Aku Bukan Stalker ! Part 7

 Part 6



Aku Bukan Stalker Part 7

Hilman berjalan dengan gembira menuju ke library untuk belajar dengan Mika. Sejak Aiman mengaku yang dia sukakan Balqis, Hilman tak habis2 mengusik dia dan pada masa yang sama cuba untuk dapatkan maklumat tentang Balqis demi kawannya. Hilman masuk ke library dan melihat sekeliling tempat untuk mencari Mika. Dia melihat ditempat biasa yang mereka duduk, namun disitu hanya ada seorang perempuan yang dia tak kenali tengah duduk sendirian. Hilman mengecilkan matanya mencari perempuan yang memakai cermin mata besar di dalam library namun seorang pun tidak ada. "Mana dia ni..takkan lambat pulak" bisik Hilman seorang diri dengan masih lagi berdiri di tempat berdekatan dengan kaunter pinjam buku. Sedang dia termenung tiba2 ada seseorang mencuit bahunya.

Hilman menoleh dan terdiam apabila melihat wajah Mika tanpa memakai cermin mata. Dia rasakan jantungnya berhenti sebentar apabila dapat melihat mata Mika tanpa dilindung oleh cermin mata. Hilman hanya mampu ternganga, langsung tidak sedar Mika sedang bercakap dengan dia. "Hilman? Hilman ! Awak kenapa diri sini?! Jom lah duduk sana" bisik Mika sambil mengoncang sedikit bahu Hilman untuk sedarkan dia."Cantiknya mata awak..." Hilman yang masih lagi dalam keadaan terkedu itu secara tak sengaja membisikkan ayat itu. Setelah tersedar apa yang di katakan itu wajah Hilman menjadi merah padam dan dia mula panik. Mika juga terkedu apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Hilman."A-ah. M-maaf saya tak sengaja cakap kuat2. T-tapi mata awak memang cantik Ha Ha" kata Hilman dengan janggal sambil mengosok belakang lehernya. Wajahnya membahang. Hilman mengangkat mukanya untuk melihat reaksi Mika yang dari tadi mendiamkan diri. Dan matanya membulat apabila dia melihat wajah Mika yang putih itu menjadi merah padam. "E-eh?! Awak okay tak?! Muka awak merah! Awak demam ke?!" ucap Hilman dengan panik. Pandangan jelik pelajar yang berada di library langsung tidak dihiraukan. Mika tersedar lalu menundukkan kepalanya.

 "Ehem..err..s-saya o-okay. Jom lah k-kita belajar" ucap Mika dalam keadaan tergagap dengan wajah yang masih lagi merah padam. Hilman menganggukkan kepalanya lalu mengikuti Mika dari belakang menuju ke meja belajar mereka.

Beberapa minit mereka berdua mula belajar dan sedaya upaya mengelakkan dari berlakunya eye contact sesama mereka. Sedang Hilman sibuk menjawab soalan tiba2 ada suara memanggil nama Mika di belakangnya..suara yang sangat dia benci dan kenali.

"Mika saya nak cakap dengan awak kejap.." ucap Irfan lalu berjalan kearah Mika. Hilman mengangkat kepala dan dahinya berkerut melihat wajah Mika tiba2 sahaja menjadi pucat. "Hilman, saya pinjam Mika kejap ye. Ada hal penting nak bincang" ucap Irfan sambil memandang ke arah Hilman. Hilman hanya mengangguk kepala, keliru melihat perangai Irfan tiba2 menjadi serious. Irfan dan Mika kemudian mula berjalan dan masuk ke tempat rak-rak buku. Mereka memilih tempat yang paling jauh dan terselindung untuk berbincang.Dan disebabkan Hilman ni seorang yang mempunyai sifat ingin tahunya kuat, secara senyap Hilman mengekori mereka dan bersembunyi di sebalik rak buku tak jauh dari tempat mereka berdua berada.


Hilman melutut di lantai dan mengintip mereka berdua di celah2 buku. Walaupun dia tahu ini salah namun dia tetap hendak tahu apa yang mereka berdua bincangkan.

"Mika, mana cermin mata awak?"tanya Irfan dengan nada yang sedikit tegang.Hilman mengerutkan dahinya. Takkanlah sebab tu je dia nak bercakap sembunyi2 macam ni. Namun fikirannya terganggu apabila Mika mula menjawab "O-oh,saya t-terjatuh tadi.So cermin tu p-patah" kata Mika dengan nada yang sedikit gelisah."Mika...tell me.Please.Saya tahu awak tak jatuh" kata Irfan. Hilman mengerutkan dahinya mendengar apa yang dikatakan oleh Irfan. Dia kemudian mendengar Mika mengeluh."T-tadi ada sekumpulan lelaki tu pijak cermin mata saya..sebab saya tak sengaja terlanggar mereka..s-so masa saya terjatuh tu cermin mata saya tercampak.Diorang marah then pijak cermin mata saya,tapi diorang tak dapat buat apa2 selain tu sebab kebetulan ada cikgu jalan kat koridor tu so diorang lari..a-wak tak payah lah risau.."terang Mika dengan perlahan.

Darah Hilman membuak mendengar pengakuan Mika. "Ya Allah..Mika..kenapa tak bagitahu saya awal2?! Berapa kali saya nak bagitahu awak? Apa saya nak cakap dekat parent awak nanti?" ngeluh Irfan sambil memicit dahinya. Mika hanya menundukkan kepalanya. "Please jangan bagitahu parent saya..." bisik Mika. Irfan mengeluh sekali lagi. "Okay..ni last. Lepasni saya taknak rahsiakan lagi" ucap Irfan. Hilman mengerutkan dahinya namun belum sempat dia habis berfikir dia tersedar yang perbualan mereka hendak habis. Dengan pantas dia merangkak keluar dari situ tanpa menghiraukan pandangan pelik orang lain. Ada beberapa pelajar yang kebetulan lalu di tempat dia merangkak dengan senang hati menukar arah perjalanan mereka kerana tidak mahu terlibat dengan aktiviti pelik Hilman itu. Hilman kemudian duduk di kerusi dan mula berlakon seperti dia sedang membuat kerja. Walhal dalam fikirannya masih berfikir tentang pembuli dan hubungan Irfan dan Mika. Sah. Mereka berdua dah lama kenal. Tapi sejak bila dan apa hubungan mereka berdua?
***
 Aiman sedang meneliti satu persatu buku yang berada di rak kedai itu, apabila dia terdengar bunyi riuh di luar kedai. Aiman menoleh dan melihat ramai orang ramai berkumpul di luar. Aiman kemudian berjalan keluar dari kedai untuk melihat apa yang berlaku dan matanya membulat melihat situasi disitu.

Kelihatan seorang perempuan rambut panjang yang diikat kemas dibelakang sedang memijak badan seorang lelaki di yang terbaring di tanah. "Berani kau nak ragut beg aku ya !?" tengking perempuan itu sambil menendang lelaki itu. Lelaki yang meniarap di tanah itu hanya mampu mengaduh kesakitan sahaja apabila di pijak sebegitu rupa. Aiman mengecilkan matanya sedikit untuk melihat wajah perempuan itu yang sedang menunduk, dan apabila perempuan mengangkat kepala Aiman secara tidak sengaja tersedak di situ.
Balqis. Perempuan yang selama ni dia cari akhirnya muncul juga di hadapannya. Setelah beberapa jam berada disitu untuk Balqis menyelesaikan masalah yang berlaku sehingga polis datang. Aiman mengekori Balqis dari belakang untuk mengetahui dimana rumah Balqis. Pada waktu itu, Aiman betul2 rasa yang dia telah berjangkit dengan Hilman dalam hal menjadi Stalker ni.

Aiman mengekori perlahan pergerakan Balqis sehinggalah dia hilang dari pandangan dan sudah masuk ke rumah. Disitu Aiman dengan pantas mengeluarkan phone dan mencatat alamat rumah Balqis itu kedalam phone. "Yes ! Balqis dah balik ! And aku dah tahu rumah dia !" jerit Aiman didalam hati sambil melompat seorang diri di hadapan rumah Balqis.
***
Hilman melihat Mika sudah keluar dari library sebelum menolak badan Irfan masuk ke bahagian rak buku. Irfan mengangkat kening apabila ditarik oleh Hilman. "Eh. Kenapa ni?" tanya Irfan dengan wajah keliru. Hilman membuka mulut untuk bercakap sebelum menutupnya semula, wajahnya membahang bila memikirkan soalan yang akan dia tanya sebentar lagi. "Err..S-saya nak tanya. Apa hubungan awak dengan Mika?" tanya Hilman dengan penuh tanda tanya. Hilman kemudian melihat Irfan tersenyum, dan dia tidak pasti sama ada itu senyuman sinis atau senyuman manis yang dia berikan.

"Dia bakal isteri saya..." jawab Irfan dengan selamba. Hilman mengangguk kepalanya "Oh.....Eh? WHAT?!" jerit Hilman dengan mata yang membulat. Langsung tidak endah yang mereka sekarang berada di dalam library. Irfan mengangkat bahunya sambil tersenyum. "What? Betul lah kenapa?" tanya Irfan. Hilman mula menjadi panik . "T-tapi kita kan masih bersekolah lagi?! SPM pun belum lagi? Mana kau tahu yang dia bakal isteri kau?!" hilang sudah bahasa sopannya apabila dia mula panik. Irfan ketawa kecil. "Yup, tapi kami berdua ni memang akan disatukan bila besar. Sebab datuk kami berdua dah berjanji akan kahwinkan cucu mereka,dan cucu mereka tu ialah kami. So..kiranya ini arranged marriage" terang Irfan. "Zaman dah moden pun masih nak main hal arranged marriage ke? Macam mana dengan pilihan anak diorang sendiri, takkan tak fikir" guman Hilman dengan wajah berkerut. Irfan yang terdengar itu ketawa besar. "Jangan risau lah, sebab saya sukakan Mika. Jadi saya tak kisah pasal arranged marriage ni. Oh saya kena pergi dulu. Bye" kata Irfan sambil menepuk bahu Hilman dan berjalan pergi meninggalkan Hilman yang sedang membatu mendengar apa yang diucapkan oleh Irfan.

"Irfan suka Mika..?" gumam Hilman lalu menghentak kepalanya di rak buku. Sekali lagi, pelajar yang sama secara tidak sengaja berada di tempat kejadian dan mula menjauhkan dirinya sekali lagi. Di dalam hati dia terfikir kenapa nasibnya malang hari ni bertembung dengan lelaki pelik di library.

***
Aiman berlari ke pintu rumahnya apabila mendengar loceng berbunyi. Setelah dia membuka pintu, dia melihat Hilman sedang berdiri di hadapan rumahnya dengan kedua dua tangannya penuh dengan barang di dalam plastik. Aiman menyengetkan kepalanya keliru. "Okay..kau nak apa datang sini hari Ahad macam ni tiba2?" tanya Aiman. Hilman tersengih lalu berjalan masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Aiman mengangkat keningnya lalu menutup pintu dan mengekori Hilman ke dapur. Sampai disana dia melihat Hilman mengeluarkan bahan2 masakan di atas meja.

"W-wait?! Apa kau nak buat ni?" tanya Aiman dengan panik apabila melihat Hilman dengan selamba menggeledah alatan dapur di rumahnya. "Aku nak buat kek coklat untuk Mika" kata Hilman sambil memandang wajah Aiman dengan riak wajah tidak bersalah. Aiman ternganga. "What?! Tapi apahal kau nak buat kat rumah aku?!" tanya Aiman. "First,sebab parent kau tak ada kat rumah. Second, sebab rumah kau banyak alatan untuk buat kek. Kan mak kau suka baking cake. So senang sikit aku buat kat sini" kata Hilman sambil menyusun barang di kaunter dapur . Aiman mengeluh sambil memicit dahinya. "Ugh..apa2 jelah. Yang penting kau kemas lepas dah habis buat okay?" arah Aiman sambil duduk di meja dapur dan memandang kearah Hilman yang membelakanginya. Hilman mengangguk tanpa memandang kearah Aiman.

"Oh..apasal tiba2 nak buat kek dekat Mika ni?" tanya Aiman sambil bermain dengan bahan untuk buat kek di meja itu. Hilman memusing sambil memegang mangkuk besar bersama whisker dan duduk di hadapan Aiman. "Um..pasal aku nak pastikan Irfan dan Mika tak bersama? And pasal Mika suka kek coklat?" kata Hilman lalu mengeluarkan tepung dari beg plastik dan meneliti paket tepung itu. Aiman mengerutkan dahinya. "Irfan and Mika bersama? Maksud kau?" Hilman meletakkan mangkuk itu di atas meja lalu bersandar di kerusi. "Diorang berdua tu terlibat dalam arranged marriage. So..bila dah habis belajar, kerja semua diorang akan dikahwinkan" terang Hilman dengan wajah yang sunggul. Mata Aiman membulat. "Woah..Zaman moden macam ni pun ada lagi kes perkahwinan terancang ni rasa macam kita ni dalam drama melayu pulak" kata Aiman . Hilman hanya mengeluh. Setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri Aiman tiba2 bertanya

"Err..kau tau ke macam mana nak buat kek ni ?"

"Tak" jawab Hilman dengan selamba

"Okay. Then macam mana kau nak buat?" tanya Aiman. Hilman kemudian tersengih sambil memandang kearah Aiman. Aiman mula berasa tidak sedap hati melihat pandangan Hilman itu. "Kau lah yang kena google and tolong aku " kata Hilman. Aiman mengeluh sambil menepuk dahinya. "Nasib lah kau ni kawan aku..kalau tak aku dah halau kau keluar" rungut Aiman lalu mengeluarkan handphonenya untuk mencari resipi. "Kau nak buat kek apa tadi?" tanya Aiman . "Kek Coklat Moist" jawab Hilman.

"Okay. Dah jumpa. Jom kita buat cepat. Aku lapar"

"Woi.Aku buat ni untuk Mika bukan kau"

"Ni dapur aku..sukahati aku lah"



To Be Continue
Hey ! Finally aku update kan. Oh yes 1 Jun ni aku akan ke Uitm Puncak Perdana and maybe lepastu jarang update.Jangan risau,aku tetap akan habiskan cerita ni cuma mungkin bukan dalam masa terdekat. Maaf eceh. Ada ke yang baca ahaha And oh,kalau korang perasan, nanti kan font cerita aku ni berubah jadi besar sedikit. Oh well aku tak tahu macam mana nak dapat font lama pakai laptop baru ni. Sekali lagi terima kasih sudi baca. Jangan risau Aku Bukan Stalker takkan dibiarkan tergantung begitu sahaja.

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Hiatus

Assalammualaikum.
Salam Sejahtera ~

 A temporary gap, pause, break, or absence can be called a hiatus

Okay ampun maaf sebab dah lama tak update blog terutama sekali short novel aku "Aku Bukan Stalker". Ianya kerana laptop aku rosak yeay um yeah. And then handphone pun sama rosak membuatkan aku hilang segala data berkenaan novel aku. So akan ambil masa untuk sambung cerita novel aku tu. Maaf. 

Dan aku agak sibuk dengan Form 6 atau sekarang ni dipanggil Pra U. Sekarang kita dah tak pakai baju sekolah dah. Dah boleh pakai baju bebas and handphone pun boleh bawak. 

Tapi baru semalam aku berhenti sebab aku dipilih masuk ke Uitm Puncak Perdana. Dalam jurusan Penulisan Artistik.

Alhamdullilah.

Serious tak sangka boleh dapat. Itu pilihan pertama aku. And harap dapat buat yang terbaik. Oh siapa2 yang dapat or memang duduk kat Uitm Puncak Perdana bagitahu lah aku okay ! Kalau korang perasan kenapa penulisan aku macam terlampau kosong dan tiada lawak bodoh yang lagi membodohkan. Maybe sebab dah lama tak menaip dan aku agak janggal pakai laptop baru ni. Maybe...

Tapi aku janji akan mencuba sebaik mungkin untuk kembali menulis cerita dan menghabis kan cerita Aku Bukan Stalker. Terima kasih diatas sokongan anda semua ^^

Novel Aku Bukan Stalker maybe akan diupdate dalam minggu ni kalau aku tak busy untuk persiapan masuk ke Uitm.




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi