Nurul memeluk erat bantal yang
berada disebelahnya itu. Namun dahinya
berkerut apabila dia merasakan
ada degupan jantung di bantalnya itu.
Aik? bila masa bantal ada
jantung ni bisik hati Nurul. Lalu dia membuka
matanya dengan perlahan dan
terdiam apabila melihat ada seorang lelaki tidur
dihadapannya. Dan lelaki itulah
yang dipeluknya.
"Aah !" jerit Nurul lalu menolak lelaki itu sehingga jatuh ke bawah katil.
Lelaki itu kemudian mendengus
kerana tidurnya diganggu. "Awak ni
kenapa? sakitlah! Saya nak tidur
pun tak boleh" rungut lelaki itu. Mata Nurul mula
berkaca, dia melihat sekeliling
bilik. "Ini bukan bilik saya ni ! Saya kat mana?! Kenapa
awak tidur dengan saya? Awak
siapa?! Awak rogol saya ke ?!" tanya Nurul bertalu
talu sambil menangis dan memeluk
tubuhnya. Lelaki itu berwajah pucat. Dia kemudian
bangun dan berjalan kearah
Nurul.
"Awak tak ingat saya ke?" tanya lelaki itu dengan riak wajah risau. Nurul mengelengkan
kepalanya sambil menangis.
Lelaki itu kemudian berlari mengambil telefonnya dan
menelefon seseorang. Setelah
selesai , dia duduk di sisi katil sambil memandang
kearah Nurul.
"Awak sure awak tak ingat saya?" tanya lelaki itu. Nurul mengangguk. Lelaki itu
kemudian mengeluh. "Saya
suami awak . Saya rasa awak tak ingat sebab semalam
awak terhantuk kepala sewaktu
jatuh lepastu terus pengsan" terang lelaki itu. "Oh,
and nama saya Zul, kalau awak
tak ingat" sambung lelaki itu lagi. Dia kemudian
merapati Nurul untuk
menenangkannya namun Nurul menghalangnya. "Stop. Macam
mana saya nak tahu yang awak ni
tak tipu?" tanya Nurul sambil menjauhkan diri dari
Zul.
Zul mengeluh dan bangun dari situ. Dia kemudian berjalan menuju ke rak buku
dan mengeluarkan sebuah
album, lalu dia duduk semula di atas katil bersebelahan
Nurul. "Nah, ni album
kahwin kita. Kalau awak tak percaya lagi saya boleh tunjuk
rakaman video time kita kahwin
dulu" terang lelaki itu . Nurul kemudian melihat
satu persatu gambar kahwinnya
itu . Kepalanya terasa berat apabila tiada satu pun
yang dia ingat . Kenapa aku
tak ingat apa2 ni bisik hati Nurul.
***
Nurul duduk di ruang tamu sambil
memandang sekeliling rumah itu. Dinding dipenuhi
dengan gambar dia dan Zul.
Sebentar tadi, doktor ada datang kerumahnya dan
membuat pemeriksaan. Katanya
mungkin penyakit hilang ingatannya itu untuk sementara,
dan dia tidak perlu risau kerana
ianya akan kembali sedikit demi sedikit. Mendengar sahaja
berita tentang itu, Zul dengan
pantas memeluknya dan membisikkannya kata2 semangat.
"Nah, minum ni" kata Zul sambil menghulurkan segelas jus oren kepada isterinya. Nurul
tersenyum lalu mencapai gelas
itu. Zul kemudian duduk disebelah isterinya. "Jangan
risaulah,InsyaAllah nanti awak
ingat balik" pujuk Zul. Nurul mendiamkan diri. "Awak..
macam mana saya kenal dengan
awak? Last saya ingat waktu tu saya tengah drive
kereta. Then sedar2 saya dah ada
dekat sini" terang Nurul. Zul tersenyum. "Saya kenal
awak waktu tu dekat cafe, awak
lupa nak bawa dompet masa beli air. Then saya tolong
bayarkan. Sejak tu kita asyik
berjumpa dan makin rapat" terang Zul. Nurul mengerutkan
dahinya. Dah macam dalam
drama pulak bisik hati Nurul apabila mendengar cerita Zul.
***
Seminggu sudah berlalu dan
Nurul masih tidak mendapat memorinya, Zul pula
masih tidak berhenti untuk
membantu Nurul mendapatkan memorinya. Sungguh Nurul
berasa bersyukur kerana Zul
masih setia dengannya walaupun Nurul tidak pernah
ingat satu pun perkara tentang
kisah cinta mereka.
Pada setiap malam, Nurul mesti akan mengalami mimpi ngeri. Dia akan mendengar
seseorang memanggilnya untuk
bangun. Tapi apabila dia membuka mata, dia
hanya dapat melihat wajah Zul
yang sedang tidur di sebelahnya dan suara yang
sedang memanggilnya itu pun
hilang sekelip mata.
Setiap hari , Nurul merasakan dia semakin jatuh cinta pada suaminya itu.Walaupun
dia tidak ingat apa yang berlaku
sebelum ni,tapi apabila dia sentiasa bersama
dengan suaminya, dia tidak dapat
mengelak daripada merasakan dirinya selamat
disisi suaminya.
Sehinggalah pada satu hari, Nurul dan Zul baring di katil bersama sama sebelum
tidur. Nurul memandang wajah Zul
dengan senyuman manis begitu juga dengan
Zul. Zul kemudian mengucup
dahinya sambil berkata "I love you" sebelum
melelapkan matanya. Nurul
tersenyum dan tidur di dalam dakapan suaminya.
***
Nurul..bangun
sayang..bangunlah..sampai bila kamu nak macam ni..
Nurul..bangun..kamu tak rindu dekat ibu ke?
Nurul membuka matanya dengan perlahan dan terkejut apabila melihat ibunya
sedang duduk di sisi katil
dengan mata yang sembab seperti sedang menangis.
Dia melihat sekeliling bilik
yang berwarna putih itu. Kepalanya terasa sakit.
"Ma? Mama buat apa kat
sini? Nurul kat mana ni? Mana Zul?" tanya Nurul
dengan wajah keliru. Ibunya yang
terdiam itu dengan pantas memeluk tubuh
Nurul dengan kuat. Membuatkan
Nurul semakin terpinga pinga. Lalu ibunya
menekan butang untuk memanggil
doktor.
Setelah doktor membuat pemeriksaan dan berlalu pergi Nurul memandang
kearah ibunya. "Ma.. apa
jadi kat Nurul?" tanya Nurul. Ibunya tersenyum
hiba. "Kamu terlibat dalam
kemalangan waktu drive.Dah sebulan kamu koma"
terang ibunya. Nurul
terdiam."Habis ma.. mana Zul? Kenapa dia tak ada
kat sini?" tanya Nurul.
Ibunya mengerutkan dahi.
"Siapa Zul? Kamu mana ada kawan nama Zul" kata ibunya.
Dan pada waktu itu..Nurul baru sedar yang sebenarnya kisah hidup dia dan
Zul itu hanyalah mimpi sewaktu
dia sedang koma. Entah kenapa,Nurul merasakan
hatinya sakit memikirkan perkara
itu .
***
Tiga bulan kemudian..
Nurul berjalan masuk ke cafe untuk membeli coffee. Namun setelah siap
diorder dihadapan kaunter. Nurul
baru tersedar yang dia tertinggal dompetnya.
"Alamak..mana dompet aku
ni. Takkan aku tak bawak kot" kata Nurul
seorang diri di depan kaunter
itu sambil menggeledah begnya. Staf yang
menjaga kaunter itu hanya
memandang Nurul dengan riak wajah bosan.
"Nah. Saya bayarkan untuk dia sekali" kata seorang lelaki sambil menghulurkan
duit kepada staf itu. Nurul
memandang kearah lelaki itu, namun terdiam
apabila melihat wajahnya.
"Its okay. Saya belanja.Oh and nama saya Zul.Boleh kita berkenalan?" kata
lelaki itu sambil tersenyum
mesra.
End
Im laughing right
now. i dont know what did i just write.
2 Itik gebo-gebo:
Oh!I'm in love with it! xD
Jalan cerita yg menarik akak! (y)
dan terima kasih sudi jenguk & comment di blog saya <3 =D
Hahahaa..best !Dia jumpa jodoh dlm mimpi..
Catat Ulasan