BOOKTALK WITH DALILA : TALES OF PECULIAR BY RANSOM RIGG

Hai Assalammualaikum !

Baiklah hari ni aku akan buat review buku Tales Of Peculiar by Ransom Rigg. Sesiapa yang pernah tengok movie Miss Peregrine's Home for Peculiar Children pasti familiar dengan cerita yang ada di dalam buku ni. Sebenarnya aku dah lama baca buku Tales of Peculiar ni. Cuma baru sekarang rasa nak buat review dekat blog.

Buku Ransom Rigg ni ada Trilogy dia sendiri. 

Ni buku dia yang berkaitan dengan filem Miss Peregrine. Buat masa ni adaptasi buku tu dari buku pertama yang tajuk dia Miss Peregrine tu. Buku kedua Hollow City dan ketiga Library of Soul. Tapi hari ni aku nak cakap pasal buku dia yang lagi satu saling berkait juga dengan buku Trilogy di atas and dalam filem pun Miss Peregrine ada sebut tentang buku ni. Buku koleksi cerita pendek Peculiar atau Tales of Peculiar.

this is a hardcover. Look at this beautiful cover.

Kalau ada sesiapa yang dulu minat baca buku kisah-kisah dongeng ha ni lah salah satu buku kisah dongeng versi english. Ala buku The Grimm juga lah. Kisah zaman dahulu. Cuma yang bezanya, dalam buku ni dia cerita tentang watak yang peculiar lain dari lain dan walaupun ada beberapa cerita yang gelap, penulis Ransom Rigg ada mengubah cerita tu jadi lebih bermoral dan menarik. 

Malah kalau korang baca buku Trilogy tu dulu sebelum Tales of Peculiar korang akan nampak ada beberapa jalan cerita yang di Tales of Peculiar ni masuk dalam buku tu terutama sekali Hollow City. Kira kalau korang nak beli set trilogy tu, korang boleh je beli Tales of Peculiar juga untuk tahu lebih lanjut pasal cerita yang disebut di dalam buku Hollow City. 

Dalam buku ni ada 160 muka surat dengan 10 jenis cerita pendek. 

  1. The Splendid Cannibals
  2. The Fork-Tongued Princess
  3. The First Ymbryne
  4. The Woman Who Befriended Ghost
  5. Cocobolo
  6. The Pigeons of Sains Paul's
  7. The Girl who Tame Nightmares
  8. The Locust
  9. The Boy Who Could Hold Back the Sea
  10. The Tale of Cuthbert.
Okay tu nama tajuk-tajuk cerita yang ada di dalam buku tersebut. Yang diwarna kan merah tu antara favorite aku. 

Ini contoh dalam buku. Setiap cerita akan disertakan dengan ilustrasi dari pelukis berdasarkan jalan cerita. Ini gambar cerita The Woman Who Befriended Ghost. Great story.

Aku beli buku ni dekat Debook (Klik) dengan harga RM60, postage RM7 untuk SM. Dorang juga ada instagram so korang boleh je search Debookroom. Servis paling baik sekali pernah aku beli, tak pernah ada masalah. Bayar harini, esok sampai.

So korang yang berminat dengan cerita Fairy tale tapi lebih dark theme boleh beli buku ni. But i recommend you guys beli set book Miss Peregrine tu juga supaya lebih faham apa gunanya cerita-cerita pendek dekat dalam Tales Of Peregrine ni. Aku baru habis baca Hollow City dan tengah sambung baca Library of Soul. Buku terakhir trilogy ni. I must said that WORTH IT.

Maybe lepasni aku akan buat review set buku Miss Peregrine, with a little bit spoiler or LOTS OF SPOILER BECAUSE IT SO AWESOME. Jadi apa tunggu lagi, sekarang buku tu semua banyak buat sales sebab New Year. Pergi beli! Confirm tak menyesal !



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

1 Itik gebo-gebo:

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi