dengan dalam keadaan meniarap. Dia tidak henti2 mengetap bibirnya dan memandang kearah skrin telefon itu. "Ugh...macam mana ni" gumam Hilman seorang diri. Dia sekarang ni sedang bertempur dengan perasaan dia sendiri untuk menghantar mesej kepada Mika.
To: Mikaaaaa <3
Hai.
Hilman meraup wajahnya untuk mengawal perasaan gemuruhnya apabila dia selesai menekan butang Send. "Please please please ! bagi dia balas" gumam Hilman sambil mengenggam kedua tangannya. Beberapa minit kemudian telefonnya berbunyi dan dengan pantas Hilman mengcapai telefonnya dan membuka mesej itu.
From : Mikaaaaa <3Hilman menepuk dahinya apabila dia terlupa untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu. Dia mengigit bibirnya untuk menahan dari tersenyum. Kalau orang lain berada di dalam biliknya sekarang ni mesti mereka fikir yang Hilman ni sebenarnya perempuan yang tersesat dalam badan lelaki kerana kelakuan angaunya saling tak tumpah macam fangirl yang jumpa idolnya.
Hai ? Siapa ni ?
To : Mikaaaaa <3
Oh sorry. Saya Hilman ! :)
Hilman meletakkan telefon itu dibawah lalu dia memandang kearah telefon itu sambil tersenyum untuk menunggu Mika membalas mesejnya.
From : Mikaaaaa <3
Oh...ok. Awak nak apa?
Hilman memuncungkan sedikit mulutnya apabila itu sahaja reaksi yang dia dapat daripada Mika. Namun dia tak mampu buat apa, sebab memang itu perangai Mika. Sentiasa dalam keadaan tenang dan tidak banyak bercakap.
To : Mikaaaaa <3Hilman mengetap bibirnya apabila dia menaip mesej itu dan menekan butang send. Tak sihat. Ya memang dia tak sihat bila nampak Mika tiba2 munculkan diri dari belakang. Jadi itu tak dikira tipu.
Saya nak minta maaf hal tadi..sorry saya tak sihat sikit hari ni
From : Mikaaaaa <3Hilman mengerutkan dahinya. "Susah betul nak berbual dengan dia ni.." rungut Hilman. Namun dia tetap tidak putus asa. Dan dia mula fikir untuk menggunakan taktik menanya soalan tentang pembelajaran kepada Mika. Baru sahaja dia hendak menaip tiba2 pintu biliknya terbuka.
Oh. Its Okay.
"Ya Allah bertuah punya anak ! Hilman ! Apa kamu buat kat bawah katil tu?! Keluar cepat! Kotorlah! Macam mana kamu boleh muat kat situ?!" jerit ibunya dengan riak wajah panik.
Hilman hanya mampu tersengih.
Dan pada waktu malam sekali lagi Aiman diganggu oleh Hilman melalui telefon. Pada waktu itu Aiman masih lagi mempersoalkan persahabatan diantara dia dengan Hilman .
To Be Continue
Enjoy.
Enjoy.
3 Itik gebo-gebo:
Alah rasa macam sikit je entri kali ni . :( comel je diaorang and and suka lagu blog akk! :D <3 <3 <3
Buatlah lagi :(
@Am_Mir sikit?! Biar betul ahaha kita rasa mcm dah panjang sgt je nih x) InsyaAllah part seterusnya lagi panjang. Thanks !
Catat Ulasan