Memori Terindah lagi Bermakna

Assalammualaikum !
Salam 1 Malaysia!
Salam Berpolitik bagai!

Sudah lama rasanya jari jemari aku tidak menari nari di keyboard
laptop ni .Selama ni hanya menari nari di keypad handphone aku jelah.
Minggu ni minggu paling busy untuk aku . Bukan busy pasang bendera
tepi jalan banyak2 sampai dah tak nampak jalan kat kiri dan kanan.

Ini aku busy kawad kaki untuk pertandingan apabendaentah .
Harap maaf aku memang hancur kalau bab menghafal nama2 pertandingan ni

Memang banyak dugaan kami semua sewaktu berlatih. Al maklumlah,
pertandingan awal bulan 4 . Tapi start berlatihnya pertengahan bulan 3.
Hah. Achaner tu ?

Memang kami semua kena push gila - gila. Rehat beberapa minit, kawad
berjam jam . Nak menghafal formasi punya pasal aku sampai lupa semua
formula Addmath . Harooom .

Kalau bab pelajaran tak payah habaq ah . Memang ketinggalan habis.
So terpaksa ah nanti aku ketchup catch up subjek yang aku tertinggal.

Tapi aku rasa segalanya pengorbanan aku, rakan2 and guru semuanya
berbaloi . Kerna akhirnya kami mendapat Tempat Ketiga Saja nak boldkan
bukan RIAK tau ni~ 

Alhamdullilah . Syukur kehadrat Ilahi sebab kami semua dapat menebus
kekalahan kami pada tahun lepas. Walaupun ada berlaku kesilapan sedikit
sewaktu kawad , kami masih lagi memperolehi kemenangan . Alhamdullilah


Embedded image permalink

Kegembiraan yang tidak dapat disembunyikan



Bak kata pepatah
Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian.


Zizan menang 5 Award time ABPH. Kau hade?
Congrats !

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Hilangnya Kebebasan

Assalammualaikum ~

Apa khabar anda semua ! Lama dah aku tinggalkan zaman blogger aku
ni. Dah lama tak singgah blog hangpa semua ye dok ?
Maklumlah I dah SPM , so memang jarang bebenor nak pegang laptop
ni . Tak macam tahun lepas , non stop pegang laptop . Kehkehkeh .

Sekarang ni kalau aku pegang laptop pun time ada cuti panjang macam
hari ni sebab cuti Raya Cina . Kalau time sekolah aku pegang memang
kena pandang semacam dari ayah aku lah .

Pada awal tahun ni , pelajaran Form 5 boleh lah aku faham sikit daripada
tak faham langsung .

*Kat rumah aku ada bunyi mercun kuat*
*Idea hilang serta merta*
* Puih *

Aku nak melawat blog hangpa memang tak boleh lama2 lah pasal aku
kena had kan waktu aku guna laptop ni . Lagipun aku tak faham apahal
line sekarang ni teruk dia kemain . Rasa nak maki pun ada juga .

Masuk form 5 ni , aku kena pakai baju PRS  (Pembimbing Rakan Sebaya)
yang baju warna Purple tu . Harooom . Aku tersalah beli kain warna biru
gelap (Kain sekolah rendah) sepatutnya warna hitam . Then cikgu aku dengki
pi tegur . Tsk tsk .

Jujur sekarang ni aku dilemma . Aku tak tahu nak ambil jurusan apa yang baik
untuk aku . Serious aku macam tak tentu arah . Buat masa ni aku cuma berminat
nak ambil jurusan musik , media and pelancongan je. Yang lain memang aku tak
terfikir apa2 . Susahnya form 5 ni .

Baiklah disini aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada yang masih
melawat blog aku (Kalau ada) . Untuk maklumat korang , aku ada Novel baru
selepas cerita Cinta Remaja dulu . Tapi baru separuh siap , dan operasi menulis
sudah pun tergendala dek kerana SPM .

InsyaAllah lepas SPM , aku akan aktif sepenuhnya dengan blog ni . Mana tahu,
boleh terkenal . Wakakakakka (Publisiti murahan)


HAPPY CHINESE NEW YEAR ! GONG XI FA CAI ! 
Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi