Aku Bukan Stalker ! Part 8

 Part 7



Woi ! Kan aku kata api perlahan! Cepat tukar jadi perlahan !"

"Aiman! Tolong pukul telur tu sampai dia ada buih !"

"Kejap ! Bagi aku sapu barter kat loyang ni dulu baru letak !"

"Macam mana nak kukus benda alah ni? Mana aluminium foil kat rumah kau?"

"Okay ! Dah selesai. Tunggu 1 jam. Kau set masa tu" kata Aiman sambil menepuk
tangannya dia apron biru yang diikat di badannya. Hilman mengangguk lalu menetapkan
masa di telefonnya. "Okay sekarang ni kita kena buat topping dia pulak"kata Hilman.
Aiman hanya mampu mengeluh. 

1 jam kemudian.

"Kenapa kek ni hitam..."

"Kek Coklat memang hitam...agaknya tapi kenapa macam terlampau hitam ni.."

"Kalau Coklat hitam. Kenapa dipanggil warna coklat? And bukan hitam?"

"Shut up Aiman..."

Setelah selesai menghias kek itu dan memberi sedikit kek kepada Aiman. Hilman
menyimpan kek itu kedalam bekas untuk dibawa ke sekolah esok. "Mika mesti suka
kek coklat ni!" ucap Hilman dengan teruja. Aiman langsung tidak menghiraukan
Hilman dan terus menyambung makan kek coklat itu.
_____
Hilman datang ke sekolah dengan membawa kek coklat di dalam beg kertas yang
bergambar arnab. Dia berjalan dengan gembira sambil mata mencari kelibat kawannya 
Aiman.Dahinya berkerut apabila kelibat Aiman langsung tidak kelihatan
di dewan sekolah."Lambat datang ke dia ni" bisik Hilman lalu dia duduk di
tempat untuk dia beratur.Dia kemudian memandang sekeliling dan melihat
Mika sedang bercakap dengan seorang perempuan di barisan kelasnya. Hilman
tersenyum. Sejak akhir2 ni Mika semakin ramah dengan rakan sekelasnya.Mungkin
sebab kedatangan Irfan di sekolah tu.Dahi Hilman berkerut apabila teringatkan kata2 Irfan.

Hilman memuncungkan mulutnya sambil memandang beg kertas yang berisi bekas
kek coklat itu . Takpa..at least aku dapat pikat dia dengan kek coklat ni. bisik hati
Hilman sambil tersenyum puas. "Selamaaat Pagi!" jerit seseorang dihadapannya.
Hilman mengangkat kepalanya dan memandang wajah Aiman yang nampak ceria itu.
"Kau tebiat apa ceriasemacam ni" tanya Hilman . Aiman menjeling kearah Hilman lalu duduk di hadapannya. "Ceh. Sukahati aku lah. Aku terjumpa gadis ayu aku" kata Aiman
sambil tersenyum. Hilman mengangkat keningnya sambil tersenyum kecil. Dia teringat
waktu Aiman telefon dia dan mula cerita tentang bagaimana dia terjumpa Balqis and ikut
dia balik rumah. Waktu tu tak pernah Hilman tengok kawannya gembira sebegitu rupa.
"Habis kau tegur dia tak?" tanya Hilman. Aiman mengerutkanmukanya. "Tak.Tak berani"
kata Aiman lalu dengan tiba2 menerima tumbukan dibahu kirinya. "Aduh! Sakitlah !"marah Aiman. Hilman memandang tajam kearah Aiman, dan Aiman sedaya upaya menahan
dirinya daripada ketawa melihat wajah Hilman itu. Sudahlah babyface ada hati nak buat
muka ganas. "Kau marah aku dulu kata aku tak reti nak tegur Mika.Sekarang kau pun
sama juga apahal" marah Hilman. Aiman mengeluh . "Kau tengoklah perempuan
yang kau suka tu macam mana..perempuan yang aku suka tu macam mana.."
rungut Aiman. Hilman kemudian terdiam lalu tersengih sambil menggaru kepalanya.

"Oh lupa pulak..Balqis tu ganas..hehe takpa2 aku faham" kata Hilman.

"Dia tak ganas! Dia cuma tak berapa lembut. Berapa kali aku nak cakap kat kau" marah Aiman.

 _________
Pada waktu rehat Hilman dan Aiman berjalan menuju ke meja makan Mika sambil
membawa kek coklat itu. "Mikaa~"panggil Hilman sambil duduk di hadapan Mika.
Mika mengangkat kepalanya dan tersenyum kecil sebelum kembali memandang kearah
buku diatas meja. Hilman tersenyum lalu meletakkan bekas itu dihadapan Mika. "Nah,
kek coklat untuk awak" kata Hilman. Aiman di sebelah sudah pun bangun untuk pergi
membeli makanan. Mika mengangkat kedua dua keningnya. "Kek coklat?" tanya Mika
dengan kepalanya sedikit senget. Hilman mengigit bibirnya daripada menjerit kecil
kerana kecomelan Mika. "Ehem..err ya saya buat kek tu" kata Hilman sambil menggaru
kepalanya.

Mika memandang kek coklat itu dan kembali memandang kearah Hilman. Dia kemudian 
mencapai bekas itu dan membuka penutupnya. Hilman yakin dia nampak mata
Mika bersinar apabila dia melihat kek coklat itu walaupun Mika tidak menunjukkan
reaksi besar seperti tersenyum atau menjerit kesukaan. "Oh.Thanks" kata Mika tapi
dia langsung tidak memandang kearah Hilman kerana tangannya sibuk mengambil
kek coklat itu dan menyuapkannya ke dalam mulut.Hilman tersengih melihat pipi Mika menjadi kembung kerana kek coklat itu.

"Nah. Air untuk kau." ucap Aiman sambil meletakkan air bandung di hadapan Hilman
sebelum duduk disebelahnya dengan semangkuk mee bandung. "Thanks! Tengok! Mika
suka weh dengan kek tu!" bisik Hilman dengan teruja. Aiman hanya tersenyum sambil
mengangguk sebelum menumpukan perhatian pada mee bandungnya itu. 

Waktu bahagia Hilman tamat begitu sahaja apabila tiba2 sahaja wajah Irfan
muncul di hadapannya. Hilman mula fikir yang Irfan ni sebenarnya seorang
ahli sihir yang mampu muncul dimana mana sahaja pada waktu yang salah.
"Oh! Ada kek coklat lah!" ujar Irfan dengan ceria sambil memandang kek
coklat itu yang sudah pun separuh habis dimakan. Mika menjeling kearah
Irfan dengan pipi yang kembung, "Mana awak dapat ni Mika? Saya pun nak!"
pinta Irfan dengan wajah sedih. Hilman mengecilkan matanya kearah Irfan,
dia mula rasa nak belasah si Irfan itu. Dari tepi dia dapat melihat Aiman sedang menahan ketawa melihat Hilman sedang marah.

"T-tapi..ni hilman kasi saya.." kata Mika dengan reaksi sedih dan mata yang besar seperti
kucing didalam Puss In BootSedar yang dia takkan dapat merasa kek coklat itu,
Irfan kemudian mengalihkan pandangnya kearah Hilman sebelum mula senyun
 nakal kearahnya. "Hilman bagi?"tanya Irfan, dengan nada seperti dia tahu sesuatu
yang Hilman cuba rahsiakan. Hilman menelan air liurnya dan menganggukkan
kepala. "Um ye? So kenapa?" tanya Hilman sambil berlagak seperti tiada apa2 yang berlaku.

Irfan mengangkat bahunya sambil tersenyum. "Nothing~just terkejut je" kata
Irfan lalu mengambil buku Mika yang sudah lama dilupakan oleh Mika itu lalu
membuka dan membacanya. Namun Hilman nampak yang Irfan sedang tersenyum
seperti dia sembunyikan atau merancangkan sesuatu.Hilman mula rasa tidak senang hati.

__

“Aku rasa Irfan tu tahu lah aku minat kat Mika..” ucap Hilman sambil berjalan menuju
ke kelas.Aiman yang sedang berjalan disebelahnya memandang dengan kening yang
terangkat. “Really?Mana kau tahu?” tanya Aiman. Hilman mengeluh sambil
menjulingkan matanya keatas. Dia kemudian secara mendadak berhenti dan
berpusing kearah Aiman. “ Takkan kau tak nampak senyuman syaitan dia tadi?
Dia sibuk tersengih sengih macam Joker bila dapat tau aku yang bagi kek kat Mika”
terang Hilman dengan muka terdesak. Aiman memeluk tubuhnya sambil
menepuk nepuk satu jarinya di dagu dengan wajah yang berkerut. “Hmm...tapi
kalau dia tahu pun kenapa dia tak marah? Kan kau kata yang diorang tu bakal
disatukan?” ujar Aiman sambil menyengetkan kepalanya, keliru. 

Wajah Hilman tiba tiba sahaja menjadi pucat. “Alamak ! Entah2 dia plan nak
bunuh aku kot?!Eh macam mana ni? Mesti dia dah plan nak bunuh aku time aku
balik nanti! And nanti dia heret mayat aku letak dalam beg besar then campak kat sungai-” Hilman terus menerus membebel manakala Aiman pula dengan wajah
bosan pergi meninggalkan rakannya yang sedang melutut
di koridor seorang diri sambil menarik narik rambutnya dengan wajah panik.
Para pelajar yang berniat hendak lalu di koridor itu dengan rela hati berpatah
balik dan melalui jalan yang lain demi mengelakkan diri daripada tercebak
dengan manusia seperti Hilman itu.

Senang cerita, Hilman menghabiskan masa 5 minit di koridor itu dengan fikiran
yang serabut kerana perkara2 yang tidak masuk akal. Setelah terlihat kelibat
guru disiplin baru dia tersedar dari dunia keduanya dan menjadi normal kembali.

___

Aiman mengeluh sambil memandang kearah luar tingkap kelas dengan air
muka yang menggambarkan seperti orang yang memikirkan kenapa dia berada
disini dan kenapa hidupnya begitunya malang. Situasi sekarang ialah, hanya dia
dan Hilman berada di dalam kelas setelah semua pelajar pulang. Hilman dalam
keadaan melutut dan sedang menggengam sisi seluar Aiman. “Please Aiman
teman aku balik ni ! Pleasee!” rayu Hilman. Aiman mengeluh sambil
memicit dahinya berkali kali.Apalah dosa dia dapat kawan macam ni.
“Hilman berapa kali aku nak cakap kat kau..Irfan tu takkan bunuh kau lah..”
terang Irfan sambil mengetap giginya dan tangannya menepis tangan Hilman
yang sedang menggengam seluarnya itu. 

“Tapi kita tak sure kan?! Mana tahu dia tu dalam diam sebenarnya pembunuh bersiri?!”
ujar Hilman dengan nada panik dan terdesak. Aiman menggengam tangannya untuk
mengelakkan diri daripada mengetuk kepala rakannya. “Apa kau merapu ni..
takda apa2 lah. Jangan risau,percayalah cakap aku ni” pujuk Aiman lalu
memandang wajah Hilman yang masih lagi sedang melutut itu. “Please?” pujuk
Hilman sambil cuba untuk membesarkan matanya seperti yang dilakukan oleh Mika pada waktu rehat tadi. Wajah Aiman berkerut melihat kelakuan rakannya
itu. “Eee! Dahlah! Yelah aku teman kau! Cepat! Nanti Mika tu dah habis kelas
baru padan muka kau” kata Aiman lalu berjalan keluar dari kelas. Hilman melompat
keriangan dan berlari mengikut Aiman keluar dari kelas. Ini lah gunanya kawan
bila kita susah!


Bersambung.

Author note : Masalah line. Masalah laptop. Masalah format. Aku rasa nak maki.
Edit beribu kali pun format blog ni tak betul . Ugh. Maaf lambat.

Part 9

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Untuk Budak SPM

Hai
Assalammualaikum
Annyeong! /bow

Okay ni tips pada adik-adik kita yang masih bersekolah dan yang masih berhingus eh. Ada yang kena teranjang nanti. kah.

HashtagTetiba.

Baiklah. Pada adik2 ku yang tercinta lagi termanja semua yang sekarang ni dah masuk ke alam sekolah menengah atau tengah berada di form 4 dan 5. Disini saya Dalila atau lebih dikenali sebagai Gadis Tetiba. Ingin memberitahu anda apa yang perlu anda lakukan apabila anda tiada cita2 atau sedang berada di tahap taktau pebenda yang kau nak jadi bila besar nanti melainkan makan tidur dekat rumah.

Aku dulu pernah mengalami masalah taktau apa nak jadi kat life aku. Langsung takda tujuan

Bila orang tanya

"Wei kau nak jadi apa lepas SPM?"

"Entah"

Dan disaat aku menjawab sebegitu rupa aku mendapat tenungan paling judgemental sekali.

"Eh minah ni teruknya cita2 sendiri taktau. Padahal dah form 5"

"Tulis kat blog macam orang pandai tapi real life otak udang.

  Udang pun lagi pandai daripada dia rasanya" /k ni hiperbola/

Ni mai aku nak ajar hangpa achaner nak tahu apa yang korang minat dan nak jadi
bila habis SPM nanti. Ni penting woi untuk korang yang berumur 17 tahun /macam aku/.

Sebenarnyakan. Korang ni ada cita2 tapi korang keliru. Contoh kejap korang nak jadi bomba pastu tukar polis pastu doktor. Alah samalah macam borang yang korang isi time sekolah rendah dulu yang tiap2 tahun dia tanya apa cita2 korang and tiap2 tahun gak cita2 korang berubah. Jangan tanya kenapa. Ni pengaruh kawan yelah masa kau nak isi time tu jugak kawan kau sibuk nak

"Wei jom jadi doktor weh! Best"
Me " Hah okay2 ! /angguk2/"  (...................)

Bila aku pikir balik ah. Masa zaman hingusan dulu kenapa ntah aku ikut kawan.Alah biasalah. Budak hingusan. lol

Oh jauh aku melencong. Um k. Nak tau apa cita2 kau? Senang je. Kau tanya diri kau sendiri apa kau minat. Kau tanya kawan kau apa yang kau selalu buat tanpa kau sedar. Contoh macam aku dulu, aku sampai form 5 aku taktau apa cita2 aku. Dah dekat SPM baru dok kalut pikir eh amenda aku nak jadi ni ! Aku nak mohon UPU macam mana kalau taktau nak jadi apa ! Sebenarnya benda ni simple je, tapi disebabkan orang selalu kata yang UPU ni penentu apa yang kau akan jadi bila besar nanti sebab kau yang pilih jurusan yang kau nak mula ah kau jadi kalut. Puih.

Dilarang meniru tindak laku aku. Sekian. 

Then aku dok pikir punya pikir...sampailah SPM....sampailah habis SPM

Aku tanya kawan aku.Pendapat diorang. Aku tanya cikgu kaunseling. Aku tanya semua oranglah . Then aku tanya diri aku. APA YANG AKU MINAT DAN AKU YAKIN AKU AKAN BELAJAR BERSUNGGUH SUNGGUH SEBAB BENDA TU.

Poof ! Alhamdullilah.

Aku baru rasa aku nak jadi seorang penulis. Melalui blog pada mulanya dan aku akan pastikan..One day aku akan dapat lihat buku-buku aku berada di rak buku jualan. Aku nak satu negara mahupun dunia melihat fantasi aku di dalam buku tu...

Dan aku takkan pernah berhenti daripada berimaginasi. Tak kiralah aku ada kat mana pun, aku tetap akan berangan. Ya..dulu aku suka berangan nak buat skrip bagai .Nak jadi orang filem. And you know what? Sekarang ni aku berada di Universiti yang menawarkan aku belajar dunia filem. Belajar apa itu skrip, belajar buat skrip semua tu. Belajar macam mana orang buat filem, storyboard,dan apa itu lakonan semua.

Aku pun tak tau Uitm ada menawarkan benda tu. Ha ha ha. Dan jujur aku taktau Uitm Puncak Perdana ni apa. Aku tau Uitm Puncak Alam dengan yang Induk punya ja. Tapi bila masuk aku ternganga dapat tau dekan aku sebenarnya direktor terkenal, aku jumpa artis aku belajar gaya hidup filem semua. Dan aku bersyukur. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku peluang menjejak satu langkah ke dunia filem. Dan InsyaAllah aku akan menjejak langkah aku lagi satu dan bekerja di dunia filem. Eceh aku ni sejak belajar penulisan banyak betul ayat bunga2 yang aku letakkan . Hah tetiba.

So pada adik2..kalau awak rasa awak minat sangat pada sesuatu perkara tu. Even benda tu dont make any sense like kau nak jadi pelukis or penulis like me yang orang selalu pandang remeh pekerjaannya. Awak kena berani. Berani mengambil cabaran, dan tunjukkan pada orang. "Hey aku jadi blablabla pun boleh berjaya lah" buktikan pada mereka yang pandang remeh tentang bidang yang kita pilih. BUKTIKAN

Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan kan? So angkat muka anda pandang kehadapan dan yakinlah dengan pilihan anda.

Cheers up guys !  SPM ni senang je !  Ha Ha Ha Ha Ha ayat sarcasm gila.

NOTA TAPAK KAKI YANG AKU RASA KORANG TAKYAH BACA

Tajuk asal entry ni sebenarnya "Untuk Budak SPM Yang Takda Life"
tapi panjang sangat jadi aku buat Untuk Budak SPM je. kah.

Komen lah sikit. Aku rindu nak baca komen hangpa semua. Kata Hai pun jadilah. Nampak tak apa jadi kalau dah stress tahap gaban ni? Taktau malu betol lol

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Roda Di Puncak


DO NOT TAKE MY WORK WITHOUT PERMISSION



Gift for you guys for my "temporary" hiatus

Bas. Perkara yang paling aku annoying dalam dunia ni ialah bus. Terpaksa berapat
rapat dengan orang yang kita tak kenali, kemudian kalau orang tu bau wangi tak apa
jugak. Ni bau serupa kasut yang dah lama tak basuh.Tapi aku paling suka bas yang
sunyi dan tidak ramai manusia berhimpit seperti sardin (sardin pun bau lagi wangi dari bas).
Terutama sekali pada waktu pagi dalam pukul 10 pagi memang kurang manusia
menggunakan bas yang melalui tempat pengajian aku ni.

Cerita bermula disaat aku menjejak kaki ke dalam bas dengan buku novel Fixi berada
di tangan,dan beg aku disandang di bahu kananku. Setelah membayar tambang kepada
pakcik pemandu itu aku melihat sekeliling bas untuk mencari tempat. Tempat duduk yang
berkerusi satu menjadi pilihan aku. Tak mahu aku berkongsi tempat dengan orang tak
dikenali,kalau dapat kakak-kakak atau makcik-makcik aku tak kisah tapi dah kalau dapat
yang bangla kerja kilang tu memang bukan selera aku. Bukan racist tapi aku tahu semua
orang pun fikir macam tu macam mana awkwardnya bila duduk sebelah bangsa tu.

Sesudah sampai ditempat duduk itu aku menghembuskan nafas lega. Beg ku diletakkan
di atas riba dan buku novel ku dibuka. Baru sahaja aku mahu membaca ayat pertama aku
melihat bayang seseorang duduk di hadapan aku bertentangan dengan tempat duduk aku .
Kepalaku diangkat dan disaat itu aku terkedu dan badanku menjadi kaku melihat seorang
lelaki duduk dihadapan ku. Di telinganya mempunyai headphone, berkulit jaket dan
berseluar jeans hitam melihat dari gayanya aku dapat agak dia lagi tua dari aku. Beg
sandang diletakkan dibawah kerusi bersebelahan kakinya. Aku dengan cepat
membetulkan kedudukanku,tak mahu dianggap serabai atau tidak senonoh oleh lelaki
dihadapanku itu. Lelaki itu kemudian mengeluarkan novel lejen dan mula membaca
tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Sepanjang perjalanan itu aku cuba, diulangi cuba untuk fokus kepada buku ditanganku. Tapi
gagal pabila mata mula mengingkari arahan otakkku untuk memandang kearah lelaki itu.
Wajahnya yang putih melepak ditambah dengan hidung mancung dan kening tebal betul2
buat jantung aku berdegup kencang.Jadi bukan salah aku kalau mata aku degil kalau boleh
setiap 1 minit nak curi2 pandang lelaki yang berada di hadapan aku. Bas berhenti
membuatkan aku terjaga daripada aksi tak sedar diri dan tak tahu malu itu. Aku melihat
lelaki itu dengan keadaan tergesa gesa keluar dari bas dan mengangkat beg sandangnya
sambil berlari keluar dari bas. Dari cermin aku melihat dia berjalan kearah kedai yang
dipenuhi buku.

Bas mula berjalan dengan perlahan meninggalkan tempat itu membuatkan aku berasa sedih
kerana tidak dapat berjumpa Satu keluhan berat dilepaskan oleh aku sebelum mula
menunduk untuk mula membaca semula buku yang entah apa guna dia ditangan aku sejak
dari tadi. Namun mataku terhenti di tempat duduk lelaki itu tadi. Terdapat sebuah buku
berada di lantai berdekatan dengan tempat duduknya. Aku bangun dan mengambil buku itu
lalu membeleknya. "Eh ni buku abang tadi tu" bisik hatiku . Aku kemudian membawa buku
itu lalu duduk ditempat ku semula.

Buku bertajuk Satu Gulung Negatif berada ditanganku.  Sebuah buku daripada terbitan
Lejen dan penulisnya Fandy Taher. Cover buku itu yang berwarna gelap ditambah dengan
susun atur gambar yang diletakkan dicover itu menarik perhatian aku. Aku membelek
belek kandungan buku berserta sinopsis buku itu. "Menarik" ucapku seorang diri.

Aku membaca buku itu sepanjang perjalanan ke Giant . Tempat yang ingin aku pergi
pada mulanya untuk membeli barang kolej yang semakin hari semakin nazak di kolej
ku,ditambah dengan nazaknya nombor digit di akaun bank ku.

Setelah 2 jam membeli belah seorang diri di Giant dan makan sarapan pagi di food court
aku menunggu bas 605 untuk tiba di tempat perhentian bas. Hampir 30 minit aku dah
boleh jadi batu di busstop tu bila bas masih lagi tidak tiba. Untuk mengelakkan kebosanan
aku kembali membaca buku Satu Gulung Negatif walaupun aku tahu itu bukan buku aku.
Tapi dah kalau cerita tu best dan dapat pulak dekat pembaca novel tegar memanglah aku
takkan lepaskan peluang untuk membaca buku tu .

Akhirnya setelah 10 minit bus pun tiba. Aku melihat keadaan bus itu yang mula
penuh dengan manusia manusia yang entah dari mana mereka datang duduk di dalam bus.
Aku melihat ada 2 kerusi kosong bersebelahan di belakang.Selesai membayar tambang,
dengan pantas aku berjalan dan duduk disitu. Beg plastik aku diletakkan di kerusi sebelah
aku, dan aku kembali membaca novel ditangan.

Aku sedang khusyuk membaca novel apabila ada seorang lelaki berdehem.Aku mendongak
dan badanku menjadi keras seperti batu. Hendak mengerlip mata pun jadi teragak agak.
Lelaki yang sama yang aku lihat pagi tadi berada di depan aku dengan wajah coolnya itu
memandang kearah aku.Aku ? Aku yang berkaca mata tebal, bergigi besi dan pendek ini.
Eh tapi aku duduk bukan dia tahu pun aku pendek.

Lelaki itu kemudian menunjuk kearah kerusi disebelah aku. "Um boleh saya duduk situ?"
tanya lelaki itu.Suaranya sungguh merdu di telingaku. Membuatkan aku dengan pantas
menurunkan beg plastik aku kebawah.Lelaki itu tersenyum kecil lalu duduk disebelah aku .
Aku secara automatik menjadi keras. Buku dipeluk kuat oleh aku untuk menahan malu dan
cuak.Wajahku menjadi panas dan merah. Tak tahu sama ada aku patut rasa bertuah atau
malang dengan apa yang terjadi sekarang ni pada aku.

Lelaki itu kemudian memakai headphone ditelinga dan mula memandang kearah luar
tingkap.Setelah beberapa minit aku baru perasan buku lelaki tu ada pada aku! Ini lah masa
untuk aku pulangkan pada dia. Aku berdehem untuk memastikan suara aku okay dan mula
memanggil dia."Maaf..err..abang?".Lelaki itu terus memandang ke luar. Aku menggaru
kepalaku apabila sedar yang lelaki itu tidak mendengar suara aku kerana lagu di headphonenya.

Aku ke depankan sedikit badanku kemudian melambai kearah wajah lelaki itu.
"Abang!" panggil aku. Lelaki itu terkejut namun hanya untuk sesaat sahaja di menunjukkan
reaksi itu, dia kemudian kembali memandang dengan wajah coolnya. "Ya?" tanya lelaki itu
sambil membuka headphone dikepala. Aku cuba untuk senyum namun sedar mungkin
dia tidak menyukai gigi besi aku yang akan nampak jelas jika aku tersenyum jadi aku
hanya menunduk dan mengambil buku diriba.

"Um ni buku abang yang terjatuh tadi"  kataku sambil menghulur kepada lelaki itu. Lelaki
itu membuat wajah keliru sebelum tersenyum lebar. "Eh! Terima kasih! Saya mati2 ingat
buku saya hilang terus tadi" kata lelaki itu sambil mengambil buku di tangan aku. Aku
mengigit bibir cuba untuk menahan dari tersenyum lebar. "Um..ya saya nampak abang
terjatuhkan dari masa abang bergegas keluar" terangku. Lelaki itu kemudian memandangku
dengan senyuman paling ikhlas sekali. "Terima kasih sangat..really.." ucap abang tu. Wajah
ku menjadi merah melihat wajahnya itu.Dengan pantas aku menundukkan kepalan sambil
menggaru kepala. "Um..sama2.." ucapku.

Untuk beberapa minit kami berdua hanya mendiamkan diri tidak tahu bagaimana ingin
menyambung perbualan sebelum lelaki itu mula bertanya "Adik ni dari Puncak Perdana
ke?"tanya lelaki itu. Aku mengangguk. "Oh! Samalah dengan abang.Tapi abang pelajar
degree, adik ?"tanya lelaki itu."Um..Semester 1" kata aku. Lelaki itu mengangguk."Adik
ambik jurusan apa?" tanya lelaki itu lagi. Aku mula rasa pelik melihat keramahan lelaki
itu.Tengok muka macam seorang yang sombong."Jurusan Penulisan,err abang?" aku
memberanikan diri untuk bertanya. Lelaki itu tersenyum menampakkan sebaris gigi
yang tersusun. "Abang dari teater hee tak sangka kita dari tempat belajar yang sama
kan" kata lelaki itu. Aku mengangguk sambil tersenyum.

Aku kemudian melihat lelaki itu membuat sesuatu sambil menghadap kearah tingkap.
Badannya membelakangi aku membuatkan aku tidak nampak perlakuannya. Dia kemudian
memandang kearah aku sambil tersenyum.Lalu dia menghulurkan gula-gula getah
Doublemint kepadaku. "Nah gula2 getah untuk awak. Saya turun dulu ya. Jumpa lagi
di Puncak " kata lelaki itu sambil mengenyit mata kearah ku.

Aku melihat dia turun dari bas, dan setelah kelibat dia hilang barulah aku melihat kearah
gula-gula getah yang diberikannya kepada aku. "Haih..kan bagus kalau bagi nombor"
rungutku seorang diri sambil membuka pembuka gula getah itu. Mataku terbeliak
melihat di sebalik kertas gula getah itu tertulis no telefon lelaki itu.

Aiman
0193674959



Ternyata bas bukanlah tempat yang paling annoying bagi aku.


Author notes.
Yes. Aku tahu dah lama aku tak update cerita. Maaf sangat2 . Serious. Busy dengan
assignment and works blablabla and even aku ni tengah belajar penulisan pun aku
tetap hilang mood nak menulis bila banyak sangat kerja ni.Jadi paham2 lah. Anyway.
Ni sebagai tanda minta maaf dan hadiah kepada anda. Exam final dah dekat.
DOAKAN AKU . InsyaAllah nanti cuti sem aku menggila lagi dengan blog heeee~
Oh! Jangan ingat aku dah lupakan AKU BUKAN STALKER. Na uh i still remember
that weird story.

AND YES CERITA NI BERDASARKAN DI TEMPAT AKU BELAJAR DI PUNCAK
PERDANA.BUT. Benda ni tak terjadi pun betul2 dekat aku. Yang terjadi pun part aku
nampak balik orang yang sama bila nek bas pergi dan balik. Ok bye ! Semoga kita
berjumpa lagi. Kiss.




Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

DUM DUM DUM !





HEY DO YOU GUYS  SEEEEEEE THATTT ?





DO YOU KNOW WHAT IT MEANS?
DO YOU
DO YOU 
YOU DO?

coming soon after my final exam. Wait for me !



Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Aku Bukan Stalker ! Part 7

 Part 6



Aku Bukan Stalker Part 7

Hilman berjalan dengan gembira menuju ke library untuk belajar dengan Mika. Sejak Aiman mengaku yang dia sukakan Balqis, Hilman tak habis2 mengusik dia dan pada masa yang sama cuba untuk dapatkan maklumat tentang Balqis demi kawannya. Hilman masuk ke library dan melihat sekeliling tempat untuk mencari Mika. Dia melihat ditempat biasa yang mereka duduk, namun disitu hanya ada seorang perempuan yang dia tak kenali tengah duduk sendirian. Hilman mengecilkan matanya mencari perempuan yang memakai cermin mata besar di dalam library namun seorang pun tidak ada. "Mana dia ni..takkan lambat pulak" bisik Hilman seorang diri dengan masih lagi berdiri di tempat berdekatan dengan kaunter pinjam buku. Sedang dia termenung tiba2 ada seseorang mencuit bahunya.

Hilman menoleh dan terdiam apabila melihat wajah Mika tanpa memakai cermin mata. Dia rasakan jantungnya berhenti sebentar apabila dapat melihat mata Mika tanpa dilindung oleh cermin mata. Hilman hanya mampu ternganga, langsung tidak sedar Mika sedang bercakap dengan dia. "Hilman? Hilman ! Awak kenapa diri sini?! Jom lah duduk sana" bisik Mika sambil mengoncang sedikit bahu Hilman untuk sedarkan dia."Cantiknya mata awak..." Hilman yang masih lagi dalam keadaan terkedu itu secara tak sengaja membisikkan ayat itu. Setelah tersedar apa yang di katakan itu wajah Hilman menjadi merah padam dan dia mula panik. Mika juga terkedu apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Hilman."A-ah. M-maaf saya tak sengaja cakap kuat2. T-tapi mata awak memang cantik Ha Ha" kata Hilman dengan janggal sambil mengosok belakang lehernya. Wajahnya membahang. Hilman mengangkat mukanya untuk melihat reaksi Mika yang dari tadi mendiamkan diri. Dan matanya membulat apabila dia melihat wajah Mika yang putih itu menjadi merah padam. "E-eh?! Awak okay tak?! Muka awak merah! Awak demam ke?!" ucap Hilman dengan panik. Pandangan jelik pelajar yang berada di library langsung tidak dihiraukan. Mika tersedar lalu menundukkan kepalanya.

 "Ehem..err..s-saya o-okay. Jom lah k-kita belajar" ucap Mika dalam keadaan tergagap dengan wajah yang masih lagi merah padam. Hilman menganggukkan kepalanya lalu mengikuti Mika dari belakang menuju ke meja belajar mereka.

Beberapa minit mereka berdua mula belajar dan sedaya upaya mengelakkan dari berlakunya eye contact sesama mereka. Sedang Hilman sibuk menjawab soalan tiba2 ada suara memanggil nama Mika di belakangnya..suara yang sangat dia benci dan kenali.

"Mika saya nak cakap dengan awak kejap.." ucap Irfan lalu berjalan kearah Mika. Hilman mengangkat kepala dan dahinya berkerut melihat wajah Mika tiba2 sahaja menjadi pucat. "Hilman, saya pinjam Mika kejap ye. Ada hal penting nak bincang" ucap Irfan sambil memandang ke arah Hilman. Hilman hanya mengangguk kepala, keliru melihat perangai Irfan tiba2 menjadi serious. Irfan dan Mika kemudian mula berjalan dan masuk ke tempat rak-rak buku. Mereka memilih tempat yang paling jauh dan terselindung untuk berbincang.Dan disebabkan Hilman ni seorang yang mempunyai sifat ingin tahunya kuat, secara senyap Hilman mengekori mereka dan bersembunyi di sebalik rak buku tak jauh dari tempat mereka berdua berada.


Hilman melutut di lantai dan mengintip mereka berdua di celah2 buku. Walaupun dia tahu ini salah namun dia tetap hendak tahu apa yang mereka berdua bincangkan.

"Mika, mana cermin mata awak?"tanya Irfan dengan nada yang sedikit tegang.Hilman mengerutkan dahinya. Takkanlah sebab tu je dia nak bercakap sembunyi2 macam ni. Namun fikirannya terganggu apabila Mika mula menjawab "O-oh,saya t-terjatuh tadi.So cermin tu p-patah" kata Mika dengan nada yang sedikit gelisah."Mika...tell me.Please.Saya tahu awak tak jatuh" kata Irfan. Hilman mengerutkan dahinya mendengar apa yang dikatakan oleh Irfan. Dia kemudian mendengar Mika mengeluh."T-tadi ada sekumpulan lelaki tu pijak cermin mata saya..sebab saya tak sengaja terlanggar mereka..s-so masa saya terjatuh tu cermin mata saya tercampak.Diorang marah then pijak cermin mata saya,tapi diorang tak dapat buat apa2 selain tu sebab kebetulan ada cikgu jalan kat koridor tu so diorang lari..a-wak tak payah lah risau.."terang Mika dengan perlahan.

Darah Hilman membuak mendengar pengakuan Mika. "Ya Allah..Mika..kenapa tak bagitahu saya awal2?! Berapa kali saya nak bagitahu awak? Apa saya nak cakap dekat parent awak nanti?" ngeluh Irfan sambil memicit dahinya. Mika hanya menundukkan kepalanya. "Please jangan bagitahu parent saya..." bisik Mika. Irfan mengeluh sekali lagi. "Okay..ni last. Lepasni saya taknak rahsiakan lagi" ucap Irfan. Hilman mengerutkan dahinya namun belum sempat dia habis berfikir dia tersedar yang perbualan mereka hendak habis. Dengan pantas dia merangkak keluar dari situ tanpa menghiraukan pandangan pelik orang lain. Ada beberapa pelajar yang kebetulan lalu di tempat dia merangkak dengan senang hati menukar arah perjalanan mereka kerana tidak mahu terlibat dengan aktiviti pelik Hilman itu. Hilman kemudian duduk di kerusi dan mula berlakon seperti dia sedang membuat kerja. Walhal dalam fikirannya masih berfikir tentang pembuli dan hubungan Irfan dan Mika. Sah. Mereka berdua dah lama kenal. Tapi sejak bila dan apa hubungan mereka berdua?
***
 Aiman sedang meneliti satu persatu buku yang berada di rak kedai itu, apabila dia terdengar bunyi riuh di luar kedai. Aiman menoleh dan melihat ramai orang ramai berkumpul di luar. Aiman kemudian berjalan keluar dari kedai untuk melihat apa yang berlaku dan matanya membulat melihat situasi disitu.

Kelihatan seorang perempuan rambut panjang yang diikat kemas dibelakang sedang memijak badan seorang lelaki di yang terbaring di tanah. "Berani kau nak ragut beg aku ya !?" tengking perempuan itu sambil menendang lelaki itu. Lelaki yang meniarap di tanah itu hanya mampu mengaduh kesakitan sahaja apabila di pijak sebegitu rupa. Aiman mengecilkan matanya sedikit untuk melihat wajah perempuan itu yang sedang menunduk, dan apabila perempuan mengangkat kepala Aiman secara tidak sengaja tersedak di situ.
Balqis. Perempuan yang selama ni dia cari akhirnya muncul juga di hadapannya. Setelah beberapa jam berada disitu untuk Balqis menyelesaikan masalah yang berlaku sehingga polis datang. Aiman mengekori Balqis dari belakang untuk mengetahui dimana rumah Balqis. Pada waktu itu, Aiman betul2 rasa yang dia telah berjangkit dengan Hilman dalam hal menjadi Stalker ni.

Aiman mengekori perlahan pergerakan Balqis sehinggalah dia hilang dari pandangan dan sudah masuk ke rumah. Disitu Aiman dengan pantas mengeluarkan phone dan mencatat alamat rumah Balqis itu kedalam phone. "Yes ! Balqis dah balik ! And aku dah tahu rumah dia !" jerit Aiman didalam hati sambil melompat seorang diri di hadapan rumah Balqis.
***
Hilman melihat Mika sudah keluar dari library sebelum menolak badan Irfan masuk ke bahagian rak buku. Irfan mengangkat kening apabila ditarik oleh Hilman. "Eh. Kenapa ni?" tanya Irfan dengan wajah keliru. Hilman membuka mulut untuk bercakap sebelum menutupnya semula, wajahnya membahang bila memikirkan soalan yang akan dia tanya sebentar lagi. "Err..S-saya nak tanya. Apa hubungan awak dengan Mika?" tanya Hilman dengan penuh tanda tanya. Hilman kemudian melihat Irfan tersenyum, dan dia tidak pasti sama ada itu senyuman sinis atau senyuman manis yang dia berikan.

"Dia bakal isteri saya..." jawab Irfan dengan selamba. Hilman mengangguk kepalanya "Oh.....Eh? WHAT?!" jerit Hilman dengan mata yang membulat. Langsung tidak endah yang mereka sekarang berada di dalam library. Irfan mengangkat bahunya sambil tersenyum. "What? Betul lah kenapa?" tanya Irfan. Hilman mula menjadi panik . "T-tapi kita kan masih bersekolah lagi?! SPM pun belum lagi? Mana kau tahu yang dia bakal isteri kau?!" hilang sudah bahasa sopannya apabila dia mula panik. Irfan ketawa kecil. "Yup, tapi kami berdua ni memang akan disatukan bila besar. Sebab datuk kami berdua dah berjanji akan kahwinkan cucu mereka,dan cucu mereka tu ialah kami. So..kiranya ini arranged marriage" terang Irfan. "Zaman dah moden pun masih nak main hal arranged marriage ke? Macam mana dengan pilihan anak diorang sendiri, takkan tak fikir" guman Hilman dengan wajah berkerut. Irfan yang terdengar itu ketawa besar. "Jangan risau lah, sebab saya sukakan Mika. Jadi saya tak kisah pasal arranged marriage ni. Oh saya kena pergi dulu. Bye" kata Irfan sambil menepuk bahu Hilman dan berjalan pergi meninggalkan Hilman yang sedang membatu mendengar apa yang diucapkan oleh Irfan.

"Irfan suka Mika..?" gumam Hilman lalu menghentak kepalanya di rak buku. Sekali lagi, pelajar yang sama secara tidak sengaja berada di tempat kejadian dan mula menjauhkan dirinya sekali lagi. Di dalam hati dia terfikir kenapa nasibnya malang hari ni bertembung dengan lelaki pelik di library.

***
Aiman berlari ke pintu rumahnya apabila mendengar loceng berbunyi. Setelah dia membuka pintu, dia melihat Hilman sedang berdiri di hadapan rumahnya dengan kedua dua tangannya penuh dengan barang di dalam plastik. Aiman menyengetkan kepalanya keliru. "Okay..kau nak apa datang sini hari Ahad macam ni tiba2?" tanya Aiman. Hilman tersengih lalu berjalan masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Aiman mengangkat keningnya lalu menutup pintu dan mengekori Hilman ke dapur. Sampai disana dia melihat Hilman mengeluarkan bahan2 masakan di atas meja.

"W-wait?! Apa kau nak buat ni?" tanya Aiman dengan panik apabila melihat Hilman dengan selamba menggeledah alatan dapur di rumahnya. "Aku nak buat kek coklat untuk Mika" kata Hilman sambil memandang wajah Aiman dengan riak wajah tidak bersalah. Aiman ternganga. "What?! Tapi apahal kau nak buat kat rumah aku?!" tanya Aiman. "First,sebab parent kau tak ada kat rumah. Second, sebab rumah kau banyak alatan untuk buat kek. Kan mak kau suka baking cake. So senang sikit aku buat kat sini" kata Hilman sambil menyusun barang di kaunter dapur . Aiman mengeluh sambil memicit dahinya. "Ugh..apa2 jelah. Yang penting kau kemas lepas dah habis buat okay?" arah Aiman sambil duduk di meja dapur dan memandang kearah Hilman yang membelakanginya. Hilman mengangguk tanpa memandang kearah Aiman.

"Oh..apasal tiba2 nak buat kek dekat Mika ni?" tanya Aiman sambil bermain dengan bahan untuk buat kek di meja itu. Hilman memusing sambil memegang mangkuk besar bersama whisker dan duduk di hadapan Aiman. "Um..pasal aku nak pastikan Irfan dan Mika tak bersama? And pasal Mika suka kek coklat?" kata Hilman lalu mengeluarkan tepung dari beg plastik dan meneliti paket tepung itu. Aiman mengerutkan dahinya. "Irfan and Mika bersama? Maksud kau?" Hilman meletakkan mangkuk itu di atas meja lalu bersandar di kerusi. "Diorang berdua tu terlibat dalam arranged marriage. So..bila dah habis belajar, kerja semua diorang akan dikahwinkan" terang Hilman dengan wajah yang sunggul. Mata Aiman membulat. "Woah..Zaman moden macam ni pun ada lagi kes perkahwinan terancang ni rasa macam kita ni dalam drama melayu pulak" kata Aiman . Hilman hanya mengeluh. Setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri Aiman tiba2 bertanya

"Err..kau tau ke macam mana nak buat kek ni ?"

"Tak" jawab Hilman dengan selamba

"Okay. Then macam mana kau nak buat?" tanya Aiman. Hilman kemudian tersengih sambil memandang kearah Aiman. Aiman mula berasa tidak sedap hati melihat pandangan Hilman itu. "Kau lah yang kena google and tolong aku " kata Hilman. Aiman mengeluh sambil menepuk dahinya. "Nasib lah kau ni kawan aku..kalau tak aku dah halau kau keluar" rungut Aiman lalu mengeluarkan handphonenya untuk mencari resipi. "Kau nak buat kek apa tadi?" tanya Aiman . "Kek Coklat Moist" jawab Hilman.

"Okay. Dah jumpa. Jom kita buat cepat. Aku lapar"

"Woi.Aku buat ni untuk Mika bukan kau"

"Ni dapur aku..sukahati aku lah"



To Be Continue
Hey ! Finally aku update kan. Oh yes 1 Jun ni aku akan ke Uitm Puncak Perdana and maybe lepastu jarang update.Jangan risau,aku tetap akan habiskan cerita ni cuma mungkin bukan dalam masa terdekat. Maaf eceh. Ada ke yang baca ahaha And oh,kalau korang perasan, nanti kan font cerita aku ni berubah jadi besar sedikit. Oh well aku tak tahu macam mana nak dapat font lama pakai laptop baru ni. Sekali lagi terima kasih sudi baca. Jangan risau Aku Bukan Stalker takkan dibiarkan tergantung begitu sahaja.

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi