Untuk Budak SPM

Hai
Assalammualaikum
Annyeong! /bow

Okay ni tips pada adik-adik kita yang masih bersekolah dan yang masih berhingus eh. Ada yang kena teranjang nanti. kah.

HashtagTetiba.

Baiklah. Pada adik2 ku yang tercinta lagi termanja semua yang sekarang ni dah masuk ke alam sekolah menengah atau tengah berada di form 4 dan 5. Disini saya Dalila atau lebih dikenali sebagai Gadis Tetiba. Ingin memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan apabila anda tiada cita2 atau sedang berada di tahap taktau pebenda yang kau nak jadi bila besar nanti melainkan makan tidur dekat rumah.

Aku dulu pernah mengalami masalah taktau apa nak jadi kat life aku. Langsung takda tujuan

Bila orang tanya

"Wei kau nak jadi apa lepas SPM?"

"Entah"

Dan disaat aku menjawab sebegitu rupa aku mendapat tenungan paling judgemental sekali.

"Eh minah ni teruknya cita2 sendiri taktau. Padahal dah form 5"

"Tulis kat blog macam orang pandai tapi real life otak udang.

  Udang pun lagi pandai daripada dia rasanya" /k ni hiperbola/

Ni mai aku nak ajar hangpa achaner nak tahu apa yang korang minat dan nak jadi
bila habis SPM nanti. Ni penting woi untuk korang yang berumur 17 tahun /macam aku/.

Sebenarnyakan. Korang ni ada cita2 tapi korang keliru. Contoh kejap korang nak jadi bomba pastu tukar polis pastu doktor. Alah samalah macam borang yang korang isi time sekolah rendah dulu yang tiap2 tahun dia tanya apa cita2 korang and tiap2 tahun gak cita2 korang berubah. Jangan tanya kenapa. Ni pengaruh kawan yelah masa kau nak isi time tu jugak kawan kau sibuk nak

"Wei jom jadi doktor weh! Best"
Me " Hah okay2 ! /angguk2/"  (...................)

Bila aku pikir balik ah. Masa zaman hingusan dulu kenapa ntah aku ikut kawan.Alah biasalah. Budak hingusan. lol

Oh jauh aku melencong. Um k. Nak tau apa cita2 kau? Senang je. Kau tanya diri kau sendiri apa kau minat. Kau tanya kawan kau apa yang kau selalu buat tanpa kau sedar. Contoh macam aku dulu, aku sampai form 5 aku taktau apa cita2 aku. Dah dekat SPM baru dok kalut pikir eh amenda aku nak jadi ni ! Aku nak mohon UPU macam mana kalau taktau nak jadi apa ! Sebenarnya benda ni simple je, tapi disebabkan orang selalu kata yang UPU ni penentu apa yang kau akan jadi bila besar nanti sebab kau yang pilih jurusan yang kau nak mula ah kau jadi kalut. Puih.

Dilarang meniru tindak laku aku. Sekian. 

Then aku dok pikir punya pikir...sampailah SPM....sampailah habis SPM

Aku tanya kawan aku.Pendapat diorang. Aku tanya cikgu kaunseling. Aku tanya semua oranglah . Then aku tanya diri aku. APA YANG AKU MINAT DAN AKU YAKIN AKU AKAN BELAJAR BERSUNGGUH SUNGGUH SEBAB BENDA TU.

Poof ! Alhamdullilah.

Aku baru rasa aku nak jadi seorang penulis. Melalui blog pada mulanya dan aku akan pastikan..One day aku akan dapat lihat buku-buku aku berada di rak buku jualan. Aku nak satu negara mahupun dunia melihat fantasi aku di dalam buku tu...

Dan aku takkan pernah berhenti daripada berimaginasi. Tak kiralah aku ada kat mana pun, aku tetap akan berangan. Ya..dulu aku suka berangan nak buat skrip bagai .Nak jadi orang filem. And you know what? Sekarang ni aku berada di Universiti yang menawarkan aku belajar dunia filem. Belajar apa itu skrip, belajar buat skrip semua tu. Belajar macam mana orang buat filem, storyboard,dan apa itu lakonan semua.

Aku pun tak tau Uitm ada menawarkan benda tu. Ha ha ha. Dan jujur aku taktau Uitm Puncak Perdana ni apa. Aku tau Uitm Puncak Alam dengan yang Induk punya ja. Tapi bila masuk aku ternganga dapat tau dekan aku sebenarnya direktor terkenal, aku jumpa artis aku belajar gaya hidup filem semua. Dan aku bersyukur. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku peluang menjejak satu langkah ke dunia filem. Dan InsyaAllah aku akan menjejak langkah aku lagi satu dan bekerja di dunia filem. Eceh aku ni sejak belajar penulisan banyak betul ayat bunga2 yang aku letakkan . Hah tetiba.

So pada adik2..kalau awak rasa awak minat sangat pada sesuatu perkara tu. Even benda tu dont make any sense like kau nak jadi pelukis or penulis like me yang orang selalu pandang remeh pekerjaannya. Awak kena berani. Berani mengambil cabaran, dan tunjukkan pada orang. "Hey aku jadi blablabla pun boleh berjaya lah" buktikan pada mereka yang pandang remeh tentang bidang yang kita pilih. BUKTIKAN

Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan kan? So angkat muka anda pandang kehadapan dan yakinlah dengan pilihan anda.

Cheers up guys !  SPM ni senang je !  Ha Ha Ha Ha Ha ayat sarcasm gila.

NOTA TAPAK KAKI YANG AKU RASA KORANG TAKYAH BACA

Tajuk asal entry ni sebenarnya "Untuk Budak SPM Yang Takda Life"
tapi panjang sangat jadi aku buat Untuk Budak SPM je. kah.

Komen lah sikit. Aku rindu nak baca komen hangpa semua. Kata Hai pun jadilah. Nampak tak apa jadi kalau dah stress tahap gaban ni? Taktau malu betol lol

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Roda Di Puncak


DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION



Gift for you guys for my "temporary" hiatus

Bas. Perkara yang paling aku annoying dalam dunia ni ialah bus. Terpaksa berapat
rapat dengan orang yang kita tak kenali, kemudian kalau orang tu bau wangi tak apa
jugak. Ni bau serupa kasut yang dah lama tak basuh.Tapi aku paling suka bas yang
sunyi dan tidak ramai manusia berhimpit seperti sardin (sardin pun bau lagi wangi dari bas).
Terutama sekali pada waktu pagi dalam pukul 10 pagi memang kurang manusia
menggunakan bas yang melalui tempat pengajian aku ni.

Cerita bermula disaat aku menjejak kaki ke dalam bas dengan buku novel Fixi berada
di tangan,dan beg aku disandang di bahu kananku. Setelah membayar tambang kepada
pakcik pemandu itu aku melihat sekeliling bas untuk mencari tempat. Tempat duduk yang
berkerusi satu menjadi pilihan aku. Tak mahu aku berkongsi tempat dengan orang tak
dikenali,kalau dapat kakak-kakak atau makcik-makcik aku tak kisah tapi dah kalau dapat
yang bangla kerja kilang tu memang bukan selera aku. Bukan racist tapi aku tahu semua
orang pun fikir macam tu macam mana awkwardnya bila duduk sebelah bangsa tu.

Sesudah sampai ditempat duduk itu aku menghembuskan nafas lega. Beg ku diletakkan
di atas riba dan buku novel ku dibuka. Baru sahaja aku mahu membaca ayat pertama aku
melihat bayang seseorang duduk di hadapan aku bertentangan dengan tempat duduk aku .
Kepalaku diangkat dan disaat itu aku terkedu dan badanku menjadi kaku melihat seorang
lelaki duduk dihadapan ku. Di telinganya mempunyai headphone, berkulit jaket dan
berseluar jeans hitam melihat dari gayanya aku dapat agak dia lagi tua dari aku. Beg
sandang diletakkan dibawah kerusi bersebelahan kakinya. Aku dengan cepat
membetulkan kedudukanku,tak mahu dianggap serabai atau tidak senonoh oleh lelaki
dihadapanku itu. Lelaki itu kemudian mengeluarkan novel lejen dan mula membaca
tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Sepanjang perjalanan itu aku cuba, diulangi cuba untuk fokus kepada buku ditanganku. Tapi
gagal pabila mata mula mengingkari arahan otakkku untuk memandang kearah lelaki itu.
Wajahnya yang putih melepak ditambah dengan hidung mancung dan kening tebal betul2
buat jantung aku berdegup kencang.Jadi bukan salah aku kalau mata aku degil kalau boleh
setiap 1 minit nak curi2 pandang lelaki yang berada di hadapan aku. Bas berhenti
membuatkan aku terjaga daripada aksi tak sedar diri dan tak tahu malu itu. Aku melihat
lelaki itu dengan keadaan tergesa gesa keluar dari bas dan mengangkat beg sandangnya
sambil berlari keluar dari bas. Dari cermin aku melihat dia berjalan kearah kedai yang
dipenuhi buku.

Bas mula berjalan dengan perlahan meninggalkan tempat itu membuatkan aku berasa sedih
kerana tidak dapat berjumpa Satu keluhan berat dilepaskan oleh aku sebelum mula
menunduk untuk mula membaca semula buku yang entah apa guna dia ditangan aku sejak
dari tadi. Namun mataku terhenti di tempat duduk lelaki itu tadi. Terdapat sebuah buku
berada di lantai berdekatan dengan tempat duduknya. Aku bangun dan mengambil buku itu
lalu membeleknya. "Eh ni buku abang tadi tu" bisik hatiku . Aku kemudian membawa buku
itu lalu duduk ditempat ku semula.

Buku bertajuk Satu Gulung Negatif berada ditanganku.  Sebuah buku daripada terbitan
Lejen dan penulisnya Fandy Taher. Cover buku itu yang berwarna gelap ditambah dengan
susun atur gambar yang diletakkan dicover itu menarik perhatian aku. Aku membelek
belek kandungan buku berserta sinopsis buku itu. "Menarik" ucapku seorang diri.

Aku membaca buku itu sepanjang perjalanan ke Giant . Tempat yang ingin aku pergi
pada mulanya untuk membeli barang kolej yang semakin hari semakin nazak di kolej
ku,ditambah dengan nazaknya nombor digit di akaun bank ku.

Setelah 2 jam membeli belah seorang diri di Giant dan makan sarapan pagi di food court
aku menunggu bas 605 untuk tiba di tempat perhentian bas. Hampir 30 minit aku dah
boleh jadi batu di busstop tu bila bas masih lagi tidak tiba. Untuk mengelakkan kebosanan
aku kembali membaca buku Satu Gulung Negatif walaupun aku tahu itu bukan buku aku.
Tapi dah kalau cerita tu best dan dapat pulak dekat pembaca novel tegar memanglah aku
takkan lepaskan peluang untuk membaca buku tu .

Akhirnya setelah 10 minit bus pun tiba. Aku melihat keadaan bus itu yang mula
penuh dengan manusia manusia yang entah dari mana mereka datang duduk di dalam bus.
Aku melihat ada 2 kerusi kosong bersebelahan di belakang.Selesai membayar tambang,
dengan pantas aku berjalan dan duduk disitu. Beg plastik aku diletakkan di kerusi sebelah
aku, dan aku kembali membaca novel ditangan.

Aku sedang khusyuk membaca novel apabila ada seorang lelaki berdehem.Aku mendongak
dan badanku menjadi keras seperti batu. Hendak mengerlip mata pun jadi teragak agak.
Lelaki yang sama yang aku lihat pagi tadi berada di depan aku dengan wajah coolnya itu
memandang kearah aku.Aku ? Aku yang berkaca mata tebal, bergigi besi dan pendek ini.
Eh tapi aku duduk bukan dia tahu pun aku pendek.

Lelaki itu kemudian menunjuk kearah kerusi disebelah aku. "Um boleh saya duduk situ?"
tanya lelaki itu.Suaranya sungguh merdu di telingaku. Membuatkan aku dengan pantas
menurunkan beg plastik aku kebawah.Lelaki itu tersenyum kecil lalu duduk disebelah aku .
Aku secara automatik menjadi keras. Buku dipeluk kuat oleh aku untuk menahan malu dan
cuak.Wajahku menjadi panas dan merah. Tak tahu sama ada aku patut rasa bertuah atau
malang dengan apa yang terjadi sekarang ni pada aku.

Lelaki itu kemudian memakai headphone ditelinga dan mula memandang kearah luar
tingkap.Setelah beberapa minit aku baru perasan buku lelaki tu ada pada aku! Ini lah masa
untuk aku pulangkan pada dia. Aku berdehem untuk memastikan suara aku okay dan mula
memanggil dia."Maaf..err..abang?".Lelaki itu terus memandang ke luar. Aku menggaru
kepalaku apabila sedar yang lelaki itu tidak mendengar suara aku kerana lagu di headphonenya.

Aku ke depankan sedikit badanku kemudian melambai kearah wajah lelaki itu.
"Abang!" panggil aku. Lelaki itu terkejut namun hanya untuk sesaat sahaja di menunjukkan
reaksi itu, dia kemudian kembali memandang dengan wajah coolnya. "Ya?" tanya lelaki itu
sambil membuka headphone dikepala. Aku cuba untuk senyum namun sedar mungkin
dia tidak menyukai gigi besi aku yang akan nampak jelas jika aku tersenyum jadi aku
hanya menunduk dan mengambil buku diriba.

"Um ni buku abang yang terjatuh tadi"  kataku sambil menghulur kepada lelaki itu. Lelaki
itu membuat wajah keliru sebelum tersenyum lebar. "Eh! Terima kasih! Saya mati2 ingat
buku saya hilang terus tadi" kata lelaki itu sambil mengambil buku di tangan aku. Aku
mengigit bibir cuba untuk menahan dari tersenyum lebar. "Um..ya saya nampak abang
terjatuhkan dari masa abang bergegas keluar" terangku. Lelaki itu kemudian memandangku
dengan senyuman paling ikhlas sekali. "Terima kasih sangat..really.." ucap abang tu. Wajah
ku menjadi merah melihat wajahnya itu.Dengan pantas aku menundukkan kepalan sambil
menggaru kepala. "Um..sama2.." ucapku.

Untuk beberapa minit kami berdua hanya mendiamkan diri tidak tahu bagaimana ingin
menyambung perbualan sebelum lelaki itu mula bertanya "Adik ni dari Puncak Perdana
ke?"tanya lelaki itu. Aku mengangguk. "Oh! Samalah dengan abang.Tapi abang pelajar
degree, adik ?"tanya lelaki itu."Um..Semester 1" kata aku. Lelaki itu mengangguk."Adik
ambik jurusan apa?" tanya lelaki itu lagi. Aku mula rasa pelik melihat keramahan lelaki
itu.Tengok muka macam seorang yang sombong."Jurusan Penulisan,err abang?" aku
memberanikan diri untuk bertanya. Lelaki itu tersenyum menampakkan sebaris gigi
yang tersusun. "Abang dari teater hee tak sangka kita dari tempat belajar yang sama
kan" kata lelaki itu. Aku mengangguk sambil tersenyum.

Aku kemudian melihat lelaki itu membuat sesuatu sambil menghadap kearah tingkap.
Badannya membelakangi aku membuatkan aku tidak nampak perlakuannya. Dia kemudian
memandang kearah aku sambil tersenyum.Lalu dia menghulurkan gula-gula getah
Doublemint kepadaku. "Nah gula2 getah untuk awak. Saya turun dulu ya. Jumpa lagi
di Puncak " kata lelaki itu sambil mengenyit mata kearah ku.

Aku melihat dia turun dari bas, dan setelah kelibat dia hilang barulah aku melihat kearah
gula-gula getah yang diberikannya kepada aku. "Haih..kan bagus kalau bagi nombor"
rungutku seorang diri sambil membuka pembuka gula getah itu. Mataku terbeliak
melihat di sebalik kertas gula getah itu tertulis no telefon lelaki itu.

Aiman
0193674959



Ternyata bas bukanlah tempat yang paling annoying bagi aku.


Author notes.
Yes. Aku tahu dah lama aku tak update cerita. Maaf sangat2 . Serious. Busy dengan
assignment and works blablabla and even aku ni tengah belajar penulisan pun aku
tetap hilang mood nak menulis bila banyak sangat kerja ni.Jadi paham2 lah. Anyway.
Ni sebagai tanda minta maaf dan hadiah kepada anda. Exam final dah dekat.
DOAKAN AKU . InsyaAllah nanti cuti sem aku menggila lagi dengan blog heeee~
Oh! Jangan ingat aku dah lupakan AKU BUKAN STALKER. Na uh i still remember
that weird story.

AND YES CERITA NI BERDASARKAN DI TEMPAT AKU BELAJAR DI PUNCAK
PERDANA.BUT. Benda ni tak terjadi pun betul2 dekat aku. Yang terjadi pun part aku
nampak balik orang yang sama bila nek bas pergi dan balik. Ok bye ! Semoga kita
berjumpa lagi. Kiss.




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

DUM DUM DUM !





HEY DO YOU GUYS  SEEEEEEE THATTT ?





DO YOU KNOW WHAT IT MEANS?
DO YOU
DO YOU 
YOU DO?

coming soon after my final exam. Wait for me !



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi