Si Weirdo II


Dua minggu sudah berlalu dan Amirul masih tidak memunculkan diri di cafe itu.
Aisyah sendiri tidak pasti kenapa dia berasa kosong dek kerana ketidakhadiran
Amirul itu.Setiap masa dia pasti akan memandang kearah pintu kedai dengan harapan
dapat melihat kelibat Amirul. Tanpa sedar , dia merindui kehadiran Amirul didalam
hidupnya.

Sehinggalah suatu hari itu, dia mendapat panggilan daripada ibunya untuk pulang
ke kampung kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Sampai disana,Aisyah
menerima khabar yang membuatkan dia mahu balik ke bandar semula mencari Amirul.

"Kamu akan berkahwin bulan depan dengan anak kawan mak.Nak taknak kena jugak
Takda alasan. Fullstop. Now pergi tidur" arah ibunya tanpa memberi kesempatan kepada
Aisyah untuk membuka mulut. Jujur Aisyah rasa dia rela berkahwin dengan Amirul
daripada berkahwin dengan stranger. Oh ya, Amirul pun kalau diikutkan logik stranger
juga,tapi disebabkan sudah tahu nama dan rupa jadi dia terkeluar didalam list stranger itu.

"Ya Allah..di mana lah si Weirdo tu disaat aku memerlukannya" ngeluh Aisyah sambil
menggaru kepalanya.

***
 1 bulan kemudian.

Esok ialah hari dimana Aisyah akan berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak
dikenalinya.Entah kenapa ibunya merahsiakan wajah dan nama lelaki itu. Membuatkan
Aisyah gelisah menunggu masa diakad nikah .

Aisyah berjalan keluar dari rumahnya untuk mencari ketenangan. Tanpa sedar wajah
Amirul mula memenuhi fikirannya. Dia berasa rindu hendak mendengar usikan Si
Weirdo itu dan melihat wajahnya. Dan dia juga mengaku dia sudah jatuh cinta pada
Si Weirdo itu .

Sedang dia berjalan, tiba2 bahunya terlanggar seseorang membuatkan dia terduduk.
"Aduh !" ngaduh Aisyah sambil mengurut punggungnya dan memandang kearah
manusia yang melanggarnya itu. "Oh Sorry!" ucap lelaki itu. Mata mereka bertemu,
dan mereka berdua terdiam."Amirul?" ucap Aisyah sambil bangun dari situ. Amirul
tersenyum. " Oh! Aisyah rupanya. Lama tak jumpa" kata Amirul dengan ceria. Aisyah
menggaru kepalanya yang tidak gatal. " Err..yelah. Lama tak nampak awak dekat
cafe tu" kata Aisyah sambil tersenyum. Entah kenapa Aisyah merasakan suasana
sedikit awkward kali ni . "Oh..saya tengah buat persiapan nak kahwin. Nanti,kalau
awak sudi awak datang lah ye?" ujar Amirul sambil tersenyum lebar. Aisyah terdiam.
Entah kenapa hatinya merasa sakit mendengar apa yang diucapkan oleh Amirul itu.

"Oh..tahniah. Akhirnya awak akan kahwin juga" ucap Aisyah sambil cuba untuk
tersenyum. Amirul menggangukkan kepalanya dengan ceria. "Oh okay lah
saya nak kena pergi dulu. Jumpa lagi ya " ucap Amirul sambil berjalan pergi
meninggalkan Aisyah seorang diri.

Tanpa sedar air mata Aisyah mengalir disaat Amirul berjalan pergi meninggalkan
dia seorang diri. "Dah kenapa aku menangis ni?" bisik Aisyah seorang diri
sambil mengesat air matanya.

***
Hari Pernikahan.

Aisyah berjalan kehulu hilir didalam bilik dek kerana nervousnya itu. Mak andam
yang berada di dalam bilik itu hanya menjulingkan matanya keatas melihat tingkah
laku bakal pengantin itu. Naik berbuih mulutnya mengarah Aisyah untuk duduk
diam2, namun tetap tidak diendahkannya.

"Pengantin laki dah sampai" ucap ibunya sambil tersenyum. Serta merta Aisyah
berhenti daripada berjalan dan berdiri kaku di situ. Cuak hendak keluar bertemu
dengan bakal suaminya."Sudah, jom keluar.Tok kadi dah panggil tu" kata ibunya
sambil menarik.Yes menarik Aisyah keluar dari bilik kerana Aisyah masih lagi
membatu bagaikan ais batu.Sampai saja di ruang tamu dimana upacara akad
nikah berlaku,Aisyah mengangkat wajahnya untuk melihat bakal suaminya itu.
Matanya membulat .

"Si Weirdo?!" jerit Aisyah membuatkan semua orang disitu memandang pelik
kearahnya. Amirul tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi itu.

"Hehehe..kan saya dah kata. Saya akan jemput awak ke majlis kahwin saya"
kata Amirul sambil mengenyitkan matanya.

***
"So..Amirul mana awak tahu tentang family saya and kenapa masa mula2 jumpa
awak terus ajak saya kahwin?" tanya Aisyah.

"Saya dapat tau mak saya berkawan dengan mak awak. Masa first2 saya jumpa
awak, saya terus jatuh cinta pada awak. And saya taknak buang masa bercouple.
Tu yang saya terus melamar awak. Nanti senang saya nak peluk cium awak waktu
dating" terang Amirul sambil tersenyum gatal.

"Euw..Weirdo.." 

"Stop calling me that!"

 End. Yay
https://24.media.tumblr.com/a9d91d8e65df59120c42f5a53e197875/tumblr_my8fb7eFWL1qhaej0o5_250.gif 
Ahahahah cerita ni serious weird mcm penulis dia juga.
Maaf kalau tak memuaskan. Pasal ni idea yang dtg secara random
Yehet (lol)

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Cinta Photographer Part 35

Part 34

Beberapa hari kemudian.

Setelah hari di mana Amirul confess dekat Aina. Hubungan Aina
dengan Amirul semakin rapat dan itu membuatkan Zain semakin
tidak senang hati bila mereka bersama.

"Aina. Mari sini kejap" panggil Zain sambil memegang sesuatu seperti
kertas di tangannya. Aina yang sedang sibuk mengupload gambar
bangun dan berjalan ke arah Zain. "Apa dia?" tanya Aina sambil duduk
di hadapan Zain. Zain kemudian menghulurkan sesuatu kearah Aina.

Sekeping tiket.

Dahi Aina berkerut. "Apa ni ? " tanya Aina . Zain mengeluh. " Lembabnya,
takkan tak tahu ni tiket?" perli Zain. Aina menjeling kearah Zain.
"Aku tahu lah ni tiket. Tapi nak buat apa kau bagi aku ni?" tanya Aina sambil
menahan marah. Ikutkan hati hendak ketuk je kepala si Zain ni ."Lain kali,
tanya betul2 . Ni tiket ke Korea. Aku ada shooting muzik video dekat sana
lusa ni " terang Zain. Mata Aina membulat.

"Korea?? Serious??!" tanya Aina dengan teruja. Zain hanya menganggukkan
kepalanya dan cuba untuk menahan dari tersenyum melihat Aina yang sedang
teruja itu. "Dah. Ambik ni and pergi sambung kerja. Ingat lusa ni kita gerak
awal pagi tau" kata Zain lalu bangun dan keluar dari studionya itu. Aina
mengambil tiket itu lalu memeluknya dengan kuat sambil melompat keriangan.

"Yeay pergi korea !" jerit Aina sambil menari. Zain yang sedang bersandar di
pintu studio hanya tersenyum apabila mendengar Aina menjerit keriangan.

***
Amirul sedang cuba menahan matanya daripada tertutup apabila dipaksa
untuk menghadap dokumen-dokumen syarikat hotelnya itu di atas meja.
Ikut hati dia hendak je larikan diri dan pergi jumpa Aina. Namun lepas dia
confess Aina dah beri amaran pada dia supaya tidak tinggalkan kerja lagi
semata mata hendak jumpa Aina kalau tidak Aina takkan cuba untuk sukakan
dia lagi. 

Sejak hari itu, Amirul terpaksa duduk di office dan berjumpa dengan orang2
kaya yang membosankan untuk membincangkan hal-hal kerja. Amirul menguap
sambil meregangkan badannya di kerusi. Dengan tiba2 telefon bimbitnya berbunyi
menandakan ada seseorang yang mesej . Amirul dengan pantas mengeluarkan telefon
bimbitnya. 


Lusa saya pergi korea dengan Zain ! =D
 Mata Amirul membulat setelah membaca mesej itu . No way ! Kalau diorang
pergi berdua nanti kalau Aina jatuh cinta semula dekat Zain macam mana
jerit hati Amirul . Dia kemudian mendail nombor secretarynya menggunakan
telefon pejabat. "Hello. Mai, saya nak awak tempah tiket untuk ke Korea
lusa ni sekarang juga" arah Amirul sebelum mematikkan telefon. Dia kemudian
memandang semula mesej yang diberikan oleh Aina.


Awak pergi nak buat apa?
Amirul mengigit bibirnya sambil menunggu mesej dari Aina. Namun telefon
pejabatnya yang berbunyi. Amirul mengeluh. "Ya? " tanya Amirul sejurus
dia mengangkat panggilan. "What?! No way! Ugh. Okaylah awak ambik
yang esoknya punya" kata Amirul . Lalu dia mematikan panggilan sambil
bersandar di kerusi. Sebentar tadi secretary nya memberitahu yang tiket
untuk ke Korea sudah full untuk hari itu . Dan keesokkan harinya baru
ada yang kosong. Nak taknak dia terpaksa pergi sehari lambat dari Aina.

Amirul mengeluh sambil memuncungkan mulutnya. Namun kelakuannya
terhenti apabila telefonnya berbunyi. Amirul dengan pantas melihat telefonnya.

Zain ada kerja dekat sana. Katanya nak shooting musik
video
Amirul bersandar di kerusinya sambil memikirkan sesuatu. Dia kemudian tersenyum
sinis lalu mendail nombor seseorang. Malangnya , bukan aku seorang je yang akan
ikut Zain.. bisik hati Amirul.



To Be Continue

What actually will happen at Korea?

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Kpop Tag

 Ah..So~ Daku di tag oleh Yus berkaitan dengan soalan2 Kpop. So.. here we go.



 
Sexy enough? I hate that killer smile.

Rules
Rule 1 : Post the rules.
Rule 2 : Answer the question the tagger asked you,
then make 11 new one.
Rule 3 : Tag 11 people and link them to your post.
Rule 4 : Let them know you've tagged them.
So ni soalan yang diberikan ..

1. Who are your biases? List them. *Not more than 5
  
    Dato M Daud Kilau Hahaha kidding. Its Lee Jinki and Kim Jonghyun

2. Which kpop group are they from?

    Dibidibidibidi~ We are Shining SHINee ~

3. Have your biases been into a movie or a drama? If yes, what is the title?

  Yes. Royal Villa and there's more but i dont remember because he just a cameo
   But No for Jonghyun because he dont do much kekeke

4. Which fandom (fangroup) are you?

   SHINee World. (Shawols)

5. Give me a funny pictures of your bias. *one picture of each biases.

https://24.media.tumblr.com/7dfc7b4d0103534c598def101a6d9147/tumblr_mypu5222Rz1qihji8o2_250.gif

 Okay...thats normal.

Embedded image permalink 

He's cute. I guess..

6. What are your biases weird habits?

    Jinki - Ttakbam. Awkward Jokes. Tripped. Getting injure. Singing trot. Eat.
   Jonghyun - Big Mouth. Talk nonstop.Look sexy.Sing high note without a problem.Short

7. What are their nickname?

   Jinki - Tokki (Bunny) , Old man.
   Jonghyun -  Puppy . Shorty Dino
   Both - Dumb and dumber

8. What is your all-time favourite kpop song?

  I dont know. All SHINee songs maybe?

9. Picture of your biases that you like the most. *one picture of each bias.
    
 Embedded image permalink
Onew's Fans will understand why ..

Embedded image permalink
Ahahahahaha x) Pervert

10. Will you still like your biases 10 years later

  If my husband allowed it . Yes

11. If your biases read this post, what message do you want to give to them?
     *make it simple but meaningful. 
Look at the gif


https://24.media.tumblr.com/3524d6862cd12b0bc5812b7879289db0/tumblr_mzvc2sHtLk1r25v09o1_250.gif https://24.media.tumblr.com/cbee438a7fdc1bd239a277ee3770949c/tumblr_mzyacl0kcZ1s9qttto4_250.gif
Enough with Gayness.

Now for my question. i make it simple

1. Who is your biases? 
2. Post your biases most handsome picture or gif
3. What is your biases favourite thing to do?
4. Have you ever dream about your bias? Tell me
5.  Which song do you like the most?
6. Post some weird gif of your biases
7. What is your fandom name?
8. What is nickname for your biases?
9. Why did you love your biases?
10. Who do you ship for your biases?
11. Your confession to your biases if they read this.
My english is horrible. But yeah. I hope you guys understand it. 




Tags


Im really sorry. i dont really know or remember others kpop fans blog.
So i make this just for fun. Whoever want to play this Kpop Tag you can take
my question ^^. Im always having a hard time to remember certain
blog . So yehet. Eh.

Lastly .. Im Innocent.

 

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

Si Weirdo

Aisyah mendengus apabila jam locengnya berbunyi. Dia mengerutkan dahinya
sambil menutup wajahnya dengan bantal tidurnya dengan hasrat dia dapat 
sambung semula masa tidurnya. Namun semuanya sia2 kerana jam loceng
itu masih lagi berbunyi dan disebabkan Aisyah terlalu malas hendak mematikan
jam loceng itu dia bangun dan duduk di atas katil sambil menggarukan kepalanya
yang tidak gatal itu.Dengan hati yang berat dia mencapai jam loceng itu dan melihat
jarum jam itu.

8.30 pagi...

Oh..baru 8.30 pagi...bisik hati Aisyah . Kejap..8.30??! mata Aisyah membulat
apabila menyedari yang dia sudah lambat untuk pergi ke kerja. Aisyah dengan
pantas bangun untuk pergi ke tandas membersihkan diri. Namun dia tidak sedar yang
kakinya terbelit dengan kain selimutnya membuatkan dia terjatuh ke lantai dengan kuat.

"Auch!" ngaduh Aisyah sambil mengusap dahinya yang sedikit merah itu. Itulah yang
sering terjadi kepadanya setiap pagi. Ada saja bahagian badannya yang akan cedera
disebabkan kecuaiannya sendiri. Tidak mahu menghiraukan tentang dahinya itu,
Aisyah pantas bangun dan menuju ke bilik air sambil berdoa yang boss nya tidak akan
memarahinya kerana dia terlambat pergi ke kerja.

***
Aisyah mengintai ke dalam cafe itu untuk mencari kelibat bossnya dan memastikan
line clear baginya untuk masuk ke kedai. Setelah memastikan yang bossnya tidak
ada di situ, Aisyah tersengih lalu masuk ke dalam kedai dengan memakai jaket
dan topi untuk menyamar. Pandangan pelik orang sekeliling langsung tidak dihiraukan.
Aisyah dapat melihat pintu masuk ke dapur semakin hampir dan dia mempercepatkan
langkahnya.Masuk sahaja di situ dia menerima ketukkan yang kuat di kepalanya
membuatkan dia melutut di lantai sambil memegang belakang kepalanya. "Auuuch!!!
Sakitlah!" jerit Aisyah sambil menggosok belakang kepalanya.

Dia kemudian mengangkat kepala untuk melihat siapa punya tangan yang sekeh
kepalanya itu.Ikut hati dia hendak lesing je kepala orang itu namun setelah dilihat siapa
tuan empunya tangan itu Aisyah terdiam. "Eh..boss cantik hari ni" kata Aisyah sambil
tersengih dan bangun dari lantai itu cuba untuk menutup kesalahannya. Bossnya hanya
menjeling tajam ke arahnya sambil mengcekak pinggang. Aisyah menelan air liurnya.
"So..bagitahu aku satu sebab kau lambat atau kau akan menerima azab yang kau sendiri
tak mampu bayangkan" ucap bossnya itu sambil memandang tajam ke arah Aisyah.
Aisyah sudah tidak keruan. "Err..tadi..aku..aku..aku kena cirit birit! hah betul ! aku kena
cirit birit. Tapi disebabkan aku ni pekerja yang baik aku datang juga kedai ni ! So..
Mai..janganlah marah please?" ucap Aisyah sambil memujuk bossnya itu.

Mungkin ramai yang tertanya tanya kenapa Aisyah memanggil bossnya dengan
panggilan kau aku.Well itu disebabkan bossnya itu Mai atau nama panjangnya Maisarah
merupakan bestfriendnya sejak kecik. Sebab itu lah dia dengan selamba memanggil
bossnya dengan panggilan kau berbanding dengan pekerja lain. Mai mengeluh
mendengar alasan kawannya itu. Kalau bukan disebabkan kawan dah lama dia
tendang Aisyah itu keluar dari kedai.Aisyah pula hanya tersengih apabila bossnya
itu tidak dapat melawannya. 

"Sudah! Kau pergi buat kerja sekarang, customer dah ramai tu" arah Mai sebelum
beredar ke dapur. "Ay Ay Chief!" ucap Aisyah sambil tabik kearah bossnya.Setelah
menukar pakaian dan memakai apron, Aisyah menuju ke depan untuk melakukan
kerjanya. Keluar sahaja dia dari dapur itu namanya sudah dipanggil. 

"Aisyah ! Tolong hantarkan ice latte ni dekat meja tiga!" jerit Aiman rakan
sekerjanya sambil menunjuk ke arah air minuman yang berada di dulang itu.Aisyah
mengeluh.Tak sempat2 dia hendak relaks dah kena hantar minuman. Aisyah kemudian
mengangkat dulang itu dan berjalan kearah meja yang disebutkan oleh Aiman itu.
Sampai dimeja itu,Aisyah mempamerkan senyuman manis ataupun palsunya itu kearah
customer lelaki itu.Boleh tahan handsome sempat Aisyah berfikir di dalam hatinya
apabila melihat wajah lelaki itu. Dia kemudian meletakkan air minuman itu ke atas
meja lalu menundukkan kepala untuk beredar namun langkahnya terhenti apabila
tangannya di tarik seseorang atau lebih tepat , oleh lelaki yang dia hidangkan air tadi.
Mata Aisyah membulat.

Ewah sesuka hati mamat ni tarik tangan aku! jerit hati Aisyah namun dia cuba untuk
bersabar dan memandang kearah lelaki itu untuk meminta penjelasan. Lelaki itu
memandang lama kearah Aisyah membuatkan Aisyah berasa tidak selesa. "Err..cik
lepaskan tangan saya,saya ada kerja nak buat" kata Aisyah sambil cuba untuk
melepaskan tangannya namun gagal kerana lelaki itu memegang dengan kuat.

"Kahwin dengan saya.." ucap lelaki itu secara tiba2. Oh..nak kahwin rupanya..tu
pun nak bagitahu aku..eh..jap..kahwin dengan siapa?? bisik hati Aisyah sambil
memandang pelik kearah lelaki itu. "Huh? Kahwin? Cik nak kahwin ke? Apa kena
mengena dengan saya?"tanya Aisyah dengan wajah keliru. Lelaki itu kemudian tersenyum
manis membuatkan jantung Aisyah berdegup dengan pantas melihat senyuman itu."Saya
nak awak kahwin dengan saya"kata lelaki itu sekali lagi. Aisyah diam sebentar cuba
untuk menelan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Setelah faham serta merta matanya
membulat. "Woah! Wait a minute! Apahal tetiba saya kena kahwin dengan awak pulak?!"
tanya Aisyah dengan nada yang kuat membuatkan ramai memandang kearah mereka.

Aisyah berdehem cuba untuk mencover malunya setelah terjerit disitu. Dia
kemudian menggunakan seluruh tenaganya untuk melepaskan tangannya dari
genggaman lelaki itu.Setelah terlepas dia dengan pantas berjalan menuju ke dapur
meninggalkan lelaki itu.

"Si Weirdo...boleh mimpi ngeri aku kalau jumpa dia lagi" bisik Aisyah seorang diri
sambil berjalan masuk .

***
Hari ni Aisyah ditugaskan untuk menjaga kaunter disebabkan salah seorang pekerja
telah berhenti. "Selamat datang ke Mailicious Cafe. Nak order apa?" ucap Aisyah
sambil mengangkat kepalanya untuk melihat customernya. Namun dia menyesal
kerana orang itu ialah Si Weirdo yang sesuka hati ajaknya kahwin. Serta merta
senyuman di wajah Aisyah hilang. Lelaki itu tersenyum manis. "Bagi saya,dark
chocolate latte satu" ucap lelaki itu sambil memandang kearah Aisyah. Aisyah
mengangguk. "Take away kan?" tanya Aisyah. Lelaki itu kemudian mengerutkan
dahinya. "Taklah. Saya nak minum sini" ucap lelaki itu. Kini giliran Aisyah yang
mengerutkan dahinya. "Kalau nak minum sini. Kenapa tak duduk je kat meja tunggu
orang ambik order?" tanya Aisyah . Mujur waktu itu hanya lelaki itu seorang je
yang sedang beratur. "Saja..saya nak tengok awak" kata lelaki itu sambil tersenyum.

Aisyah hanya menjulingkan matanya keatas. Tak class betul ayat mengorat dia
kutuk Aisyah didalam hati. Setelah selesai membuat air itu, Aisyah meletakkannya
di kaunter dimana lelaki itu berdegil untuk menunggu di depan kaunter. "Nah.Harga
dia Rm2.50" ucap Aisyah . Lelaki itu kemudian menghulurkan duit sebelum berkata 
"Oh..incase awak nak tahu. Nama saya Amirul" ucap lelaki itu sebelum beredar dan
duduk di meja yang berhadapan dengan kaunternya itu. "Aku kisah apa nama
kau..Si Weirdo tetap Si Weirdo" ucap Aisyah dengan perlahan.

Sejak hari itu Amirul sentiasa datang ke cafe itu untuk minum termasuk untuk
mengorat Aisyah membuatkan Aisyah semakin rimas dengan kehadirannya.Dalam
beberapa hari itu, Amirul tidak habis2 bercerita tentang dirinya kepada Aisyah
walaupun Aisyah sendiri tidak mahu tahu tentang dia. 

***
 Aisyah sedang berdiri di kaunter sambil memandang ke luar kedai. Dari situ
dia dapat melihat Amirul sedang menuju kearah kedainya membuatkan dia dengan
spontan menundukkan kepalanya di bawah kaunter. Pandangan pelik rakan sekerjanya
tidak dihiraukan. Dia kemudian merangkak menuju ke dapur untuk mengelak dari
berjumpa dengan Amirul. Sampai didalam dia terserempak dengan bossnya Mai.
Mai memandang pelik kearah rakannya itu yang merangkak masuk kedalam dapur.
"Yang kau ni apahal buang tebiat tetiba?" tanya Mai. Aisyah tersengih menahan malu.
"Saja nak check lantai ni licin tak. Takut korang kerja nanti tergelincir tak memasal kan
susah" ucap Aisyah. Mai hanya menggelengkan kepala melihat karenah kawannya itu.

Tapi apa yang Aisyah tidak tahu. Amirul datang ke kedai itu bukan untuk minum
dan mengorat semata mata. Dia ada hal penting yang perlu diberitahu kepada Aisyah
namun setelah melihat langsung tiada kelibat Aisyah didalam kedai. Amirul mengeluh
kesal dan berjalan keluar dari kedai dengan hati yang berat.

To Be Continue
So tanpa disangka cerita ni terlampau panjang dan aku terpaksa bahagikan
kepada dua chapter. Dont worry. Its only have TWO chapter

Part II (Just click)

 


Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

[Sequel] Suamiku Pembuli



Dilarang mengambil cerita atau plot atau bahan disini tanpa izin


Oh ni Part Pertama pada yang belum baca --> Suamiku Pembuli


Pada mulanya Siti sangka lepas Asyraf mengucapkan perkataan i love you itu kepadanya, dia akan berhenti membuli . Namun sangkaannya itu salah 100% kerana setiap hari ada sahaja agenda jahat yang dilakukan oleh suaminya itu.
"Mak..!!" jerit Siti apabila melihat lipas didalam kotak hadiah yang diterimanya. Hari ni merupakan hari jadinya, dan semestinya dia mengharapkan Asyraf yang sudah genap 1 bulan menjadi suaminya itu memberikannya hadiah yang istimewa. Namun semuanya hancur apabila kotak kecik yang diberi oleh suaminya itu rupanya berisi lipas.
Siti melempar kotak itu kebawah sambil melompat ke atas sofa. Asyraf pula sedang ketawa terbahak bahak melihat reaksi isterinya itu yang melompat seperti monyet di dalam hutan hanya kerana lipas. Dia memegang perutnya sambil ketawa membuatkan Siti menjeling kearahnya . "Bertuah punya suami ! Asyraf !" jerit Siti sambil melompat keatas badan Asyraf membuatkan dia terpaksa mendukung isterinya yang sedang naik hantu itu.
"Hey ! Turunlah ! Dah lah berat !" arah Asyraf sambil cuba untuk melepaskan pegangan isterinya di leher untuk menjatuhkannya. "No! Tak mahu padan muka siapa suruh kenakan saya" ujar Siti di telinganya . Lalu dia dengan sengaja menarik rambut suaminya dari belakang membuatkan suaminya menjerit kesakitan.
"Ah ! Sakitlah ! Lepaskan rambut saya and turun dari badan saya !" marah Asyraf sambil cuba untuk menepis tangan isterinya yang berada di rambutnya itu. "No way! rasakan azab ni dulu" kata Siti sambil menarik lagi kuat rambut suaminya itu sambil cuba untuk mengimbangi dirinya yang sedang terapung kerana didukung (secara paksa) dari belakang oleh suaminya itu  .
Pergaduhan itu akhirnya tamat setelah 10 minit berlalu kerana kedua dua mereka kepenatan . Dan akhirnya, Asyraf memberikan Siti seutas rantai sebagai hadiah hari jadinya juga sebagai tanda minta maaf . Siti juga tidak dapat berbuat apa selain memaafkan suaminya dan berasa gembira dengan hadiah yang diterimanya.
***
"So..bila mak nak dapat cucu ni?" ujar Pn Rosmah merangkap ibu Siti membuatkan Siti dan Asyraf tersembur makanan di atas meja. Pn rosmah mengerutkan dahinya. "Bertuah punya suami isteri, mak tanya soalan kamu pi sembur nasi kat meja" kata Pn Rosmah sambil mengelengkan kepalanya. Hari ni Siti dan Asyraf menerima kunjungan dari ibunya dan disebabkan itu Siti langsung tidak dibuli oleh suaminya.
Namun sekali lagi, nasib tidak menyebelahi Siti apabila ibunya menanyakan soalan itu di hadapannya dan suaminya. Wajah Siti membahang mendengar soalan itu,di pandang ke arah suaminya itu dan kelihatan Asyraf sedang menggaru belakang lehernya sambil menundukkan kepala. "Mak..! Jangan lah tanya soalan tu time macam ni" rungut Siti sambil memuncungkan mulut. Asyraf hanya mendiamkan diri.
Pn Rosmah memandang kearah Siti dengan wajah selamba. "What? Mak tanya je..yelah kamu dah 4 bulan kahwin. Takkan lah tak ada hasil lagi" ujar Pn Rosmah dengan selamba. Wajah Siti menjadi semakin merah padam. Dia betul2 mengharapkan suaminya akan membantunya namun tidak. Asyraf hanya mendiamkan diri. Siti mencubit lengan suaminya kerana geram. "Auch!hey sakitlah" ngadu Asyraf sambil memuncungkan mulutnya dan memandang kearah Siti. Pn Rosmah menahan dirinya daripada tersenyum melihat tingkah laku anaknya dan menantunya itu. Siti pula menjeling ke arah Asyraf lalu kembali sambung makan tanpa menghiraukan wajah sedih suaminya itu. Tak boleh harap punya suami ngadu Siti di dalam hati.
"Oh..and kalau dalam masa 2 bulan lagi takda hasil.Mak ingat nak bagi kamu ubat herba supaya suburkan kamu berdua" ujar Pn Rosmah membuatkan Siti dan Asyraf sekali lagi tersemburkan makanan didalam mulut mereka.
"Maaaak..!"
***
Beberapa tahun kemudian..
"Happy Birthday mama !" ucap dua orang budak kecil yang berumur 7 tahun. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ya.Siti melahirkan sepasang kembar yang comel,sekaligus memuaskan hati ibunya yang tidak habis2 menganggunya dengan bertanyakan bila dia akan mendapat anak.
Siti tersenyum manis kearah dua orang anaknya itu. "Thank you Aiman and Aina" ucap Siti sambil mengucup dahi anaknya itu. Mereka kemudian menghulurkan sebuah kotak yang dibalut kemas dengan pembalut gambar teddy kepadanya. Siti membuka kotak itu dan serta merta dia menjerit sambil melempar kotak itu ketepi. Aiman dan Aina ketawa sambil larikan diri dari ibunya yang sudah mula naik hantu itu .
Siti melompat keatas sofa apabila melihat katak itu melompat lompat di bawah "Asyraf ! Tolong !" jerit Siti meminta tolong apabila melihat katak itu semakin hampir melompat kearahnya. Asyraf yang sedang berada di dapur berlari ke ruang tamu untuk melihat apa yang terjadi namun sampai saja di sana dia serta merta ketawa terbahak-bahak bersama sama anaknya melihat Siti sedang berdiri di atas sofa dengan wajah yang pucat. Siti menjeling kearah suami dan anaknya itu. "Hey! Tolonglah saya ni! Halau ka-Aaah!" jerit Siti apabila katak itu melompat ke atas sofa membuatkan Siti melompat dengan pantas ke bawah dan berlari kearah suaminya kemudian memeluknya dengan kuat. Asyraf tersenyum melihat isterinya yang sedang memeluknya itu.
"Aiman, Aina sudah bawa keluar katak tu" arah Asyraf kepada anaknya. Mereka kemudian mengangguk sambil tersenyum sebelum menangkap katak itu untuk di bawa ke luar. Asyraf mengusap belakang isterinya itu yang sudah pun menangis kerana terlampau takut.
"Sudah..diorang dah halau katak tu keluar dah" pujuk Asyraf.
Dia sangkakan isterinya akan memandang kearahnya dengan wajah yang sedih dan comel setelah isterinya melepaskan pelukkan. Namun tekaannya salah apabila isterinya memandang ke arahnya dengan jelingan yang tajam. Asyraf menelan air liurnya melihat wajah isterinya yang sedang marah itu. Mati aku ucap Asyraf sebelum menjerit kesakitan kerana rambutnya ditarik.
****
"Ceh .. diorang yang buat. Saya yang kena hukuman dia. Tak aci" rungut Asyraf sambil memuncungkan mulutnya dan menggosok kepalanya di bahagian yang ditarik tadi. Siti tersenyum melihat dua orang anaknya yang sedang makan kek yang dibeli oleh mereka sempena hari jadinya itu dan langsung tidak menghiraukan suaminya. Selesai makan , Aiman dan Aina menuju ke arah Siti dan mengucup pipinya. "Happy Birthday mama! Maaf pasal katak tadi" ucap Aiman dan Aina sambil tersenyum manja. Siti tersenyum melihat perangai anaknya itu, sebijik macam suaminya. Aiman kemudian menjengketkan kakinya untuk membisik ke telinga ibunya.
"Ma.. pergi pujuk papa.Buruk lah muka papa merajuk" bisik Aiman. Siti ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. "Okay..dah kamu pergi main sana. Biar mama handle papa kamu" bisik Siti kepada dua orang anaknya yang sedang tersengih itu.  Si kembar itu kemudian berlari ke ruang tamu untuk bermain.
Siti menahan ketawa melihat suaminya yang masih lagi memasamkan muka sambil memandang kek yang langsung tidak disentuh itu. Walaupun suaminya jenis yang suka mengusiknya , namun dia tidak dapat menolak daripada menerima hakikat yang suaminya sebenarnya seorang yang kebudak-budakan .Cepat sangat merajuk kalau dia tidak puas hati, sampai dengan anak sendiri pun dia akan merajuk.
Siti kemudian mendekatkan dirinya kearah suaminya. Lalu dia mengucup pipi suaminya itu membuatkan suaminya memandang kearahnya. Siti tersenyum manis. "Thanks for the cake and sorry sebab tarik rambut awak" kata Siti sambil mengusap rambut suaminya. Asyraf tersenyum gembira apabila dipujuk.
"It’s okay. Oh and Happy Birthday dear" ucap Asyraf sambil memeluk isterinya. Namun dalam diam mengeluarkan cicak mainan dari dalam poketnya dan meletakkannya di bahu isterinya.
"Aaaah ! Asyraf !!"


The End. Maybe?

Guysss jangan lupa baca cerpen aku yang lain dan Aku Bukan Stalker ! Oh ada watak Aiman di situ hee /Angkat2 kening/

Update on 26 Oktober 2015 : SUAMIKU PEMBULI [OPS CEMBURU] 

BUKU TERBITAN PERTAMA DARI DALILA SAMSUDIN. KLIK SAYA

Jangan lupa tinggal link blog di komen atau shoutbox :)

 
Blog ini telah diubah suai oleh Fyra Zaidi