Aisyah mendengus apabila jam
locengnya berbunyi. Dia mengerutkan dahinya
sambil menutup wajahnya dengan
bantal tidurnya dengan hasrat dia dapat
sambung semula masa tidurnya.
Namun semuanya sia2 kerana jam loceng
itu masih lagi berbunyi dan
disebabkan Aisyah terlalu malas hendak mematikan
jam loceng itu dia bangun dan
duduk di atas katil sambil menggarukan kepalanya
yang tidak gatal itu.Dengan hati
yang berat dia mencapai jam loceng itu dan melihat
jarum jam itu.
8.30 pagi...
Oh..baru 8.30 pagi...bisik hati Aisyah . Kejap..8.30??! mata Aisyah membulat
apabila menyedari yang dia sudah
lambat untuk pergi ke kerja. Aisyah dengan
pantas bangun untuk pergi ke
tandas membersihkan diri. Namun dia tidak sedar yang
kakinya terbelit dengan kain
selimutnya membuatkan dia terjatuh ke lantai dengan kuat.
"Auch!" ngaduh Aisyah
sambil mengusap dahinya yang sedikit merah itu. Itulah yang
sering terjadi kepadanya setiap
pagi. Ada saja bahagian badannya yang akan cedera
disebabkan kecuaiannya sendiri.
Tidak mahu menghiraukan tentang dahinya itu,
Aisyah pantas bangun dan menuju
ke bilik air sambil berdoa yang boss nya tidak akan
memarahinya kerana dia terlambat
pergi ke kerja.
***
Aisyah mengintai ke dalam cafe
itu untuk mencari kelibat bossnya dan memastikan
line clear baginya untuk masuk
ke kedai. Setelah memastikan yang bossnya tidak
ada di situ, Aisyah tersengih
lalu masuk ke dalam kedai dengan memakai jaket
dan topi untuk menyamar.
Pandangan pelik orang sekeliling langsung tidak dihiraukan.
Aisyah dapat melihat pintu masuk
ke dapur semakin hampir dan dia mempercepatkan
langkahnya.Masuk sahaja di situ
dia menerima ketukkan yang kuat di kepalanya
membuatkan dia melutut di lantai
sambil memegang belakang kepalanya. "Auuuch!!!
Sakitlah!" jerit Aisyah
sambil menggosok belakang kepalanya.
Dia kemudian mengangkat kepala untuk melihat siapa punya tangan yang sekeh
kepalanya itu.Ikut hati dia
hendak lesing je kepala orang itu namun setelah dilihat siapa
tuan empunya tangan itu Aisyah
terdiam. "Eh..boss cantik hari ni" kata Aisyah sambil
tersengih dan bangun dari lantai
itu cuba untuk menutup kesalahannya. Bossnya hanya
menjeling tajam ke arahnya
sambil mengcekak pinggang. Aisyah menelan air liurnya.
"So..bagitahu aku satu
sebab kau lambat atau kau akan menerima azab yang kau sendiri
tak mampu bayangkan" ucap
bossnya itu sambil memandang tajam ke arah Aisyah.
Aisyah sudah tidak keruan.
"Err..tadi..aku..aku..aku kena cirit birit! hah betul ! aku kena
cirit birit. Tapi disebabkan aku
ni pekerja yang baik aku datang juga kedai ni ! So..
Mai..janganlah marah
please?" ucap Aisyah sambil memujuk bossnya itu.
Mungkin ramai yang tertanya
tanya kenapa Aisyah memanggil bossnya dengan
panggilan kau aku.Well itu
disebabkan bossnya itu Mai atau nama panjangnya Maisarah
merupakan bestfriendnya sejak
kecik. Sebab itu lah dia dengan selamba memanggil
bossnya dengan panggilan kau
berbanding dengan pekerja lain. Mai mengeluh
mendengar alasan kawannya itu.
Kalau bukan disebabkan kawan dah lama dia
tendang Aisyah itu keluar dari
kedai.Aisyah pula hanya tersengih apabila bossnya
itu tidak dapat
melawannya.
"Sudah! Kau pergi buat
kerja sekarang, customer dah ramai tu" arah Mai sebelum
beredar ke dapur. "Ay Ay
Chief!" ucap Aisyah sambil tabik kearah bossnya.Setelah
menukar pakaian dan memakai
apron, Aisyah menuju ke depan untuk melakukan
kerjanya. Keluar sahaja dia dari
dapur itu namanya sudah dipanggil.
"Aisyah ! Tolong hantarkan
ice latte ni dekat meja tiga!" jerit Aiman rakan
sekerjanya sambil menunjuk ke
arah air minuman yang berada di dulang itu.Aisyah
mengeluh.Tak sempat2 dia hendak
relaks dah kena hantar minuman. Aisyah kemudian
mengangkat dulang itu dan
berjalan kearah meja yang disebutkan oleh Aiman itu.
Sampai dimeja itu,Aisyah
mempamerkan senyuman manis ataupun palsunya itu kearah
customer lelaki itu.Boleh
tahan handsome sempat Aisyah berfikir di dalam hatinya
apabila melihat wajah lelaki
itu. Dia kemudian meletakkan air minuman itu ke atas
meja lalu menundukkan kepala
untuk beredar namun langkahnya terhenti apabila
tangannya di tarik seseorang atau
lebih tepat , oleh lelaki yang dia hidangkan air tadi.
Mata Aisyah membulat.
Ewah sesuka hati mamat ni
tarik tangan aku! jerit hati Aisyah namun dia cuba untuk
bersabar dan memandang kearah
lelaki itu untuk meminta penjelasan. Lelaki itu
memandang lama kearah Aisyah
membuatkan Aisyah berasa tidak selesa. "Err..cik
lepaskan tangan saya,saya ada
kerja nak buat" kata Aisyah sambil cuba untuk
melepaskan tangannya namun gagal
kerana lelaki itu memegang dengan kuat.
"Kahwin dengan saya.."
ucap lelaki itu secara tiba2. Oh..nak kahwin rupanya..tu
pun nak bagitahu
aku..eh..jap..kahwin dengan siapa?? bisik hati Aisyah sambil
memandang pelik kearah lelaki
itu. "Huh? Kahwin? Cik nak kahwin ke? Apa kena
mengena dengan saya?"tanya
Aisyah dengan wajah keliru. Lelaki itu kemudian tersenyum
manis membuatkan jantung Aisyah
berdegup dengan pantas melihat senyuman itu."Saya
nak awak kahwin dengan
saya"kata lelaki itu sekali lagi. Aisyah diam sebentar cuba
untuk menelan apa yang dikatakan
oleh lelaki itu. Setelah faham serta merta matanya
membulat. "Woah! Wait a
minute! Apahal tetiba saya kena kahwin dengan awak pulak?!"
tanya Aisyah dengan nada yang
kuat membuatkan ramai memandang kearah mereka.
Aisyah berdehem cuba untuk
mencover malunya setelah terjerit disitu. Dia
kemudian menggunakan seluruh
tenaganya untuk melepaskan tangannya dari
genggaman lelaki itu.Setelah
terlepas dia dengan pantas berjalan menuju ke dapur
meninggalkan lelaki itu.
"Si Weirdo...boleh mimpi
ngeri aku kalau jumpa dia lagi" bisik Aisyah seorang diri
sambil berjalan masuk .
***
Hari ni Aisyah ditugaskan untuk
menjaga kaunter disebabkan salah seorang pekerja
telah berhenti. "Selamat
datang ke Mailicious Cafe. Nak order apa?" ucap Aisyah
sambil mengangkat kepalanya
untuk melihat customernya. Namun dia menyesal
kerana orang itu ialah Si Weirdo
yang sesuka hati ajaknya kahwin. Serta merta
senyuman di wajah Aisyah hilang.
Lelaki itu tersenyum manis. "Bagi saya,dark
chocolate latte satu" ucap
lelaki itu sambil memandang kearah Aisyah. Aisyah
mengangguk. "Take away
kan?" tanya Aisyah. Lelaki itu kemudian mengerutkan
dahinya. "Taklah. Saya nak
minum sini" ucap lelaki itu. Kini giliran Aisyah yang
mengerutkan dahinya. "Kalau
nak minum sini. Kenapa tak duduk je kat meja tunggu
orang ambik order?" tanya
Aisyah . Mujur waktu itu hanya lelaki itu seorang je
yang sedang beratur.
"Saja..saya nak tengok awak" kata lelaki itu sambil tersenyum.
Aisyah hanya menjulingkan
matanya keatas. Tak class betul ayat mengorat dia
kutuk Aisyah didalam hati.
Setelah selesai membuat air itu, Aisyah meletakkannya
di kaunter dimana lelaki itu
berdegil untuk menunggu di depan kaunter. "Nah.Harga
dia Rm2.50" ucap Aisyah .
Lelaki itu kemudian menghulurkan duit sebelum berkata
"Oh..incase awak nak tahu.
Nama saya Amirul" ucap lelaki itu sebelum beredar dan
duduk di meja yang berhadapan
dengan kaunternya itu. "Aku kisah apa nama
kau..Si Weirdo tetap Si
Weirdo" ucap Aisyah dengan perlahan.
Sejak hari itu Amirul sentiasa
datang ke cafe itu untuk minum termasuk untuk
mengorat Aisyah membuatkan
Aisyah semakin rimas dengan kehadirannya.Dalam
beberapa hari itu, Amirul tidak
habis2 bercerita tentang dirinya kepada Aisyah
walaupun Aisyah sendiri tidak
mahu tahu tentang dia.
***
Aisyah sedang
berdiri di kaunter sambil memandang ke luar kedai. Dari situ
dia dapat melihat Amirul sedang
menuju kearah kedainya membuatkan dia dengan
spontan menundukkan kepalanya di
bawah kaunter. Pandangan pelik rakan sekerjanya
tidak dihiraukan. Dia kemudian
merangkak menuju ke dapur untuk mengelak dari
berjumpa dengan Amirul. Sampai
didalam dia terserempak dengan bossnya Mai.
Mai memandang pelik kearah
rakannya itu yang merangkak masuk kedalam dapur.
"Yang kau ni apahal buang
tebiat tetiba?" tanya Mai. Aisyah tersengih menahan malu.
"Saja nak check lantai ni
licin tak. Takut korang kerja nanti tergelincir tak memasal kan
susah" ucap Aisyah. Mai
hanya menggelengkan kepala melihat karenah kawannya itu.
Tapi apa yang Aisyah tidak tahu.
Amirul datang ke kedai itu bukan untuk minum
dan mengorat semata mata. Dia
ada hal penting yang perlu diberitahu kepada Aisyah
namun setelah melihat langsung
tiada kelibat Aisyah didalam kedai. Amirul mengeluh
kesal dan berjalan keluar dari
kedai dengan hati yang berat.
To Be Continue
So tanpa disangka
cerita ni terlampau panjang dan aku terpaksa bahagikan
kepada dua chapter.
Dont worry. Its only have TWO chapter
Part II (Just click)
2 Itik gebo-gebo:
cayalah cerpen ni! (y)
tehee, suka suka suka xD
AHAHAHAHAHAHA nama heroin dia... Nice one!
(lama x dtg sini maklumlah org ni nak SPM lainlah org tu dah habis SPM hekhekhek)
Catat Ulasan