Annyeong ~
So apa kata aku berehat sebentar daripada membuat novel
sebab aku betul2 tengah tak ada mood nak sambung novel
aku tu ahaks ~
Entry kali ni nak cerita lah masalah yang sering dihadapi pelajar
lepas SPM contohnya aku ni hah. Ya. aku dah habis SPM,aku
tau aku comel sampai hangpa semua tak percaya~cough
Masalah yang sering sangat dihadapi oleh kami sebaik sahaja
kami melangkah kaki berambus keluar dari sekolah dengan muka bangga
bagaikan mendapat ijazah di tangan ialah
1 : Berat badan kau akan meningkat.Yang ni kau takyah cerita lah dah tahu apa punca dia. Bila nafsu mula
menguasai diri ini maka .. ecewah ayat aku lagi nak formal. Okay.
Sebelum SPM memang lah berat badan kita akan meningkat juga disebabkan
oleh tekanan sewaktu belajar. Time tu kemain kepala otak dok fikir Habis
SPM aku nak diet woi ! Ya memang itu yang selalu difikirkan oleh kita.
Tapi sayaang ~ itu semua dusta oh dunia ~
Akhirnya lepas SPM kau duduk melenggang depan tv main laptop etc
sambil mengunyah segala benda makanan yang wujud dekat rumah
kau.
2: Bila aku nak kerja?Hah ni soalan yang
Soalan ni tak sah kalau tak keluar dari mulut kawan hang or parent hang yang
sememangnya tak tahan tengok hang dok baring kat katil sepanjang hari 24/7.
Macam aku . Cough.
Lagi masalah kalau tabung duit hang dah makin berkurang dan disebabkan
hang tak sekolah lagi jadi hang tak terima duit poket dari ayah hang tiap2
hari . Time ni lah hang mula gelabah tak tentu pasal pasai nak beli topup
call pakwe tak dapat. Kahkahkah tak lawak
3: Apa jurusan kau nak ambik?Yang ni soalan yang aku rasa paling susah bagi aku . Lebih susah daripada
Addmath dengan formula ntahpape sampai sekarang aku tak hafal tu. Mungkin
yang lain dah ada tetapkan dalam fikiran nak ambik jurusan apa. Tapi aku ni
hah. Sampai sekarang dok fikir apa yang aku reti buat selain daripada duduk
makan tidur dan buat novel. And paling parah kalau parent hang masukkan
hang dalam jurusan yang hang tak suka. Hah nasib~
4: Kau tidur ke tak? Macam mayat hidup aku tengok kau
Ini memang menjadi salah satu masalah remaja masa kini yang mengalami
masalah tidur kerana kemajuan teknologi kita semakin canggih dan wujudnya
twitter, facebook, blog , Drama korea ~ etc.
Tak kira lah dah pukul berapa pun hang takkan sedar pasal hang dok sibuk
bertwitter dan meroyan dengan situ macam orang hilang suami. Bagi yang
minat korea macam coughakucough memang lah lagi teruk layan drama,
kumpulan kpop and running man semua. Dark circle kat mata kau tu bila
tengok dah besar cap jari hang.
5: Lifeless gila akuAkhir sekali bila kau dah mencapai semua kriteria diatas kau akan mendapat
masalah yang ke lima iaitu kau rasa hidup kau lifeless. Rasa macam nak
suruh mak kau pinang sesapa ajak kahwin supaya hidup kau tak membosankan.
Amboi.
Kau akan mula terkenang memori sekolah kau. Kena denda, benda memalukan
yang berlaku semua lah. Rasa macam kau invisible di atas dunia ni lol
Okey sekarang kau dah baca ni mesti kau rasa
Eh eh betul lah ~
Tak ? Oh okey.
4 Itik gebo-gebo:
cuti around 3 months kan? best giler tapi cepat boring. better use the free time to think about what you're going to be in the future. and I know this is totally unrelated to the post but I still want to say that you have the talent to be a writer.
:)
suka onew ke??
byk enrty guna gif dia hehe,,,
kyeopta!!
Selain itu, masalah plkn. Tak sempat nak kerja apa semua, plkn dah panggil. Tskk :3
Hehhehe..time akak dulu..part time keja...then sambung study..sibuk juga aktiviti luar..hiking trekking...best tau...
Dah keja...takdenya nak dapat cuti macam kat skolah dulu..hahahaa
The best thing is..do what u wanna do...hehhehee..tapi fikir2 la the nak keja apa nnti...haaa..kan...
Be a novelist..but at the same time..study engineering ker..architechure, ker..apa2 je lah... minat akaun?...tak kot...kan..
Yg penting..jangan main cekau jer apa yg ada depan mata..sbb study bukan mcm mknan...mkanan..yer ..makan jerr..tapi bila study..lorong itulah kita akan ikut bila kerja...
Good luck dear...
Catat Ulasan