Bas. Perkara yang paling aku
annoying dalam dunia ni ialah bus. Terpaksa berapat
rapat dengan orang yang kita tak
kenali, kemudian kalau orang tu bau wangi tak apa
jugak. Ni bau serupa kasut yang
dah lama tak basuh.Tapi aku paling suka bas yang
sunyi dan tidak ramai manusia
berhimpit seperti sardin (sardin pun bau lagi wangi dari bas).
Terutama sekali pada waktu pagi
dalam pukul 10 pagi memang kurang manusia
menggunakan bas yang melalui
tempat pengajian aku ni.
Cerita bermula disaat aku
menjejak kaki ke dalam bas dengan buku novel Fixi berada
di tangan,dan beg aku disandang
di bahu kananku. Setelah membayar tambang kepada
pakcik pemandu itu aku melihat
sekeliling bas untuk mencari tempat. Tempat duduk yang
berkerusi satu menjadi pilihan
aku. Tak mahu aku berkongsi tempat dengan orang tak
dikenali,kalau dapat kakak-kakak
atau makcik-makcik aku tak kisah tapi dah kalau dapat
yang bangla kerja kilang tu
memang bukan selera aku. Bukan racist tapi aku tahu semua
orang pun fikir macam tu macam
mana awkwardnya bila duduk sebelah bangsa tu.
Sesudah sampai ditempat duduk
itu aku menghembuskan nafas lega. Beg ku diletakkan
di atas riba dan buku novel ku
dibuka. Baru sahaja aku mahu membaca ayat pertama aku
melihat bayang seseorang duduk
di hadapan aku bertentangan dengan tempat duduk aku .
Kepalaku diangkat dan disaat itu
aku terkedu dan badanku menjadi kaku melihat seorang
lelaki duduk dihadapan ku. Di
telinganya mempunyai headphone, berkulit jaket dan
berseluar jeans hitam melihat
dari gayanya aku dapat agak dia lagi tua dari aku. Beg
sandang diletakkan dibawah
kerusi bersebelahan kakinya. Aku dengan cepat
membetulkan kedudukanku,tak mahu
dianggap serabai atau tidak senonoh oleh lelaki
dihadapanku itu. Lelaki itu
kemudian mengeluarkan novel lejen dan mula membaca
tanpa mempedulikan keadaan
sekeliling.
Sepanjang perjalanan itu aku
cuba, diulangi cuba untuk fokus kepada buku ditanganku. Tapi
gagal pabila mata mula
mengingkari arahan otakkku untuk memandang kearah lelaki itu.
Wajahnya yang putih melepak
ditambah dengan hidung mancung dan kening tebal betul2
buat jantung aku berdegup
kencang.Jadi bukan salah aku kalau mata aku degil kalau boleh
setiap 1 minit nak curi2 pandang
lelaki yang berada di hadapan aku. Bas berhenti
membuatkan aku terjaga daripada
aksi tak sedar diri dan tak tahu malu itu. Aku melihat
lelaki itu dengan keadaan
tergesa gesa keluar dari bas dan mengangkat beg sandangnya
sambil berlari keluar dari bas.
Dari cermin aku melihat dia berjalan kearah kedai yang
dipenuhi buku.
Bas mula berjalan dengan
perlahan meninggalkan tempat itu membuatkan aku berasa sedih
kerana tidak dapat berjumpa Satu
keluhan berat dilepaskan oleh aku sebelum mula
menunduk untuk mula membaca
semula buku yang entah apa guna dia ditangan aku sejak
dari tadi. Namun mataku terhenti
di tempat duduk lelaki itu tadi. Terdapat sebuah buku
berada di lantai berdekatan
dengan tempat duduknya. Aku bangun dan mengambil buku itu
lalu membeleknya. "Eh ni
buku abang tadi tu" bisik hatiku . Aku kemudian membawa buku
itu lalu duduk ditempat ku
semula.
Buku bertajuk Satu Gulung
Negatif berada ditanganku. Sebuah buku daripada terbitan
Lejen dan penulisnya Fandy
Taher. Cover buku itu yang berwarna gelap ditambah dengan
susun atur gambar yang
diletakkan dicover itu menarik perhatian aku. Aku membelek
belek kandungan buku berserta
sinopsis buku itu. "Menarik" ucapku seorang diri.
Aku membaca buku itu sepanjang
perjalanan ke Giant . Tempat yang ingin aku pergi
pada mulanya untuk membeli
barang kolej yang semakin hari semakin nazak di kolej
ku,ditambah dengan nazaknya
nombor digit di akaun bank ku.
Setelah 2 jam membeli belah
seorang diri di Giant dan makan sarapan pagi di food court
aku menunggu bas 605 untuk tiba
di tempat perhentian bas. Hampir 30 minit aku dah
boleh jadi batu di busstop tu
bila bas masih lagi tidak tiba. Untuk mengelakkan kebosanan
aku kembali membaca buku Satu
Gulung Negatif walaupun aku tahu itu bukan buku aku.
Tapi dah kalau cerita tu best
dan dapat pulak dekat pembaca novel tegar memanglah aku
takkan lepaskan peluang untuk
membaca buku tu .
Akhirnya setelah 10 minit bus
pun tiba. Aku melihat keadaan bus itu yang mula
penuh dengan manusia manusia
yang entah dari mana mereka datang duduk di dalam bus.
Aku melihat ada 2 kerusi kosong
bersebelahan di belakang.Selesai membayar tambang,
dengan pantas aku berjalan dan
duduk disitu. Beg plastik aku diletakkan di kerusi sebelah
aku, dan aku kembali membaca
novel ditangan.
Aku sedang khusyuk membaca novel
apabila ada seorang lelaki berdehem.Aku mendongak
dan badanku menjadi keras
seperti batu. Hendak mengerlip mata pun jadi teragak agak.
Lelaki yang sama yang aku lihat
pagi tadi berada di depan aku dengan wajah coolnya itu
memandang kearah aku.Aku ? Aku
yang berkaca mata tebal, bergigi besi dan pendek ini.
Eh tapi aku duduk bukan dia tahu
pun aku pendek.
Lelaki itu kemudian menunjuk
kearah kerusi disebelah aku. "Um boleh saya duduk situ?"
tanya lelaki itu.Suaranya
sungguh merdu di telingaku. Membuatkan aku dengan pantas
menurunkan beg plastik aku
kebawah.Lelaki itu tersenyum kecil lalu duduk disebelah aku .
Aku secara automatik menjadi
keras. Buku dipeluk kuat oleh aku untuk menahan malu dan
cuak.Wajahku menjadi panas dan
merah. Tak tahu sama ada aku patut rasa bertuah atau
malang dengan apa yang terjadi
sekarang ni pada aku.
Lelaki itu kemudian memakai
headphone ditelinga dan mula memandang kearah luar
tingkap.Setelah beberapa minit
aku baru perasan buku lelaki tu ada pada aku! Ini lah masa
untuk aku pulangkan pada dia.
Aku berdehem untuk memastikan suara aku okay dan mula
memanggil
dia."Maaf..err..abang?".Lelaki itu terus memandang ke luar. Aku
menggaru
kepalaku apabila sedar yang
lelaki itu tidak mendengar suara aku kerana lagu di headphonenya.
Aku ke depankan sedikit badanku
kemudian melambai kearah wajah lelaki itu.
"Abang!" panggil aku.
Lelaki itu terkejut namun hanya untuk sesaat sahaja di menunjukkan
reaksi itu, dia kemudian kembali
memandang dengan wajah coolnya. "Ya?" tanya lelaki itu
sambil membuka headphone
dikepala. Aku cuba untuk senyum namun sedar mungkin
dia tidak menyukai gigi besi aku
yang akan nampak jelas jika aku tersenyum jadi aku
hanya menunduk dan mengambil
buku diriba.
"Um ni buku abang yang
terjatuh tadi" kataku sambil menghulur kepada lelaki itu. Lelaki
itu membuat wajah keliru sebelum
tersenyum lebar. "Eh! Terima kasih! Saya mati2 ingat
buku saya hilang terus
tadi" kata lelaki itu sambil mengambil buku di tangan aku. Aku
mengigit bibir cuba untuk
menahan dari tersenyum lebar. "Um..ya saya nampak abang
terjatuhkan dari masa abang
bergegas keluar" terangku. Lelaki itu kemudian memandangku
dengan senyuman paling ikhlas
sekali. "Terima kasih sangat..really.." ucap abang tu. Wajah
ku menjadi merah melihat
wajahnya itu.Dengan pantas aku menundukkan kepalan sambil
menggaru kepala.
"Um..sama2.." ucapku.
Untuk beberapa minit kami berdua
hanya mendiamkan diri tidak tahu bagaimana ingin
menyambung perbualan sebelum
lelaki itu mula bertanya "Adik ni dari Puncak Perdana
ke?"tanya lelaki itu. Aku
mengangguk. "Oh! Samalah dengan abang.Tapi abang pelajar
degree, adik ?"tanya lelaki
itu."Um..Semester 1" kata aku. Lelaki itu mengangguk."Adik
ambik jurusan apa?" tanya
lelaki itu lagi. Aku mula rasa pelik melihat keramahan lelaki
itu.Tengok muka macam seorang
yang sombong."Jurusan Penulisan,err abang?" aku
memberanikan diri untuk
bertanya. Lelaki itu tersenyum menampakkan sebaris gigi
yang tersusun. "Abang dari
teater hee tak sangka kita dari tempat belajar yang sama
kan" kata lelaki itu. Aku
mengangguk sambil tersenyum.
Aku kemudian melihat lelaki itu
membuat sesuatu sambil menghadap kearah tingkap.
Badannya membelakangi aku
membuatkan aku tidak nampak perlakuannya. Dia kemudian
memandang kearah aku sambil
tersenyum.Lalu dia menghulurkan gula-gula getah
Doublemint kepadaku. "Nah
gula2 getah untuk awak. Saya turun dulu ya. Jumpa lagi
di Puncak " kata lelaki itu
sambil mengenyit mata kearah ku.
Aku melihat dia turun dari bas,
dan setelah kelibat dia hilang barulah aku melihat kearah
gula-gula getah yang
diberikannya kepada aku. "Haih..kan bagus kalau bagi nombor"
rungutku seorang diri sambil
membuka pembuka gula getah itu. Mataku terbeliak
melihat di sebalik kertas gula
getah itu tertulis no telefon lelaki itu.
Aiman
0193674959
Ternyata bas bukanlah tempat
yang paling annoying bagi aku.
Author notes.
Yes. Aku tahu dah lama aku tak
update cerita. Maaf sangat2 . Serious. Busy dengan
assignment and works blablabla
and even aku ni tengah belajar penulisan pun aku
tetap hilang mood nak menulis
bila banyak sangat kerja ni.Jadi paham2 lah. Anyway.
Ni sebagai tanda minta maaf dan
hadiah kepada anda. Exam final dah dekat.
DOAKAN AKU . InsyaAllah nanti
cuti sem aku menggila lagi dengan blog heeee~
Oh! Jangan ingat aku dah lupakan
AKU BUKAN STALKER. Na uh i still remember
that weird story.
AND YES CERITA NI BERDASARKAN DI
TEMPAT AKU BELAJAR DI PUNCAK
PERDANA.BUT. Benda ni tak
terjadi pun betul2 dekat aku. Yang terjadi pun part aku
nampak balik orang yang sama
bila nek bas pergi dan balik. Ok bye ! Semoga kita
berjumpa lagi. Kiss.
1 Itik gebo-gebo:
Wuuuu
yang ni pun saya suka saya suka :D <3 <3
haha boleh imagine watak perempuan dan lelaki tuu
Catat Ulasan